Friday, October 17, 2008

Kisah maksu mimi ... populariti menurun ...

Salam ceria di pagi Jumaat yang mulia.

Pagi ni tekak terasa semakin perit dan kering serta batuk yang tambah memeritkan tekak. Semalam baru saya dapat mulakan puasa enam tapi teruk menahan mengilu bila nak buang air kecil sebab masih belum sembuh sepenuhnya . Sampai jam 4 saya rasa macam dah lemah sangat sebab memang penyakit kencing kotor kena minum banyak air tapi saya gagahkan jugak dan dapat lah habis puasa semalam. Hari ni saya tak puasa sebab nak kena habiskan ubat dan antibiotik dan sihat baru sambung balik puasa, InsyaAllah. Harap sempat kejar puasa sunat syawal sebab hari ni dah hari ke 17 , Izzat yang laju puasa eam, tinggal 2 hari lagi puasa enam dia .

Mimi yang sibuk dari minggu lepas suruh saya ganti puasa sebab dia tau saya ada tinggal puasa dan wajib ganti . Dari minggu lalu Mimi juga sibuk berlatih nasyid untuk majlis ihtifal sekolah tadika dia tak lama lagi , siap hafal dengan gaya dan dia kata dia juga masuk joget malaysia, saya suruh tunjukkan macamana joget malaysia setakat ni dia tak nak tunjuk...saya saja nak tengok betul ke joget malaysia ( saya pakar jugak bab tarian malaysia ni...cerita lama dulu ... ) . Saya tanya lagi menari dengan budak lelaki ke, terus dia jawab, mana boleh menari dengan budak lelaki, perempuan menari dengan perempuan sajalah ( saja saya nak test dia sebab sekolah ni sekolah tadika Islam ) . Bulan Ogos lalu mimi masuk grading taekwando untuk tali pinggang kuning, Alhamdulillah dia dah pass dan dah dapat talipinggang kuning, tak sangka dia yang dulunya angkat kaki pun tak berapa betul , masa grading bukan main tajam dia kick dan tangannya laju bila punch serta suaranya sebut " hekkk" bergema dalam dewan ujian.Itulah serba sedikit kisah maksu mimi yang popularitinya sedikit menurun diragut oleh si anak sedara Umair... masa besan saya datang minggu lalu , besan tanya mimi seronok ke dapat anak buah...terdiam mimi dengar anak buah... dia selalu kata anak sedara, kali ni anak buah pulak..kat mana buahnya... keliru mimi sekejap ... kalau Umair anak buah maknanya Mimi adalah mak buah ..hahahahah... dia juga sedikit keliru anak sedara dengan anak dara...apalah maksu ni....kena banyak belajar ....

11 comments:

Kak Elle said...

hehe anak buah??
so apa jawapan nya?

wow tak padan maksu kenit tu ye bolih 'hekk' .. ingat saya masa dia makan kat my place senyap aje lagi enjoy prawns dan bertambah nasi lagikkkkkkkkkkk.

silversarina said...

kak elle,

bila besan tengok dia taktau nak jawab apa baru besan kata orang negeri sembilan kata anak sedara tu anak buah, baru dia angguk... bab udang memang suka sangat , masa kat rumah akak dia kupas sendiri udang, sekarang kalau masak udang saya siap kupas dulu baru masak , kalau tak asyik kena kupaskan udang dia je, dia tau nyap je :)

Queen Of The House said...
This comment has been removed by the author.
Queen Of The House said...

Tak apa, Mimi toksah worry. Nanti Umair besar sikit dan pandai bermain, tentu Maksu yang akan jadi paling popular dengan Umair, sebab tak jauh beza umur kalau nak dibandingkan dengan mak-buah yang lain!

Agaknya dah lama-lama biasa dengan taekwondo, semangat Mimi lebih kental. Boleh jadi aggressive sikit. Not bad eh, boleh "hekk" sampai bergema!

suealeen said...

cuba sebut kat dia anak menakan... hekkk!

zareda said...

kak rina
nasib baik mak su tak pikir anak buah tu macam buah deoryan ke buah rambutan ker..

PrinCeSS said...

wah maksu mimi dah yellow belt..
nampaknye pasni xlehla nak buli mimi dah..nanti die angkat kaki,siap bunyi 'hekk'..meremang bulu roma..hehe

nasib baik maksu dapat bezakan anak sedara ngan adik..nanti kang x pasal2 die kate umair adik die..hehe

Mama Rock said...

hahaha, i like the mak buah part :)

Hazia said...

Mimi juara taekwondo nanti ni:)
I pun baru nak mula puasa 6.

silversarina said...

qoth,

Mimi sayang sangat Umair, macam adik dia lah pulak.. harap dia faham yang dia tu maksu sebab macam kata you , tak jauh beza umur.




suealeen,

ha bab tu , akak pun terkedu jugak, jarang dengar dan kalau kat sini memang sure gannu kita tak faham :P


zareda,

sia pelik juga sebab baby mana ada buah...hehehe.

silversarina said...

princess,

jerit heekk tu memang kuat, mangalahkan orang black belt ... nanti boleh lawan dengan Umair, kot mimi je yang kena mengalah, sian dia :)




mama rock,

tu I yang tambah.. kalau ada anak buah mesti ada mak buah ..hehehe.




hazia,

InsyaAllah kita dapat habiskan puasa 6.