Saturday, October 25, 2008

Suatu hari di hari Jumaat.

Semalam hampir seharian penuh aktiviti ........

8.00 am Sarapan di Padang astaka ( mimi suka sangat ke sini dan Izzat suka jogging di sini ) .

8.30 am Merayau pasar pagi di sebelah padang astaka nak beli dulang stainless steel , beli 4 yang sederhana saiznya , mimi beli ikan emas 3 ekor .

9.45 am Ke surau dekat rumah tolong potong-potong bawang sebab petang nanti ada majlis raya .

11.45 am Balik rumah ada tetamu datang dari KT, Lan dan family . Saya hidangkan milo dan biskut cornflakes yang saya baru buat semalam ( kali ke 3 buat sejak raya sebab semua satu rumah suka makan biskut ni ). Lepas tu saya terpaksa tinggalkan tetamu saya sebab dah janji nak ambik pesanan kuih samosa ikan yang saya tempah untuk majlis raya di surau dan di al amin petang nanti . Semasa ambik kuih samosa saya sempat singgah di beriani bistro beli nasi beriani untuk saya jamu tetamu saya .

12.45 pm Saya terus hidangkan nasi beriani yang saya 'masak' dalam kereta kepada isteri Lan dan anak-anak sementara kaum lelakinya ke masjid untuk solat Jumaat . Sementara mereka makan saya susunkan samosa ikan dalam 4 dulang yang saya beli pagi tadi . 300 biji samosa dimuatkan dalam 4 dulang , 2 dulang untuk surau , 2 dulang untuk Al Amin . Balik Jumaat Lan dan yang lainnya makan tengahari.Mereka pulang jam 2.45 petang.

3.15 pm Saya, Mimi dan Izzat ke surau , majlis bermula jam 3 petang, masa kami ke sana dah ramai tetamu hadir, sebab saya dah kenyang saya cuma makan 3 ketul kecik lemang dan rendang dan mimi pulak makan 2 potong tembikai . 100 biji samosa yang saya letak atas meja hidangan wanita habis tak sampai dalam masa 10 minit ( meja lelaki Izzat yang letak 100 biji juga ) .Lepas makan dan sembang sekejap saya minta diri dan bawak balik dulang kosong( lega habis sebab samosa kakyam yang saya tempah memang sedap ).


3.40pm Terus bersama Izzat dan 2 rakannya ke Al Amin untuk sambutan raya juga , saya bawa 2 dulang samosa juga, satu meja perempuan satu untuk meja lelaki. Saya masih kenyang, cuma makan 2 keping roti jala dan rendang , kongsi dengan mimi . Dulang samosa nanti Ahad baru Izzat awak balik ( sayang dulang sebab stainless steel dan baru beli ...hehe ).


5.20 pm Masa tengah mandi jiran2 datang nak ziarah cucu , saya hidangkan air soya dan sebab lama tak jumpa lama lah jugak bersembang.Sementara tu saya suruh Zaid bawak balik dulang saya yang satu lagi di meje lelaki masa Zaid pergi jamuan raya di surau. Dulang saya dah diisi dengan lemang pulak dan ada kesan lemang , tak pe janji dulang saya kembali kepada saya.Tetamu pulang jam 6 petang .


Malam saya dah rasa letih sangat , tak makan malam pun dan teringat Mizi yang bak balik ke syria pagi ni nak datang rumah lepas Isyak.... tunggu hingga jam 9.15 dia masih belum tiba...saya pun masuk bilik dan tidur bersama mimi .Rupanya Mizi datang jam 9.30malam dan Zaid yang melayannya. Maaf saya pinta sebab memang dah tak boleh buka mata dah .

Itulah Jumaat saya semalam.


Salam hujung minggu buat semua.

12 comments:

PrinCeSS said...

yeaaa komen pertama!!
penuhnye jadual wanmommy..
majlis kat al-amin slalu sama tarikh ngan kat surau kan..
p/s : mimi dah bagi nama ke kat ikan baru?

Cat Cat said...

Waduh Kak Rina,
Bizinya hari Jumaat... Tapi bila dapat beres semua, puas kan..??? Jumaat Cath best, gi shopping shopping.. hehe.

Pp said...

seronok!! jadual penuh...dan ada pula kunjungan kawan2....

saya suka bila ada kunjungan yang tak perlu di jemput. lebih menghidupkan kemasyarakatan.

dulang tu untuk apa ...?

Neeza Shahril said...

seronoknya banyak activity.. neeza kalau sakit2 cam ni.. rasa nak baring aje dalam bilik hehee..

samosa tu temosa ke kak Rina?

Kak Elle said...

Puan Rina punya agenda kalah pak menteri ye?

ait beli dulang baru untuk jamuan guna aje foil trays tak payah pulang balik...hehe

CikguZue said...

bunyinye sedap je samosa ikan tu...boleh kak Rina bagi resepi, mana tau boleh cuba try test buat resepi baru di rantau org ni. nak tempah macam kak Rina takleh,kan...huhu..

aNIe said...

Rina...penuh aktiviti Jumaat tu...dlm sibuk2...sempat lagi 'masak' nasi beriani dlm kereta ye...hehehhe

zino said...

jadual penuh dari pagi sampai ke malam.. sibuk nya nenek ni hehe

silversarina said...

princess,

ha ah , hari tu majlis buka puasa pun sama tarikh, kali okay dapat pergi sebab siang hari .... tak de nama ikan2 baru ni, ikan ni kuat makan dan kuat buang air, teruk kena ganti air je sebab cepat berbau, tak padan dengan kecik , mama yang kena gantinya :P





cath,


Jumaat sini cuti hujung minggu, tu yang makin busy , selagi tak habis Syawal selagi tu ada majlis raya, raya sakan ..hehe.

silversarina said...

pp,

saya suka kalau diaorang call dulu, tak lah gelabah dibuatnya, jadi macam hari Jumaat tu kena 'masak' dalam kereta sebab memang hari tu plan tak masak sebab ada dua majlis makan nak dihadiri, tetamu yang datang pulak tak de nombor hp saya dia cuma ada no hp hubby , manalah berjawab, tuannya dah tak de kat sini .Apapun saya tak bagi diaorang balik sebelum makan tengahari dulu .

dulang tu nak isi kuih karipap ikan ( samosa ) untuk dibawa ke surau dan al amin , biasa bubuh dalam bekas plastik je, dulang kononnya nak cantik lah sikit .




neeza,

ha ah kalau tak sihat memang tak larat nak layan tetamu,akak pun sama dah 2 malam tidur awal, malam tadi ada lagi tetamu datang jam 9.10 malam , akak dah masuk tido jam 8.40malam...memang tak larat betul tubuh ni, zaid lah yang layan tetamu tu, teruk betul akak.


samosa tu karipap ikan .

silversarina said...

kak elle,

konon nak hidang cantik sikit dan dah lama aim nak beli dulang tu :P



cikguzue,


maaf , akak memang taktau buat ,s elama duduk sini memang akak beli aje, nanti akak tanyakan pada tokeh samosa kalau dia boleh bagi resipinya untuk orang jauh .

silversarina said...

anie,

kena masak dalam kereta sebab saya memang tak nak masak masa tetamu ada dan kebetulan memang tak nak masak hari tu sebab ada 2 jamuan yang nak dihadiri. Takkan nak bagi tetamu datang tak makan (diaorang datang mengejut ).




zino,


itulah nenek mitahli ...hehehe.