Monday, January 26, 2009

6 jenis wanita....

Dari pagi keluar hantar Izzat ke kem motivasi di Telok Kalong, Kemaman dan saya terus ke Spa Mayang d Ulit di Kerteh ada urusan peribadi dan manjakan diri sikit dan kebetulan hari ni cuti dapatlah saya lama di sana .Hampir 2 jam diulit ,lega dah selesai.

Semasa saya menanti selesai proses diulit saya sempat membaca beberapa majalah yang terdapat di spa tersebut. Ada satu rencana yang menarik hati saya. Majalah Perempuan September 2008 ada menyentuh beberapa jenis wanita yang terdapat di sekeliling kita.

Antaranya :

1.Wanita Selipar Jepun.... perempuan murahan yang boleh 'dipakai' oleh sesiapa saja dan lelaki yang memakainya setaraf dengannya yang mendedahkan kakinya kepada kekotoran.

2. Wanita Tuala Pakai Buang ... pelacur atau wanita liar yng dipakai apabila diperlukan dan dibuang begitu saja selepas digunakan.

3. Wanita Kosmetik... hanya berpura-pura baik bagi memenuhi kepentingan diri sendiri, punya personaliti yang menarik dan cantik tapi hodoh di dalam dan boleh jadi seperti gunting dalam lipatan.

4.Wanita Plastik.... tidak punya sifat kewanitaan yang sejati, kasar dan tidak bertimbangrasa, tidak punya sifat keibuan sehingga sanggup mendera dan membunuh anak sendiri.

5. Wanita Besi... penggerak atau pemaju negara yang bergiat dalam pelbagai bidang yang menaikkan nama negara di peringkat global.

6. Wanita Teleskop ... banyak timbulkan masalah pada masyarakat akibat suka meneropong hal dan keburukan orang lain dan membuka aib orang lain serta membesarkn keaiban orang lain, Bila diketahui itu semua angkaranya dia akan menyembunyikan teleskopnya seolah-olah itu semua tiada kene mengena dengannya.


Baru edit pagi Selasa , bukan dari majalah .....


7. Wanita Ahli Syurga.

Hadith Nabi saw ada menyebut 4 jenis wanita ahli syurga ialah :

a. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.

b.. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.

c. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

d.. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar)







Kepada diri sendiri saya bertanya .... wanita jenis apa kah saya ????

Anda pula bagaimana ?????

** baca entry sambil dengar lagu "wanita" yang saya pasangkan pasti terusik jiwa....

15 comments:

zino said...

rasa nya ada banyak lagi ketegori wanita ni.. di mana nak letak wanita yg baik baik semua tu.. macam tak tak kan nak letak dalam satu ketegori tu je kan..

silversarina said...

zino,

memang banyak jenis yang baik tapi dalam majalah tu hanya letak 6 dan yang boleh pakai hanya 1 , nampak sangat macam tak ramai wanita yang baik kat dunia ni , saya pun tak jumpa jenis saya yang mana sebab saya tak bekerja dan tak sampai peringkat global, nak mengaku yang jahat2 tu rasanya tak..heheh.

Sally said...

Salam,
err..x cukup kategori la nii..kategori ni lebih ke arah buruk je kan? ape kata tambah lagi 6..mungkin akan ade yg sesuai..hehe

silversarina said...

tchersally,

Tunggu baca majalah tu lagi kot ada yang sambungannya , jenis yang baik-baik pulak :)

mommy said...

sume yang negatif je..:(
mmg x ramai wanita yang baik kat dunia ni kot

Neeza Shahril said...

macam bias aje majalah tu.. 1 je yang baik.. melampau pulak tu.. neeza rasa, neeza bukanlah wanita besi pun. nak angkat besi pun tak larat heheee..

NYP Open House 2014 said...

kalau saya mesti wanita sejati...hehehe...anggun,cun,vogue ada apa2 yg saya miss tolong sambungkan ye:)

Abang Long said...

Cuba cari - Ciri WANITA Syurga - dalam majalah MUSLIMAH. Mesti jumpa.

Kak Elle said...

sorry wanmommy ira tu saya tadi di rumah my sis guna her laptop...lupa pulak nak tukar id...maaf ye.

D said...

yelah, kak rina... ni ditulis oleh seorang lelaki yang sudah dikecewa perempuan dan menyampah melihat perempuan di sekelilingnya. tapi, dia tak jumpa kita lagi... 6 yang dikategorikan ini agak cacat kerana pada mulanya nampak macam ada progres scale, tapi WANITA BESI (walaupun +ve) dan WANITA TELESKOP tu dah lain description pulak! Tak boleh pakai, tak boleh pakai..

Aiyah Nonya said...

Hi, sarina

Hmmm.....I think the article is not fair. There are many more other good woman out there. Should sent in your comments to them. That might get them to write up another non bias article about the real woman.

aNIe said...

Larrr rina...satu je yang baik...tak acilah camni...camaner nak pilih...hehehe

Kalau camtu...nak jadi wanita no. 5 lah...hehehe...

silversarina said...

Princess,

Tengok kat ggogle pun banayk kisah wanita malang, apalah tak de motivasi , tak pe kita bukan jenis malang begitu.




neeza,

Agaknya ada sambungan bulan oktober tu, yang baik2 pulak, kalau tak memang nayalah wanita , tak de yang baiknya .



ira/kak elle,

Akak kena letak special kategori ... hehehe.

silversarina said...

abang long,

Memang kalau cari kat internet pun tak banayk yang cerita wanita syurga, yang ahli neraka berlambak, macam berat sebelah pulak .Tu saya dah edit wanita syurga .




kak elle,

malam tadi tak buka, so kira pagi ni dah kenal sapa ira tu, take care !!





D,

Memang antara kita akan kata tak leh pakai rencana ni sebab kita bukan dari jenis yang dinyatakan , ramai orang nampak wanita jahat je, yang baik2 kurang , tu yang buat akak lagi bermotivasi untuk jadi lebih baik.




aiyah nonya,

Wish you a happy CNY !


You're right , it looks like there are hardly good women on this planet , we've done our best to be the best women on earth .


aNIe,

Bias punya article, mungkin ada sambungannya , I nak pilih yang n0 5 tak boleh pulak sebab I tak keja angkat besi...hehehe.

Kak Elle said...

Yg no6 nak di jauhkan dr golongan manusia macam ni...smlm baca melulu baru sempat pagi ni...