Friday, January 16, 2009

Friday Morning news...

Sekali lagi Jumaat menjelma , sehari lagi bertambah mangsa peperangan di bumi Palestin.

Boikot tetap berjalan, mana yang boleh boikot kita boikot .


Bantulah ringankan bebanan rakyat Palestin.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Esok hari mengundi di Parlimen Kuala Terengganu. Saya tidak menjengok pun ke sana kerana rasa ramai dah yang bertugas...teruk kan saya....tapi itulah yang saya rasa... kalau ramai tapi yang bertugas kurang apalah gunanya, buat sesak jalanraya saja dan buat tambah kos pilihanraya , kena sediakan makanan dan tempat tinggal buat petugas yang datang jalan-jalan bukannya bertugas.

Saya doakan agar calon PAS akan menang sebab saya yakin dengan kebolehan yang ada padanya. Jika kalah pun dah memang tak de rezeki dan kena perbaiki kelemahan yang ada InsyaAllah lain kali boleh menang. Saya kenal calon PAS ni dah lama sebab dia juga orang lama dan anaknya pernah bertandang ke rumah saya semasa di Jordan kerana anak-anaknya pernah belajar di Jordan . Mereka memang keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan dan masing-masing berakhlak mulia baik lelaki mau perempuan . Saya pernah bersama dengah isteri calon ni semasa kami berada dalam PEMADAM negeri Terengganu . Isteri calon juga seorang pemimpin muslimat yang telah lama bergiat dalam parti PAS .

Semoga berjaya esok hari !!




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kisah kami hari ini .....

Darling tak dapat balik 20 Jan ni, kena tangguh hingga hujung bulan..... cuti CNY tak de lah ke mana-mana kami .

Zaid dan family dah start packing barang , berlepas dari Kuantan petang Isnin ni...dah dekat dah Uamir nak tinggalkan Wanmommy ...huhuhuhu.

Sofie dah start cuti musim sejuk selama 2 minggu .. merayau ke 9 negara di Europe termasuk UK , tadi sms kata dia dah sampai Krakow, Poland .... selamat bercuti ( sedikit iri hati sebab saya tak sampai lagi ke negara-negara tu kecuali London , itupun lamaaaa dulu , waa, waa, waa !! ) .

Maya dah nak dekat habis kelas musim sejuk dan lepas ni akan bercuti sebulan jugak , tak ke mana rasanya sebab poket kurang penuh sebab pindah rumah baru kena bayar sewa rumah 10 bulan sekaligus . ..taktaulah kot dia ada plan travel jugak , pusing keliling bandar jelah kot.

Izzat tengah jogging lagi masa ni, lepas subuh terus keluar jogging keliling kawasan rumah kami. Malam tadi dia ada bbq kat rumah kawan di lorong belakang rumah kami, saya dah tidur dan terjaga hampir jam 1 pagi, lihat dia tak de dalam rumah , terus call dia , dia kata masih ada dalam kemah di rumah kawannya, mula dia kata nak tidor sana, saya pun mulanya bagi dah dia tido walaupun tak de bagitau pun pasal tido kat sana. Lepas dah letak phone rasa tak sedap hati biarkan dia tido rumah orang ( dalam kemah ) takut nanti jadi tabiat hujung minggu lepak rumah kawan yang memang saya amat tidak suka. Jam 1 lebih sikit saya call semula suruh dia balik . Nasib baik dia pun tak membantah. Tu dia dah balik dan bagitau dia jogging 5000 langkah dengan 3 pusingan sekeliling perumahan kami. ... eeeeiii 5000 langkah, jauh mana tu agaknya ...


Mimi masa ni tengah buat homework yang ada tiga untuk hujung minggu ni, semalam balik sekolah terus nak susun buku untuk hari Ahad, saya kata nantilah Sabtu baru susun...punyalah excited si kecik ni , happy sangat dapat ke sekolah. saya tak perlu risau tentang dia beli-membeli makanan di sekolah sebab tahun ni al Amin tiada kantin, semua makanan telah disediakan oleh pihak sekolah dan dah termasuk dalam yuran.


Saya pulak dah mulakan perniagaan baru, nanti bila website saya dah boleh berfungsi sepenuhnya saya akan promote dalam blog dan akan ajak semua rakan bloggers yang berminat untuk bersama dalam bisness saya ni.... so... nantikan kemunculan perniagaan saya .......cewah, macam beso beno bunyinya...hehehe.

19 comments:

Kak Elle said...

Umair dah balik sob..sob..

semoga perniagaan yg akan datang berjaya..nak jadi pelangan pertama jugakkkkkkkkkkkk.....haha

aNIe said...

Rina..akak akan menanti blog perniagaan rina...

Sedihnya bila memikirkan umair cucu kesayangan yang sorang tu akan berangkat terbang besama ayah & ibunya...takpelah rina...ada rezeki lain kali diorang balik lagi...tak pun rina yang kesana untuk melepas rindu...

mommy said...

memang cuti ni x jalan ke manala rasenye..ongkos2..uwawawaaaa

rajinnye izzat exercise skrg..slagi x 'katang'..hehe
wah wanmommy dah start berniaga..nantikan kemunculannya!!

Sya said...

Pagi tadi dengar kat radio death toll dah meningkat ke 1100 orang.. sedih nya.

Mulan said...

jgn sedih wanmommy... nanti boleh visit umair kat jordan nanti..

apa bisnes tu, nak mintak keje boleh ke..

Kiah Kardashian said...

bisnes aper ek???

saya pun nak mintak kerja dengan WanMommy la. hehheh

silversarina said...

kak elle,

Mesti terbayang wajah Umair nanti, selalu dengar suara dia nangis dan ketawa..rindunya sudah pasti :(



aNIe,

Bisnes online , baru percaya kat bisnes ni sebab yang promote pun saya kenal betul dan dia pun lama kaji baru join bisnes ni.



princess,

Jalan pusing daegu kira berapa banayk kedai kimbap....buat kajian kimbap daegu...cadangan bernas ni :)

silversarina said...

sya,

Selagi tak habis dibunuh orang palestin nampak macam israel ni tak nak henti , memang tak berhati perut.




mulan,

nak jadi ceo pun boleh , company yang boleh ada seberapa banyak ceo..hebat tak ??




zek zek,

company kak kecik je, kalau zakiah nak jadi shareholder oleh lah berkembang biak nanti company akak tu :)

maklang said...

rindu serindu rindunya nanti kat umair tu ye...

harap business berkembang pesat sampai ke Kerteh..

tulipurple said...

wahh..lepas nie ade reasonlah wanmommy nak ke jordan selalu...hehe.

moga yg hak akan berjaya,sy pun dah meluat tgk siaran yg berat sebelah..kalu betul,kenape tak beri peluang pd semua pihak utk bersiaran.

sy pun nk apply gak keje mcm sis mulan,dpt jadi tea lady pun ok gak..hehe.

Yuswani Effendy bin Yusof said...

wah....ader perniagaan la plok wanmomy kita ni...baguss2222222...boleh join sekali.

2 ari agi wanmommy boley main dgn cucuanda tersayang,,,,sabo22222 jgn banjir plok epot kontan tu yer wanmommy..

mama said...

wow bisnes hape tu kak?
boleh join...

Anonymous said...

kak rina

peluk Umair puas puas.. lepas ni dapat cium bau jer..

sabar menanti bisnes kak rina tu.. keronsang ada tak? yang zar beli memang bes.. cantik

Sue.Aleen said...

business? menarik jugak tu... jangan lupa ajak saya no...

anyhow, syafiah's back to 'school' again. nak sambung belajo neuro lagi....

drNO said...

rajinnya mimi. mesti dia seronok ke sekolah.
wah...x sabarnya tunggu bisnes tu....
a'ah..mcm besor je bunyinya...:):):)

Ain Mardhiah said...

salam auntie..

lama tak nyinggah sini. auntie pekabar? hopefully semua sihat..

ustaz zaid dah nak balik sini ye.. takpe2.. nanti bila2 cuti bleh balik lagi.. ^_^ umair join rehlah mana ke nanti? teringin la nak jumpa dia.. hehe.. mesti comelll..

k la auntie. ainul dlm exam sebenarnya nih. saja nk unwind jalan2 sini jap.. doakan ya.!

Abang Long said...

Luas pemandangan anak - anak pada hari ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah.

zino said...

birthday girl tunggu oder dari jauh tu..

Neeza Shahril said...

Wow!! Kak Rina pun nak business ya.. Alhamdulillah.. bertambah blogger businesswoman. Apalah agaknya nature of business tu kan..

Umair dah balik? sedihnya.. sure dia sedang adjust cuaca sejuk Jordan kan..