Saturday, January 10, 2009

Ikut Logik.....



Ikut logik takkan kita tak marah dan mengamuk jika harta dan tanah kita dirampas sesuka hati oleh sesiapa sahaja. Setelah dirampas tanah kita, kita pula dihalau dan jika enggan akan dibunuh sesuka hati mereka . Sungguh tidak logik jika kita masih berdiam diri umpama boneka tanpa hati dan perasaan . Sudahlah tanah kita dirampas, ahli keluarga kita yang berjuang mempertahankan tanah pusaka yang hanya tinggal sekangkang kera diratah jasad mereka saban hari oleh puak yang perampas. Sungguh tidak logik jika kita masih berdiam diri tanpa sepatah kata dan tanpa sebarang senjata mempertahankan diri dan tanahair tercinta.


warna hijau adalah tanah Palestin ...lihat tinggal begitu kecil tanah Palsetin setelah dirampas regim Israel durjana.



Itulah yang telah terjadi dan akan terus terjadi lagi dan lagi di bumi anbiya bumi Palestin yang saban hari bermandi darah .

Semasa di Jordan saya dapati sebahagian besar penduduk nya adalah dari Palestin . Mereka berhijrah ke bumi Jordan sejak sekian lama dengan membawa keluarga dan memulakan kehidupan di bumi asing dalam serba kekurangan dan ada juga golongan kaya dan bangsawan serta golongan korporat dengan harapan membuka lambaran hidup baru . Namun tidak semua bernasib baik di bumi asing. Masih ada ratusan ribu yang masih berstatus pelarian Palestin dan masih ramai yang masih tinggal di kem-kem pelarian Palestin yang amat kurang segala-galanya .

Saya sebak masa menaip entry ni kerana teringat wajah-wajah sayu dan pilu yang pernah saya temui di kem pelarian palestin . Dari perbualan dengan sahabat-sahabat di sana ramai rakyat Palestin terpaksa melarikan diri ke bumi asing kerana mereka sudah tidak berdaya menahan pelbagai kekejaman yang dilakukan oleh golongan zionis yang tanah Israel semakin hari semakin lebar dan luas. Ada antara mereka tidak dapat kembali ke sana lagi kerana jika berbuat demikian mereka akan dibunuh setibanya mereka di sana , di tanahair sendiri.

Pernah seorang drebar teksi bercerita kepada Zaid ( zaid translated pada saya ) bahawa kalau dulu dia dan isteri akan menaiki bas dari Amman ke Al Quds/ Jerusalem untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Al Aqsa . Perjalanan mengambil masa hanya sejam suku sahaja dari Amman ke sana. Selepas solat Jumaat mereka akan kembali ke Amman dan ini berlangsung selama beberapa tahun . Kini segalanya telah berubah. Semuanya tidak berlaku lagi. Jika ingin ke sana mereka kena melalui imigresen Israel dan akan disoal siasat buat beberapa jam sebelum boleh ke Palestin atau tidak. Silap haribulan di situ juga mereka akan ditangkap tanpa banyak soal dan akan hilang selamanya.

Saya dan anak-anak pernah mencuba untuk melawat sempadan Jordan Israel melalui King Hussein Bridge di Jordan tapi ditegah dari terus menghampiri sempadan tersebut. Apa yang pelik ialah jika ingin ke /Palestin kita kena melalui sempadan Israel yang dijaga oleh askar Israel sedangkan ianya adalah tanah Palestin yang telah dirampas . Terpaksa melalui Israel baru boleh tiba di bumi kecil Palestin yang dibahagi-bahagikan kawasannya yang seolah-olah seperi kain yang dicarik-carik dan dikelilingi dan diawasi oleh askar Israel.

Tidakkah itu penjajahan namanya ???

Kini mereka meratah kembali jasad rakyat Palestin yang tidak berdosa yang hidup serba kedaifan dan berjuang demi mempertahankan agama dan negara tercinta .Apa yang lebih meruntun hati melihat kematian kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa . Mereka benar-benar menjadi mangsa pengganas Israel yang bertopengkan manusia.



Ayuh, bangunlah dan bantulah mereka yang tertindas di bumi Palestin . Hulurkanlah bantuan buat mereka.... hentikanlah airmata duka dan kembalikanlah airmata suka mereka . Hari ini hari mereka , entah esok atau lusa hari kita pula yang memerlukan bantuan..... Ya Allah bantulah hamba-hambaMU yang lemah ini . Amin.

15 comments:

Kak Elle said...

Sungguh menyedehkan bila membaca tentang ni..kenape menyesiksa anak2 yg tak bersalah ... they are innocent.

Ummi365 said...

Sedihnya baca entry kak rina kali ini..

zino said...

sedih dan menyakitkan hati...wahai umat islam bangun la.. bantu sedara kita yg sedang di sembelih..

Jingga Studies said...

apa yg silversarina tulis adalah benar dan satu perjuangan...kita kena mengunakan setiap saluran/ keringat yg ada utk membantu palestin..mungkin duit.. tapi influencial blogger macam kak silversarina..perlu menulis dan terus menulis dan menyebarkan ketidak adilan terhadap palestin sebanyak mungkin..mungkin silversarina rasa contribution nye kecil tapi ia memberi impak yg besar terhadap pelayar blog kak silversarina!..please share your experience when u were in the middle east so that we have a better picture of what is happening....better than watching CNN or BBC!

amin to your prayers! God saves Palestine!

maklang said...

Tiap hari tengok TV tak habis2 dengan perlakuan zalim mereka...

YA Allah...Kau turunkanlah azab Mu kepada mereka yang menzalimi umat2 Islam di Palestine...Amin...

Neeza Shahril said...

frankly speaking kan kak Rina.. neeza tak tahu keadaannya teruk macam tu sekali.. (pasal rampasan tanah tu). memang neeza kurang membaca. thanks ya Kak Rina cerita semua ni..

kesian penduduk palestine tu. israel memang sekutu syaitan.. hati zionis.. kalau itulah perangai diorang sampai mati, neraka jahannam sa sesuai untuk diorang..

aNIe said...

Rina...sedih bila memikirkan nasib mereka...

ummu asiah said...

kak rina..

tadi attend training 4 palestine speakers..dpt gesaan baru salah satu darinya..evrytime kita sebut Isarel..mesti sebaiknya kita tegaskan NEGARA HARAM ISAREL..and untuk Palestine..the occupied land of Palestine..tanah yang dijajah!!..

memang kita patut selalu menulis begini kerana ada siaran berita yg masih memutarbelitkan cerita dan berita kononnya tentera HAMAS yg bersalah dan bertanggungjawab..Negara Haram ISrael selalu memberi alasan yg mereka menembak sekolah keran ada tentera Hamas bersembunyi di sana, bedil masjid sebab Hamas sembunyi senjata di sana...memang tak lojik lansung..

Unfortunately for us as well..tadi kami seramai 22 orang termasuk anak saya berumur 13 tahun telah ditangkap ketika kami Gabungan Anti Perang baru mula untuk mengadakan candlelite vigil sebagai solidarity kepada mangsa kezaliman tentera negara haram Israel..kami pun dikepung oleh Polis dan SB..dikasari dan akhirnya terpaksa dibawa menaiki truck..baru dibebaskan...ALhamdulillah.

Queen Of The House said...

Rina, mungkin bagi kita hanya setakat mampu berdoa, tapi harapan agar negara-negara Islam bersatu melawan ..... dan mempertahankan hak orang-orang Palestin. It's too much to even look at the pictures. Kejam sungguh Zionis!

Zareda Norman said...

Doa adalah senjata orang mukmin..
semoga doa doa kita disini dimakbulkan Allah SWT untuk membantu saudara kita di sana

Tepi Sungai Batu said...

Yaaa..negara haram Israel....harammmmm najisssss!

silversarina said...

kak elle,

Bila syaitan menguasai diri manusia sanggup buat apa sahaja :(



ummi365,

Itulah realiti hari ini.




zino,

Sakit hati memang tak terkata ketika ini.


jingga studie,

Akak cerita apa yang akak tahu sedikit sebanyak dari pengalaman di Jordan yang penduduknya majoriti adalah Palestinian . Terimakasih memberi sokongan atas apa yang akak catitkan.

silversarina said...

maklang,

Tak tau bila kekejaman ini akan berlalu.



neeza,

Kalau rang tak tau memang akan salahkan Hamas yang sering 'menyerang' israel , padahal israel yang merampas sudah pasti tuan tanah akan melawan untuk dapat hak mereka kembali.semoga mereka lebih tabah dan teruskan berjuang.





aNIe,

Sebak kan bila asyik ditindas tanpa rasa belas kasihan.

silversarina said...

ummu asiah,

Tahniah kerana berjuang demi keadilan manusia sejagat. Saya kagum dengan semangat dan keberanian ummu asiah dan anak-anak serta sahabat-sahabat di KL yang tak kenal jemu memperjuangkan keadilan . Kami di sini tetap akan terus mendoakan agar segala usaha yang dijalankan akan membuahkan kejayaan InsyaAllah.





QOTH,

Pelik tu negara-negara Arab boleh mendiamkan diri aje, tak faham betul sikap mereka ni ..geram.



zareda,

Itulah yang mesti kita lakukan setiap hari dan setiap masa, berdoa buat mereka di sana.



manlaksam,


Negara haram yang merasakan ianya halal membunuh manusia sesuka hati mereka :(

mad redo1 said...

mad redo1 hanya mampu berdoa sahaja buat masa ini agar pembalasan setimpal akan diberi kepada laknatullah olmert itu...