Wednesday, January 14, 2009

Kaiwn-kawin-kawin, nikah dan kawin.

Bila anak-anak dah menjangkau usia 20an alam remaja mereka beransur-ansur bertukar ke alam dewasa. Bagi anak-anak yang memasuki alam dewasa biasanya mereka akan mula mengenali CINTA. Memang ada yang sudah bercinta di usia muda , usia di bangku sekolah lagi , namun pada kebiasaannya perasaan ingin jatuh cinta akan mula terasa bila mencecah usia 20an.

zwani.com myspace graphic comments


Saya punya 2 anak yang usianya 20an dan seorang lagi akan mencecah 20 tahun pada 2009 ini.

Zaid tahun ini berusia 23 tahun dan sudah berumahtangga serta punya seorang anak. Dia mengikut jejak langkah kami suami isteri berkahwin di usia muda ( kami 19 ++ tahun berkahwin ) . Bagi Zaid cintanya di Jordan berjaya dipupuk hingga ke jinjang pelamin ( tak de pelamin pun !! ) . Alhamdulillah.

zwani.com myspace graphic comments


Bagi Sofie yang tahun ini usianya 22 tahun masih lagi mencari CINTA di Ukraine ( ke dah ada cinta ekkkk ) , bagi saya biarlah hingga tamat pengajian barulah punca cinta yang sejati dan kekal ke akhir hayat. Kalau setakat bercinta kerana mengikut trend umum bercinta di usia 20an , hentikanlah, tak ke mana cinta sebegini.

Pada Maya yang baru nak mencecah 20 tahun yang katanya masih ingin solo buat masa ni kerana tidak mahu pergerakan dipantau oleh boyfren . Lebih baik single dan dikelilingi oleh sahabat handai yang setakat ini baik dan mengambil berat tentang dirinya di Korea.

Saya bawa kisah cinta nak-anak ni kerana sejak akhir-akhir ini seorang demi seorang sahabat -sahabat anak-anak saya mendirikan rumahtangga . Rakan -rakan Zaid , Sofie dan Maya kini bersilih-ganti membina masjid . Minggu lepas rakan Maya semasa di sekolah rendah berkahwin . 2 minggu lagi 2 sahabat maya dan sofie pula akan berkahwin. Oleh kerana mereka juga adalah anak-anak yang rapat dengan saya ( masa kecil rumah saya jadi port anak-anak kecil bermain ) . Bila mereka berkahwin saya yang jadi teruja, tolong sponsor benda benda kecil seperti sponsor kek pengantin, makanan lauk pengantin, kuih atau apa yang terlintas untuk bersama meraikan pengantin .



Pagi ni nak ke rumah tokeh kek sebab 2 pengantin nak lihat contoh kek yang mereka inginkan dalam majlis minggu depan . Kali ni saya nak sponsor kek pulak.

Sebenarnya bila musim kahwin ni saya selalu berangan nak adakan majlis kawin Sofie dan Maya serentak, senang cerita , satu majlis buat 2 pengantin.....

zwani.com myspace graphic comments

Buat masa ni biarlah anak-anak dara saya tu bertingkus lumus menimba ilmu sebelum melangkah ke alam rumahtangga . Calon-calon pun belum ada lagi ( macam nak promote anak sendiri pulak ..... helooo Datuk, Dato' , tak minat ke kat anak-anak I .... heheheheh ) .

Apalah yang I tulis pagi ni, tapi itulah kisah masa kini ..kawan-kawan anak-anak dah mula kawin-kawin .

23 comments:

zino said...

boleh le buat persiapan awal apa yg patut.. hehe.. sampai masa nanti tak ada le kelam kabut.. hehe

Kak Elle said...

nampak gaya macam berangan nak menantu...hehe

bagi saya baik lah sofie dan maya bertungkus lumus dulu dlm pelajaran kalau ada jodoh tak kemana...

sponsor kek?saya pun nak jugakkkkkkkkkk.....haha

cikMilah said...

Bijak tindakan Maya, berkawan biar seribu, nanti akan berjumpa kasih nan satu..Pasal persiapan kawin memang kita teruja, kan.Saya pun teruja dan tension ni.. memikirkan bunga sesuai untuk tempahan seribu cupcake kawin...

mommy said...

teringin nak menantu lagi ke??
hehe..
kalau tgk org buat persiapan kawin,mmg excited..rase cam nak cepat2 kawin..cam mimi dulu, die lak lebih2 excited..

xsangka kawan2 sepermainan dulu dah
kawin2 dah..

NURAZZAH8 said...

at least you dah dapat sorang menantu...I ni belum lagi...biarlah anak2 habis menuntut ilmu dahulu...terutama Asma'..bukan senang belajar Medic nih... tgk bertungkus lumus siang malam pagi petang...kalu dah kahwin nanti tentu tanggungjawab bertamabh...(ewah....ummi dia dulu pun kahwin masa belajar jugak...!! tapi I cakap dengan Asma'..ummi dulu belajar tak lah sesuah belajar Medic...dan kita 4 tahun dah grad sedangkan dia kena tunggu 6 tahun baru habis belajar...)...

walaubagaimanapun, terpulanglah kpd anak2 dan jodoh pertemuan itu semuanya ketentuan Allah SWT. Kita ibu bapa sepatutnya hanya perlu mendoakan yang terbaik buat anak-anak kita...

maklang said...

Kat pejabat ni pun ramai yang nak kawin seminggu 2 ni...

memang seronok buat2 hantaran, kek etc untuk pengantin...kalau dah suka bunga tu, tak leh nak buat apakan..he..he..

Sastri said...

err... banyak kan persiapan nak kawin nih...

salam kak... :)

selamat tahun baru... lambat sikit sas nih... :)

SoFie NuR said...

takmo kawen serentak ngan maya..nanti gaduh tarik rambut pilih tema lak..hehe

tengok kawan2 yang dah ramai kawen memang jadi teruja nak kawen gak tapi calon takde,terpakse duk diam je la..huhu

Neeza Shahril said...

hehehe.. sure merah padam muka sofie dan maya baca entry kak Rina ni..
tapi senang kan buat 2 majlis serentak.. cumanya nanti sure berebut bilik hehee.. nampak gayanya kak Rina kena sambung rumah lah.. hehehh..

Kiah Kardashian said...

hai kak...nak tambah menantu lagi sorang ker...hihihi

Belum jodoh lagi tuh...sennag buat serentak..jimat masa, tenaga dan penting money money money. Hehhehe.

Kiah Kardashian said...
This comment has been removed by the author.
D said...

phew, nasib baik anak-anak yang nak kawin... bukan mak bapaknya! hehehe. bila tiba masanya dan jodohnya, selamatla semua, insyaAllah..

silversarina said...

zino,

Nak siap awal-awal takut 'basi' lah pulak tema-temu tu..hehehe.




kak elle,

Tetiba je rasa seronok jugak dapat menantu lagi, tapi memang lambat lagi rasanya , 2 tahun lagi baru diaorang habis belajar , keje pulak , simpan duit barulah boleh nak kawin pun.




cikmilah,

kalau dekat boleh I tempah kek dari cikmilah, pos kang habis berlemus icing kat kek tu....wow 1000 cupcakes kena hias, semalaman buat tu baru siap , tunjuklah gambar, sure cantik cupcakes tu .

silversarina said...

princess,

Orang kawin kita yang sibuk, best jugak jadi wedding planner, tapi letih .

Ingat tak Ramlah ? Jalal kawin dengan dia, rakan sekelas.





nurazzah,

Samalah dengan anak I, usahkan nak kawin fikir pasal bf pun rasanya tak perlu lagi, banyak benda nak kena hafal sebelum bergelar doktor.





maklang,

Seronok memangs eronok bila bab kawin ni, cuma sekarang ongkos untuk kawin tak de yang sikit, tu yang kena plan awal2 dan kumpul duit dulu.

silversarina said...

sastri,

Salam kembali, lama juga tak bertemu kita.

Bila nak kawin nampak macam mudah je tapi banyak benda nak kena siapkan :)




sofie,

Kawin serentak boleh buat besar-besaran gitu... sebelah kemah tema salji sebelah kemah tema hutan hujan tropika...hehehe.

Udah tu, baik siap2 nak bercuti...happy holidays, beli souvenir tau, leather handbag ye :P



neeza,

Senang bilik pengantin di Hotel Cukai je, tak payah tambah sepah rumah ni ...hehehe/

silversarina said...

zek zek,

Betul tu, buat sekali memang jimat sebab majlis satu, tetamu sama, makanan sama, taklah parah sangat...lambat lagi lah zakiah, dan Rayyan sekolah dulu :)




D,

Bapaknya dah pencen bab kawin-kawin ( akak yang kata ! ), menanti masa anak-anak pulak bina mahligai bahagia, InsyaAllah.

mama said...

hidup ini berputar umpama roda yang tiada penghalangnya kak...

DrSam said...

wah...bunga mekar tunggu untuk dipetik. betuah betul.

aNIe said...

Rina...anak dara akak tu sampai sekarang lom ade bf lagik...nak bekerja dan mencari harta dulu katanya...ayah dia pulak yang risau...

tulipurple said...

alaaaa sweetnye dpt bonda sporting mcm sis nie...semoga anak2 sis seme mendpt jodoh yg terbaik dan berjaya belake...wahhhh,memang bonda yg nampak lg excited...hehe.

mad redo1 said...

walaupun mad redo1 berharap agar chenta-chenta ni tak masuk lagi dalam kamus AKS berdua, tapi zaman sekarang ni bebudak sangat cepat terdedah kepada perkara-perkara sedemikian, cuma diharapkan dia orang akan terus berkongsi supaya tiada perkara yang tidak diinginkan berlaku di kemudian hari...

silversarina said...

mama,

Betul tu.



DrSam,

Biar mekar mewangi dulu barulah sedia untuk dipetik.




aNIe,

Budak2 sekarang dah pandai rancang, bila diaorang rasa dahs edia barulah nak berpacar , kalau yang mudah biar ibubapa yang carikan , I suka macam tu ..hehehe.




tulipurple,

Bila ada anak-anak dara kena juga fikirkan bab jodoh mereka walaupun lambat lagi kena dah merancang jugak :)




madredo1,

Ha ah, tu yang kalu dah ada pasangan sebagai mak memang akak tak halang untuk terus dirikan rumahtangga , tapi kalau boleh biarlah lepas habis belajar baru kawin sebab kami dah lalui pengalaman kawin masa belajar memang payah.

Anonymous said...

Silversarina,
Tumpang lalu..hehe. title tu lagu lama kan.. pernah dengar maktuk (nenek) nyanyi masa Ana kecik-kecik..boleh boleh boleh, boleh kata boleh, janganlah tak boleh, tapi kata boleh... betulkan? hehe