Sunday, January 31, 2010

Sabtu yang ceria !

Izzat kata masa ambik hadiah tu MB tanya Izzat " PMR 8A ke 9A ? " ... " 9A " jawab izzat . " SPM nanti dapat 11A ye . " MB bagi kata2 semangat . " InsyaAllah " jawab Izzat . izat memnag akan ambik 11 subjects nanti sebab ada extra subject Bahasa Arab untuk pelajar sekolah agama.





Salam buat semua di hari minggu yang penuh berkat InsyaAllah . Ada yang sudah mulakan minggu baru seperti kami di Kemaman dan ada yang masih bercuti hujung minggu dan cuti tambahan bagi warga Wilayah Persekutuan . Apapun diharap semuanya ceria walau di mana kalian berada.

Nak cerita kisah hari semalam yang sibuk dari pagi hingga ke malam.

Pagi macam biasa uruskan hal berkaitan rumah , nama pun suri rumah tapi kalau sayalah memang tak pernahnya siap kerja rumah setiap hari, ada aje yang memang takkan siap dan beres , agaknya kalau 100% beres mau pengsan tak cukup nafas saya, sapa nak pengsan free buatlah kerja rumah sampai tip-top di dalam dan di luar rumah .... memang K. O . lah .

Lepas selesai kerja rumah ( memang tak masak , tak sempat ) .. pergi keluar pulak dengan anak dara kenit sorang tu nak beli something kat Olie's Collection , nak beli barang untuk dia dan jugak untuk anak sedaranya , ada satu je lagi tinggal (small knapsack ) .. mula2 nak bagi Umair tapi lepas tu kata nampak besar pulak beg tu untuk Umair ..jadinya ..beg tu dapat ke dia .. suka hatilah , mula2 kata nak guna duit sendiri , masa nak bayar .." Mama belanja ye ? " soalan cepumas keluar dari mulutnya . "Ye lah ... " .

Lepas tu terus singgah restoran sebelah Olie beli nasi ayam untuk brunch , dah tak larat nak pegi tempat lain . Balik terus makan sebab kelaparan masing sebab tak breakfast .

Lepas makan, rasa mengantuk sangat sebab malam sebelum tu memang saya tidur 2 jam aje sebab tak boleh lena ( ????? ) . Terlelap setengah jam dan masuk je waktu zohor terus solat dan siap2 nak ke Dewan Berlian MPK ada majlis khas untuk Izzat .

Sampai dewan jam 2, kereta dah penuh , terpaksa parking jauh sikit , konon bergaya pakai black high heels , ambik .... terkedek-kedek seberang jalan , kena langkah bunga penghadang jalan, kena naik tangga nak ke dewan lah ... nasib lah , nak bergaya punya pasal .... rasakan .


Izzat bersama sahabat nya , Mujahid ...



Ini kali ke 3 saya menghadiri majlis yang serupa untuk anak2 tapi ni first time di buat di Dewan Berlian yang besar . Biasanya di dewan bangunan Yayasan Terengganu Kemaman yang panas .

Majlis penyampaian anugerah PMR cemerlang dihadiri oleh YB Shabery Cheek dan juga YAB MB Mat Said ... boringnya dengar ucapan ... tapi that MB memang kelakar, ada aje yang kisah kelakar yang diucapkan ... Jam 4 baru lah habis ucapan, saya dah beberapa kali tengok jam sebab lepas asar ada hal lain pulak . Cerita kelakar pun dah jadi tawar sebab gelisah nak ke tempat lain .





Tunggu lah pulak majlis penyampaian anugerah ... izzat pulak no 581 darpada 600+ students UPSR dan PMR ... mula2 anugerah cemerlang UPSR ... ada kot 400 lebih pelajar, lepas tu baru PMR ada 200+ pelajar yang terima anugerah ...



Lepas habis majlis balik rumah , solat asar terus ke Kuantan Airport ambik darling balik bercuti, Biasanya darling naik taxi aje dari airport tapi kali ni dia ada urusan di ATM HSBC , so kami ke sana . Darling tiba on time dan dari jauh dah nampak dia lambai2 pada saya dan anak2 , kurus sikit dah saya nampak ..... heheheh .

Berdrama lah kami di situ kejap, adat orang lama tak bertemu, salam, peluk, cium siap dukung lagi (bukan dukung saya, dukung Mimi lah ...heheh ) .

Lepas tu kami ke HSBC dan solat maghrib di Masjid Negeri yang hanya sebelah HSBC .

Lepas tu terus ke Restoran Satay Zul yang sokmo full house ... order satay ayam , lembu dan kambing ... satay zul boleh tahan sedapnya , lama dah tak singgah makan .



Selesai sudah urusan di Kuantan , kami pun pulang ke rumah.... mata saya sudah tak tertahan mengantuk (tak cukup tido semalam tu punya angkara ) ........

Terlena hampir jam 1 pagi (sebulan tak bertemu , tentu 1001 cerita nak dikongsikan ) .... sedar2 jam 5.45pagi .... syukur ...masih bernafas di pagi yang indah ... Alhamdulillah .

Friday, January 29, 2010

Nasi Lemak ....... Kopi O



Friday morning :

1/ Pagi yang rajin .... cooked nasi lemak +sambal udang+petai untuk diri sendiri dan sambal udang tak de petai untuk anak2 , ayam goreng, telur goreng beserta salad untuk anak2 dan bitter gourd untuk saya .

2/ Merayau ke pasar pagi sorang2 ..... mission= rahsia ... alhamdulillah mission accomplished.

3/ Mimi's friend , hanis datang bawak 7 ekor anak rabbit yang berusia 2 minggu ... so comel dan gebu .. however still belum terbuka hati nak ada any pet setelah tuti mati .






Friday afternoon /evening .


1/Sending Izzat to the mosque for Friday prayer and off to yellow town to buy S***s .... AGAIN ???

2 / Naik geram bila nampak para lelaki siap berpakaian baju melayu lengkap tapi duk busy berborak / ponteng solat jumaat .

3/ Ke rumah Saz di kerteh .. dah ada 'cuppa coffee' date ... kakliza, mak kakliza, maklang turut sama .... macam2 makanan ada ... kenyang sampai ke malam.... Thanx saz .. nanti kita hi-tea kat my place pulak ye .





Selesai sudah Jumaat yang ke 5 untuk January 2010, syukur Alhamdulillah masih lagi diberi ruang untuk berada di muka bumi Allah sehingga kini.

semoga dijaring erat

Selepas SPM masing2 membawa diri ke alam IPT samada di dalam mau pun di luar negeri , perhubungan bersama rakan-rakan seakan-akan padam ditelan arus masa, suasana serta lokasi yang sukar ditagih kembali hingga kini .....

Waktu persekolahan di peringkat menengah adalah saat terindah yang sukar saya padamkan dari ingatan walau telah berlalu hampir 28 tahun lamanya . Di sana kami bebas beraktiviti tanpa hadirnya pelajar berlainan jantina (all girls school ) . Saat paling manis bila sambutan hari guru terutamanya kami hadiahkan persembahan pentas yang terbaik pernah kami jalankan , khas buat guru2 tersayang . Tarian adalah kegemaran saya . Saya selalunya sebagai penari wanita dan partner saya H akan jadi 'lelaki' .... sungguh seronok bila dapat bergerak mengikut rentak joget, zapin dan inang tanpa gusar akan bersentuh dengan lelaki sebenar kerana kami semua perempuan . Bahagian lakonan pula saya selalunya lebih suka jadi pengarah sebab bab nak berlakon saya kurang jadi tapi bab menunjukkan aksi lakonan , itu bidang saya ....

Masa PJ / PE paling tidak digemari .. kena pakai shorts hitam , itu satu hal ... T-shirt putih yang tak tebal mana, itu satu lagi hal ... hal paling besar sebab apa tak suka PJ ialah gurunya yang teramat garang macam singa lapar ... tiap kali PJ memang rasa nak ponteng aje , I never enjoyed my PE lesson .

Masa berlalu .. setahun, 2 tahun .. 10 tahun ... masuk 28 tahun sudah ianya berlalu... walau ada yang sekampung , namun sukar mencari ruang dan ketika untuk bertanya kabar .....


Facebook telah menemukan kami rakan sepermainan , sekelas, se sekolah .... betapa ku rindu wajah2 ceria itu dan bila dapat tahu status mereka kini , hati melonjak-lonjak untuk bersua muka kembali ...

Semoga persahabatan yang terputus angkara tidak ambil berat dari diri saya sendiri dapat dijalin semula , dapat dijaring erat semula InsyaAllah .

Wednesday, January 27, 2010

keywords

Hari yang agak meletihkan .

Bila ada masa kadang2 saya lihat balik keywords pencari blog yang masuk ke blog saya secara sengaja atau tidak sengaja .

" Sarina" atau "silversarina" keywords yang digunakan bagi yang biasanya sengaja memang nak masuk blog saya .

Adakalanya lucu jugak bila keywordsnya "malaysia sugar mommy blog " , " rina macau ", "www.gambarnangka.com.my " . "rumah untuk dijual di kemaman " ...... tu yang terkini yang secara tak sengaja termasuk blog saya .

Apapun buat yang sengaja atau tidak sengaja masuk ke blog saya ..... jutaan terimakasih buat semua.

Tu aje nak kabo hari ni ... nak rehat kejap ...salam.

Tuesday, January 26, 2010

Padan Muka ( Aku ) !!

Semalam masa nak ambik Mimi balik sekolah nampak sebuah kereta ni rosak dekat dengan trafik light dan pemandunya seorang lelaki yang terlalu lembap dan lambat menolak keretanya ke tepi . Hati yang tiba2 bersikap jahat berkata , " laaah, kereta rosak macam tu dah terhegeh-hegeh , tolak ajelah . "

itu semalam....


Pagi tadi ....

Lepas hantar anak2 ke sekolah dan lepas meredah hujan lebat di pagi yang tiba2 berhenti ketika melepasi bangunan bomba dan tiba di satu trafik light , semasa nak tutup lampu kereta sebab sebelum tu hujan lebat saya pasang lampu, enjin kereta tiba2 mati sendiri . Masa tu lampu merah dan kereta berada di tengah2 jalan . Try start balik, tak boleh, cabut kunci dan start lagi tak boleh, habis semua sistem down . Panik jugak taktau nak buat apa . Saya on kan lampu hazard dan teringat kata2 nasihat dari kawan2 iaitu kalau kereta rosak tengah jalan, cepat2 keluar dari kereta sebab takut dirempuh kereta belakang . Saya pun apalagi terus cabut kunci dan keluar dari kereta dan ke tepi jalan. Tak de sapapun peduli kereta saya tak bergerak di tengah jalan. Saya cepat2 call jiran saya Sue dan dia call suami dia yang memang saya nampak hantar anaknya ke sekolah pagi tu untuk datang membantu. Kereta dah berderet sebab memang waktu orang tengah busy ke tempat kerja . Dalam 5 minit lepas tu datang seorang lelaki bermotosikal dekat dengan saya berdiri sambil katanya , " Kak, kita tolak keta ke tepi ye , keta banyak ni , bahaya , dari tadi saya tengok akak . " " Ok, terimakasih " kata saya . Saya pun masuk kereta dengan harapan bila ditolak adalah hero2 macho yang lain akan turut membantu . Masuk kereta saya masuk gear P dan start enjin, mau pun start . Lelaki tu tanya lagi pada saya .." Boleh dah ? " "Ha ah boleh dah . Terimakasih ! " saya jawab ... lampu hijau (yang ke berapa kali saya tak kira ) ...... terus saya jalan dan call balik jiran saya bagitau kata keta saya dah ok ...


Rupanya kan..... masa saya nak start semula enjin kereta saya tak masuk gear Parking, ia tetap di gear Drive, mana nak mau start... tapi kan...kenapa is mati tiba2 masih menjadi tanda tanya , first time terjadi pada saya.....

Saya renung balik apa yang berlaku pagi ni .... ianya ... sebenarnya BALASAN kepada hati saya yang jahat semalam ... orang semalam tu dapat jugak tolak kereta dia sorang2 tapi saya langsung biar aje kereta tu tengah jalan ..... lain kali jangan jahat hati .....

PADAN MUKA .... AKU !!!

Monday, January 25, 2010

Rindu abah

Baru-baru ni saya bertembung dengan seorang pakcik yang wajah serta bodynya mirip arwah abah saya . Tergamam saya sebentar . Sebak terus saya jadinya . Saya rindu pada abah yang telah pergi meninggalkan kami 14 tahun yang lalu . Kala saya manaip entry ini pun saya rasa sebak . Wajah abah yang disayangi takkan dilupakan hingga ke akhir hayat . Saya manja dengan abah kerana saya lama jadi anak bongsu iaitu selama 5 tahun baru saya punya adik . Saya anak perempuan bongsu . Banyak kenangan bersama abah yang akan kekal dalam kotak memori saya .

zwani.com myspace graphic comments
Free Twitter Backgrounds



Saya tak dapat menaip lebih panjang .... airmata ini menjadi saksi betapa saya sayang dan rindukan abah ....... doa saya buat abah ..semoga abah diberi ganjaran syurga kerana telah mendidik saya dengan penuh kasih sayang yang tidak dapat saya membalasnya .... Amin.

Saturday, January 23, 2010

LILIN

Hujan masih menitis membasahi bumi sekitar rumah saya dan saya juga baru memulakan pembacaan novel baru "Pulut Sakura Serunding Kasih " tulisan Leyla Shuri . Kena stop baca kejap , nak kemaskini FB dan blog serta ada kenduri yang nak kena hadir kejap lagi . Petang nanti baru sambung balik baca novel .

Hari ni nak cakap pasal LILIN . Ya. Saya amat suka LILIN . Kalau nampak je lilin memang boleh bergetar jiwa , nak kena beli jugak . Lepas tu kalau dah beli, memang saya suka pasang lilin , lihat api lilin dah boleh bagi ketenangan pada jiwa saya, saya tak tau kenapa . Itulah sebab saya suka lilin . Saya rasa tenang .




Kalau dapat hadiah lilin memang saya suka sangat tapi tak boleh jadi cenderahati yang disimpan sebab tangan saya akan gatal untuk menyalakan api lilin itu .

kalaulah boleh ku nyalakan lilin di kepala Obama ni .....hihi.

Bila dapat ke galeri patung lilin Madame Tusaauds di HK hari tu memang saya amat teruja dan sempat beli 3 ketul lilin (gambar di bawah ) tapi sayang pulak nak pasang api pada lilin2 ni....setakat ni lah ...




Itulah kisah lilin .... jadikanlah hidupmu bak sebatang lilin ...walau apinya kecil, ia mampu menjadi peneman di kala gelap gelita ...

Friday, January 22, 2010

TGIF ..... Aktiviti Jumaat

Pagi Jumaat datang lagi , ia tak pernah lupa untuk menunjukkan diri , Jumaat datang dan pergi .

Jumaat hari yang disukai oleh semua orang . Jumaat juga adalah penghulu segala hari . Jumaat disukai jugak kerana ianya adalah hari cuti hujung minggu bagi negeri2 / negara2 yang cutinya pada Jumaat . Jumaat juga digemari kerana ianya merupakan hari terakhir kerja bagi yang bercuti Sabtu dan Ahad . Pendek kata semua orang ada sebab tersendiri kenapa Jumaat digemari .



Apa ada Jumaat di Kemaman ??


1/ Shopping barang basah dan kering di pasar pagi di area Padang Astaka.

2/ Jogging _ memang ramai akan keluar berjogging sekitar Padang Astaka dan juga Pantai Mak Nik .

3. Kelas pengajian agama di masjid2/surau2 sekitar Kemaman .

4. Kalau nak shopping sekitar yellow town pegilah masa lepas solat Jumaat ..memang parking berlambak kosong dan senang kalau nak bershopping, lengang aje ... Casa Limbong tak payah pegi sebab Jumaat kebanyakan kedai tutup .

5. Makan otak2 dan sata di area Kuala Kemaman...memang sedap .





Itu aje rasanya aktiviti hari Jumaat yang boleh dilakukan di sini .... bagi sayalah , orang lain saya tak tahu .... jumpa lagi ...selamat berhujung minggu buat semua .

Wednesday, January 20, 2010

Reflesia ????

Belek-belek gambar masa cuti di Sabah tahun lalu ternampak gambar bunga reflesia yang dikatakan amat sukar dijumpai dan hanya ada sekitar hutan di Borneo . Ingatan kembali kepada bunga yang kami lihat pada hari tersebut . Dalam perjalanan kembali ke Ranau dari Poring Hot Spring kami nampak iklan di tepi jalan seperti dalam gambar di bawah .



Cepat2 kami turun dari kereta untuk melihat bunga tersebut .Saya tak perasan pun ada tuan punya bunga di situ yang menanti untuk dibayar 'cukai' untuk melihat bunga tersebut . Darling panggil saya dan bagitau 'cukai' untuk melihat bunga tersebut adalah RM10 seorang . Saya yang terlalu excited dengar macam RM10 untuk semua orang , terus kata bayar ajelah (dalam hati kata murah lah tu ) .



Kami pun pegilah ke kandang bunga yang katanya berusia 5 hari dan bunga ni hanya akan kembang selama 7 hari . Anak tuan bunga kata tak boleh sentuh bunga tu dan hanya boleh lihat dari luar pagar kayu . Dapatlah tengok bunga tu . Tapi dalam hati macam rasa tak puas sebab tak dapat sentuh bunga tu (nak tau adakah ia benar2 bunga hidup ). Saya pulak bila dapat tahu kemudian yang 'cukai' melihat bunga itu yang hanya beberapa minit adalah RM10 seorang terus kata wah, mahalnya... memang kayalah tokeh bunga tu ... tapi peluang untuk melihat bunga ini secara 'live' tak mudah didapati .......



Agak-agaknya kalau pegi lagi sekarang ada lagi tak bunga tu dan masih kah ia berusia 5 hari jugak . ... masih menjadi tanda tanya ......

Tuesday, January 19, 2010

Catatan si nenek

Sedar tak sedar dah masuk 16 bulan saya jadi nenek atau gelaran saya Wanmommy . Walaupun cucu saya masih belum tahu menyebut Wanmommy namun saya amat bersyukur dikurniakan seorang cucu yang sihat dan menjadi penghibur kepada kami semua . Kalau dapat ingin saya cium dan gomol dia setiap hari , namun itu semua tidak berlaku kerana kami tinggal berjauhan dan hanya bertemu sekali-sekala .



Dahulu saya agak hairan lihat nenek yang beria-ia menjaga dan memanjakan cucu tapi kini saya mula memahaminya . Kehadiran cucu di kala anak2 sendiri semakin meningkat usia sudah semestinya si kecil menjadi kesayangan utama si nenek .

Saya masih ingat semasa saya masih kecil, saya dan nenek memang tinggal jauh dan kami hanya bertemu di kala syawal , itupun tidak setiap tahun . Tapi apa yang pasti setiap kali balik kampung Opah saya akan sediakan makanan yang sedap sebagai pembuka selera di kala berbuka puasa . Dia juga menyediakan tempat tido kami di ruang legar rumah kayu dan dipasang kelambu seperti khemah . Biasanya saya akan tido di sebelah Opah dan Tok dan Tok akan bercerita kisah2 dongeng sambil Opah menambah-nambah cerita untuk menyedapkan lagi ceritanya . Antara cerita yang saya masih ingat ialah " si miskin dengan 40 orang anak " dan beberapa siri sang kancil . hebatkan.... Opah dan Tok dahulu lagi dah mengamalkan tabiat " bed time story" pada kami semua . Kenangan manis ini akan tetap tersemat di hati . Al fatihah buat Opah dan Tok .



Bila saya pulak jadi nenek , saya belikan dvd "Baby Bright" sejak cucu saya masih kecil dan sekarang ni setiap hari Umair akan pasang sendiri dvd ini dan tonton program ini berulang-ulang , setiap hari dan sekarang ini koleksi baby bright telah bertambah kepada beberapa dvd lagi . Mungkin bila Umair dah besar sikit dan rapat dengan saya , adalah menjadi harapan saya agar saya dapat bercerita dengannya di kala malam sebagaimana Opah dan Tok saya lakukan dahulu .

Minggu lalu semasa saya menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 25 , Zaid membawa kabar gembira kepada kami semua ..... saya akan dapat seorang lagi cucu menjelang Ramadan tahun ini InsyaAllah . Betapa saya tak henti-henti mengucapkan syukur kepadaNYA atas segala rezeki dan kurniaanNYA . Semoga menantu saya Azra sihat sentiasa dan tabah menanti kelahiran zuriat ke dua InsyaAllah .

Monday, January 18, 2010

KREDIT / DEBIT

Baru ni masa berbaris nak bayar grocery yang dibeli ada seorang pelanggan ni nak bayar guna credit kad tapi kad dia ditendang dan pelanggan ni marah2 sebab kata macam cashier tu tak percaya pada dia sebab tak boleh guna kad tu. Pihak kedai call kad company dan pegawai di talian nak bercakap dengan pelanggan tu sendiri dan akhirnya satu troli grocery yang dah siap diisi dalam plastik ditinggalkan sahaja gara2 kad credit tu memang tak boleh digunakan . Pelanggan tersebut berlalu dengan muka masam mencuka .




Sekarang ni boleh dikatakan semua orang ada kredit kad , tak kiralah limitnya berapa, tapi pendek kata masing2 ada kad kredit . Kalau ikutkan penggunaannya memang ia satu mekanisme yang membuatkan urusan kita lebih mudah, tak perlu bawa cash banyak2 dalam purse .Walaupun begitu jika tidak diselia penggunaannya memang akan membawa padah kepada diri sendiri . Guna tapi tak dibayar , hutang bertambah dari sehari ke sehari dan bila cukup limit , kad tidak boleh digunakan lagi , guna kad lain pulak dan tabiat buruk ini berulang-ulang dan akhirnya hutang akan bertimbun .

Oleh itu , jika mahu guna khidmat kad kredit , kena pandai2 letakkan di mana dan bila harus digunakannya dan di mana harus dielakkan dari menggunakannya . Kita tidak mahu hidup ini dibelenggu hutang yang direka sendiri . Jika ada cash di tangan lebih baik gunakan cash atau sekarang ini telah ada debit kad yang jauh lebih selamat penggunaannya . Tak perlu bawa cash sebab boleh guna debit kad dengan syarat ada wang yang cukup dalam akaun .





Sedikit pandangan untuk dikongsi bersama, bagi saya , dua-dua kad ada kebaikannya dan saya gunakan kedua-duanya bergantung kepada keadaan .. fikir-fikirkanlah .....

Sunday, January 17, 2010

sukanya dapat jumpa CL


Pagi semalam lepas hantar izzat ke library saya dan mimi terus ke MM, saja nak beli barang sikit kat TMC . Mula2 sampai di MM sempat masuk kedai buku dulu dan terserempak dengan Hakim anak maklang kerteh dan terus saya tanya maklang tak datang ke , hakim bagitau mak dia tak datang , dia datang dengan abah dan kakak2nya . Lepas tu jumpa paklang dan paklang bagitau mereka ke MM nak main bowling tapi ada tournament pulak . Lepas balik dari MM saya terus ambik Izzat dari library dan memang cadang nak rehat selepas zohor sebab rasa mengantuk betul mata . Sebelum ambik wuduk, singgah kejap kat fb dan terbaca status maklang kerteh :

"terasa amat gumbira...tetamu istimewa Cik Li dari blog Pengalaman di Kota Makkah baru kejap sms kata nak singgah kat rumah kami...nak masak apa untuk minum petang? Any ideas...yang cepat dan sedap... '

Baca je status ni , terus jadi segar bugar, hilang mengantuk , memang teringin sangat nak bertemu Cik Lie, baru2 ni ada gathering di KL memang tak de rezeki nak hadir . Terus capai handset dan call maklang ..... mengofferkan diri untuk hadir di mahligai maklang untuk meraikan kedatangan Cik Lie...bermakna kena ke kerteh semula walaupun baru saja tiba dari sana .

wajah-wajah ceria ( teman sekereta/cameraman Cik Lie duk nampak peha aje tu ) ...hehehe.


Siap cepat2 dan hantar Izzat ke dewan futsal dan singgah di gerai buah-buahan untuk membeli sedikit buah tangan untuk di bawa ke rumah maklang . ... tercari-cari selipar (drive selesa tak pakai selipar/kasut ) ... raba-raba , rasa selipar berbeza sangat rasanya .... tengok2 dalam kelam kabut nak jumpa Cik Lie terpakai selipar sebelah lain sebelah lain, sebelah selipar saya sebelah lagi selipar izzat yang besar gedabak . Ketawa saya dan mimi dan sempat snap gambar lagi tu. Alhamdulillah ada sepasang sandal saya dalam kereta ....... dapatlah turun beli buah . ( balik rumah bila mimi cerita kat izzat tentang selipar tu, izzat kata dia pelik juga sebab bila dia balik main futsal dia nampak selipar dia tinggal sebelah, takkan pencuri nak curi sebelah je selipar tu .... hahahaha ) .


Sampai rumah maklang macam biasa maklang masak macam2 yang memang sedap tiada tandingan .



Sempat sembang2 sebelum seorang lagi peminat Cik Lie , Chef Hanieliza pulak tiba , bertambah riuh dengan cerita kakliza yang sentiasa happening .


Tak lama lepas tu tibalah tetamu kehormat yang datang dari jauh , Cik Lie dan PA/cameraman CL , Encik Nazir ( dia nak invisible dalam gambar ) pun tiba . Dari luar dah dengar Paklang duk sebut Chef liza pun ada, Silversarina pun ada , bagitau pada Cik Lie . Macam mimpi pulak dapat jumpa Cik Lie depan mata sebab selama ni hanya tengok gambar di blog PDKM . Beliau kelihatan lebih kecil, lebih muda dan lebih segak dari dalam gambar . Seorang yang terlalu humble dan amat sopan ketika bertutur . Memang perwatakan yang paling cucuk dengan bidang kerja beliau , Alhamdulillah .



Makan-makan sambil sembang-sembang serta tak lupa sessi bergambar antara semua yang hadir . Pertemuan yang sungguh menggembirakan hati semua yang turut sama . Sebelum berpisah sempat juga sessi penyampaian cenderahati dari CL buat maklang, kakliza dan saya .



Terimakasih kepada maklang dan paklang kerana sudi bagi kami hadir bersama menyambut kedatangan CL ke rumah maklang .

hadiah khas dari CL... mug PDKM , kurma, air zam-zam dan cebisan kelambu kaabah yang terus saya letakkan dalam frame sebaik tiba di rumah ...wangi baunya ...terimakasih CL .


Buat Cl, walaupun hanya sebentar dapat bersua muka, ianya sebuah pertemuan yang punya 1001 catatan manis di memori kami untuk 2010 ini InsyaAllah . Semoga dapat bertemu lagi di lain masa dan ketika , InsyaAllah . Terimakasih juga atas cenderahati yang cukup bermakna yang dibawa khas dari Mekah , syukran ya akhi .



haaa..tu dia ... camanelah boleh kusarung selipar-selipar ini yang begitu jauh perbezaannya ...pelik tu tak rasa pun bezanya ... so excited maaaaa :)


Sekian dulu dari studio SS ...........jumpa lagi .

Friday, January 15, 2010

3 novels , 1 movie ....nikmatnya


Semasa balik Ipoh hujung December lalu saya sempat membelek rak buku di rumah Zaid dan perasan ada satu rak buku2 baru yang belum saya baca semasa di Jordan . Dulu memang saya selalu lepak dalam bilik dia dan habis semua buku saya baca kecuali kitab2 agama yang berbahasa arab (sebab buta arab ) . Buku yang saya pinjam baru2 ni bertajuk "Married to a Bedouin" .Bila start baca je memang melekat . Kisah benar seorang jururawat dari New Zealand yang melancong ke Petra , Jordan terus jatuh hati pada seorang tourguide yang berbangsa badui petra , Jordan . Seterusnya mereka berdua berkahwin dan mereka tinggal di dalam kawasan Petra tersebut bersama penduduk badui di situ dalam serba kekurangan , tinggal dalam gua yang ada masanya didatangi kala jengking dan ular berbisa , air pula kena diambil jauh dari kawasan tersebut , tiada elektrik dan sebagainya . Saya membacanya naik seram sebab bayangkan macamana saya dapat hidup di situ... namun cinta dan kasih mengatasi segalanya . mereka pernah diziarahi oleh King Hussein dan Queen Elizabeth ..sedikit lagi ulasan boleh dibaca di sini . Memang kisah benar yang penuh ilmu dan boleh mengenali budaya dan adat resam kaum badui Petra .







Pagi tadi saya berkesempatan menonton movie " Ketika Cinta Bertasbih 2" iaitu kesinambungan dari "Ketika Cinta Bertasbih " . Siri 2 ini memang lebih mantap , penuh dengan dialog yang penuh ilmu yang menampakkan bahawa orang Islam itu bijak dan mahir akan hak masing2 , Kata2 yang pendek dan padat tidak meleret telah buatkan saya terpaku sehingga selesai cerita ...air mata juga beberapa kali tumpah menghayati kisah yang digarap begitu rupa , yang benar2 membuatkan saya terasa bersama pelakon2 tersebut menjiwai kisah hebat tersebut .









MInggu ini dan minggu akan datang saya akan cuba habiskan novel " Reading Lolita in Tehran" yang saya beli semasa ke MM minggu lepas . Ini juga kisah benar tentang kebebasan berkarya yang sukar diperolehi di Iran terutama oleh kaum wanita .





Satu lagi buku yang saya akan baca adalah "Someone Special ", novel yang Safiyyah bawak balik masa cuti musim panas lalu yang saya baru jumpa di bilik Mimi . Novel keluaran 2009 ini agak tebal ..entahlah, kalau sedap boleh lah melekat lama , kalau tak sdap, alamatnya sikit jelah baca .

Jadinya , kalau saya jarang mengupdate blog ...... maknanya saya melekat kat buku .

Tuesday, January 12, 2010

3 chapters in a day !!

Nak dijadikan cerita dah banyak tahun masa ulangtahun perkahwinan kami, darling saya tak de di sini , termasuklah tahun ini, jubli perak , sambutlah sorang-sorang , nak disambut apapun tak tau sebenarnya .... DOA agar kami diberkati , itulah sambutan yang saya mampu lakukan , bersyukur atas segala nikmat dari NYA .


Kalau ada yang tanya saya apa hadiah yang saya inginkan , saya akan jawab bunga mawar , sekuntum / sejambak/sebakul/ selori /setaman . Itu memang saya paling suka . I love fresh roses . Selain itu saya mahu luangkan masa berdua sahaja ( Izzat dan Mimi tak boleh ikut ) , nak makan berdua dalam samar2 lampu neon ala-ala candle lite dinner , tempat tak kisah tapi nak kat tempat yang tak panas ...... macam kat area awana tu ke...

Hadiah silver jubilee darling dah belikan untuk kami berdua tapi biarlah kami saja yang tau, darling beli semasa dia 'terbang' di udara, satu untuk saya satu untuk dia , tak buka lagi , tunggu dia balik baru nak buka sama-sama dan pakai sama-sama ....eeemmmm .



habis chapter 1


Harini busy dari pagi , ke sana ke mari dan last-last pegi terapi kesihatan di Jakar . Lepas habis terapi tu saya ke pusat mencuci kereta sebab kereta klasik saya perlu dicuci . Masa dah keluar dari mesin pencuci, mat bangla pekerja kat situ tanya saya tak nak vacuum , wax, polish dan entah apa lagi kereta saya ke . Entah macaman rasa nak bagi kereta saya hadiah hari baik hari ni ... I was in a very good mood and mode ... so, why not , let's give my car a treat .... tunggulah dekat 2 jam (dia kata sekejap konon ) ... baru selesai ... tengah duduk tunggu diaorang buat kerja ada call masuk ......

"Kak ada mana ? " suara di talian tanpa kenalkan diri dan nombor pun saya tak kenal .

" Siapa ni ? " tanya saya .

" Saya nak hantar bunga ni, saya kat depan rumah akak dah ni . " suara tu kata lagi .

"Akak tak de kat rumah ... bunga ??? " nak kepastian apa yang saya dengar , ada orang hantar bunga pada saya .

"Macam nilah, nanti akak pegi ambik bunga tu, kedai mana ye ? " spontan saya mengofferkan diri sebab memang tak de cara lain dah , takkan nak suruh dia hantar bunga kat kedai servis kereta, eksyennya saya ...hehehe.

"Kedai depan bus stand, Ra*nb** " tambah suara di talian .


sejambak red rosebuds yang diterima....


Siap kereta dah lip-lap berkilat dan meghelit , saya pun ke kedai bunga dan ambik bunga tu.... red rosebuds sejambak yang berbau wangi , segar bugar lagi ..... nikmat dari MU Ya Allah ...KAU makbulkan keinginan ku .... ada kad ... jeng jeng jeng ..... bukan dari darling .... dari sapa ye .... woowww.... jauhnya datang bunga ni ....... dari Safiyyah di Ukraine buat saya dan darling sempena 25th anniversary kami .... zaman IT senang je kan, cari website , process , bayar dah dapat bunga di Kemaman .... ...walaupun tak menjadi 'surprise' sebab kena pick up sendiri bunga tu sebab saya tak de rumah tapi ...thanks a million Sofie, I love those flowers..how thoughtful of you .


bunga dah masuk pasu ....




habis chapter 2.


Balik dah zohor , sempat chat dengan darling dan anak2 , solat dan masak. Hari ni rasa nak masak , masak simple je, masak lemak nenas +udang , ikan tenggiri goreng dan acar tomato+ timun+ carrot+ nenas+ cili+ bawang ..... dan lepas ambik anak2 balik sekolah saya buat sambal tempoyak dan makan tengahari ..mimi pun makan sama (tak de lah dia makan tempoyak..hihi ), Izzat tak nak makan .... saya pasang lilin kenit untuk halau lalat jika ada .... itulah candle lite lunch saya di hari ulangtahun perkahwinan kami kali ini....



habis chapter 3 .

25 years ...I'm still in love !!!!

Malas, malas pun kena juga update hari ni ....12 Jan 2010 sebab.... hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 25 .. ...Jubilee Perak , Alhamdulillah .


Today as both of us look back
with happiness and pride
Upon the twenty five years
That we've spent side by side,
May every memory that we share
Of dreams we've seen come true

Help make this special Silver day
A happy one for us!

On Our Silver Anniversary



zwani.com myspace graphic comments
Custom Twitter Backgrounds



Who could have guessed
When we began married life
How entwined we'd become
As husband and wife.
After 25 years
We still say "I Love You"
in many different ways.
May Silver remind us,
We share a special happiness
Life gives to very few.




In 25 years together
We've shared so many things
That's why this very special Anniversary brings
To us, a wish that love,
Laughter, joy, contentment too
Will be ours to share throughout
The years ahead of us!


Happy Anniversary My Darling Husband ....
I'll always love you forever and ever .

Saturday, January 9, 2010

awal tahun dah KO

Salam buat semua .

Entah apa yang tak kena agaknya , awal tahun lagi dah KO ... MALAS bukan saja nak update blog malahan nak menjengok blog pun MALAS .... sebabnya..... ketagih dengan FB ... kalau duk tercongok baca status gang kat FB boleh seharian pun tak pe .... saya cuti dululah ye dari blog ni .... agak2 dah macam terRAJIN saya jengok balik sini yer....



see you soon..hopefully ...

Tuesday, January 5, 2010

bestnya kembar

Petikan dari BH 5 Jan 2010 ....



BUKIT BERUNTUNG: Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung di sini mencatat sejarah apabila menerima kemasukan pendaftaran lima pasangan kembar seiras yang memulakan sesi persekolahan Tahun Satu semalam.

Kelima-lima pasangan itu yang masing-masing berusia 7 tahun ialah empat kembar lelaki, Muhammad Najmi Zamrus dan Muhammad Nazmi; Aiman Hakeem Fazly dan Aiman Hazeem; Amirun Hazim Fauzi dan Amirul Hazim serta Muhammad Hazim Iman Shahibul dan adiknya, Muhamma Haziq Iman.

Pasangan kembar perempuan ialah Dania Nasreen Abd Aziz dan Damia Nasreen.......


___________________________


Teruja saya baca berita ni , yelah 5 pasang kembar tahun 1 masuk sekolah yang sama . Guru2 yang mengajar pastinya teruja juga dan kena bekerja lebih keras untuk mengingati nama2 mereka yang hampir-hampir sama dengan wajah yang seiras setiap pasangan.


Saya pernah punya beberapa pasang kembar sebagai anak murid saya . Kalau yang kembar tak seiras okay, senang nak ingat nama dan wajah nya , kalau kembar seiras memang saya amat lemah untuk meneliti di mana perbezaan setiap wajah kembar itu. Pasangan kembar yang terakhir yang pernah menjadi anak murid saya ialah anak jiran saya iaitu Amin dan Naim . Sampai sekarang (tahun ni tingkatan 3 ) saya tak dapat cam yang mana satu Amin dan yang mana satu Naim walaupun Izzat kata ada bezanya sedikit . Kalau masa saya mengajar mereka dulu (tuition class ) saya pakai panggil je nama Amin dan saya tak pandang masa memanggil sebab takut tersilap panggil, jadinya yang mana yang bangun itulah Amin . Kalau nak tipu saya pun boleh sebab memang saya gagal membezakan mereka berdua.

Cakap pasal kembar seiras ni rindu pulak pada kembar berdua di JUST Jordan yang kedua-duanya mengambil jurusan kedoktoran dan pada saya mereka berdua sama, saya memang tak dapat bezakan mereka setiap kali bertemu muka ... selamat bergelar doktor buat mereka berdua yang masuk tahun akhir dah ni .

Itulah kisah kembar yang pastinya mencuri tumpuan di mana sahaja mereka berada ...saya suka anak kembar tapi tak de rezeki nak dapat anak kembar ......

Monday, January 4, 2010

Pengaruh " Merlin "


Malam tadi terlalu kusyuk menonton "Merlin" di TV3 , saya suka cerita ni walaupun ada magic-magic tapi ia amat menghiburkan dan penuh suspen jugak . King Uther yang tegap dan punya karektor sebagai raja yang adil serta anaknya Prince Arthur yang gagah dan cute wajahnya serta jalan cerita yang best buatkan saya jarang lepaskan peluang untuk menonton siri ini yang sudah masuk musim ke 2 ditayangkan di negara kita .

King Uther


Malam tadi saya suka sangat part bila King uther bagi arahan pada Prince Arthur agar semua rakyat dikutip cukai hasil pencarian , putera raja terus menjawab dia takkan ikut arahan ayahandanya sebab rakyat ramai yang miskin . Saya suka sifat beraninya putera tersebut ........

Prince Arthur



Dalam tidor saya bermimpi arwah abah datang dan arahkan saya basuh pinggan tapi saya dengan berani menjawab " Saya tak nak buat . " Abah tak marah tapi terus berlalu tanpa sebarang kata .. saya terus terjaga dari tidur bila Mimi merengek sakit perut ... terus terfikir tentang mimpi saya itu ... apa maknanya ... arwah abah seorang yang tegas, kalau suruhan atau arahannya mesti kena ikut tanpa bantahan,,,kenapa agaknya saya bantah suruhan abah semasa dalam mimpi saya ???? Mungkin pengaruh cerita Merlin sampai terbawa dalam tidur atau saya dulu pernah teringin nak bantah cakap arwah abah.... atau sebagai peringatan pada saya agar membersihakn diri dari sebarang amalan yang tidak berfaedah .. .. apalah agaknya yer ..

Sunday, January 3, 2010

hari pertama

Malam tadi Mimi tido awal , lepas solat Isyak terus masuk bilik dan tido , jam 9 malam.

Pagi lagi dah mandi, breakfast dan ke sekolah. Macam biasa tugas supir saya bermula kembali . Pertengahan jalan mak Hanis (kawan Mimi ) called tanya saya kat mana, saya kat on the way ke sekolah. Dia bagitau yang Mimi satu kelas dengan Hanis kelas 2 Khalid dan dia dah book tempat duduk mimi second row dan kelompok tengah2. . Ok saya kata sebab memang dah pesan pada mimi supaya bagitau cikgu yang dia nak duduk tengah, depan whiteboard .

Sampai sekolah tengok parking semua dah penuh, jalan tengah jam, saya terus masuk ke tepi pagar sekolah dekat rumah banglo tepi sekolah , dapat parking bermakna dapatlah saya jengok kelas mimi sebentar . Masuk kelas , Mimi terus duduk sebelah Hanis, memang selesa sangat spot yang dipilih (harap cikgu tak ubah tempat duduk mimi tu ) . Lepas tu kawan2 mimi sume cakap " eeehhh beg samalah ! " Rupa-rupanya beg sekolah Mimi dan Hanis sama , macam pakat pulak, beg strawberry shortcake warna pink . Sukalah budak2 berdua tu . Lepas say goodbye, saya turun sebab nak kena ada kat tempat lain pulak jam 8.15pagi .

Ambik kereta dan nak keluar dah tak boleh, tersekat oleh 2 buah kereta , ruang tengah2 yang ada memang sempit sangat. Saya cuba jugak nak lalu tapi kalau saya terus mesti tergesel bumper pajero tu, saya undur balik . Saya keluar kereta dan cuba acu-acu ruang dan kereta dan memang nampak pun dah tak muat. Saya duduk dalam 3 minit dan fikir macamana nak keluar, saya catit no kereta tu dan call sekolah minta diaorang buat pengumuman tentang kereta yang menghalang laluan keluar . Pengumuman dibuat tapi tak nampak bayang pun sesiapa datang untuk alihkan kereta . Saya tunggu lagi dan lepas tu catit pulak no pajero pulak (tadi no kereta ) dan call balik sekolah dan cikgu buat pengumuman lagi . Dalam pada tu orang belakang saya dah hon sebab dia nak keluar jugak, dia taktau tak de laluan dan saya bagitau dia tak cukup ruang untuk kereta saya keluar ... Alhamdulillah datanglah empunya pajero dan dia alihkan sedikit kereta dia baru boleh kereta saya lalu...... itu sebelah pagi .


Sebelah petang pulak masa ambik Mimi dan Izzat balik sekolah , jam teruk kat sekolah, kereta tak bergerak langsung , saya pusing 2 round untuk masuk semula ke kawasan sekolah , sudahnya berhenti jauh dari sekolah dan Alhamdulillah Izzat nampak saya dan saya suruh dia ambik mimi sekali sebab kereta saya tak boleh masuk kawasan sekolah dah sebab jam .

Itulah sibuknya di hari pertama persekolahan 2010 ini .... Mimi balik sekolah nampak letih sesangat , kesiannya kat dia sebab dah lama cuti dan rehat ....

Selamat belajar buat anak2 mama .......

Friday, January 1, 2010

entry baru tahun baru

Salam Tahun Baru , bulan baru, hari baru .

Malam tadi tak sedar pun dah masuk tahun baru, jam 11 dah lelap , entah ada sambutan tahun baru ke tak di Kemaman ni kami tak tahu dan tak kisah .


Lupa nak cerita kisah semalam, hari terakhir 2009 ...

Dari pagi bercadang nak ke Mini Zoo di Bukit Takal, Kemaman tapi last2 pegi lepas solat zohor . Sebelum tu dah kata pegi zoo bukan nak tengok binatang sebab binatang pun bukan ada sangat kat situ, beruang 2 ekor (katanya kepunyaan YAB MB ) dan adalah 2/3 binatang kat situ. Saya suka ke zoo tu sebab suasana dalam zoo tu yang nyaman di celah2 rimbunan pepohon pokok yang masih dikekalkan keindahan semulajadinya dan saja nak naik buggy . Sebelum tu sempat chat dengan Maya dan bagitau kami nak ke zoo jumpa beruang Mat said , saja buat joke.

Sampai di zoo terus bayar tiket RM5 dewasa, RM3 kanak2, memang murah . Tengok dah ada keretapi 2 coaches , buggy dah tak kelihatan . Naiklah keretapi untuk masuk dalam , nak berjalan sorilah , tak nak den . Tengok tepi jalan dalam kawasan zoo tu berderet buggies disarung dalam plastik lagi di garaj . saya kira2 memang buggy tu nampak selesa dan elit sikit tapi memang tak berapa ekonomikal , keretapi boleh naik ramai2 sekali trip ... agaknyalah ... well, I don't know ....

Sampai je terus beli minuman dan jajan ( outside food is not allowed ) kami berjalan menuju playground yang dekat dengan air terjun buatan . Sebelum tu memang dah kata pada Izzat saya tak nak bawak camera sebab nak jalan2 aje tak nak ade pengaruh blog (ada je gambo nak masuk blog ! ) . Sambil jalan nampak sebuah kereta Merc dan sebuah CRV apa entah dan saya saja main2 kata pada Izzat " Ha tu keta Mat Said , datang nak tengok beruang dia lah tu ." sambil gelak2 masa cakap tu . Tiba2 betul2 depan kami berjalan tu YAB MB Mat Said dan bodyguards dia ada kot dalam 7 orang berjalan betul2 setentang kami ( kami nak masuk dia nak keluar ) ... tergamam jugak saya dan kata pada Izzat , " Laa betul pulak ada Mat Said , rugilah tak bawak camera, hp kamu ada ? " ... " Tak bawak ,"kata izzat .... dah terserempak saya terus bagi salam dan Mat Said serta gangnya jawab salam saya sambil tersengih . Dalam hati nak tanya dia " Datang jengok beruang ke Dato ' ? " tapi tak terkeluar kata-kata .

Kami terus ke playground dan masa duduk2 makan2 dan minum2 tu saya saja sms Maya , " salam. Cuba teka mama jumpa sapa kat zoo ? " . Dia balas , " Mad Said , he2. " .. pandai pulak dia teka dan kami berbalas sms lepas tu , memang kelakar pulak, main2 tapi jadi betul pulak jumpa Mat Said .


Itu pertemuan tak disangka dengan MB Terengganu di hari terakhir 2009 ....



zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy New Year Comments & Graphics



Hari ni busy ada urusan anak kawan nak bertunang esok , anak kawan kawin hari ni dan merayau ke pasar pagi yang dah berbulan tak jengok .


Itu aje nak cerita , setakat nak ada entry yang bertarikh 1 Jan 2010 ... hihi.