Sunday, January 3, 2010

hari pertama

Malam tadi Mimi tido awal , lepas solat Isyak terus masuk bilik dan tido , jam 9 malam.

Pagi lagi dah mandi, breakfast dan ke sekolah. Macam biasa tugas supir saya bermula kembali . Pertengahan jalan mak Hanis (kawan Mimi ) called tanya saya kat mana, saya kat on the way ke sekolah. Dia bagitau yang Mimi satu kelas dengan Hanis kelas 2 Khalid dan dia dah book tempat duduk mimi second row dan kelompok tengah2. . Ok saya kata sebab memang dah pesan pada mimi supaya bagitau cikgu yang dia nak duduk tengah, depan whiteboard .

Sampai sekolah tengok parking semua dah penuh, jalan tengah jam, saya terus masuk ke tepi pagar sekolah dekat rumah banglo tepi sekolah , dapat parking bermakna dapatlah saya jengok kelas mimi sebentar . Masuk kelas , Mimi terus duduk sebelah Hanis, memang selesa sangat spot yang dipilih (harap cikgu tak ubah tempat duduk mimi tu ) . Lepas tu kawan2 mimi sume cakap " eeehhh beg samalah ! " Rupa-rupanya beg sekolah Mimi dan Hanis sama , macam pakat pulak, beg strawberry shortcake warna pink . Sukalah budak2 berdua tu . Lepas say goodbye, saya turun sebab nak kena ada kat tempat lain pulak jam 8.15pagi .

Ambik kereta dan nak keluar dah tak boleh, tersekat oleh 2 buah kereta , ruang tengah2 yang ada memang sempit sangat. Saya cuba jugak nak lalu tapi kalau saya terus mesti tergesel bumper pajero tu, saya undur balik . Saya keluar kereta dan cuba acu-acu ruang dan kereta dan memang nampak pun dah tak muat. Saya duduk dalam 3 minit dan fikir macamana nak keluar, saya catit no kereta tu dan call sekolah minta diaorang buat pengumuman tentang kereta yang menghalang laluan keluar . Pengumuman dibuat tapi tak nampak bayang pun sesiapa datang untuk alihkan kereta . Saya tunggu lagi dan lepas tu catit pulak no pajero pulak (tadi no kereta ) dan call balik sekolah dan cikgu buat pengumuman lagi . Dalam pada tu orang belakang saya dah hon sebab dia nak keluar jugak, dia taktau tak de laluan dan saya bagitau dia tak cukup ruang untuk kereta saya keluar ... Alhamdulillah datanglah empunya pajero dan dia alihkan sedikit kereta dia baru boleh kereta saya lalu...... itu sebelah pagi .


Sebelah petang pulak masa ambik Mimi dan Izzat balik sekolah , jam teruk kat sekolah, kereta tak bergerak langsung , saya pusing 2 round untuk masuk semula ke kawasan sekolah , sudahnya berhenti jauh dari sekolah dan Alhamdulillah Izzat nampak saya dan saya suruh dia ambik mimi sekali sebab kereta saya tak boleh masuk kawasan sekolah dah sebab jam .

Itulah sibuknya di hari pertama persekolahan 2010 ini .... Mimi balik sekolah nampak letih sesangat , kesiannya kat dia sebab dah lama cuti dan rehat ....

Selamat belajar buat anak2 mama .......

12 comments:

PrinCeSS said...

sehati sejiwa betul mimi & hanis..
selamat belajar adik2 akak..
akak adik2 pun nak belajar jugak ni..hehe

::alifdalmim:: said...

nasib baik umah sy dkt dengan sekolah..pergi sekolah jalan kaki jer..tak yah pening nk pkir n rebut parking dgn cikgu sesi pagi..hehehe

Zareda Norman said...

kak rina

bukan shooping complex jer jammed.. sekolah pun jammed.. esok Ika naik van aje.. zar jenguks ekejap time recess aje.. yuran bayar pada 9 jan ni

PINATBATE said...

salam kak Rina..
anak-anak saya pun dah tidur jam 9.00 tadi..esok nak bangun awal kan..maknya jer yg duk tunggu depan laptop lagi..padahal banyak benda tak siap lagi ni..aduii!!

Cat Cat said...

Kak Rina,
Best kan anak2 dah mula ke sekolah... Dapat lah Kak Rina rehat2 keseorangan kat rumah... Hehe!

CikguZue said...

wah dah sekolah balik ye kak. memang gitula hari pertama awal tahun. silap2 kereta cikgu pun kena parking jauh2 luar sekolah,kan.
selamat sekolah, kak.

silversarina said...

princess,

Tulah yang nak tergelak, punya beribu jenis beg boleh kan sama pulak yang dipilih :)





adam,

Oooo senanglah tak payah naik kereta ke sekolah . Dulu pernah di Kuching rumah makcik dekat dengan sekolah, jalan kaki tak sampai 1 minit pun dah sampai sekolah , best sangat.

silversarina said...

zar,

Hari pertama memang jam teruk, kena keluar awal ke sekolah .



pinatbate,


Selamat embali ke sekolah buat semua.






cat,

Tak best jugak sebab sunyi kalau stay kat rumah sorang, yang bestnya dapat merayau sokmolah akak ..hehehe.





cikguzue,

Ha ah betul tu, semalam memang ada cikgu yang terpaksa park kereta jauh sebab jam sekitar sekolah .

aNIe said...

Rina...samalah kita...dah bermulalah tugas kita semula...jadi supir anak2...hehehe

Kat sekolah Farhan tadi pun penuh kereta...tambah pulak hujan...lagik lah jem

aNIe said...

Rina...samalah kita...dah bermulalah tugas kita semula...jadi supir anak2...hehehe

Kat sekolah Farhan tadi pun penuh kereta...tambah pulak hujan...lagik lah jem

aintsuperwoman said...

wokay, lepeh ni boleh le kita rewang2 sebelah pagi ye..... :)

silversarina said...

kak anie,

kalau hujan lagilah kalutnya hari pertama ... apapun lega anak2 dah kembali ke sekolah dan teruskan belajar .




asw,

menyongket ajele kojenye ..hihi.