Monday, January 18, 2010

KREDIT / DEBIT

Baru ni masa berbaris nak bayar grocery yang dibeli ada seorang pelanggan ni nak bayar guna credit kad tapi kad dia ditendang dan pelanggan ni marah2 sebab kata macam cashier tu tak percaya pada dia sebab tak boleh guna kad tu. Pihak kedai call kad company dan pegawai di talian nak bercakap dengan pelanggan tu sendiri dan akhirnya satu troli grocery yang dah siap diisi dalam plastik ditinggalkan sahaja gara2 kad credit tu memang tak boleh digunakan . Pelanggan tersebut berlalu dengan muka masam mencuka .




Sekarang ni boleh dikatakan semua orang ada kredit kad , tak kiralah limitnya berapa, tapi pendek kata masing2 ada kad kredit . Kalau ikutkan penggunaannya memang ia satu mekanisme yang membuatkan urusan kita lebih mudah, tak perlu bawa cash banyak2 dalam purse .Walaupun begitu jika tidak diselia penggunaannya memang akan membawa padah kepada diri sendiri . Guna tapi tak dibayar , hutang bertambah dari sehari ke sehari dan bila cukup limit , kad tidak boleh digunakan lagi , guna kad lain pulak dan tabiat buruk ini berulang-ulang dan akhirnya hutang akan bertimbun .

Oleh itu , jika mahu guna khidmat kad kredit , kena pandai2 letakkan di mana dan bila harus digunakannya dan di mana harus dielakkan dari menggunakannya . Kita tidak mahu hidup ini dibelenggu hutang yang direka sendiri . Jika ada cash di tangan lebih baik gunakan cash atau sekarang ini telah ada debit kad yang jauh lebih selamat penggunaannya . Tak perlu bawa cash sebab boleh guna debit kad dengan syarat ada wang yang cukup dalam akaun .





Sedikit pandangan untuk dikongsi bersama, bagi saya , dua-dua kad ada kebaikannya dan saya gunakan kedua-duanya bergantung kepada keadaan .. fikir-fikirkanlah .....

17 comments:

PrinCeSS said...

betul betul..
kad kredit ni kalau x diselia memang akan bawak padah..
aritu ade jugak guna debit kad tp asal ade duit dlm akaun, slagi tu nak abiskan..
sudah2 dah x gune dah..baik gune cash..boleh jugak kawal penggunaan duit

silversarina said...

princess,

senang cerita guna cash selagi boleh dan yang lain jika amat meemlukan baru digunakan, tak de pening kepala ;)

D said...

debit kad kat Msia diterima semua pihak ke kak? kalau ya, memang kita semua patut switch je. di sini saya cukup puas hati sebab kad debit boleh digunakan di mana-mana: isi minyak, supermarket, post office, etc. siap boleh minta cashback!! (minta teller cash,dia charge dlm account..)

tapi betullah... walau apa pun, kena pantau & bijak berbelanja, kan kak?

silversarina said...

D,

tak smeua kedai terima debit kad ,hanya kedai2 besar je yang meluas penggunaannya tapi makin lama makin banyak tempat boleh guna kad debit ni .Akak pun lebih gemar guna debit kad , tak payah fikir pasal hutang .

aNIe said...

Betul tu Rina...akak dulu adalah kad credit...tapi cuma supplementary kad...pastu dah dibatalkan sebab cik abang ada sini...lebih baik takde lah...bila ada...beli grocery pun nak guna kad...

Kak Elle said...

wow mmg ler malu kalau card credit kena tendang kan?

dEeWaN said...

btl kak. kad ni jk xpndai guna n beringat musnah kita. saya pun ada 2 kad kredit tp bila btl2 sesak br saya guna lbh2 lagi bila dh ujung bln tp jk blh elak saya cuba elakkan.

OO said...

Inilah jerat yang paling bahaya sebenarnya lebih bahaya daripada "Ah Long" dan charge pun lebih mahal daripada "ah long"..

Alhamdulillah, kami suami isteri dan gunting kad kredit kami..senang pakai cash/debit card. Tak ada duit - jangan beli!!!!

KAMATO said...

Salam kakrina, dulu saya cuba bertahan tak mau apply credit card, tapi lama2 tak tahan, kalau booking hotel semua nak card

CikguZue said...

salam,
saya setakat ni masih lagi tak guna kad kredit. sebab pinjam kad kredit cik abe je...heheh...selamat.
cuma kat sini bila dah kerja, baru guna kad debit. mudah dan yg bestnya tak perlu berhutang dan nampak duit tu berkurang. Jadi dptla kawal sikit perbelanjaan.

Anonymous said...

Nak tanyaklah kalau pergi oversea selain dari guna cash, traveller cheque. Kak Rina guna credit card ke. Saya ada terbaca di blog Ustaz Zaharudin kata haram menggunakan kad credit yg melibatkan perubahan melibatkan pertukaran wang. Saya jadi serba salah sbb saya guna kad kredit pun baru lagi sbb terpaksa utk booking hotel shj. baru ni saya ke indonesia guna cash utk hotel & etc. Lepas ni nak kelain pulak jadi tak tau cara terbaik. Nak bawak cash byk2 bahaya jugakkan. salah mmg jenis yg berhati2 dgn yg melibatkan halal haram like interest ke apa.

silversarina said...

kak anie,

jika boleh memang lebih baik gunakan cash , saya pun sama kecuali semasa berjalan yang lebih mudah gunakan kad kredit .




kak elle,

memang malu tapi memang tak dapat nak dielakkan lah tu agaknya, memang dia takde cash di tangan , kalau tak mesti dia dah bayar guna cash daripada dia tinggalkan barang2 dalam troli .



deewan,

sekarang ni macam jenis kredit ada dan limitnya macam2 level , apapun kita sebagai pengguna harus bijak .

silversarina said...

OO,

kami kalau tak de kad payah jugak sebab hubby akak memang travel sokmo dan booking tiket /hotel memang guna kad , tapi setakat ni kami pastikan apa yang kami guna kami bayar agar tak betimbun hutang .



kamato,

betul tu, nak booking hotel dll memang perlu kepada kredit kad . yang penting kita limitkan penggunaannya .

silversarina said...

cikguzue,

kalau boleh duna debit kad baik gunakan ia sebab jauh lebih manfaat dri kad kredit .




anonymous,

selalunya booking tiket/hotel dan yang berkaitan dengan travel kami memang guna kad kredit (dalam currency yang berkaitan ) tapi untuk belanja yang lain seboleh-bolehnya kami akan cuba bawa cash dalam matawang local tempat yang dilawati . Bab kata haram penggnaan kad kredit sebab money exchange tu setakat ini yang akak tahu kita guna kredit kad dan kita akan bayar jumlah yang digunakan dalam matawang RM dan ia akan disebut dalam penyata , nanti akak rujuk semula . thanks for bringing up this matter .

hanieliza's cooking said...

Salam..
Alhamdulillah..kakliza dan asben TIADA sebarang credit card...kecuali ING Card dan MESRA Card..
setakat ini takder lah masalah nak bawa cash sebb kami ni jarang beli barang mahal2 atau banyak bebenar...

silversarina said...

kakliza,

bagus macam tu, tak de nak kisah ke hutang kad tiap2 bulan .

Blogger said...

LIVE WEBCAM MODELS NEEDED!
GENERATE OVER $10,000 PER WEEK.
SIGN-UP AS A BONGA MODELS WEBCAM MODEL TODAY!