Tuesday, January 26, 2010

Padan Muka ( Aku ) !!

Semalam masa nak ambik Mimi balik sekolah nampak sebuah kereta ni rosak dekat dengan trafik light dan pemandunya seorang lelaki yang terlalu lembap dan lambat menolak keretanya ke tepi . Hati yang tiba2 bersikap jahat berkata , " laaah, kereta rosak macam tu dah terhegeh-hegeh , tolak ajelah . "

itu semalam....


Pagi tadi ....

Lepas hantar anak2 ke sekolah dan lepas meredah hujan lebat di pagi yang tiba2 berhenti ketika melepasi bangunan bomba dan tiba di satu trafik light , semasa nak tutup lampu kereta sebab sebelum tu hujan lebat saya pasang lampu, enjin kereta tiba2 mati sendiri . Masa tu lampu merah dan kereta berada di tengah2 jalan . Try start balik, tak boleh, cabut kunci dan start lagi tak boleh, habis semua sistem down . Panik jugak taktau nak buat apa . Saya on kan lampu hazard dan teringat kata2 nasihat dari kawan2 iaitu kalau kereta rosak tengah jalan, cepat2 keluar dari kereta sebab takut dirempuh kereta belakang . Saya pun apalagi terus cabut kunci dan keluar dari kereta dan ke tepi jalan. Tak de sapapun peduli kereta saya tak bergerak di tengah jalan. Saya cepat2 call jiran saya Sue dan dia call suami dia yang memang saya nampak hantar anaknya ke sekolah pagi tu untuk datang membantu. Kereta dah berderet sebab memang waktu orang tengah busy ke tempat kerja . Dalam 5 minit lepas tu datang seorang lelaki bermotosikal dekat dengan saya berdiri sambil katanya , " Kak, kita tolak keta ke tepi ye , keta banyak ni , bahaya , dari tadi saya tengok akak . " " Ok, terimakasih " kata saya . Saya pun masuk kereta dengan harapan bila ditolak adalah hero2 macho yang lain akan turut membantu . Masuk kereta saya masuk gear P dan start enjin, mau pun start . Lelaki tu tanya lagi pada saya .." Boleh dah ? " "Ha ah boleh dah . Terimakasih ! " saya jawab ... lampu hijau (yang ke berapa kali saya tak kira ) ...... terus saya jalan dan call balik jiran saya bagitau kata keta saya dah ok ...


Rupanya kan..... masa saya nak start semula enjin kereta saya tak masuk gear Parking, ia tetap di gear Drive, mana nak mau start... tapi kan...kenapa is mati tiba2 masih menjadi tanda tanya , first time terjadi pada saya.....

Saya renung balik apa yang berlaku pagi ni .... ianya ... sebenarnya BALASAN kepada hati saya yang jahat semalam ... orang semalam tu dapat jugak tolak kereta dia sorang2 tapi saya langsung biar aje kereta tu tengah jalan ..... lain kali jangan jahat hati .....

PADAN MUKA .... AKU !!!

22 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

saya pernah dengar satu lagu berbunyi.

"what you give, you get back."

sori auntie, saya bukan nak perli. saya nak kongsi ilmu. heh

Zareda Norman said...

kak rina

kifarah ye tu kak... apapun nasib baik semuanya selamat..

aNIe said...

Hehehe...rina...tulah kan...tapi kadang2 kita tak perasan apa yang terpacul keluar dari mulut kita...

Alhamdulillah...segalanya okay...

Anonymous said...

hee insafnya chek baca nih..he he! satu pengajaran yg sangat berguna...

*tapi chek kan kalu nengok kete rosak kat tgh jalan mesti dalam hati cakap kesian orang tu tmbh2 kalu ada famili dlm kete tuh...*

KC

melatie said...

Assalamuaikum Puan Silversarina

Apa yang terjadi hari ini bolehlah diringkaskan seperti ini "sebenarnya Allah pun tahu dan Allah pun menunggu". Allah memang maha mengetahui bila masa yang sesuai untuk memberi pengajaran kepada kita. InsyaAllah, saya juga belajar dari kesalah anda.

Salam manis
Saidatul Azian

Zaitun said...

Nasib baik ada orang tolong kalau tidak entah berapa lama Rina terpaksa menunggu.
Kadang2 kita jadi lebih insaf setelah apa yang berlaku.

silversarina said...

munir,

tak pe, memang sebagai peringatan buat makcik, tq.





zar,

alhamdulillah tak de masalah dah .



kak anie,

bila bawak keta sorang2 tu mulalah ada je lintasan hati yang secara spontan terkeluar .. kena selalu ingat diri sendiri .

silversarina said...

kc,

keta tu mati kat trafik light , pastu lambat sangat bergerak , tu yang kita nak panas, lelaki sorang je dalam keta tu .. kalau ada family macam kata kc, akak pun kesian :)






melatie,

bagus jugak ianya berlaku pada akak , kalau tak mungkin akak tak kesal apa yang akak cakap dan ia jugak menunjukkan Allahsentiasa sayangkan hambaNYA , syukur .

Thanks for dropping by .






kak zaitun,

rezeki, ada jugak insan yang sudi membantu, kalau tak lama lagilah saya menanti untuk dibantu oleh jiran yang dalam perjalanan ke tempat keta saya tu , syukur .

UnGu VioLet said...

aduhai.. sian plak akak erk kete rosak.. anyway, tuela kan lumrah hidup.. memang kdg kita tak tersedar bila tak terkena sendiri kat btg hidung kan.. samalah jgk ngn mar..

silversarina said...

ungu violet,

betul tu, sedap je hati berkata-kata .... kita insan biasa yang selalu silap.

zany said...

betul kak rina, apa yang ada dalam isi hati kita Dia tahu, dan diuji kita perkara yang sama. Saya percaya benda ni. Wallahualam.

☆Love to Chill☆™ said...

zany,

Allah Maha Mengetahui ... kita je yang selalu lupa yang Allah itu Maha Tahu.

aintsuperwoman said...

Suspen jugak ye, tak penah lagi jadi kat I mati kete tengah jalan.
Kat traffic light pulak tu.

Ingat tadi dah nak suruh cari yang baru...hehehe....

Tu yg maleh nak pakai yg automatik tu!

silversarina said...

zany,

love chill tu akak yang komen terguna izzat punya nama pulak :)

silversarina said...

asw,

I dah lama tak bawak manual, memang dah terbiasa auto , tapi ni 1st time kena sejak ada kereta ni dah 5 tahun lebih dah ... still love this baby :)

Kak Elle said...

secara kebetulan berlaku:)

silversarina said...

kak elle,

ha ah, semalam kata orang hari ni terus kena pada diri sendiri .

tajnur said...

Salam!
Bile dah terkanje tgh jalan, nasib baik le Allah tak bagi Yong dengo sumpah seghanah org2 belakang! Gamak2 nye berbakoi2, munkalor boleh di freeze (meto) atau dipepejalkan (dikematu) haruslah berbungkuih-bangkaeh bertepek2 Yong dapat. Sabor jelah......

maklang said...

sekarang ni semuanya DIA bayar cash wei....anyway, nasib baik tak apa2 ye...Syukur..

nurazzah8 said...

salam... apa khabar? lama tak singgah sini...asyik dgn FB aje...hehehe//

Mama Rock said...

kak rina, ada jugak orang offer nak tolakkan kereta ke tepi. kalau kat kl ni rasanya, orang dok horn aje lah coz kita dah inconvenient kan dia :(

silversarina said...

tajnur,

mesti macam2 diaorang kate akak kan .. tak pelah akak terima aje .






maklang,

dulu orang kata kat Mekah aje Allah bayar cash tapi sekarang kat mana2 pun sama , buat peringatan kita bersama juga InsyaAllah .




nurazzah,

salam, I sihat aje , bila rajin update blog, bila kurang rajin di blog, rajin di fb ...hihi.






mama rock,

syukur ada jugak hamba Allah yang sanggup membantu, yang naik kereta sorang pun tak ambik kisah , yang bermotorsikal yang caring .