Sunday, January 31, 2010

Sabtu yang ceria !

Izzat kata masa ambik hadiah tu MB tanya Izzat " PMR 8A ke 9A ? " ... " 9A " jawab izzat . " SPM nanti dapat 11A ye . " MB bagi kata2 semangat . " InsyaAllah " jawab Izzat . izat memnag akan ambik 11 subjects nanti sebab ada extra subject Bahasa Arab untuk pelajar sekolah agama.





Salam buat semua di hari minggu yang penuh berkat InsyaAllah . Ada yang sudah mulakan minggu baru seperti kami di Kemaman dan ada yang masih bercuti hujung minggu dan cuti tambahan bagi warga Wilayah Persekutuan . Apapun diharap semuanya ceria walau di mana kalian berada.

Nak cerita kisah hari semalam yang sibuk dari pagi hingga ke malam.

Pagi macam biasa uruskan hal berkaitan rumah , nama pun suri rumah tapi kalau sayalah memang tak pernahnya siap kerja rumah setiap hari, ada aje yang memang takkan siap dan beres , agaknya kalau 100% beres mau pengsan tak cukup nafas saya, sapa nak pengsan free buatlah kerja rumah sampai tip-top di dalam dan di luar rumah .... memang K. O . lah .

Lepas selesai kerja rumah ( memang tak masak , tak sempat ) .. pergi keluar pulak dengan anak dara kenit sorang tu nak beli something kat Olie's Collection , nak beli barang untuk dia dan jugak untuk anak sedaranya , ada satu je lagi tinggal (small knapsack ) .. mula2 nak bagi Umair tapi lepas tu kata nampak besar pulak beg tu untuk Umair ..jadinya ..beg tu dapat ke dia .. suka hatilah , mula2 kata nak guna duit sendiri , masa nak bayar .." Mama belanja ye ? " soalan cepumas keluar dari mulutnya . "Ye lah ... " .

Lepas tu terus singgah restoran sebelah Olie beli nasi ayam untuk brunch , dah tak larat nak pegi tempat lain . Balik terus makan sebab kelaparan masing sebab tak breakfast .

Lepas makan, rasa mengantuk sangat sebab malam sebelum tu memang saya tidur 2 jam aje sebab tak boleh lena ( ????? ) . Terlelap setengah jam dan masuk je waktu zohor terus solat dan siap2 nak ke Dewan Berlian MPK ada majlis khas untuk Izzat .

Sampai dewan jam 2, kereta dah penuh , terpaksa parking jauh sikit , konon bergaya pakai black high heels , ambik .... terkedek-kedek seberang jalan , kena langkah bunga penghadang jalan, kena naik tangga nak ke dewan lah ... nasib lah , nak bergaya punya pasal .... rasakan .


Izzat bersama sahabat nya , Mujahid ...



Ini kali ke 3 saya menghadiri majlis yang serupa untuk anak2 tapi ni first time di buat di Dewan Berlian yang besar . Biasanya di dewan bangunan Yayasan Terengganu Kemaman yang panas .

Majlis penyampaian anugerah PMR cemerlang dihadiri oleh YB Shabery Cheek dan juga YAB MB Mat Said ... boringnya dengar ucapan ... tapi that MB memang kelakar, ada aje yang kisah kelakar yang diucapkan ... Jam 4 baru lah habis ucapan, saya dah beberapa kali tengok jam sebab lepas asar ada hal lain pulak . Cerita kelakar pun dah jadi tawar sebab gelisah nak ke tempat lain .





Tunggu lah pulak majlis penyampaian anugerah ... izzat pulak no 581 darpada 600+ students UPSR dan PMR ... mula2 anugerah cemerlang UPSR ... ada kot 400 lebih pelajar, lepas tu baru PMR ada 200+ pelajar yang terima anugerah ...



Lepas habis majlis balik rumah , solat asar terus ke Kuantan Airport ambik darling balik bercuti, Biasanya darling naik taxi aje dari airport tapi kali ni dia ada urusan di ATM HSBC , so kami ke sana . Darling tiba on time dan dari jauh dah nampak dia lambai2 pada saya dan anak2 , kurus sikit dah saya nampak ..... heheheh .

Berdrama lah kami di situ kejap, adat orang lama tak bertemu, salam, peluk, cium siap dukung lagi (bukan dukung saya, dukung Mimi lah ...heheh ) .

Lepas tu kami ke HSBC dan solat maghrib di Masjid Negeri yang hanya sebelah HSBC .

Lepas tu terus ke Restoran Satay Zul yang sokmo full house ... order satay ayam , lembu dan kambing ... satay zul boleh tahan sedapnya , lama dah tak singgah makan .



Selesai sudah urusan di Kuantan , kami pun pulang ke rumah.... mata saya sudah tak tertahan mengantuk (tak cukup tido semalam tu punya angkara ) ........

Terlena hampir jam 1 pagi (sebulan tak bertemu , tentu 1001 cerita nak dikongsikan ) .... sedar2 jam 5.45pagi .... syukur ...masih bernafas di pagi yang indah ... Alhamdulillah .

16 comments:

tajnur said...

Salam!
Tahniah le Yong, anak2 Yong semuanya berjaya belaka. Bkn je Yong ghase seghonok, nu mengkome org leghah Peghak ni ghata2 mun tau dan dengor kejayaan anak2 Yong tentu tumpang gembira! Munkalo dulu, org kampung keluworka saknika benda gule ke, garam ke, koi ker, ape saja yg boleh disumbangkan tanda sokongan moral. Tu dedulu le Yong, skrg ni kenalah masing2 buat hal, nak sumbangkan pun ghase malu pulak...

aNIe said...

Salam...dan tahniah buat izzat...mesti bangga masa lihat anak2 naik ke pentas...sejuk perut ibu mengandung kata orang2 tua...semoga dia dpt memenuhi impiannya untuk dpt 11A dlm spm nanti

Tingginya Izzat...! Hehehe

silversarina said...

tajnur,

smuanya rezeki dari All, pandai atau tidak , semuanya makhluk Allah yang punya kelebihan dan kekurangan masing2.

Bile mike sebut pase bagi seknika benda sebagi hadiah, memang adat budaya lama yang semakin pupus ditelan arus zaman . sebenarnya hadiah tak semestinya besar/mahal tapi yang penting niat ikhlas si pemberi sebagai meraikan si penerima.





kak anie,

Terimakasih dan semoga anak2 kita berjaya dunia akhirat.

Ha ah dia memang tinggi dan dia siap cakap, "pendek aje Mat Said tu " .. Mat Said memang lebih rendah dari Izzat ....hehehe.

SoFie NuR said...

ramai jugak yg dapat anugerah tahun ni yerr...

bestnye tengok satay tu...teringat2 satay kajang..hihi

silversarina said...

sofie,

paling ramai adalah daerah kemaman , itu ramai kawab izzat yang tak dapat sebab bukan anak terengganu /permastautin terengganu .

Abdul Munir Sanusi said...

mantap izzat. Sesiapa peminat Manchester memang bijak-bijak belaka.

Em, auntie semalam jumpa Abg Jimin. Tok guru saya dalam arena travel ini.

Sekarang, tak sabar nak jumpa Abang Zaid dalam seminggu dua lagi.

Kak Elle said...

wah itu satay nak sikit bolih?bagus lah teman berbicara`dah pulang walupun hanya sekejap....tak JJCM ke kali ni cuti raya cina panjang kan?

::alifdalmim:: said...

salam,

part yg dukung tu mmg klakar..nasib baik ada ayat penyambung dlm bracket..hehe..

sate..lamanya tak mkn sate..mcm best jer nmpk kt gmbr tu..

silversarina said...

munir,

ye ke MU fans bijak-bijak .. hehehe.

ooo jumpa dah gimin, kalau you all jumpa bersama termasuk zaid sure cerita pasal travel ekkkk, sama kaki jalan belaka :)






kak elle,

teman jj dah balik, adalah nak jalan nya nanti minggu ni , minggu raya cina pulak nak balik ipoh jumpa family dan cucu :)

silversarina said...

adam,

makcik pun tak dapat bayangkan camner kena dukung ....hahahaha.


mehlah sini nak belanja satay :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam,

tahniah sekali lagi buat izat...dan buat sarina & hubby too..proud parents.

heh3...abang balik dik... :)

Cat Cat said...

Kak Rina - Cath memang tak akan dapat Pengsan Free... Haha.

Terkedik-kedik with kasut tumit ya... Kasik tunjuk gambar kasut glamor tu... Hehe.

Kalo boleh, mau hubby Kak Rina dukung2 Kak Rina sekali ya eh..?? HAHA!!!

silversarina said...

salam,

terimakasih semua yang meninggalkan komen dan mendoakan kejayaan izzat .

zaid "Abu Umair" said...

Tahniah izat..kekalkan kecemerlangan.
memang peminat United ni bijak2 belake. jangan marah ye penyokong lain..trutamanya penyokong Chelsea..hehe

Glory Izat..glory MU.

silversarina said...

abu umair,

memang le kome semua MU fans .. bijak, bijak. Umair peminat Chelsea kan ...:)

naftalena76 said...

tersesak dalam blog akak...anyway blog yang bagus...teruskan..