Friday, January 22, 2010

TGIF ..... Aktiviti Jumaat

Pagi Jumaat datang lagi , ia tak pernah lupa untuk menunjukkan diri , Jumaat datang dan pergi .

Jumaat hari yang disukai oleh semua orang . Jumaat juga adalah penghulu segala hari . Jumaat disukai jugak kerana ianya adalah hari cuti hujung minggu bagi negeri2 / negara2 yang cutinya pada Jumaat . Jumaat juga digemari kerana ianya merupakan hari terakhir kerja bagi yang bercuti Sabtu dan Ahad . Pendek kata semua orang ada sebab tersendiri kenapa Jumaat digemari .



Apa ada Jumaat di Kemaman ??


1/ Shopping barang basah dan kering di pasar pagi di area Padang Astaka.

2/ Jogging _ memang ramai akan keluar berjogging sekitar Padang Astaka dan juga Pantai Mak Nik .

3. Kelas pengajian agama di masjid2/surau2 sekitar Kemaman .

4. Kalau nak shopping sekitar yellow town pegilah masa lepas solat Jumaat ..memang parking berlambak kosong dan senang kalau nak bershopping, lengang aje ... Casa Limbong tak payah pegi sebab Jumaat kebanyakan kedai tutup .

5. Makan otak2 dan sata di area Kuala Kemaman...memang sedap .





Itu aje rasanya aktiviti hari Jumaat yang boleh dilakukan di sini .... bagi sayalah , orang lain saya tak tahu .... jumpa lagi ...selamat berhujung minggu buat semua .

20 comments:

aintsuperwoman said...

Bagi I dgn Atip pulak, pagi Jumaat akan lebih menyeronokkan kalau kitorang cancel je English class!!! huhuhu....

Satu lagi you lupa nak letak. Aktiviti orang Kemaman di hari Jumaat ialah....ramai2 gi turun Kuantan! hehehe....

silversarina said...

asw,

Cancel kelas... jangan ..kesian kat bebudak tu ..hihi.

Kuantan ... sekarang ni i pun dah lama tak merambu ke sana sebab dah ada MM ..jadilah asalkan dapat lepak2 :)

Zaitun said...

Rina sebut pasal otak2 dan sata teringat kak Zai masa pergi ganu itu hari.Kat Kl otak2 banyak tapi sata payah cari.

maklang said...

saya beraktiviti dikamar jahit...bersama ibu dan anak tersayang....best!

zarin said...

salam kak rina
lama betul zarin tk singgah sini..jogging kat padang astaka?rasanya PIL saya pun slalu jalan2 je kat sana...nk jogging dah tk larat dah..:)

dEeWaN said...

saya suka ari jumaat ni dpt rehat kt rumah lama2.byk keja boleh dbuat. kak, bestnya sata 2. bila ada kawan ke tengganu saya pasti kirim.

hajah zainab bt abdullah said...

Hari Jumaat...orang lelaki gi solat Jumaat..heh3

Dulu, kalau Jumaat jer, ramai dgr suara2 org kemamang mari giant...lleni dah kurang sbb dah ada MM kat kemamang...

Ingat esok nak gi kemaman, cari nasi dagang!

PINATBATE said...

sedapnya sata Kemamang..!!!

SoFie NuR said...

wahhhh...windu kat otak-otak...

Zareda Norman said...

otak2, sata dan sotong goreng tepung di Kuala kemaman.. waduhhh rindunya

UnGu VioLet said...

Jumaah Mubarakah kak..

Jumaat pun memang hari yg mar selalu tunggu2kan.. he3..

cikMilah said...

orang Penang suka hari Jumaat sbb lunch break 2 jam..alternate xtvtnya..minggu ni kita keluar lepak cari makanan kampung, minggu depan kita buat usrah kat surau kilang...

cikMilah said...

sedap pulak sata & otak-otak, ramai yg menyebut tu...cuti CNY nak gi Kemamang lah!

silversarina said...

kak zaitun,

ramai yang suka sata lebih dari otak2 , saya pun sama .




maklang,

full house tu , bestnya !




zarin,

akak pun bukannya jogging , jalan aje , man nak larat lari weii ...hihi.




deewan,

itulah kelebihannya Jumaat , semua orang suka .

silversarina said...

hajah zainab,

dah makin kurang orang kemamang turun giant kuantan sebab dah ada TMC di kemasik.

akak biasa makan nasi dagang kat mana ye di kemamang .






pinatbate,

memang sedap, juicy tu yang best .







sofie,

kami pun jarang jugak pegi makan , kalau dah teringin sangat baru pegi beli .

silversarina said...

zar,

kalau tak makan sebulan memang gian jadinya ...sedap .





ungu violet,

JUmaat yak kira di mana semua orang suka :)





cikmilah ,

alaa CNY kami dah ada plan , balik tengok ibu dan cucu .... kalau tak boleh blanja cikmilah makan sata dan otak2 .

D said...

oh tidaaaaaakkkk!!! (gambar sata tu menikam kalbu!)

silversarina said...

D,

akak hanya boleh tunjuk gambo, nak kirim tentunya basi :(

Kak Elle said...

hari jumaat mmg di tunggu olih saya bab esok dan lusa tak yah bekerja:)

silversarina said...

kak elle,

selamat bercuti ... jumaat selalu dinanti :)