Sunday, January 17, 2010

sukanya dapat jumpa CL


Pagi semalam lepas hantar izzat ke library saya dan mimi terus ke MM, saja nak beli barang sikit kat TMC . Mula2 sampai di MM sempat masuk kedai buku dulu dan terserempak dengan Hakim anak maklang kerteh dan terus saya tanya maklang tak datang ke , hakim bagitau mak dia tak datang , dia datang dengan abah dan kakak2nya . Lepas tu jumpa paklang dan paklang bagitau mereka ke MM nak main bowling tapi ada tournament pulak . Lepas balik dari MM saya terus ambik Izzat dari library dan memang cadang nak rehat selepas zohor sebab rasa mengantuk betul mata . Sebelum ambik wuduk, singgah kejap kat fb dan terbaca status maklang kerteh :

"terasa amat gumbira...tetamu istimewa Cik Li dari blog Pengalaman di Kota Makkah baru kejap sms kata nak singgah kat rumah kami...nak masak apa untuk minum petang? Any ideas...yang cepat dan sedap... '

Baca je status ni , terus jadi segar bugar, hilang mengantuk , memang teringin sangat nak bertemu Cik Lie, baru2 ni ada gathering di KL memang tak de rezeki nak hadir . Terus capai handset dan call maklang ..... mengofferkan diri untuk hadir di mahligai maklang untuk meraikan kedatangan Cik Lie...bermakna kena ke kerteh semula walaupun baru saja tiba dari sana .

wajah-wajah ceria ( teman sekereta/cameraman Cik Lie duk nampak peha aje tu ) ...hehehe.


Siap cepat2 dan hantar Izzat ke dewan futsal dan singgah di gerai buah-buahan untuk membeli sedikit buah tangan untuk di bawa ke rumah maklang . ... tercari-cari selipar (drive selesa tak pakai selipar/kasut ) ... raba-raba , rasa selipar berbeza sangat rasanya .... tengok2 dalam kelam kabut nak jumpa Cik Lie terpakai selipar sebelah lain sebelah lain, sebelah selipar saya sebelah lagi selipar izzat yang besar gedabak . Ketawa saya dan mimi dan sempat snap gambar lagi tu. Alhamdulillah ada sepasang sandal saya dalam kereta ....... dapatlah turun beli buah . ( balik rumah bila mimi cerita kat izzat tentang selipar tu, izzat kata dia pelik juga sebab bila dia balik main futsal dia nampak selipar dia tinggal sebelah, takkan pencuri nak curi sebelah je selipar tu .... hahahaha ) .


Sampai rumah maklang macam biasa maklang masak macam2 yang memang sedap tiada tandingan .



Sempat sembang2 sebelum seorang lagi peminat Cik Lie , Chef Hanieliza pulak tiba , bertambah riuh dengan cerita kakliza yang sentiasa happening .


Tak lama lepas tu tibalah tetamu kehormat yang datang dari jauh , Cik Lie dan PA/cameraman CL , Encik Nazir ( dia nak invisible dalam gambar ) pun tiba . Dari luar dah dengar Paklang duk sebut Chef liza pun ada, Silversarina pun ada , bagitau pada Cik Lie . Macam mimpi pulak dapat jumpa Cik Lie depan mata sebab selama ni hanya tengok gambar di blog PDKM . Beliau kelihatan lebih kecil, lebih muda dan lebih segak dari dalam gambar . Seorang yang terlalu humble dan amat sopan ketika bertutur . Memang perwatakan yang paling cucuk dengan bidang kerja beliau , Alhamdulillah .



Makan-makan sambil sembang-sembang serta tak lupa sessi bergambar antara semua yang hadir . Pertemuan yang sungguh menggembirakan hati semua yang turut sama . Sebelum berpisah sempat juga sessi penyampaian cenderahati dari CL buat maklang, kakliza dan saya .



Terimakasih kepada maklang dan paklang kerana sudi bagi kami hadir bersama menyambut kedatangan CL ke rumah maklang .

hadiah khas dari CL... mug PDKM , kurma, air zam-zam dan cebisan kelambu kaabah yang terus saya letakkan dalam frame sebaik tiba di rumah ...wangi baunya ...terimakasih CL .


Buat Cl, walaupun hanya sebentar dapat bersua muka, ianya sebuah pertemuan yang punya 1001 catatan manis di memori kami untuk 2010 ini InsyaAllah . Semoga dapat bertemu lagi di lain masa dan ketika , InsyaAllah . Terimakasih juga atas cenderahati yang cukup bermakna yang dibawa khas dari Mekah , syukran ya akhi .



haaa..tu dia ... camanelah boleh kusarung selipar-selipar ini yang begitu jauh perbezaannya ...pelik tu tak rasa pun bezanya ... so excited maaaaa :)


Sekian dulu dari studio SS ...........jumpa lagi .

22 comments:

Cat Cat said...

Alamak, jauh beza selipar tu.... Adeh adeh adeh, camner boleh tersarung silap ni....

hanieliza's cooking said...

Wah...
Rina dah tulis dulu la entry jumpa Cik LIe...
seronoknya dapat jumpa tetamu terhormat dari Mekah tu..
dapat pulak hadiah dari beliau yang rasanya tiada tolok banding ngan hadiah dari tempat lain...
Alhamdulillah..
dan terimaaksih pada maklang untuk berkongsi perjumaan ini....

maklang said...

he..he..memang seronok semalam...pembukaan yang sungguh seronok untuk 2010...Amin..dan terimakaseh kerana sudi nak datang...

aintsuperwoman said...

alhamdulillah, bertemu juga dgn tetamu yg ditunggu2 ye...mesti banyak cerita yang boleh dikongsikan...ayoyo, apa pasat tarak sedhar? hehehe....ni kes nak cepat benor jumpa En. Lie Niiii!!

silversarina said...

cath,

memang dah tak ingat apa dah, janji asuk je ke kaki ...heheheh.




kakliza,

Malang dulu update, saya no 2 sebab malma tadi ngantuk sangat dan masuk tido awal .. memang best sangat semalam , dapat jumpa Cl , jumpa akak dan maklang pulak tu, memang tak sangka betul .

silversarina said...

maklang,

mana sangkakan kita semua dapat bertemu di bawah satu bumbung , Alhamdulillah /



asw,

I lupa betul nak ajak you pegi sama, memang tak ingat langsung dah ,anyhow, bilad apat jumpa orang jauh yang memang kita ingin sangat nak jumpa memang best . selipar sebelah lain pun udah tak nampak :)

aintsuperwoman said...

kalau you ajak I pun...segan laaaa.....nak jumpa dia... :)

zany said...

bagai merpati dua sejoli selipar tu, bak pengantin lelaki dan perempuan, he, he....

MULAN said...

laaaa haaii, mujur ada gak selipar. daripada kaki ayam je..

Pak Man laksam said...

Pak Man adalah pengikut blog CL ni tapi tak pernah tinggalkan komen, cuma seronok baca kisah-kisah orang di Mekah. Harap suatu hari nanti dapat jumpa CL.
Dulu masa Maklang gi umrah pun ada jumpa CL di sana.....
Pak man ada ikuti semua nya.
Tq Silversarina.

UnGu VioLet said...

alahai.. seronoknye kak.. teringin la plak nak jumpe tetamu dr jauh tue..

aNIe said...

Larrr....kenapa boleh jadi camtu lina...sebelah kasut pompuan...sebelah selipar...hehehe...mesti kelakor...

Zaitun said...

Seronok sangat nak jumpa cik Lie sampai selipar lain sebelah,hehehe

zareda said...

sungguh ironik selipar tu.. agaknya teruja sungguh kak rina

silversarina said...

asw,

apa pulak segannya , bukannya mudah nak jumpa dia ..hihi.





zany,

memang cocok sekali ... hahaha.




mulan,

beria beno akak tak sabar nak jumpa cl , itulah jadinya :)

silversarina said...

pak man,

memang ramai pengikurt blog Cl tu ,saya pun kadang2 je tinggal komen tapi baca tiap hari :)




ungu violet ,

CL tu boleh kata 1 dunia baca blog dia , tu yang makcik nak sangat jumpa .




kak anie,

mula2 dnh betul dah , pastu masuk rumah balik ada hal, masa keluar tu yang main sauk je selipar tak tengok ke kaki :)



kak zaitun,

betul tu, so excited takut terlambat ..hihi.




zar,

sepasang yang berlainan rupa tapi kegunaannya sama ...hehehe.

hajah zainab bt abdullah said...

salam sarina,

semalam kak nab dah baca...tapi tak tgglkan komen, terlupa! agaknya sebab kak nab masih lagi teringat2kan CL yang menerjah kak nab...kah3.
yang rina pun apa kurang terujanya...hinggakan pakai selipar lain sebelah!! ini mengingatkan kembali apa yg kak nab pernah alami...macam rina jugak...kak nab pakai selipar yg sama bentuknya, tapi satu hitam & satu putih...pastu gi jalan2 kat megamall...lama tu baru perasan!!
tapi..kak nab buat dekk jer, anak2 pulak yang malu!!

silversarina said...

hajah zainab ,

oo ye ke, sebelah warna lain sebelah lagi lain... memanglah malu ...hihi.

CL datang semua tak keruan, maklumlah nak sambut orang dari jauh, hajah pulak lagi lah , kena kasi gempak macam tu , sure gelabah ...hehehe.

ainhany said...

salam silversarina

salam ziarah..
amboi best nye sambut tetamu mekah tu..tak mai ghering pun dapat jugak goodies....tambah2 extra kelambu kaabah...ni berkat org jauh jg kan..
syukurlaa

Semuga ALLAH merahmatinya utk terus mncatat dlm PDKM..tpi kalau datg tempuhari pun best...

salam ukhuwah

silversarina said...

ainhany,

tulah rezeki nak dapat jugak jumpa CL . Kat KL haritu memang teringin sangat nak hadir tapi memang tak dapat 'lesen besar' nak ke sana sebab suami akak kerja oversea dan akak dan anak2 je yang tinggal di malaysia, so kalau setakat Kuantan bolehlah drive, kalau jauh memang dia tak beri kecuali balik kampung masa raya :)

ai-hikari said...

salam auntie,
MM tu Mesra Mall ke? =)

silversarina said...

al hikari,

ha ah Mesra Mall .