Saturday, June 28, 2008

Gembira rasa di hati..anak-anak ku kini kembali....

Pagi ni nak pantun sebab happy sangat....


Gembira rasa di hati,
Anak-anak mama kini kembali ,
Rindu mama terubat kini,
Dapat bertemu sekali lagi.



Alhamdulillah Maya kini dah pun ada di rumah dan bercuti selama 2 bulan, badannya susut sikit saya nampak, tension belajar katanya sebab pelajar Korea semuanya bijak pandai dan cara mereka belajar boleh buat kita jadi pengsan nak mengikutnya. Bayangkan mereka hanya target A+ setiap mata pelajaran yang diambil dan sekiranya dapat A- atau B+ mereka mencebik dan muram lah wajah mereka. Mereka rata-rata hanya tidur 4 jam sehari sebab menurut mereka jika tidur 4 jam mereka akan lulus tapi bila tidur 5 jam atau lebih memang pada mereka itu tanda akan menemui kegagalan. Mereka telah diasuh bekerja keras sedemikian semenjak di bangku sekolah lagi. Pulang dari sekolah jam 10 malam adalah kebiasaan dan biasanya mereka tiba di rumah sekitar jam 1 pagi kerana selepas pulang dari sekolah mereka akan ke tuition kelas pulak sehingga jam 1 pagi. Patutlah kalau dalam drama korea saya pernah lihat pelajar sekolahnya masih di sekolah waktu malam .

Semoga percutian maya akan dapat memberi kelapangan kepadanya dan mengecas tenaga sebelum kembali memerah otak dan tenaga di bumi kimbap itu.

Anak saya Zaid dan menantu Azra juga tiba di KLIA hari yang sama dengan Maya tapi keduanya pulang ke Rembau ke rumah besan saya sebelum kembali ke Kemaman dalam masa beberapa hari lagi . Besan yang menyambut mereka di KLIA Khamis lepas dan saya hanya menanti Maya di Kuantan airport kerana tak berdaya memandu sendirian ke KLIA . Saya cuma pesan pada Zaid jangan lupa kirimkan buah-buahan dari Jordan terutamanya ceri yang amat saya rindukan. Jadi Zaid menanti maya sebentar kerana Zaid tiba jam 3 petang dan maya tiba 4.30 petang hari yang sama dan zaid juga amat ingin bertemu maya kerana telah 2 tahun tidak bertemu iaitu semenjak maya ke Korea dari Jordan dahulu. Dapatlah juga merasa buah ceri serta peach dan nectarine dari Jordan. ( yu huu ... sofie dan ina sweileh, mama dan kakraja dah dapat merasa ceri jugak tau, tak jeles dah tengok u all makan ceri... hehehe )

Sofie dan ayahnya sahaja yang hanya akan pulang dalam Julai nanti. Doakan kejayaan Sofie kerana awal julai nanti dia kena menghadapi satu peperiksaan peringkat national di Ukraine yang menentukan samada dia boleh naik ke tahun 4 atau tidak. Jadi semua pelajar medic tahun 3 wajib menduduki exam itu nanti. Dia akan pulang 8 julai dan my darling akan tiba dari UAE 9 julai dan 12 Julai kami serta rombongan akan ke kenduri di rumah besan di rembau . Maknanya semasa darling balik, semuanya dah mesti dibereskan.... tolong kami, bantu kami.... tak pe, tak pe dah nak siap semuanya... ..afterall I'm the Supermommy ... huhuhuhu.

Saya selesai mengemas bilik pengantin 'lama' kerana menyambut mereka pulang nanti dan bila mimi kata cantiknya bilik ( buat ala-ala bilik sang putera-puteri di raja !! ) dia pun kata nanti dia nak kawin juga dan dia nak tema warna putih dan merah. Kelakarlah budak kecik 6 tahun dah siap ada tema warna bilik pengantin sebab jeles tengok bilik abang cantik.

Mungkin bagi bloggers yang baru mengenali silversarina , saya ingin bagitau yang anak saya zaid telah berumahtangga hampir setahun lalu ( 26 julai 07 ) di Amman , Jordan iaitu sebelum kami pulang ke Malaysia dan majlis kenduri juga telah dibuat di sana dan diraikan oleh lebih 200 jemputan yang terdiri dari palajar malaysia dan pegawai serta malsyaian yang menetap di sana.

Oleh itu majlis yang diadakan di rumah kami Julai ini nanti adalah sempena meraikan pengantin bersama jiran tetangga , rakan taulan kami yang tidak berkesempatan menghadirinya semasa di Jordan . Sebab itu saya nyatakan kenduri itu nanti adalah amat sederhana kerana melibatkan jamuan sahaja . Menantu saya juga kini berbadan dua dan sebab tu saya selalu kata tak lama lagi saya kan jadi wanmommy..hehehe.

Pada semua yang sudi menerima jemputan saya ucapkan jutaan terimakasih kerana kehadiran kalian memang amat-amat dialu-alukan .

Selamat berhujung minggu...pagi ni saya akan ke Al Amin mengambil report kad Izzat ... siaplah Izzat nak disiasat perangai dan pencapaiannya di sekolah..hari tu saya kata satu B seminggu grounded keluar dan bermain ... tengoklah nanti berapa minggu dia takleh keluar rumah...dia minta dikecualikan hukuman grounded itu kerana ini adalah exam pertama dia semenjak balik Malaysia... tengoklah macamana nanti .....hehehe.

Wednesday, June 25, 2008

JEMPUTAN MAJLIS MENYAMBUT MENANTU

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami sekeluarga mempersilakan

Tuan/Puan / Encik / Cik



SEMUA NAMA DI DALAM SENARAI SILVER LINKS DAN SEMUA YANG PERNAH MENINGGALKAN KOMEN DI DALAM BLOG LOVEUJORDAN DAN SAVE & SOUND SILVERSARINA



seisi keluarga ke MAJLIS MENYAMBUT MENANTU sempena perkahwinan putera kami



ZAID BIN ANUAR


dengan pasangannya


SITI NURADZRA BINTI ZULKAFLI


pada hari Sabtu, 19 Julai 2008 di Kemaman.




Bunga rampai kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Semoga Majlis tambah berseri dan diberkati.









*********************************************************************



Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghantar jemputan secara peribadi kepada semua bloggers kerana tidak semua yang saya ada alamat surat-menyurat dan emel . Apapun saya amat berbesar hati sekiranya para sahabat semua dapat hadir ke majlis tersebut.




Maaf juga saya pinta kerana saya tidak dapat aktif blogging buat masa ini , baru terasa 'semput' terkejar ke sana terkejar ke sini dan mulai esok anak-anak saya akan pulang bercuti , bertambah sibuk lah saya nanti .




Saya doakan agar semua sahabat sihat dan ceria selalu .



Sunday, June 22, 2008

2 in 1..............

Semalam lepas balik hantar mak saya flat terus, dah lama tak drive jauh dan semalam 7 jam saya drive sebab balik singgah sebentar di kuantan , mak oooiii letihnya bukan main jadi supir bila dah tua ni , kalau dulu tak penat langsung. Pagi ni berlambak benda nak kena bereskan.. nak start mop dan kemas bilik baru start gear satu. Nak lepaskan rasa letih , pagi tadi saya 'merayap ' kejap ke dua tempat.


Lokasi pertama.. gerai KP sebab nak confirmkan petugas majlis nanti..beres .... dan sambil minum sambil sembang dengan rakan saya di situ dan nak tau saya dapat satu berita yang pertama kali saya dengar hidup saya.... nak tau tak ????




Pernah tak dengar orang lelaki nikah 2 wanita sekaligus ??
Saya belum pernah... jarak pernikahannya cuma beberapa jam saja... kisahnya ada sorang ustaz yang saya kenal , kematian isteri akhir tahun lalu dan cuti sekolah baru ni ada sahabat yang padankan ustaz ni dengan seorang guru. Tapi nak dijadikan cerita cikgu wanita yang masih anak dara ni ada sahabat baik yang juga masih anak dara dan oleh kerana terlalu baik dan akrab, cikgu ini telah memberi syarat kepada ustaz ini bahawa jika ingin mengahwininya mestilah juga mengahwini sahabat baiknya juga. Saya tercengang bila diberitahu oleh anak saudara ustaz ni sendiri pagi tadi. Maka akhirnya ustaz ini mengahwini dua sahabat baik ini sekaligus dan nak jadikan tambah thrill dua isterinya juga tinggal serumah...pelik tapi benar dan saya masih rasa macam tak percaya....





Lokasi kedua adalah rumah yang saya cuba lawati minggu lepas namun rumahnya bertutup rapat, Jumaat lalu saya bertembung dengan keluarga ini di pasar pagi dan saya ke sana lagi pagi tadi untuk menanya khabar sahabat saya ini yang kisah anak-anaknya yang memerlukan bantuan ada saya blog kan di sini .


Pagi tadi saya bertemu anak-anak yang sentiasa berulang alik ke HUKM bagi rawatan mata. Minggu lalu adik hajar baru menjalani pembedahan 'mengalihkan ' bulu mata bawah agar tidak bergesel dengan anak mata yang mengakibarkan airmata sentiasa keluar . Jarak penglihatan adik hajar adalah 3 meter di sebelah mata ( saya lupa mata mana ) dan sebelah lagi hanya 1 meter dan buat masa ini tiada rawatan yang dapat mengembalikan jarak penglihatan normal namun doktor akan cuba mempastikan jarak penglihatannya tidak bertambah teruk. Saya nampak jahitan di bahagian bulu mata bahagian bawah tapi nampak hajar makin bertambah ceria dan manja dengan saya . saya tidak membawa camera kalau tidak boleh saya tunjukkan bahagian bawah mata yang baru dibedah dan dijahit. Hujung minggu ini hajar dan ayahnya akan melakukan rawatan susulan di HUKM. Memang banyak belanja ulang-alik dan kos rawatan bulanan mereka . Pusat mata HUKM adalah satu-satunya pusat rawatan mata untuk pesakit mata seperti adik hajar dapat diberikan .


Adik Klaulah yang kini berusia 11 bulan dan telah mula memanjat tangga rumah walaupun dalam keadaan matanya hanya sebelah yang punya lensa kerana lensa nya telah dibuang semasa pembedahan di Mesir tahun lalu. Jadi adik khaulah hanya melihat dengan sebelah mata. InsyaAllah doktor di HUKM sedang menyiapkan contact lense bagi adik khaulah yang khas untuknya sebagai bayi . InsyaAllah adik khaulah akan dapat melihat seperti biasa kelak.


Sama-samalah kita berdoa agar mereka berdua dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan dikurniakan rezeki bagi menampung kos rawatan susulan bulanan yang semakin meningkat dengan meningkatnya kos pengangkutan dari Kemaman ke KL . Bagi ayahnya ustaz Razi semoga dapat kembali ke mesir untuk menamatkan pengajian di peringkat Masters yang terpaksa ditangguhkan seketika demi kesihatan anak-anak yang memerlukan rawatan pakar di malaysia.


Friday, June 20, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU !!

Esok sahabat baik anak saya Zaid, brother Hazimin /penghunisahara akan melangsungkan perkahwinan dengan rakan sekolah Zaid semasa di al Imam International Institute, Kubang Kerian dan juga rakan University Mu'tah, Jordan, Fatihah atau lebih dikenali sebagai Yong yang juga anak kepada YAB MB Perak . Sejak dua hari ni saya sedih kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan mereka kerana beberapa sebab tak dapat dielakkan. Terimakasih tak terhingga atas jemputan untuk ke dua-dua majlis di kediaman rasmi MB dan kediaman Hazimin di Parit Buntar.


Sahabat seperjuangan , Hazimin dan Zaid semoga kekal bersahabat baik, InsyaAllah.

Saya mula mengenali anakanda Hazimin sejak tahun 2003 iaitu setelah zaid mula mengembara bersama hazimin di bumi anbiya dan saya sempat ke rumah hazimin di parit buntar dalam tahun 2003 semasa zaid pulang bercuti ke malaysia. Hazimin seorang yang rendah diri, bersifat pemimpin sejak dibangku sekolah dan bekas ketua pelajar di sekolah menengah dan pernah menjawat jawatan Presiden Pelajar Malaysia di Universiti Mu'tah , Jordan. Oleh kerana dia sahabat baik Zaid, secara tak langsung saya juga kenal hatibudi nya . dah anggap macam anak sendiri, dia seorang pandai dan rajin memasak . Paling ketara minatnya adalah tentang sejarah bumi anbiya bukan sahaja dari segi sejarahnya malah hingga ke batu-batuan semua dikenalinya hingga Eid, pemandu van yang glamour di Mu'tah menggelar hazimin sebagai " Abu Hajar" / bapa batu .

kenangan manis di khemah di Kota Syawbak , Jordan ..hazimin bersama suami saya , mimi dan penjaga kota.



Pagi tadi semasa berchatting sebentar dengannya , dia menyatakan rasa gementar melanda dirinya semenjak 2 hari lalu kerana terlalu hampir dengan saat pernikahannya ( nikah hari ini ) dan saya sekali lagi menyatakan betapa saya ingin berada di Ipoh dan Parit Buntar untuk sama-sama meraikan detik bersejarah 'anak' saya bergelar suami. Apakan daya saya hajat tak tercapai. Semasa Zaid bernikah di Jordan , hazimin adalah seorang dari saksi pernikahan tersebut namun di kala ini kami sekeluarga tidak dapat hadir . Maaf dipinta.


Summer 2006 di Wadi Rum , hazimin , yong ( bertudung biru di belakang ) serta maya , sofie, mimi dan juga menantu saya Azra ( waktu tu bakal menantu , sebelah Yong ) , satu percutian yang menyeronokkan !!

Bakal isteri Hazimin , Yong saya kenali sejak kecil semasa di Al Imam namun saya rapat sejak saya tinggal di Jordan. Oleh kerana Yong waktu itu telah bertunang dengan hazimin , saya makin mengenali Yong kerana kami pernah sama-sama keluar rehlah satu Jordan(Jelajah Jordan 2006 ) dan juga ke aqabah serta wadi rum di musim panas 2006. Perkenalan yang panjang membuat saya mengenali Yong sebagai seorang yang aktif, minat mengembara ,pandai mengambil hati kawan-kawan dan amat menghormati golongan lebih tua darinya dan juga berjiwa pemimpin sama seperti hazimin , mungkin kerana kedua-duanya adalah anak sulung. Saya sempat bertemu Yong sebagaimana yang saya telah nyatakan dalam entry yang lalu semasa cuti sekolah baru ni dan saya lihat Yong semakin matang dan lebih mencerminkan peribadi seorang srikandi muslimah sejati.





SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ANAKANDA HAZIMIN & FATIHAH /YONG. SEMOGA PERKAHWINAN YANG DIBINA ATAS DASAR IMAN DAN CINTA MEMBUAHKAN SEBUAH KELUARGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT, INSYAALLAH.






+++++++++++++++++++++++

Awal pagi esok saya mulakan perjalanan menghantar ibu saya ke KL ( saya tidak masuk KL, berjanji bertemu adik saya di tol temerloh sebab saya tak nak drive di karak highway) . Saya bertambah sibuk dan perlu mengemas rumah serta bilik tidur kerana mulai hujung minggu depan anak-anak saya akan mula pulang bercuti musim panas. Buat sementara waktu adik saya akan menjaga ibu saya sehingga urusan kenduri selesai .

Selamat berhujung minggu bersama keluarga.... sorry masa terhad untuk hopping-hopping sebab banyak lagi nak kena mopping-mopping .

Wednesday, June 18, 2008

Terimakasih sayang ku semua.

Malam tadi masa tengah nak ready untuk tido ( 10 malam baru ) dapat sms dari jelitawan mulan di kerteh tanya khabar . Terus bagitau dia keadaan saya dan bagitau dia pagi esoknya ( pagi tadi ) dah plan nak ke rumah maklang untuk ambil gubahan bekas hantaran dan kami pun berjanji nak bertemu di mahligai maklang .

Lepas hantar mimi dan siapkan breakfast mak saya bagitau mak saya keluar lama jugak pagi ni, mak kata okay je. Terus saya ke mahligai maklang dan dalam tengah ding dong rumah maklang, mulan juga tiba.

Mahligai maklang dah macam resort dengan bunyi air terjun , terasa macam bersantai di tepi sungai je, bestnya. Kami dijemput ke atas dan maklang tu cadang nak duduk kat tepi air terjun tapi kami kata tak pelah kat atas je sebab tak nak bagi maklang banyak bergerak dan turun tangga.

Seronok bersembang bertiga , kalaulah punya masa yang panjang alangkah bagusnya namun seperti biasa masa amat cemburu sebab saya ada temujanji dengan 2 orang lagi sahabat saya di kerteh ( nak pergi kutip hutang ... along mali mau kutip utang maaa ) .


Bekas gubahan saya dihias begitu indah oleh datin maklang, memang citarasa maklang menepati citarasa Raja Sarinah . Terima kasih maklang ku sayang.

Mulan pulak hadiahkan saya telekung dan purse dari Vietnam, sukanya dapat telekung tu sebab memang saya dah pakai telekung vietnam buat tahun ke 4 dah dan memang sedap diapakai, so ni dah ada yang baru , mesti lagi sedap dipakai. Terimakasih mulan ku sayang.

Mulan jugak serahkan hadiah dari queen Elle di singapore yang dikirim melalui mulan semasa mulan ke singapore cuti sekolah baru ni. Barangan dalam dari M&S buat saya dan t-shirt kungfu panda buat mimi sungguh menceriakan hati saya walaupun barangan M&S tu nak kena repair sikit tapi mimi terus pakai baju comel tu. Terima kasih kak elle ku sayang.

Gambar gubahan tak leh ditunjukkan sekarang ,nanti basilah... nanti menantu I baca blog dan nampak gambar tu,tak bestlah ... gambar yang lain belum masuk dalam pc lagi... anyhow, semuanya cantik belaka.


Lepas rumah maklang saya terus pergi jumpa kawan-kawan yang ada membeli sedikit barang dari saya lama dulu... selesai hutang dibayar dan ada sedikit lagi akan dibayar hujung bulan. Terimakasih kawan-kawan ku sayang.

Sempat juga saya singgah bertemu rakan saya yang bertugas sebagai pengetua sebuah sekolah tahfiz quran dan kasihan saya dengar yang pelajar -pelajar sekolah tu sekarang diganggu makhluk halus, hampir tiap hari mereka diganggu. Pagi tadi pun awal lagi seorang pelajar telah terkena histeria. Pernah pelajar tersebut semasa tidak sedar menyebut nama tuan pada jin yang mengganggu dan orang dinyatakan adalah orang di situ juga. Kawan saya bersikap terbuka dengan tidak mengiyakan apa yang 'jin' itu kata sebab menurut kawan saya jin /syaitan memang jahat , takkan kita nak percaya apa yang jin cakap, sengaja syaitan nak melagakan sesama jiran di situ. Saya hormat pada pegangan sahabat saya itu. Mereka sedang berusaha memulihkan pelajar dan sekolah tersebut agar bebas dari gangguan makhluk halus.

Doa saya agar dipermudahkan urusan tersebut kerana kasihan pada pelajar tahfiz yang belajar di situ. Harap mereka terus tabah mengharungi cabaran dalam menimba ilmu Allah.

Tuesday, June 17, 2008

Baju dan citarasa

Pagi tadi lepas selesai urusan rumah baru teringat yang saya dah tangguhkan untuk menempah baju sempena majlis kenduri nanti buat beberapa hari. Terus saya ambil kain yang dibeli dan terus ke kedai jahit kak leha dan memandangkan sekarang ini telah masuk musim orang menempah baju raya, saya terus memohon jasa baik kak leha untuk mengambil kain saya untuk dijahit. Tapi alangkah frustnya saya bila dibuka kain tu yang saya beli di Bandung yang ada sulam-sulam tu , rupanya pendek dan tak cukup buat baju yang saya pinta. Saya tak pandai pakai baju kurung , apatah lagi baju pendek. Kena beli kain atau baju yang telah siap aja nanti . Bagi pakaian anak-anak dara saya , siap saya minta jasa baik kak leha sekali lagi untuk mengambil upah menjahit walaupun terpaksa menjahitnya dan menyiapkannya dalam masa singkat kerana mereka hanya akan pulang 26/6 ini ( maya ) dan 8/7 nanti (sofie ) . kakleha tak kata apa, tapi nampak macam okay je...kakleha kawan lama saya, kalau tak nak jahit, saya akan 'paksa rela' dia jugak.


Cakap pasal baju , saya pernah terfikir betapa manusia punya citarasa yang amat berbeza antara satu sama lain. Bayangkan amat jarang saya terjumpa seorang wanita memakai baju yang sama warna dan coraknya .Memang menakjubkan sekali sebab mqasing-masing memakai pakaian yang berbeza.

Walaupun begitu saya sendiri pernah memakai baju yang sama di masa yang sama dan dia duduk terlalu dekat dengan saya. Ini berlaku pada hari saya berangkat ke US tahun 1983 . Oleh kerana saya dulu memang suka berseluar panjang, saya membeli sehelai kemeja lengan panjang bercorak petak-petak kecil yang mengikut kata penjual di Pertama Compleks di KL adalah kemeja yang terkini di pasaran . Saya masih ingat saya singgah di situ setelah selesai urusan ke US di pejabat JPA bersama kakak sulung saya sebelum kembali ke Ipoh .

Pada hari keberangkatan saya ke US, ada 3 kumpulan pada hari tersebut , kami 12 orang ke Washington DC, dua lagi tak ingat ke mana tapi mereka ramai setiap group. Nak dijadikan cerita, baju saya sama dengan Ayu yang sama group dengan saya , exactly the same, kemeja petak-petak , warna pun sama , seluar je lain warna . Malunya waktu tu tapi nak buat macamana , nak tukar baju waktu memang tak sempat dah, saya berbeza sikit sebab saya pakai overcoat hitam . Apa yang dimalukan pun saya tak tau tapi memang malu waktu tu , hanya sebab sama citarasa dengan Ayu.......

Kisah ini pula agak lucu sebab berlaku kepada maya yang masa tu memakai baju kurung berwarna pink dan corak bunga-bunga dan waktu tu ada majlis perkahwinan anak sedara saya di Parit , Perak. Masuk je dalam rumah pengantin masa tu ada satu kumpulan makcik-makcik sedang bermarhaban dan sessi khatam quran . Lucunya, baju kurung maya exactly the same warna dan corak dengan makcik-makcik marhaban itu. Teruklah maya kena usik dengan kami.. maya yang waktu tu kecil lagi dan kami kata maya boleh jadi ahli kelab marhaban makcik-makcik dan kumpulan tu dah ada pengganti cilik. ..kenangan majlis kawin yang takkan dilupakan.Punya banayk kain di pasaran, kain pink berbunga tu yang jadi pilihan maya dan makcik marhaban.

Kesimpulannya , keinginan dan citarasa manusia selalunya berbeza namun ada ketika tanpa disedari kita punya minat dan kecenderungan yang sama... anda pernah alami bagaimana saya alami, sama baju di tempat yang sama ?????

Monday, June 16, 2008

Indonesian di mata saya......

Drama Indonesia kini hari-hari ditonton oleh tak lain tak bukan ibu saya yang tidak tahu bahasa inggeris , mimi dan ibu saya bergilir-gilir menonton cartoon english dan drama indonesia yang saya baru tahu banyak juga saluran yang menayangkan cerita dari negara seberang. Ibu saya pernah komen yang cerita Indonesia lebih baik dari cerita drama melayu/malaysia. Entahlah sebab saya bukan jenis yang tonton drama hari-hari. Selepas cerita Bella tamat, saya tak lagi menonton drama melayu. Itupun masa drama Bella sambil tonton sambil mengomel betapa ' katunnya' drama tersebut.

Mungkin ada benarnya komen ibu saya yang drama Indonesia lebih baik kerana apa yang saya dengar dan perhati walaupun tidak mengikuti kisah drama sepenuhnya , saya dapati drama mereka bersandarkan kisah kehidupan seharian. Mungkin banyak kisah orang kaya yang dipaparkan , itu adalah realitinya, negara yang punya begitu padat penduduk yang pasti jumlah yang kaya agak ramai. Indonesia terkenal merata dunia,sebut saja Indonesia semua orang kenal. Mereka ada di mana sahaja, memang mereka bangsa perantau dan survivors. Pergi ke mana sahaja pasti akan jumpa mereka , dalam masa 3 -6 bulan mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan bahasa dan budaya setempat .


Mungkin di negara kita mereka hanya terkenal sebagai bibik dan pekerja bawahan/buruh kerana tenaga kerja tersebut yang masih diperlukan di negara kita. Namun ramai lagi golongan profesional mereka yang telah bekerja dengan syarikat gergasi dunia di serata negara dengan berjaya membina kehidupan yang sungguh cemerlang.

Saya catatkan kisah Indonesia kerana saya pasti ramai yang memandang rendah kepada rakyat negara Indonesia kerana kita hanya mengenal mereka sebagai bibik dan buruh.

Oleh kerana mereka ramai yang berhijrah ke luar negara mencari kehidupan lebih baik , mereka juga terpaksa bersusah-payah sebelum berlepas ke luar negara kerana setiap dari mereka perlu membayar sejuta rupiah / RM350 untuk cukai keluar negara. Untuk mendapatkan sejuta di sana bukanlah mudah . Pernah kerabat saya tinggal dan bekerja di sana dan sedara saya itu menggaji 5 pembantu rumah kerana setiap seorang hanya dibayar RM80 sebulan. Dikatakan jika orang Indonesia sendiri tuan rumahnya, ada pembantu rumah dibayar hanya RM50 sebulan .

Tak dapat saya bayangkan alangkah bahagianya saya jika saya punya 5 pembantu rumah .....

Rata-rata rakyat miskin amat sayangkan Tuan Haji Gusdur , bekas presiden mereka kerana Gusdur telah banyak membantu golongan miskin semasa dalam pemerintahannya . Di Bandung dapat dilihat ribuan kereta tolak yang amat kecil saiznya yang diberi kebenaran menjual makanan di tepi-tepi jalan dan itu adalah jasa besar Gusdur kepada golongan miskin untuk menjana ekonomi mereka dan menghentikan budaya meminta sedekah dan menganggur. Kereta tolak itu tidak dikenakan cukai untuk berniaga .

Kesimpulannya mereka adalah bangsa yang gigih bekerja tak kira di mana dan pelusuk dunia mana , mereka tetap akan berusaha mengubah nasib hidup ke arah masa depan yang lebih baik .

Sunday, June 15, 2008

Darah Cuti & Royalti ....

Sekarang Mimi tak pernah tinggal solat , lepas azan saja dia terus ambil wuduk dan siap pakai telekung dan bentang sejadah . Arah kiblat je yang kadang-kadang bertukar, masih belum memahami arah kiblat , kenapa kena menghadap kiblat . Selalunya dia berimam dengan saya dan selepas solat dia yang tukang baca doa dalam bahasa arab , doa yang dipelajari di sekolah , walaupun pendek tapi cukup buat kesejahteraan kedua ibubapa dan dijauhi dari azab api neraka. Amin.

Dulu dia tak berapa faham kenapa orang perempuan ada masanya cuti solat , dulu bila saya cuti dia pun cuti sebab dia tak nak solat sendiri . Baru-baru ni bila saya cuti dia tak pulak culas solat, dia solat sorang-solat dan doa sorang-sorang . Secara tak sengaja dia ternampak sedikit darah di seluar saya yang tak sengaja terbocor dari pad yang dipakai , dia pun kata.....

" OOOOO mama cuti solat sembahyang sebab ada darah tu lah ye ."

saya mengiyakannya.

" Orang lelaki tak boleh cuti kan sebab tak de darah ? " mimi kata pulak.

saya juga mengiyakannya .

" Orang lelaki ada darah tinggi je kan ??? " sambung dikenit tu yang buat saya tak jadi jawab sebab tak tahan nak tergelak...



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semalam pergi ke pasar Binjai nak cari umbut kelapa, memang bersemangat nak makan umbut . Terus menuju gerai sayur dan tanpa segan intai-intai dan jengok-jengok kat semua sayuran dan akhirnya bertanya penjual jika ada umbut kelapa di pasar tu. Penjual pertama bertanya kepada suaminya tentang umbut, berkerut sedikit wajah suaminya seolah-olah memikirkan apa itu umbut dan bila saya kata isi batang kelapa baru nampak wajahnya lega sikit dan dia jawab tak dok . Saya ke gerai lain dan bertanya , pakcik tu jawab tak dok . Saya tak puas hati , saya terus ke gerai kelapa dan santan, dia kata tak dok jugak dan dia kata memang tak dok jual kat pasar ni... sedih nya... tak de rezeki. Balik rumah saya kata pada mak ( yang jugak kata sedapnya kalau ada umbut , sayalah yang gatal mulut bagitau nak pergi cari umbut ) umbut tak de, kalau nak umbut kena tanam pokok kelapa dan tunggu besar baru tebang dan ambik umbutnya...hehehe. pokok kelapa gading saya tak besar2 dan tak berbuah walau dah lama umurnya... hai tak makanlah umbut .... fikir-fikir balik banyak makanan lain yang senang diperolehi dan sedap dimakan , umbut pulak yang nak dicari....




+++++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi tadi semasa membeli barang di kedai dengar perbualan beberapa lelaki tentang MB terengganu dan royalti minyak. Kata mereka, tak lama lagi kayalah terengganu dan tersengih lebar lah MB kite sebab negeri dah kaya....alhamdulillah dapat balik royalti minyak. Semoga rakyat terengganu mendapat manfaat sewajarnya hasil dari sumber kewangan ini , InsyaAllah.

Sempat saya dengar salah seorang dari mereka berkata... "mapuh teghuh deris jusoh" ....

Well... itulah putaran alam ......

Saturday, June 14, 2008

Kisah Makan Kenduri.....

Nak sambung kisah makan kenduri semalam.....

Punyalah sedapnya lauk-pauknya.... nasi putih, gulai kawah , singgang ikan tongkol, sambal belacan, ikan masin goreng, labu kuning masak air, jelatah timun dan nenas perak style . Semua saya ambil kecuali singgang ikan tongkol sebab memang tak suka singgang. Mimi makan nasi dengan gulai kawah (seketul je daging sebab nasi sejemput ) dan dia nak ikan tongkol masak singgang, pandai pulak dia makan singgang sebab saya tak pernah masak singgang sebab masakan ini amatlah di anti oleh maya dan izzat .

Sambil makan sambil bersembang bertemu rakan-rakan yang ada masih baru pertama kali bersua semenjak pulang dari Jordan. Laju je makan sebab khemah untuk lelaki masih kosong sebab saya pergi masa solat jumaat ( memang target tak de lelaki, bebas nak bergerak dan bersembang ) . Nak tau saya buat apa buat pertama kali dalam sejarah pergi makan kenduri ??? Saya ulang ambik jelatah timun dan nenas sebab sedap teramat sangat, nasi tak tambah tapi saya meratah jelatah itu. Nasib baik semuanya kawan saya yang melayan para tetamu, saya kata aci tak saya nak meratah jelatah, mereka menjawab nak semangkuk pun boleh...... perli ke apa ni...hahahaha. Mungkin ini adalah makanan perak yang telah begitu lama tidak saya rasai buatkan ianya rasa terlalu sedap dan salah seorang tukang masak bagitau yang buat jelatah tu orang Banjar... wah... pandai orang Banjar adun jelatah style perak...

Lihat pada komen tentang gulai kawah , saya nak mencari umbut yang neeza katakan mungkin ada di pasar binjai yang tak jauh dari rumah saya.. pasar ni buka di sebelah petang sahaja... nak cuba cari petang ni , sedapnya umbut yang dah tak berapa ingat bila kali terakhir saya memakannya.

Haa...tu dia... satu entry tentang makanan kenduri yang simple tapi sedap menjilat jari.....

Salam hujung minggu buat semua.... ada ke yang ke pejabat pos pagi ni untuk claim 'duit minyak ' ???? Saya punya kenderaan lambat lagi....

Friday, June 13, 2008

Feast and Fiesta........

Praise be to Allah , today is Friday , a weekend holiday for us here in Terengganu. I really need a break over the weekend . We went out for breakfast at Padang Astaka and let mimi play at the playground for half an hour . I took a chance to wander around the Pasar Pagi and bought a few things from the " 3 barang RM5 " stall , 3 net baskets to keep and save the wedding doorgifts that I've started to fold and wrap since yesterday.

Walking back to the playground I heard voices of makcik-makcik performing the marhaban ... I never involve in any marhaban group and never will because I myself do not really understand what they are saying and the melody does not sound nice to me. There's a fiesta going on at the Padang Astaka this morning and it's from KEMAS Kemaman . So, many makciks were on the field taking part in a few competitions including the marhaban, gubahan and cooking . As I remember , the last time I took part in any of those events was more than 10 years ago, I was then still eager to 'show' my gubahan and cooking skills . I realize how I have changed over the years, such event does not attract me anymore , gubahan or any skill competitions seem not my interest any longer . Being at a place crowded with lots of people and noise is something that I no longer want to be part of it .

This afternoon I'm going to a wedding feast , how I love eating gulai kawah terengganu ( it's a different taste from Ipoh kari daging ) and usually it's also eaten with ikan selar kuning masin and sambal belacan. I remember my first terengganu wedding feast that I went somewhere in Pengkalan Ranggun in Kerteh way back in 1989 , I was really shocked to find out the feast was so simple with only gulai kawah , acar timun and watermelon cicah sambal belacan . It was so much different with my birthplace, Ipoh / Perak /Pantai Barat . Here in terengganu , the food is not the main priority , our presence at the feast that counts, how I love this attitude. That's why I LOVE Terengganu.

See you again next time... I'm going to the feast and will continue folding and wrapping the wedding doorgifts later .. yesterday Mimi ( my little helper ) and I managed to wrap 109 doorgifts and many more to go. I prefer doing it myself , fold and wrap as the way I want it to be at my own pace and space.

Tomorrow I'll get the wedding invitation cards done and all bloggers will surely be in my special guests list ...

Thursday, June 12, 2008

Matinya selera 'mencakar'......

Al Fatihah buat arwah bapa kak elle yang telah pergi buat selama-lamanya petang semalam . Salam Takziah dari kami sekeluarga buat kak elle serta keluarga , semoga bersabar atas apa yang berlaku dan semoga roh bapa kak elle ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. Amin.

Apa yang pasti segala jasa dan pengorbanan seorang bapa takkan dilupakan sepanjang hayat, InsyaAllah.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++

(keratan akhbar harian metro.....12 / 6 / 2008 )


Suami miang, isteri dingin .

ANGKA 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan. Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan 'saham mula menurun'.Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya.Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat!

Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin baru.

Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda 'keriangan' luar biasa, diperturunkan sedikit panduan untuk isteri me nyekat suami bermain mata dengan wanita lain.

Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh mem bangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi usah sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan.Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, rata-rata sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.

Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam pe nunggu pohon beringin.Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam. Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas.Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.

Sentiasa senyum. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ingat, lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu.

Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin.Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.



Apa kata anda tentang petikan di atas ?????



( maaf saya terlebih busy sehari dua ini dan terpaksa limitkan masa blogging .. )

Wednesday, June 11, 2008

Minyak dan Madu ..........

Buat kak elle di singapura , kami di kemaman sentiasa mendoakan agar akak dan family tabah dalam menghadapi segala ujian dariNYA dan semoga atok dipermudahkan segala urusan di saat ini. Amin.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++



Semalam adalah kali pertama saya mengisi minyak kereta dengan harga baru . Minggu lalu petang sebelum malamnya dinaikkan harga minyak kenderaan adik saya di KL telah menghantar sms bagitau harga minyak akan naik 78 sen seliter dan nnasihatkan saya mengisi minyak full seberapa segera. Saya balas sms dengan mangatakan minyak kereta saya baru saja diisi full oleh darling saya sebelum berlepas pulang ke UAE pagi sebelumnya .

Semalam cuti Terengganu johan Sukma jadi kami ke Kuantan sebentar semalam dan RM30 petrol yang diisi cukup untuk pergi balik , itu kereta kecil saya yang kalau duluuuuuuuuuuu RM15 /20 cukup dah pergi balik Kuantan Kemaman. Nampak gayanya kena kurangkan merayap ke Kuantan tapi macam satu ketagihan, saya memang akan kerap 'melawat' kuantan , for me kemaman ni has nothing yang menarik .

Itu kisah minyak, kenaikan harga barang belum saya rasai lagi..... tunggu dan lihat.....




+++++++++++++++++++++++++++++++++


Pagi Selasa lalu semasa darling saya menalipon saya dari KLIA untuk pulang ke UAE, dia minta saya hold on kejap sebab dia nak menegur kawannya yang lalu hampir dengannya dan kawan itu adalah MJ yang berkahwin kali ke 2 , April lalu ( ingat lagi tak kisah kasih melimpah !! ) dan dia bersama N ketika itu. Lepas tu darling saya kata dia akan call saya semula sebab dia dah begitu lama tidak bersua MJ. Saya pun bila tau N ada di situ saya called N bertanya kabar dan N bagitau dia, suami , anak bongsu berusia setahun lebih dan juga 'Dia' ( madunya dan N yang gunakan perkataan Dia ) akan makan angin ke London selama 6 hari dan N dan anaknya akan pulang ke Malaysia hari Ahadnya manakala suami dan madunya akan menyambung cuti berhoneymoon ke Cape Town, South Africa pula.

Sekali lagi saya terkesima dan terdiam buat beberapa saat . Dari manakah datangnya kekuatan dalaman sahabat saya N sehingga melancong pun pergi bersama madunya dan juga apakah perasaan dalam hatinya bila suaminya akan pergi berbulan madu bersama isteri baru nun jauh di Afrika Selatan.... tak tercapai jiwa saya mencari jawapannya . Sungguh kental dan mantap iman dan kekuatan yang dikurniakan Allah pada N .

Saya mengakhiri perbualan talipon dengan mengucapkan selamat bercuti buat N . Saya yang 'berhati jahat' juga kata pada N agar biar si MJ yang jaga anak bongsu semasa dalam flight dan N tergelak dengan cadangan 'jahat' saya ( yelah kalau tak nanti MJ akan bermanja2 dengan di isteri baru dan N busy jaga anak... dah lah lama pulak perjalanan ke London tu... ish ish ish jahatnya hati wanmommy......

Tak lama sebelum darling saya berlepas terbang saya sempat berbual dalam talipon sekali lagi dan saya tanya pada suami cantik ke isteri baru MJ tu dan bila selesai suami memberi jawapan saya pun kata ...... tak jadi nak tulis dalam blog sebab nampak sangat wanmommy ni jahat sangat... hehehe..... kesimpulannya MJ berkahwin bukan sebab kecantikan sebab N jauh lebih cantik dari ' Dia ' tu .

Itulah secebis kisah masyarakat yang sedang berlaku dan semoga segalanya berjalan dengn baik agar apa yang dilakukan mendapat pahala dan ganjaran syurga di akhirat kelak. Saya mohon ampun pada Allah atas kejahatan hati saya yang masih lagi sukar menerima hidup madu-bermadu ini . Astaghfirullah al azim .

Monday, June 9, 2008

Busy kembali...........

Anak-anak kembali ke sekolah dan saya kembali busy, dari pagi terkejar ke sana ke mari disamping buat kerja rumah start jam 7 pagi termasuklah :

1 / basuh baju , tak habis...

2 / hantar mimi sekolah

3 / breakfast nasi kerabu dengan mak di gerai kak pah

4 / singgah pasar borong, belikan mak durian.

5 / hantar mak di rumah dan terus ke maybank

6 / keluar duit di maybank dan bayar hutang rumah di cimb ( nasib baik sebelah maybank je )

7 / bayar bil di pejabat pos ( 40 minit baru tiba giliran )

8 / balik rumah , sambung basuh baju dan jemur

9 / basuh pinggan mangkuk, bilik air , tanak nasi

10/ belah durian untuk mak, saya ingatkan dia agar jangan makan banyak sebab laju je nampak dia makan, 2 biji habis dia sorang, saya makan 3 ulas aja , naik bp susah juga saya nanti

11/ mandi kali ke 2

12/ keluar ambil mimi dan bayar yuran sekolah mimi

13/ ke restoran abu nur beli lauk untuk lunch, tak daya dah nak masak

14/ pergi yellow town untuk beli selipar mimi yang baru putus , tak jumpa parking, belian ditangguhkan ke petang nanti

15/ balik rumah siap hidangan makan tengahari

16 / makan dan basuh pinggan

17 / solat dan ......

2 petang baru dapat jengok pc....

dari jam 7 pagi hingga ke 2 petang , saya tidak berkesempatan untuk duduk walau sebentar di ruang tamu.... itulah tugas suri rumah dalam masa 7 jam pertama di rumah dan di luar rumah.... lepas asar janji dengan mimi beli selipar di bandar, harapnya ada parking . minum petang ni untuk mak ( ada mak kena sediakan sebab sekarang waktu dia tidur dan bila bangun kenalah siapkan minum petang... biskut pingpong cicah kopi O atau roti dengan peanut butter jelly jelah jawabnya hari ni ) .




++++++++++++++++++++++++++++++


gambar-gambar di bawah diambil semasa di Indonesia sebagai panduan dalam kehidupan.... dan juga iklan2 yang adakalanya nampak macam menarik....





Iklan "murah tanpa tapi" yang saya paling suka.....insan mencari sampah sebagai pusat pendapatan harian.... sama rumpun bangsa , namun bahasanya terlalu banyak perbezaan maknanya..... semasa di bandung kami bersembang guna English dengan Ibu Seri , tuan rumah tumpangan yang kami sewa kerana lebih mudah faham, katanya sebab faham maksudnya dengan lebih baik .....

Saturday, June 7, 2008

Catatan Perjalanan Bahagian Akhir

Sebelum meyambung catatan perjalanan di Indonesia ingin saya catatkan satu dialog bersama seorang penjual di komplek membeli-belah Mangga Dua di Jakarta berkaitan Izzat yang buatkan Izzat terperasan ...hahaha .




Penjual : Anaknya ( dengan tunjuk pada Izzat ) , dakap wajahnya .




Saya dan Izzat tak faham maksudnya dan bila dia lihat kami tak de respon dia sambung lagi..




Penjual : Dakap wajahnya... gantang...




Kami masih tak dapat tangkap maksudnya dan dia pun kata semula...




Penjual : Gantang... hensem !!




Ha.. perasanlah Izzat dan mimi pulak sambung...




" Tulah mimi kata dah, kawan izzat pun kata Izzat hensem . "




'terkoyaklah' seluar Izzat di Mangga Dua dan Izzat 'terpaksa' beli seluar baru... sampai 4 helai .... hehehe.








++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++






Perjalanan kami bersambung seawal 7 pagi dan sempat singgah di Kartika Cake House yang famous dengan brownies kukus di bandung. Memang kedai kek ini hanya terdapat di bandung dan rakyat malaysia biasanya akan ke Kartika atau ke Amanda membeli brownies dan kek sebagai ole2 dibawa pulang. Kami sempat beli beberapa kotak brownies kukus , kerepek tempe dan dodol strawberry sebagai ole2 .




Perjalanan ke Puncak amat perlahan kerana telah hujung minggu dan terlalu ramai pelancong yang menuju ke sana. Puncak dan Bogor terkenal sebagai pusat pelancongan tanah tinggi yang amat cantik pemandangannya dengan ladang teh di lereng bukit dan tempat penggemar payung terjun yang terjun dari puncak gunung dan mendarat di lembah yang begitu cantik sekali. Van unser kami macet / jam selama lebih sejam sebelum dapat meneruskan perjalanan ke Indonesia Safari.




Dengan bayaran 250000 rupiah ~ RM 88 untuk 4 orang , kami bergembira menikmati alam safari dengan binatang2 yang boleh dilihat amat dekat dengan kenderaan kami dan dibenarkan memberi makan kepada binatang2 di situ. Kami sebelum itu singgah di gerai yang menjual pelbagai jenis sayuran segar dan kami memilih membeli carrot untuk diberi kepada haiwan di sana. Sungguh menakjubkan safari tu. Bayangkan zebra datang ke cermin kereta dan kami dapat menyentuh nya ... kami diingatkan agar tidak membuka cermin tingkap terlalu besar dikhuatiti kepala binatang itu akan terus masuk ke dalam kereta. Memasuki pagar binatang buas dan bahaya seperti singa, harimau , beruang pengunjung tidak dibenarkan membuka cermin tingkap. Sungguh teruja melihat singa dan harimau merayau berjalan di sebelah kereta kami . Usah khuatir kerana pegawai safari ada menjaga keselamatan pengunjung. Kami amat berpuas hati dengan lawatan ke safari ini. Best bangetttttttttt.




Kami terus ke Jakarta dan dalam hujan lebat kenderaan bergerak perlahan dan kami singgah makan nasi padang lagi di Bogor dan tempat pertama kami lawati di Jakarta adalah Senayan City Mall , pusat membeli belah yang amat besar dan mahal barangan seperti KLCC dan di sinilah golongan kaya Indonesia membeli-belah. Jangan terperanjat jika saya katakan parking space sukar ada yang kosong, memang ramai golongan atasan di Indonesia. Bayangkan penduduknya lebih dari 200 juta dan sudah pasti terlalu ramai yang kaya walaupun masih ramai lagi golongan miskin , namun sudah cukup membuatkan senayan city terus maju dengan limpahan wang ringgit dari golongan bangsawan indonesia. Kami cuma window shopping dan saya hanya membeli 2 helai baju mimi jenama oshkosh yang sedang obral/ sale ketika itu.memang murah sebab obral.




Kami terus ke rumah tumpangan milik sahabat suami saya yang sama semasa di bandung dan rumah ini lebih kurang besarnya di bandung , di jakarta rumah ini mempunyai 13 buah bilik, rumah yang 13 bilik ni dijadikan motel/ bilik 2 yang disewa jangka pendek, siap perabut dan air-cond.. kawan suami saya tinggal di rumah lain juga di jakarta. Kami makan malam di sebuah restoran " Mee Ceker Bandung " bandung tapi di jakarta. Tak de pun mee bandung yang ada semua jenis mee yang dihiaskan dengan ceker /kaki ayam yang digoreng rangup. Tapi bukan selera saya makanan di sini, tak sedap.




Keesokannya sepatutnya kami ke Dunia Fantasi dan Seaworld tapi kami membatalkannya kerana memandangkan inya adalah Ahad dan sudah pasti tempat itu jampacked dengan pengunjung dan peluang kami untuk membeli belah di terbatas disebabkan jam kelak. Lagipun theme park boleh dikunjungi di malaysia . nasib baik ' tom n jerry'/ izzat dan mimi setuju dengan perubahan aturcara kami hari terakhir ini.




Terus kami ke Mangga Dua shopping kompleks dan jalan pulak banyak tutup disebabkan beberapa acara sedang berlangsung... larian 10km bagi 10000 ribupeserta di sekitar astora senayan sports kompleks dan yang lebih besar adalah demonstrasi bantahan kenaikan harga BBM( bahan bakar minyak ) oleh lebih 100000 rakyat Indonesia.




Shopping di Mangga Dua dan kami tak ke mana dah lepas tu sebab kalau nak shopping ke tanah Abang kena lalui jalan macet banget, jadi kami kata cukuplah round ( tak habis pun sebab terlalu besar ) sekitar mangga dua.




Malam terakhir kami hanya dinner di bilik setelah membeli KFC sahaja dan KFC set di Jakarta adalah disertakan dengan nasi dan french fries tidak disertakan, kena tunggu 10 minit untuk digoreng khas atas permintaan.




Kami bertolak ke airport jam 4 pagi dan berlepas pulang ke LCCT jam 6.50pagi.




Kami terus ke Shah Alam rumah adik dan ambil kereta serta ibu dan terpaksa meninggalkan beberapa beg barangan yang dibeli kerana kereta dah tak muat nak tampung beg dan penumpangnya. Nanti adik datang dia bawa barangan kami.




Perjalanan yang amat memuaskan hati , walaupun hanya sebentar , namun budi bahasa dan sopan santun rakyat di sana pasti akan meninggalkan kenangan manis buat kami semua, InsyaAllah.




Satu perkara kelakar bagi saya... darling saya di sana cakap bahasa Indonesia, sunguh kelakar bila dia beberapa kali tersasul panggil "bapak" pada pelayan restoran yang perempuan dan bibik di rumah tumpangan... selamba je muka dia ... saya tergelak beberapa kali... lucu bangetttt sihhh .




Saya rekomen para bloggers yang belum ke Indonesia , ada peluang pergilah ziarah , tak kira which part of Indonesia , pasti ada keunikkannya , InsyaAllah.

Friday, June 6, 2008

Catatan Perjalanan 2

Salam hujung minggu buat semua. Aktiviti berblogging saya agak terhad kini kerana ibu saya kini ada bersama di kemaman buat beberapa waktu. Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga ibu kerana ibu saya kurang sihat dan tidak punya daya kendiri dalam menguruskan kehidupan beliau. Harap semua pembaca dapat bersama mendoakan agar ibu saya sihat dan saya tabah dan sabar dalam menjaga dan melayan segala kehendak ibu saya, InsyaAllah.

Pagi semalam saya sempat menziarahi maklang di kerteh dan Alhamduliilah maklang semakin bertambah sihat. Saya ingatkan maklang masih terbaring di atas katil tapi jangkaan saya silap. Maklang telah bangun dan berjalan namun semuanya dibuat dalam keadaan slow motion . Saya mendoakan agar maklang akan bertambah sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa , InsyaAllah. Tapikan maklang dengan bunga reben macam isi dengan kuku , tak dapat dipisahkan, siap jugak jahitan bunga reben pada beberapa beg... memang sifu jahit-menjahit maklang ni .



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Sambungan catatan perjalanan ............


Restoran Daun/ Sapu Lidi di Bandung merupakan sebuah restoran tradisional Indonesia yang sangat cantik hiasannya . Dibina dalam kawasan taman /hutan semulajadi yang penuh dengan pokok dan tanaman dan setiap pondok makan dihias lain dari yang lain , unik setiap satu siap dengan kantung untuk dipukul sekiranya memerlukan servis dari pelayan di situ. Air terjun juga ada dalam kawasan restoran yang terbuka. Memang sungguh menawan. Cara persembahan makanan juga amat dititik beratkan dan saya dapati Indonesian amat berjiwa seni. Segala yang di buat mesti disertai dengan kesenian unik setiap tempat.

Entrance Restoran Daun/ Sapu Lidi


kantung diketuk untuk dapatkan servis dari pelayan


setiap pondok makan di hias berbeza...unik

Kaki saya pula semakin 'parah' , saya berjalan seperti robot atau orang baru lepas berkhatan dan mereka(izzat, mimi dan ayahnya ) hanya mentertawakan saya . Bayangkan saya solat hanya dengan duduk di ats bangku di pondok makan kami kerana jika solat cara orang sihat memang nahas saya.



makanan dihias cantik, penuh seni

Selesai makan kami terus ke ladang strawberry yang tidak jauh dari restoran daun. Uniknya kebun strawberry ni adalah ianya terletak dalam sebuah kampung yang di Sensan Bajuni Street yang dari hilir ke hulu kampung dipenuhi dengan pokok bunga -bungaan yang dijual .Setiap rumah menjual pokok bunga dan hanya diletakkan di bahu jalan hinggalah ke kawasan rumah masing2 yang tidak berpagar. Kenapalah saya tak ambil gamabr di kampung ni, saya pun tak tahu, mungin sebab sakit kaki tak minat dah pada pokok. Saya sempat kata pada suami kalau kami tinggal di sana mesti kena halau sebab kami tak pandai jaga dan jual pokok .

nasi padang, sedap-sedap lauknya




Kebun strawberry Kavling , cantik dan memang dibuka untuk awam untuk buahnya dipetik, dikenakan caj minimum , cuma pokoknya ditaman di dalam karung plastik bukan di atas tanah, tak begitu semulajadi, tapi buat mimi dan izzat sudah cukup buat mereka happy dan teruja memetik strawberry.



restoran raja melayu , ikan baung masak tempoyak amat sedap

Balik ke rumah , saya terus makan pil panadol extra yang dibawa dan solat dengan berlunjur kaki atas katil dan terus lelap macam robot, tiba2 kaki cramp, suami tolong hilangkan cramp dan saya terjaga tengah malam untuk ke tandas dan Alhamdulillah saya boleh melangkah dengan lebih baik dari masa sebelum tidur walaupun sakit masih terasa.

pokok strawberry ditaman dalam karung plastik




Hari berikutnya, aktiviti shopping, dari pagi, rehat seketika masa solat jumaat , sambung semula hingga Pasar Baru ditutup jam 5 petang dan terus ke Heritage House hingga malam . Pasar Baru memang syurga membeli-belah. Dengan harga yang begitu murah kita telah boleh membeli sepasang telekung / pakaian yang cantik siap dengan sulaman tangan yang halus. Saya pelik bagaimana mereka boleh menjual barangan yang murah tapi cantik . Heritage House sebuah gedung yang menjual barangan berjenama dengan harga yang juga tidak terlalu mahal.





Lunch kami di restoran nasi padang Sederhana yang menghidangkan menu nasi padang dengan 20 jenis lauk yang diletakkan di dalam piring kecil dan hanya bayar lauk yang dimakan. Makan malam kami dibawa ke restoran raja melayu yang menghidangkan pelbagai masakan melayu ala malaysia termasuk sambal ikan baung masak tempoyak, sambal belacan dan pelayan semuanya memakai baju melayu siap bersongkok dan bersampin . Masakan padang dan masakan melayu di bandung amat sedap sekali.








Kami akhiri hari ke tiga dengan mengemas barang-barang kami yang juga telah 'beranak' lagi.. kerana esoknya kami akan bertolak ke Puncak , Bogor dan terus ke Jakarta.





Kenangan di Bandung akan tetap bersama kerana ianya sebuah bandar yang nyaman dan sejuk dan penduduknya amat bertolak-ansur terutama di jalanraya yang sentiasa memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya .Mungkin kerana mereka telah biasa tinggal dan hidup di dalam kawasan yang sentiasa padat , jadi mereka lebih faham erti perkongsian dan bertolak ansur , mereka tidak selfish, itu pandangan saya. Malah mereka bercakap lembut dan jarang berkasar. Satu lagi yang saya amati di sana, tandas2 awam termasuk tandas di masjid2 besar sentiasa bersih dan tidak berbau , dibayar dan dijaga kebersihannya tidak seperti di negara kita dan tempat solat amat mudah didapati di mana-mana hatta di kebun strawberry memang tersedia musolla nya. amat mudah sekali.





Hari berikutnya lebih menarik, Safari Indonesia menanti kami......

Wednesday, June 4, 2008

Catatan Perjalanan 1

Sebelum menulis kisah ziarah di tanah seberang Indonesia saya ingin blog tentang perjalanan dan percutian kami di malaysia.


Hari Jumaat kami ke Rembau ke rumah besan untuk menetapkan tarikh kenduri di kedua-dua belah pihak. 12 Julai dia Rembau dan 19 Julai di Kemaman.


rumah besan di rembau...saya suka binaan tradisional ini

Terus ke taman Tuanku Jaafar , Seremban ke rumah sepupu hubby yang mengahwinkan anak2nya semasa kami ke Indoensia, so siap belikan hadiah buat 2 pasang pengantin tersebut.

Bermalam di rumah kakak sulong saya di kem Sungai Besi dan esoknya sempat singgah sebentar di Taman Melati di rumah teman baik saya, kak ana , sekadar sebentar kerana terus ke rumah anak saudara suami berjumpa kakak ipar yang baru pulang dari umrah, waktu tu dah hampir 6 petang, perancangan awal terus ke ipoh tapi masing2 dah terlalu letih, so kami bermalam di situ sahaja somewhere di gombak setia .




2 malam di Ipoh dan 26 Mei sempat sambut birthday Izzat yang ke 14 bersama anak-anak saudara .




Happy Birthday Izzat !!





Sebelum bertolak ke KL, saya sempat ke kediaman rasmi MB Perak bertemu anak sulongnya yang akan melangsungkan perkahwinan Jun nanti dan menyampaikan hadiah kawin kerana memang saya tak dapat hadir nanti sebab hubby tiada masa tu. Berbual sekitar sejam lebih tanpa Datin Seri kerana YAB MB serta isteri ada urusan di Istana pagi tu. Sempat jugaklah bersembang dan berkongsi cerita kehidupan mereka sekeluarga, nak tau kena pergi ziarah sebab saya rasa tak patut saya dedahkan perbualan eksklusif saya dengan anak YB .





bersama anak sulong MB Perak di kediaman rasmi mereka di Ipoh...


Selasa terus ke Shah Alam ke rumah adik bongsu untuk tinggalkankan kereta di sana dan menumpangkan ibu saya buat seketika sementara kami ke Indonesia .




Malamnya kami berlepas ke Jakarta dan telah siap menanti kami di sana ialah Bapak Ali yang ditugaskan membawa kami ziarah di sana selama 5 hari . Kami terus dibawa ke Bandung, 2 jam perjalanan dari Sukarno Hatta Airport . Kami menginap di guest house yang dimiliki oleh sahabat suami saya yang sama bekerja di UAE dengan bayaran yang amat minima. Rumah binaan lama bekas binaan Belanda yang amat dingin dan nyaman walau tanpa kipas dan air-cond . Bertemu penjaga rumah bung afendi serta isteri cik Renee kami dihidangkan dengan nasi kuning sebagai sarapan . Rumah yang dikira antik dengan hiasan ala eropah , amat selesa sekali, hanya beberapa minit dari tengah bandar Bandung .




Terus kami menuju ke Puncak Gunung Tangkuban Perahu dan kami temui pemandangan yang amat cantik sepanjang perjalanan ke sana. Suasana yang nyaman dan pokok2 tirus di kiri kanan jalan terasa seolah-olah kami bukan berada di Indonesia. Terdapat jualan "kelinci" / arnab di sepanjang jalan menuju puncak dan juga gerai-gerai jualan sate kelinci . Kawasan pergunungan yang penuh dengan kebun-kebun sayuran dan buah-buahan memang satu pemandangan yang cantik.







jalan menuju puncak Gunung Tangkuban Perahu... cantik sekali....


Setiba di puncak gunung kami dapat melihat dengan jelas kawah-kawah gunung berapi terutama kawah gunung berapi Ratu yang jelas terbentuk akibat ledakan gunung berapi dan bau belerang yang cukup kuat dapat dihidu.



Darling dan Izzat buat keputusan untuk turun ke kawah Domas yang masih aktif yang terletak nun jauh di bawah dan kena menuruni gunung. Mimi pulak cepat-cepat kata nak ikut serta. Saya berbelah bagi, nak ikut tapi rasa macam tak larat. Hubby kata tinggal aja di puncak dan ikut bapak Ali turun bukit nanti. Takkan saya nak tinggal kat situ yang penuh dengan penjual yang cukup menyiksakan diri, serbaneka barangan dijual dari topi bulu arnab , telur batu berukir, batu magnet hinggalah ke lumpur gunung berapi yang harganya mencekik darah.


setelah menuruni bukit sejauh 900 m... lihat kawah Domas di bawah.. lagi 300 m... huhuhu.






Saya pun kata saya nak ikut.... huhuhuhu...



Mula-mula okay.. tak lama kenudian mimi terjatuh sebab tersangkut kaki di batu yang banyak, berdarah bibir dan hidung sebab dia tak mahu dipegang tangannya... hubby pegang mimi lepas tu... sampai 900 m ke bawah, kaki saya dah mulai sakit. kira macam jungle trekking...saya terpaksa gunakan kaki kanan untuk melangkan satu anak tangga ke anak tangga yang lain , bak kata pakpayne jalan macam ketam, menyenget . Ada lagi 300 m untuk tiba di kawah yang penuh lumpur panas yang jelas kelihatan asap nya dari atas. saya gagahkan jugak walaupun sakit tambah terasa. Kini tour guide memimpin mimi dan hubby memimpin saya takut terpeliot/ tersilap langkah . Sampai 30 m terakhir saya dah tak mampu lagi melangkah...sakit sangat...saya duduk di anak tangga kayu dan tak semena-mena saya sebak dan sedih serta kecewa..kaki saya sakit sangat dan buatkan saya frust memikirkan nanti lepas 'main' lumpur saya terpaksa mendaki semula bukit walaupun tidak setinggi tadi kerana kenderaan menunggu di parkir yang lebih ke bawah tapi kena mendaki 1 km juga nanti. Saya tak segan terus mencurah-curah airmata depan hubby dan seorang lagi tour guide di situ...izzat dan mimi telah tiba di lumpur bersama seorang lagi tour guide. Saya benar2 menangis sebab saya fikirkan kalau saya tak mampu berjalan lagi, bukannya ada helikopter yang dapat menyelamatkan saya dalam hutan dan kawah tu dan takkan larat orang nak mengendong saya dengan saiz badan yang XXL... saya terus menangis... saya tak sangka saya begitu kecewa. Saya suruh hubby dan tour guide agar teruskan perjalanan ke lumpur panas dan saya akan cool myself down before sambung perjalanan. memang saya pun tak sangka yang saya menangis . Dalam 7 minit camtu, saya kuatkan semangat kembali menapak dengan memegang kayu-kayu pagar yang ada dan saya tiba jua di kawasan kawah gunung berapi Domas dan terus rendam kaki dalam lumpur panas. Sempat bergambar dan sempat mengumpul kembali tenaga dan semangat untuk perjalanan pulang ke parkir kerete nanti. Terdapat beberapa kumpulan pelancong termasuk dari malaysia di situ dan pemandangan yang tidak pernah saya lihat sebelum ini, kawah yang masih lagi aktif ... Subhanallah, sungguh menakjubkan.





setiba di bawah di kawah domas ....





Kami mula mendaki semula ke parkir , pendakian 1 km yang amat menyesakkan nafas dan menyakitkan lutut dan kaki dan saya tak dapat menahan diri dari memberitahu hubby yang " This is the most stupid thing I've ever done in my life .." takkan diulangi lagi...geram ada sedih ada bila hubby kata " Siapa suruh ikut, kan I kata tunggu kat atas ." .. lagi geram jadinya. Izzat kata muka mama masam mencuka dan mama tak adventurous langsung... geramnyaaaaa....




Tengah jalan landai ada servis motosikal yang boleh dibonceng, hubby kata naiklah... mana saya nak, buat tergolek jatuh gaung lagi teruk sebab dalam hutan nak naik motosikal.. dan saya dah berzaman tak naik motosikal, takkan saya nak peluk pinggang budak muda menunggang motosikal pulak... terhencot-hencot saya teruskan jugak perjalanan hingga selamat sampai ke kereta yang sedia menanti, alhamdulillah.




Hati masih sedih dan geram. Sedih kerana rasa sangat yang diri ini dah semakin tua, tak mampu menghabiskan challenge 'amazing race' dengan cepat. Geram sebab gagal mengawal rasa berputus asa tapi saya puas sebab dapat juga sampai ke bawah walaupun lambat .




Lepas tu kami menuju ke Restoran Daun / Sapu Lidi yang sungguh tradisional dan begitu cantik hiasannya.... kaki makin terasa sakitnya... nantikan sambungannya .......

Tuesday, June 3, 2008

Ole-Ole dari Tanah Seberang...

Percutian kami berakhir semalam, kami tiba di kemaman jam 6 petang setelah 11 hari JJCM , 6 hari di Malaysia dan 5 hari di Indonesia .. pagi tadi jam 6.50 pagi darling saya terbang ke KL dan jam 10 pagi terus terbang pulang ke UAE menyambung tugasnya , saya pasti dia akan lena sebaik pesawat berlepas terbang dek keletihan maksima... selamat jalan darling, thank you for the wonderful holidays , see you again in July, InsyaAllah .

Entry ini saya tujukan khas buat rakan bloggers yang meninggalkan komen di entry terakhir mei saya... terimalah ole-ole berupa gambar-gambar kenangan di Indonesia dari kami sekeluarga....


Antara tempat yang kami sempat lawati adalah :

* Tangkuban perahu... puncak gunung yang tidak jauh dari Bandung yang terdapat 3 kawah gunung berapi yang besar dan kawah Domas adalah gunung berapi yang masih aktif... dapat juga rendam kaki dalam lumpur panas walaupun keletihan dan kesakitan kaki kerana terpaksa menuruni bukit sajauh 1.2 km dan naik semula 1 km , suguh mencabar.. saya akan buat entry pasal adventure ini.. sungguh tak sangka apa yang saya alami.

* Safari Indonesia di Bogor... safari yang sungguh berbaloi dilawati.. merentasi safari dengan kenderaan sendiri dan dapat memberi makan binatang2 yang ada di sekitar safari ... so amazing.

* Shopping..tak de dalam gambar tapi amatlah berbaloi..Pasar baru dan Heritage House di Bandung, Senayan City, Mangga Dua , ITC di Jakarta.

* Makan-makan termasuk di Kampung Daun/ Sapu Lidi , Restoran Melayu , Restoran masakan Padang di Bandung dan pelbagai makanan lagi di Mangga Dua dan Rumah Makan Ayam Ceker , soto, gado-gado, nasi ayam,mee ceker soto .
















saya jumpa nama saya terpampang di bandung... famous...hehe.



setinggan di belakang Mangga Dua shopping komplek



nasi ayam tapi dimakan tanpa sup...



nasi kuning..terkenal sebagai sarapan pagi









ice-cream goreng di Restoran Daun, Bandung

nasi padang... pelbagai lauk, bayar mana yang disentuh/makan



nasi goreng special kampung daun


bersama Bapak Ali, tour guide / driver sepanjang kami disana di Restoran Daun






perjalanan menuruni bukit menuju kawah domas yang masih aktif

kawah ratu yang terbesar di puncak Tengkuban Perahu



rendam kaki dalam lumpur panas di kawah domas












Buat rakan-rakan bloggers yang meninggalkan komen saya ucapkan jutaan terimakasih dan saya pasti kalian juga bergembira bersama insan tersayang sempena cuti persekolahan yang masih ada lagi seminggu untuk dinikmati bersama .



Kisah perjalanan akan saya ceritakan dalam beberapa entries yang akan datang. Perjalanan yang membuka minda serta hati saya terutama mengenai sosio budaya sahabat serumpun di negara jiran Indonesia yang selalunya di warwarkan tentang kisah negatif kehidupan mereka.. nantikan pandangan umum saya mengenai perkara ini.