Sunday, June 15, 2008

Darah Cuti & Royalti ....

Sekarang Mimi tak pernah tinggal solat , lepas azan saja dia terus ambil wuduk dan siap pakai telekung dan bentang sejadah . Arah kiblat je yang kadang-kadang bertukar, masih belum memahami arah kiblat , kenapa kena menghadap kiblat . Selalunya dia berimam dengan saya dan selepas solat dia yang tukang baca doa dalam bahasa arab , doa yang dipelajari di sekolah , walaupun pendek tapi cukup buat kesejahteraan kedua ibubapa dan dijauhi dari azab api neraka. Amin.

Dulu dia tak berapa faham kenapa orang perempuan ada masanya cuti solat , dulu bila saya cuti dia pun cuti sebab dia tak nak solat sendiri . Baru-baru ni bila saya cuti dia tak pulak culas solat, dia solat sorang-solat dan doa sorang-sorang . Secara tak sengaja dia ternampak sedikit darah di seluar saya yang tak sengaja terbocor dari pad yang dipakai , dia pun kata.....

" OOOOO mama cuti solat sembahyang sebab ada darah tu lah ye ."

saya mengiyakannya.

" Orang lelaki tak boleh cuti kan sebab tak de darah ? " mimi kata pulak.

saya juga mengiyakannya .

" Orang lelaki ada darah tinggi je kan ??? " sambung dikenit tu yang buat saya tak jadi jawab sebab tak tahan nak tergelak...



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semalam pergi ke pasar Binjai nak cari umbut kelapa, memang bersemangat nak makan umbut . Terus menuju gerai sayur dan tanpa segan intai-intai dan jengok-jengok kat semua sayuran dan akhirnya bertanya penjual jika ada umbut kelapa di pasar tu. Penjual pertama bertanya kepada suaminya tentang umbut, berkerut sedikit wajah suaminya seolah-olah memikirkan apa itu umbut dan bila saya kata isi batang kelapa baru nampak wajahnya lega sikit dan dia jawab tak dok . Saya ke gerai lain dan bertanya , pakcik tu jawab tak dok . Saya tak puas hati , saya terus ke gerai kelapa dan santan, dia kata tak dok jugak dan dia kata memang tak dok jual kat pasar ni... sedih nya... tak de rezeki. Balik rumah saya kata pada mak ( yang jugak kata sedapnya kalau ada umbut , sayalah yang gatal mulut bagitau nak pergi cari umbut ) umbut tak de, kalau nak umbut kena tanam pokok kelapa dan tunggu besar baru tebang dan ambik umbutnya...hehehe. pokok kelapa gading saya tak besar2 dan tak berbuah walau dah lama umurnya... hai tak makanlah umbut .... fikir-fikir balik banyak makanan lain yang senang diperolehi dan sedap dimakan , umbut pulak yang nak dicari....




+++++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi tadi semasa membeli barang di kedai dengar perbualan beberapa lelaki tentang MB terengganu dan royalti minyak. Kata mereka, tak lama lagi kayalah terengganu dan tersengih lebar lah MB kite sebab negeri dah kaya....alhamdulillah dapat balik royalti minyak. Semoga rakyat terengganu mendapat manfaat sewajarnya hasil dari sumber kewangan ini , InsyaAllah.

Sempat saya dengar salah seorang dari mereka berkata... "mapuh teghuh deris jusoh" ....

Well... itulah putaran alam ......

18 comments:

maklang said...

mapuh teruh deghih jusoh...baru betul...he..he.. deghih bukang deris!

maklang pulak tak reti makan umbut ni...sotak kisah kalau tak de pong!

silversarina said...

maklang,

deghih..ha ah tulah bunyinya... sokmo masih tak jadi terengganu lagi I ni walau dah nak masuk 20 tahun bermastautin di sini .. hahaha.

I pun lama tak makan umbut but satu yang I tau umbut memang sedap .

Neeza Shahril said...

orang lelaki ada darah tinggi je.. hehee.. pandai pulak mimi tu yek.. alhamdulillah, kecik2 dah tekun solat.. neeza wish anak2 neeza pun gitu jugak..

takde ke umbut tu kak Rina? frustnya la.. aik! neeza pulak yang frust hehee.. mungkin kena pergi kat tempat orng nak buat projek di tanah kampung kot.. untung2 ada orang nak tebang pokok kelapa.. dapat la umbutnya kan..

rakyat terengganu terutamanya parti 'itu' suka lah kan.. sebab royalti minyak nak dapat balik.. ehemm.. semalam Pak lah pergi sana.. nak cari lubang nak buat projek pulak ke??? sape lah yang bakal dapat projek tu kannnnn... hehehhh...

Mak Teh said...

Sarina nak umbut? Tunggulah mak teh nak tebang 2 pohon kelapa di depan rumah untuk kemaskan laman rumah sebagai persiapan majlis yang akan diadakan nanti. Hehehe mailah ambik atau nak di pos lajukan or nak di post dlam blog je?

Nak masak apa dengan umbut? kalau orang Kedah depa buat sayur lemak je.

ummu al hanafi said...

*pandai anak k rina...:)

ibarat putaran roda....
kadang di atas kadang di bawah..
alhamdulillah...kekayaan terengganu kembali pada empunya hak!
semoga lepas ni rakyat terengganu dapat banyak habuan hasil kekayaan negeri sendiri...
aminnn...
:)

Abang Long said...

Royalti dikembalikan. Alhamdulillah. Harap wang itu akan mengalir terus ke tangan rakyat dan tidak pergi bersimpang siur lalu masuk akauan memanda.

silversarina said...

neeza,

tak pelah, tunggu kot ada orang tebang pokok kelapa kat kampung bukit mentok, nka pergi ngecek... hahaha.

harapnya janganlah boros bila dah dapat duit royalti tu , kesian warga terengganu yang miskin.



makteh,

alahai, jauhnya makteh... kalau dekat saya tunggu depan pokok kelapa tu ditebang sampai dikorek dapat umbut, makteh masak dan makan untuk saya je lah umbut tu dan letak kisahnya dalam blog :P

silversarina said...

ummu al hanafi,

bagi orang politik nasib mereka turun naik macam dah tak jadi kesan apa2, tak malu pun.

Saya pun benar2 nak lihat macam ahmad said nak guna wang royalti tu.



abang long,

pelik tu wang ehsan yang hilang disenyapkan aja, bukan sikit2 masuk poket deris jusoh tu, harap MB yang ni lebih pandai urus wang negeri.

IKHWANI said...

MAK TEH, JANGAN DIBUANG UMBUT TU SEBALIKNYA DICAMPUR DALAM GULAI/KARI DAGING UNTUK KENDURI!!! SEDAAAAAAPPPPPP...

KALAU DI KELANTAN UMBUT MUDA DI AMBIK SPECIAL UNTUK GULAI KAWAH!!!! BUAT ACAR MASAK PUN SEDAPPPPPPPPP!! ADEHHH...DROOOLLLL...

Qaseh Bidadari said...

cerdik die,lelaki ade darah tinggi..hehehe...

Queen Of The House said...

Cutenya Mimi punya observation - lelaki cuma ada darah tinggi, hehehe!!

I seronok pergi Terengganu ... semoga lebih makmur lagi negeri Darul Iman dengan royalti minyak ini nanti.

aNIe said...

Rina...Umbut kelapa tu memang sedap...dimakan begitu saja atu masak gulai lemak...dah lama benar tak makan...yelah mana nak cari kan...

Deghih oh deghih...mapuh teruh dah...

Alhamdulillah jika royalti itu dpt membantu rakyat terengganu...

cikMilah said...

Pandainya dia...gitulah anak-anak kan,menyerap segala yang ada di sekeliling...:)
tumpang lalu Mak Teh, umbut nyok tu nanti boleh tahan lama kalau kita wrap ketat2 dengan sling wrapper/shrink-wrapp, dan letak kat tempat sayur dalam petiais. Macam2 boleh buat tu, lemak kuning dengan udang pun best, kerabu...macam kata OO... drolling...

Anonymous said...

isyyy...oghe laki pung ada period gak hehe. tergelak baca perbualan antara si ibu dan anak...

KC

SoFie NuR said...

mimi..mimi...hihi...

xde ke benda len nk dimakan...umbut jugak yg diidam...aihhh...

NBK466 said...

Sbb org p'puan regularly keluar itu darah yg jarang2 dpt darah tinggi tuh dik...he..he.he..

silversarina said...

ondeonde,

banyak juga masakan yang boleh dibuat dari umbut, dimakan begitu saja pun sedap juga.



mamaranggie,

mimi tu dengara ayah dia selalu sebut kena jaga agar tak kena darah tinggi :P



qoth,


budak kecik dengar je apa orang dewasa cakap.

sayang I tak de kat kemaman masa you cuti-cuti terengganu, lain kali kalau ke sini jemputlah singgah rumah.

silversarina said...

kak lady,

Orang ganu kini memang bengang kat deghih tu sebab wang ehsan yang dulu lenyap banyak tak dapat ke rakyat pun.



cikmilah,

alahai, umbut oh umbut... kat mana nak cari selain di rumah makteh ..huhu.



kc,

oghe lelaki darahnya tak nampak walaupun tinggi naik ...hehehe.



sofie,

tambah beret cik mimi tu tapi makin rajin, sayang sangat kat dia :)



nbk466,

ha ah betul lah tu...hehehe.