Monday, June 16, 2008

Indonesian di mata saya......

Drama Indonesia kini hari-hari ditonton oleh tak lain tak bukan ibu saya yang tidak tahu bahasa inggeris , mimi dan ibu saya bergilir-gilir menonton cartoon english dan drama indonesia yang saya baru tahu banyak juga saluran yang menayangkan cerita dari negara seberang. Ibu saya pernah komen yang cerita Indonesia lebih baik dari cerita drama melayu/malaysia. Entahlah sebab saya bukan jenis yang tonton drama hari-hari. Selepas cerita Bella tamat, saya tak lagi menonton drama melayu. Itupun masa drama Bella sambil tonton sambil mengomel betapa ' katunnya' drama tersebut.

Mungkin ada benarnya komen ibu saya yang drama Indonesia lebih baik kerana apa yang saya dengar dan perhati walaupun tidak mengikuti kisah drama sepenuhnya , saya dapati drama mereka bersandarkan kisah kehidupan seharian. Mungkin banyak kisah orang kaya yang dipaparkan , itu adalah realitinya, negara yang punya begitu padat penduduk yang pasti jumlah yang kaya agak ramai. Indonesia terkenal merata dunia,sebut saja Indonesia semua orang kenal. Mereka ada di mana sahaja, memang mereka bangsa perantau dan survivors. Pergi ke mana sahaja pasti akan jumpa mereka , dalam masa 3 -6 bulan mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan bahasa dan budaya setempat .


Mungkin di negara kita mereka hanya terkenal sebagai bibik dan pekerja bawahan/buruh kerana tenaga kerja tersebut yang masih diperlukan di negara kita. Namun ramai lagi golongan profesional mereka yang telah bekerja dengan syarikat gergasi dunia di serata negara dengan berjaya membina kehidupan yang sungguh cemerlang.

Saya catatkan kisah Indonesia kerana saya pasti ramai yang memandang rendah kepada rakyat negara Indonesia kerana kita hanya mengenal mereka sebagai bibik dan buruh.

Oleh kerana mereka ramai yang berhijrah ke luar negara mencari kehidupan lebih baik , mereka juga terpaksa bersusah-payah sebelum berlepas ke luar negara kerana setiap dari mereka perlu membayar sejuta rupiah / RM350 untuk cukai keluar negara. Untuk mendapatkan sejuta di sana bukanlah mudah . Pernah kerabat saya tinggal dan bekerja di sana dan sedara saya itu menggaji 5 pembantu rumah kerana setiap seorang hanya dibayar RM80 sebulan. Dikatakan jika orang Indonesia sendiri tuan rumahnya, ada pembantu rumah dibayar hanya RM50 sebulan .

Tak dapat saya bayangkan alangkah bahagianya saya jika saya punya 5 pembantu rumah .....

Rata-rata rakyat miskin amat sayangkan Tuan Haji Gusdur , bekas presiden mereka kerana Gusdur telah banyak membantu golongan miskin semasa dalam pemerintahannya . Di Bandung dapat dilihat ribuan kereta tolak yang amat kecil saiznya yang diberi kebenaran menjual makanan di tepi-tepi jalan dan itu adalah jasa besar Gusdur kepada golongan miskin untuk menjana ekonomi mereka dan menghentikan budaya meminta sedekah dan menganggur. Kereta tolak itu tidak dikenakan cukai untuk berniaga .

Kesimpulannya mereka adalah bangsa yang gigih bekerja tak kira di mana dan pelusuk dunia mana , mereka tetap akan berusaha mengubah nasib hidup ke arah masa depan yang lebih baik .

15 comments:

Zareda Norman said...

Orang Malaysia pun ada yang menjadi pekerja di luar negara..

Walupun serumpun tapi mereka ada adat budaya dan cara hidup masing masing. Ada yang kasar, ada yang rajin dan ada yang suka melawa.. maklumlah negaranya besar..

Umbut.. memang sedap umbut kalau dibuat kerabu pun bes..

Neeza Shahril said...

disaudi, kalau sebut Indonesia, mereka lebih kenal sebagai bibik aje. Even melayu pun disangka Indonesia (bibik). Tapi, kalau sebut malaysia, mereka respect habis.. tak kata lah bibik pulak..

masa neeza belajar di US, ada sorang student, anak hartawan Indonesia. Memang kaya habis dia ni.. ada kereta mewah (walaupun student). Memang famous tapi, sangat warak orangnya... Mungkin yang datang tempat kita ramai Indonesia yang kerja bibik.. sebab tu ramai yang pandang rendah kan..

CikguZue said...

kat mana2 mereka ada. hingga tempeh pun boleh ada kat UK. depa la yg membuatnye...gigih sungguh,kan.kita?

Kak Elle said...

Rina walau apa2 pun mereka yg terpaksa menjadi bibik kerena kehidupan di sana agak susah nak cari mkn dan juga dgn gaji yg teramat kecil di negri sendiri.

Di sekolah saya 14% dari Indonesia ni golongan yg mmg kaya raya:)

Drama indonesia mmg jauh bagus dari drama2 singapura dan mungkin malaysia.

ummu asiah said...

cerita indonesia..hmm..mmg bnyk..apa2 cerita pun kalau kita dah start tengok bersiri mesti ketageh..mesti allocate masa utk nonton..thts y saya tak cuba2 tengok..

maid 5 org??ish..ish..saya dok imagine if saya ada sorang maid pun seronok jugak..bnyk la masa dok depan pc..ni pun..dok melekat kat kerusi walhal 2 bakul kain belum bersidai lagi..

maklang said...

sebenarnya mereka lebih advance dari kita...

memang kelihatannya mereka lebih berusaha dari kita, tak kira apa kerja yang halal dilakukan demi untuk menjana pendapatan untuk keluarga..

silversarina said...

zareda,

orang malaysia yang bekerja di luar negara kebanyakannya golongan profesional, bagi Indonesia kebanyakannya sebagai bibik , itu yang mungkin memberi persepsi negatif kepada mereka.


Tak mencari dah umbut sebab taktau nak cari kat mana :(



neeza,

Betul tu, kalau nampak muka melayu je semua diingatkan bibik . Indonesian di negara arab kejap je dapat kuasai bahasa arab, memang akak tabik pada mereka ni.



cikguzue,

ke mana-mana tempe memang takkan dapat dipisahkan dengan mereka, untung juga , dapat juga kita merasa makan tempe walau di mana.

orang kita ni mungkin hidup lebih senang dari mereka tu yang tak segigih mereka.

silversarina said...

kak elle,

Gaji mereka amat kecil tapi kira okay sebab taraf hidup pun rendah, tapi yang datang ke negara lain sebab tak de pekerjaan di sana sebab terlalu ramai manusia/rakyat.

Wah... ramainya orang kaya yang hantar anak-anak mereka belajar di luar negara .



ummu asiah,

I ni tak pandai tengok drama , yelah mungkin sebab kena melekat kat tv nak tengok kisah yang bersambung tu.

I ni pun tengah tunggu kain siap, nak jemur.....bibik, bibik... mana bibik ni , tak jumpa pulak... heheheh.



maklang,

mereka lebih maju sebenarnya tapi disebabkan rakyat terlalu ramai, agak ramai yang tiada pekerjaan, namun memang mereka punya budaya kerja yang bagus, gigih dan rajin.

NURAZZAH8 said...

salam Ina,
(baca dgn nada oran Indon!)
waduh..waduh...gawat ini ibuk ...

mau nonton sinetron Indon ...

jangan lupak itu pakaian nya masih belum disidai...

hehehe....

saya rasa maid saya lebih suka duduk di Malaysia dari di indon sbb gajinya saya bayar sudah berkali-kali ganda dari gaji seorang maid di Indon ...
masuk tahun ini sudah 6 tahun dia berkerja dgn saya..(sejak Hana, anak ke-8, lahir)
Just imagine jika pertama kali bekerja dgn saya gajinya RM400, kemudian every year saya naikkan, selepas 6 tahun mmg dia dah kaya raya dari rakan sejawatannya di Indon, sbb kalau convert ke Rupiah, sudah lebih satu juta!!!

Cat Cat said...

Kak Rina,
Hmmmm, Cath tak pernah tonton drama Indonesia... Takut tak paham bahasa-nya but if given a chance, nak try lah... :)

Anonymous said...

Kak Rina,
Di German saya punya teman baik dari Indonesia. Riri, Maria, Budi, Nuke dan beberapa org lain. Mereka sgt baik dan saya suka berkawan dengan mereka.

Mereka bekerja disana sebagai Researcher Asst.. dan kehidupan mereka juga baik dan ada segala nya. Mereka semua belajar disana dan pakai duit sendiri.

Saya percaya selagi kita berusaha utk memajukan diri kita serta mencari rezeki yg halal, pasti ada jalan itu janji dari NYA.

Anonymous said...

Kak Rina
saya suka juga tgk sinetron Indon.. jalan cerita nya sukar di duga.. kalau citer Bella or Ezora belun habis pun kita dah dapat agak apa kesudahan nya...... hihihi

Dulu saya ikut cerita
DIA
HIKMAH
sekrang tgk
Putri yg Hilang dan
Anaku bukan Anakmu........ lebih kuraaaaaa tajuk nya..hihii

IKHWANI said...

cinetron ni kalau yang pukul 5.30-6.30 tu boleh la layan..sekarang budak2 kat rumah sebok tengok Soleha..kita pon numpang kalau kebetulan balik time tu..

Indonesian ni memang gigih, kudrat mereka sangatk kuat, tak terdaya saya..bibik saya yang dulu memang tak reti diam..yg sekarang ni dia tak biasa sangat kerja pembantu jadi macam slow sikit tapi Alhamdulillah lah..mudah di ajar dan menurut kata..

kat indonesia, kalau dah kaya tu melangit kayanya, kalau dah miskin subhanallah, teramat dhaif..gap sosio ekonomi dia orang ni sangat besar...

silversarina said...

nurazzah,

untung u dapat helper yang baik, 6 tahun , memang u baik sebab tu maid u pun baik, alhamdulillah.

kalau di sana memang tak merasa nak gaji sejuta sebulan sebagai helper , mesti dah banayk harta yang dikumpul oleh helper u di sana. alhamdulillah kita membantu mereka menjana pendapatan keluarga.



cath,

kat tv di malaysia, cerita indonesia disertakan subtitile bahasa malaysia, kalau tak de rasanya susah jugak nak faham , akak pun payah nak faham diaorang cakap.

silversarina said...

ajzie,

dulu akak masa belajar di US pun kawan baik dengan budak indonesia yang belajat boaya sendiri, memang anak orang kaya dan baik pula tu, mereka yang kaya ni selalunya baik sebab mereka biasa hidup merantau.



ondeonde,

oo citer soleha , ada mimi sebut opah suka tengok citer tu, akak tak pernah tengok tapi ternampak pompuan pakai tudung dalam citer tu .


mereka di sana akak rasa macam di india, gap kaya dan miskin amat ketara, yang bahayanya ada yang sanggup tukar agama kerana kemiskinan melampau, fakir.sebab tu dalam Islam diminta jauhkan dari kefakiran kerana ditakuti akan membawa kepada kekafiran .