Thursday, June 12, 2008

Matinya selera 'mencakar'......

Al Fatihah buat arwah bapa kak elle yang telah pergi buat selama-lamanya petang semalam . Salam Takziah dari kami sekeluarga buat kak elle serta keluarga , semoga bersabar atas apa yang berlaku dan semoga roh bapa kak elle ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. Amin.

Apa yang pasti segala jasa dan pengorbanan seorang bapa takkan dilupakan sepanjang hayat, InsyaAllah.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++

(keratan akhbar harian metro.....12 / 6 / 2008 )


Suami miang, isteri dingin .

ANGKA 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan. Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan 'saham mula menurun'.Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya.Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat!

Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin baru.

Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda 'keriangan' luar biasa, diperturunkan sedikit panduan untuk isteri me nyekat suami bermain mata dengan wanita lain.

Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh mem bangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi usah sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan.Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, rata-rata sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.

Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam pe nunggu pohon beringin.Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam. Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas.Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.

Sentiasa senyum. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ingat, lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu.

Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin.Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.



Apa kata anda tentang petikan di atas ?????



( maaf saya terlebih busy sehari dua ini dan terpaksa limitkan masa blogging .. )

17 comments:

Queen Of The House said...

Rina ... memang betul semuanya tapi kadang-kadang terasa "mana nak cari energy for all the enthusiasm"! Macam ni wanita yang dah mencapai usia 40an kena banyak makan vitamins & supplements :P

Anonymous said...

uishhh,..best best.. Blog ni dah jadi 'Ruangan Kemusykilan Seks" . wa suker wa suker..hehehe

silversarina said...

qoth,

I pun kadang2 tak terdaya sebab siang tak rehat , so bila menjelang malam dah melepek letih. Memang terasa bila masuk usia 40an ni , ada masa selera mencakar hebat, tapi ada masanya pulak, tak dan nak mencakar dah terlena... hehehe.

Kita pakat makan vitamin 'miang'..hahaha.

silversarina said...

tok jin,

aikk dah jadi tok jin pulak.. hehehe.

kan I kata I busy, tak sempat nak kisah lain, jadilah medan kaunseling bab dalaman pulak :P

mama said...

hai kak ina....
apa kabo sihat? saya setuju dengan ayat-ayat cinta kak ina tu . kita orang pompuan ni memang kene pandai jaga pemanpilan diri walau di mana pun. tapi tak semua lelaki matang tu miang kan cam darling akak tu hheheheheh saya tengok hubby akak tu baik orangnya. betul tak? sama la cam hubby saya jugak.

eh apa tuk jin cakap tu?

Zareda Norman said...

kak rina
lelaki macam kelapa, makin tua makin lemak santannya.. hehehhe

wanita pun jangan cepat tua dari umurnya..

tak semstinya berfesen hebat, seksi terlebih, dengan menutup aurat pun, wanita akan nampak anggun dan menarik..

Zar sampai sekarang sibuk cam ne pun mesti calit calit sikit kat mata pipi .. tak lah pucat aje..

Pondok Al Imran said...

Salam Sarina, seronok baca N3 ni, coz saya pun tak lama lagi nak melangkah ke usia tu, bagus petua2 ni, seronoknya pegi Bandung, nanti nak tanya pasal rumah yg U sewa tu, plan nak pegi July nanti, pegi dgn kawan aje kot, hujung tahun lepas dah pegi satu family sambil hantar bibik ke kampungnya di Cianjur

CikguZue said...

ermmm....sama2 kena jaga.

Neeza Shahril said...

takziah buat kak elle dan keluarga...

pasal 'miang' ni kan, bukan 40an aje.. neeza yang 30an ni pun, bila dah letih sangat, malas nak 'bercakaran' ahhh.. hehehe..
che' abang neeza pulak suka bau minyak angin especially minyak cap kapak, vicks.. bau perfume dia pening pulak.. hehehe.. tapi neeza tak la sembur minyak angin kat katil... hehehee...

silversarina said...

mama,

saja akak letak artikel ni untuk ingatkan diri sendiri jugak, walaupun hubby akak bukan jenis miang nak menjeling wanita lain tapi kena jaga jugakkan .

tukjin tu biasalah , memang dia macam tu :P



zareda,

ada kawan akak cuba pakai purdah hitam yang mak arab kat KLCC pakai, hubby dia kata tambah sexy pulak sebab nampak mata
je...hehehe.



pondok al imran,

harap sihat, lama tak jumpa akak cuba masuk blog pun takleh. kalau nak sana bagitau akak akan berikan info pasal rumah dan kawan akak tu.

silversarina said...

cikguzue,

ha ah tanggungjawb bersama .



neeza,

senang jugak macam ni, tak yah beli perfume mahal2, guna minyak kapak je... hehehe.... tapi neeza muda lagi, tak yah minyak kapak /perfume masih sexy walau tnpa make up or minyak angin...hehehe.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Kalau dapat suami yang suka 'bercakaran' tiap2 malam, ha camner nak layan..??? Dah lah kita perempuan 40-an ni kena kerja full-time siang hari, balik rumah petang nak masak, jaga anak pulak... Time nak tidur, memang 'kong' terus, Kak Rina...

Sib baik hubby Cath not like that... Hehe.

IKHWANI said...

good tips kak rina,

sometimes, kita pompuan ni kalau banyak sangat yang kita fikir tak payah tunggu letih badan lah, jadi tak minat nak bercakaran sebab banyak sangat dok fikir..orang lelaki lain, risau ker, susah ker, itu dulu yang penting!

Anonymous said...

betul kak rina..

org lelaki kalo dah umo mcm tu dah stabil so...

sendiri mau ingat lah kaum wanita...

silversarina said...

cat cat,

baguslah kalau robert bukan jenis miang dan understanding...hehehe.




ondeonde,

umur dah meninkat, memang macam2 dalam kepala , semuanya tentang keluarga, harapkan para suami faham akan ketidakcakaran kita ye :P



mama ranggie,

patutnya dah stabil lagi sayang pada isteri sebab tanpa sokongan isteri selama ni mereka takkan berjaya membina kehidupan yang sukses.

chinta said...

salam perkenalan,

dah lama sy tak baca artikel mcm nih...thanks..

kalau kepala serabut pon mmg turn off la...yelah, women have many push buttons to turn on unlike man they are ok all the time...

sama2 kena 'maintain' marriage..

silversarina said...

chinta,
salam perkenalan kembali.

memang kita kena sentiasa peka apa yang berlaku dalam rumahtangga dan bijak menjaga keharmoniannya.

saya pandai cakap je, kadangkala tak de tenaga juga nak sempurnakan rumahtangga.