Friday, November 14, 2008

cuti dah....

Kisah semalam saya ambil keputusan untuk diamkan aje buat masa ni, biarlah saya tahan diri saya dari saya luahkan dan lebih kesan negatifnya pada diri saya sendiri. Biarlah ianya dalam hati saya dan kalau dah tak tahn sangat baru saya 'mengamuk ' .

Hari ni hari pertama cuti sekolah akhir tahun , memang saya dapat rasa masa begitu pantas berlalu, baru lagi saya mencari sekolah yang sesuai untuk mimi untuk tadika , baru lagi saya ingat mimi mula kelas taekwando, baru lagi saya daftar mimi ke kelas KAFA dan baru lagi rasa dia menangis tak nak pergi kelas KAFA , baru lagi dia happy masa hari sukan dan semuanya masih baru dalam ingatan saya, rupanya dah hampir setahun semuanya berlalu.

Tahun depan Mimi akan belajar di Al Amin InsyaAllah. Result temuduga belum diberitau tapi rasanya mimi dapat belajar di sana sebab masa interview minggu lalu mimi kata cikgu di sana bagi " GOOD " pada dia. Berani kanak2 kecil masuk bilik interview sorang-sorang dan ambil masa 30 minit sorang baru selesai, lisan dan bertulis, macam nak masuk U pulak, masa Izzat dulu interview dibuatnya secara beramai-ramai tapi kini secara sorang-sorang sebab tempat terhad , pemohon ramai . Selalunya calon yang ada adik-beradik yang sedang belajar di sana akan diutamakan untuk mendapat tempat. Saya dah bagitau pada sekolah yang saya memang tak daftar Mimi di mana-mana sekolah selain Al Amin .

Semalam semasa tonton berita di TV saya nampak ada pelajar yang ambil keputusan UPSR menangis ... dalam hati saya kata macamlah kalau tak dapat 5A/4A dah takleh sambung sekolah, baru UPSR . Entahlah pada saya memanglah UPSR tu menilai prestasi sekolah rendah tapi taklah menjadi ukuran sebenar 'hidup mati nya ' seorang pelajar .

Apapun saya ucap tahniah pada anak-anak yang mendapat 5A , 4A, 3A dan semua yang telah berusaha sedaya upaya untuk UPSR .Tahniah buat anak abang saya di Ipoh, Raja Akmal yang dapat 5A ( kekal tradisi 5A , 2 kakaknya sebelum ni 5A ) dan anak sulung adik saya di Shah Alam, Raja Farah Natasya yang dapat 4A 1B serta 8A untuk penilaian sekolah rendah agama .

Ucapan tahniah juga buat Angah anak Maklang Kerteh ( saya tau resultnya tapi biarlah maklang yang bagitau dalam blog dia . )

Saya tumpang gembira atas kejayaan anak-anak kalian., Alhamdulillah .

Nak pergi breakfast di pantai chendur pagi ni ...boleh mimi main layang-layang yang dibeli di Pantai Batu Buruk bulan lalu.

17 comments:

Kak Elle said...

salam jumaat rina..

nak join gi breakfast?..hehe

apa2 masaalah yg tempuhi skg biarlah perhatin ye?

Anonymous said...

salam kak rina

yerlah zar pun takut sangat tengok reaksi ibubapa anak anak amik UPSR.. ketar lutut weehh.. anak anak rileks jer..

Ika pun dah naik darjah 2 tahun depan.. cepat betul masa berlalu

Sya said...

Setuju kata-kata Rina bebudak ni dpt keputusan UPSR macam lah kalau teruk tak dpt sambung sekolah tahun berikutnya.. anak2 kak sya dpt markah upsr mcm peksa akhir, tak sorang pun dpt 5A.. belum pernah merasa anak2 dpt 5A even for Aiman

MAMAMIA said...

Susah budak2 sekarang ni, nak masuk Tahun 1 pun kena temuduga...

Cuti ni, tak jalan mana2 ke? Selamat bercuti...

5A bukan guarantee akan berjaya dalam hidup. Betul tu Kak Rina...

cikdinz said...

saya rasa penentu masa depan masa SPM. betul tak?

maklang said...

terimakaseh...tak payah nak cerita pada orang apa Angah dapat..kita2 aje yang tau, Oklah tu...


yang penting maklang sekluarga tersangatlah happy kerana Angah memang tak pernah dapat sebaik ini..tau ajelah Angah kan 'rajin'..he..he...

NURAZZAH8 said...

samalah Mimi dan Hana, nak masuk sekolah tahun depan...hana masuk SRI Hira' di Klang, lebih kurang sama lah macam Al-Amin (in fact kurikulum dia pun sama)...
dia tak mahu masuk sekolah lain, nak sekolah sama dengan abang-abang dia jugak....

dah canang satu kampung....

tulipurple said...

bg sy keputusan cemerlang bukanlah bererti menjamin kejayan hidup,ianya sebagai permudah perjalanan hidup.tp tanpa ikhtiar dan usaha pun tak kemana jugak kan.

bessttnye tinggal dgn ngan pantaikan..senang nak beriadah..jeless aaa.cepatkan masa berlalu..tup2 nnt umair dan nak masuk sekolah..hehe

silversarina said...

kak elle,

Pergi beach dengan Umair sekali , terkelip-kelip dia menatap langit yang kelabu :)




zareda,

Memang ibubapa excited dengan results anak-anak tapi tak boleh over sebab kalau anak kurang cemerlang ibubapa yang frust yang penting usaha tu yang lebih dan doa .

Nanti kejap je anak zar dah darjah 6, tengoklah kejap sangat.




sya,

Pada I PMR kena lah tekan jugak anak-anak dan yang lagi penting SPM sebab itulah yang bakal menentukan masa depan anak-anak.

silversarina said...

mamamia,

Sekolah agama swasta kat sini tak banyak pilihan sebab tu kena interview dan tahun ni dioffer 3 kelas je , 90 orang pelajar tahun 1 tapi yang mohon lebih dari 90 .

46000+ dapat 5A tapi bila sampai PMR dan SPM bilangan yang dapat straight As tinggal 1/2 atau 1/3 je dari jumlah ini. Masih jauh perjalanan anak2 yang tamat UPSR,semoga yang cemerlang terus kekal cemerlang.




cikdinz,

Akak setuju tu dan peringkat PMR pun amat penting nak tentukan hala tuju anak-anak ke bidang yang dipilih.





maklang,

Tunggu esok maklang declare result angah, kalau tak I yang akan bagitau ..hehehe.





nurazzah,

Budak2 ni menag pandai pilih sekolah, mimi pun dah berangan nak naik bas dengan Izzat, tapi masa balik nak minta I ambik sebab takut panas naik bas... tengoklah dulu :)



tulipurple,

Memang penting ujian apa sekalipun tapi kesian anak-anak yang tertekan dengan cita-cita ibubapa , apa sahaja keputusan yang diterima syukurlah sebab anak-anak dah cuba sedaya upaya.


Pantai kat sini memang macam our own rivate beach, tak de sapa ganggu,letak alas tempat duduk betul2 kat gigi air, memang cantik pantai di sini, mailah datang.

Neeza Shahril said...

mimi dah nak naik darjah 1 di Al Amin ya.. neeza ada kenal beberapa tenaga pengajar disitu.. rasanya kak Rina kenal dengan Maklong yang supply food kat situ kot.. anak dia ada 2 orang kan mengajar disitu..

result UPSR memang bukan pengukur tapi parents sekarang beriya2 lah nak compare result anak masing2.. memang kesian anak2 yang sebenarnya cerdik tapi tak dapat capai banyak A. Lepastu penalize pulak diorang ni.. tak boleh masuk MRSM ataupun sekolah berasrama penuh.. walhal.. cerdik tu bukanlah akademik sahaja.. tapi secara keseluruhan..

neeza kena ramai orang yang tak score langsung even SPM sekali pun.. tapi otak memang cerdik.. dan akhirnya berjaya buka di bidang business tapi bidang professional juga...

Neeza Shahril said...

oh ya.. nak tambah lagi (padahal dah panjang tadi tu.. tak malu betul hehee..)

neeza dulu dapat 5A tapi tengok lah.. bukannya rajin pun nak kerja atau belajar lagi.. jadi, tak yah nak ek lah sape yang dapat 5A tu.. hehee...

Anonymous said...

Memang betul...macamlah UPSR tu adalah peperiksaan terakhir diorg.

Yang kelakarnya masa mengajar dulu, kalau tanya budak darjah 6, berapa org yg sembahyang subuh. Yg angkat tgn 2, 3 org aje.

Tapi bila dah seminggu nk UPSR, masing masing bukan main lagi nak sembahyang Dhuha, mak bapak pun bukan main lagi dtg solat dhuha kat program sekolah...

Sembahyang dhuha UPSR rajin, sembahyang subuh tak rajin pulak.

Dah tunggang terbalik lah budak-budak sekarang ni.

silversarina said...

neeza,

maklong al amin tu akak tak kenal tapi kalau cikgu2 dia memang ramai yang kawan-kawan akak, cikgu Yong pernah satu kelas dengan akak masa di Ipoh dan dah beberapa kali ajak akak mengajar di sana tapi memang akak taknak kerja dah . Akak respek diaorang komited buka sekolah dari kecil sampailah sekolah tu dah macam kolej besarnya.

Mungki pada ibubapa yang target anak-anak masuk SBP beria nak kan anak dapat result cemerlang tapi sekarang ni dah tak berapa nak ( akaklah lebih baik anak2 di rumah , selesa dan tak pressure tinggal di asrama .

Neeza cemerlang lah tu , syukur dapat kehidupan yang cemerlang dan akan kekal begitu InsyaAllah.

silversarina said...

suweileh family,

Itulah yang akak bak katakan , 5A tak menjamin cemerlang di sisi Allah kalau akhlak teruk dan lalai ingat pada Allah.

Itu budak sekolah rendah taksolat subuh, orang tua lagi ramai yang tak kenal solat termasuklah golongan cerdik pandai.

simah said...

salam akak..maaf lama tak menjengah blog akak..

memang budak budak sekolah zaman ni memang mencabar kan? dari kecik dah ada itu ini.. rasa mcm dia orang ni teruk nak kejar kejayaan... masa zaman dulu semua relax aja...

doa seorang ibu memang nak tengok anak berjaya..so sama sama la kita berdoa yek?

Al amin tu sekolah apa akak? sori la saya ni tertinggal train hehee

silversarina said...

simah,

Sekolah Rendah / Menengah Islam Al Amin adalah sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh pertubuhan Jemaah Islah Malaysia ( JIM ) berkonsepkan 2 kurikulum, akademik seperti sekolah rendah yang lain dan juga kurikulum pelajaran agama , bermakna pelajar belajar banyak matapelajaran . Mula2 ditubuhkan di KL dan kini ada banayk cawangannya merata Malaysia dengan nama yang ada juga berlainan dari Al Amin seperti Hira' di Jeram Selangor, Al Irsyad di Kuantan .Mereka belajar dari jam 7.45 pagi hingga 3.30 petang dan makan-minum disediakan ( sebab tu yuran agak agak mahal ). Akak suka sekolah ni sebab rasa terjamin akhlak pelajarnya terjaga sebab guru-gurunya semua komited dan dedikasi dalam mendidik .Setakat ini Alhamdulillah sekolah ini cemerlang dalam segala segi, Al Amin Kemaman pernah menjadi antara 25 sekolah terbaik di Malaysia dalam UPSR( masuk TV ).