Tuesday, November 4, 2008

Mereka pergi dulu....

Hari Jumaat masa majlis graduasi Mimi saya sempat bertemu dengan bekas anak murid saya semasa saya mengajar di Kemasik dulu dan kini anaknya sama kelas dengan Mimi. Sebelum majlis dimulakan kami sempat bersembang dan mengimbau kisah lama masa di sekolah itu dulu.

Kami sempat berbual mengenai guru-guru dan pelajar-pelajar masa dulu ( 1990 ) waktu tu saya mengajar kelas tingkatan 3 , 4 dan 5 dan beza umur saya dengan pelajar tingkatan 5 hanyalah 8 tahun dan Z yang saya jumpa minggu lalu adalah bekas ketua pelajar perempuan dan kini dia berusia 35 tahun , memang saya sangat rapat dengannya masa di sekolah dan dia kini merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya.

Tiba-tiba hati saya begitu sayu dan hiba bila Z bagitau setakat yang dia tau sudah 4 orang pelajar yang sebayanya telah pun meninggal dunia dan ke empat-empatnya adalah pelajar lelaki termasuk seorang bekas ketua pelajar lelaki yang mati akibat penyakit barah otak. Lagi tambah pilu saya bila Z bagitau 3 lagi yang telah meninggal dunia adalah disebabkan AIDS yang mereka dapat akibat dari ketagihan dadah. 2 dari mereka memang pernah rapat dengan saya dan saya memang tak menyangka mereka terjebak dengan najis dadah kerana mereka bukanlah jenis yang nakal dan bukan jenis yang ketinggalan dalam pelajaran .Masih saya ingat wajah-wajah riang dan ceria mereka dan ada ketika mereka sukarela membantu saya membawa buku-buku latihan ke bilik guru. Masa jamuan raya di rumah saya mereka juga ringan tulang membantu saya menyediakan juadah jamuan . Mereka juga tidak ketinggalan menghadiahkan saya bunga-bungaan semasa sambutan hari guru .... sebak saya menaip kisah sedih ini ....




Kini semua tinggal kenangan... tak sangka mereka memilih jalan yang teramat salah yang mengakibatkan nyawa melayang secara sia-sia .

Di mana silapnya ???

Sebagai guru perasaan bersalah tetap terselit dalam jiwa saya kerana gagal membimbing anak-anak murid ke jalan yang baik , namun apa daya saya ... setahun mengenali mereka memang suatu jangka masa yang amat pendek untuk mengenali mereka luar dan dalam.. .. selepas tamat SPM memang hubungan anak murid dengan guru terhenti atas faktor keadaan dan hala tuju masing-masing, bernasib baik jika dapat bertemu sekali-sekala ... jika tidak .. berita kematian pun hanya dapat saya ketahui selepas hampir 5/6 tahun pemergian mereka.

Apapun saya berdoa agar dosa-dosa mereka diampunkan Allah .Amin.

Al fatihah buat semua yang telah lebih dulu meninggalkan kita .

23 comments:

YuszTieY said...

al fatihah buat mrk semua...

Kak Elle said...

al fathiha untuk mereka yg pergi sebelum kita..

terjebak dgn dadah mmg bahaya ini lah padah nya kalau berkongsi jarum suntikan...salah siape? saya salahkan diri sendiri kerena tak amek endah walaupun bermacam2 iklan di taja kan.

aNIe said...

Rina...sebak rasa bila membaca entry ni...sedih dengan pemergiaan mereka yang masih muda...

Kdg2 anak2 ini terlalu muda dan tak tau ttg muslihat dunia...dan kadangkala mereka terjebak bukan dengan kehendak sendiri...

Sya said...

Al Fatihah untuk mereka.. nasib mereka dah Allah tetapkan.. kita ni camana agaknya? Takut memikirkan

NURAZZAH8 said...

AL-Fatihah....

Ajal maut di tangan Allah.. bila-bila msa sahaja kita boleh dijemput oleh Allah ke alam satu lagi..kematian boleh menjelma dalam pelbagai bentuk, kemalangan, bencana, penyakit dan dsbnya. Namun hati gundah gelana kerana mengenangkan bekalan yang disediakan untuk "di sana" terlampau sedikit untuk menebus kembali dosa-dosa kita yang lalu.

Disamping memperbanyakkan amalan kita sbg bekalan hari esok, kita hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha agar pengakhiran hidup kita adalah dalam Husnul Khatimah, bukannya Su'ul Khatimah.

cikMilah said...

Al-Fatihah untuk mereka..
Sedih jugak. Ajal maut memang di tangan Allah, tapi kesal sangat kalau anak muda kita tersilap arah pilih kehidupan yang salah... Hidup dipersia-siakan. Semuga mereka di beri ampunan...

Anonymous said...

kak rina
alfatihah buats emua yang telah pergi menemuiNya..

Ajal maut jodoh pertemuan semuanya ketentuan Allah SWT jua..

Neeza Shahril said...

Alfatihah untuk mereka..

kak Rina.. neeza rasa guru dah buat yang terbaik untuk pelajar... terpulang pada mereka untuk menentukan hidup mereka pula..

Allah lebih mengetahui segalanya...

maklang said...

al fatihah....

MOKCIK AZWA said...

Al Fatihah untuk mereka yang telah pergi dahulu. Kenkadang anak2 remaja terjebak kerana kawan2...dari cuba2 akhirnya ketagihan. Semoga anak2 kita dijauhkan Allah dari kejahatan sedemikian rupa.

Unknown said...

afatihah....
banyak pengaruh dari luar mengambil kesempatan ke atas anak2 muda...untuk ke untungan mereka pengedar dadah!

silversarina said...

yusztiey,

Kita doakan agar mereka tenang di sana.Amin.



kak elle,

Sayangkan , mati masih muda dan dalam keadaan begitu pula, tak pasti apa puncanya , perkara dah berlaku takkan boleh berpatah balik.




anie,

Itulah yang saya sedih, muda sangat dah pergi akibat perbuatan ikut nafsu, semoga anak2 dan keluarga kita dipelihara Allah dari melakukan kegiatan yang mudarat ini.

silversarina said...

sya,

Semoga kita dilindungiNYA. Amin.




nurazzah,

Terimakasih atas peringatan yang amat berguna kita semua.Takut bila ingatkan amalan yang saya ada untuk bekalan di sana nanti.... sebak dan gerun.

zino said...

alfatihah buat mereka yg telah tiada.. amin..

silversarina
nak minta advice utk angah dan Evi di US sana tu.. thanks u..

KAMATO said...

Kadang2 mereka ketagih bukan atas kehendak mereka
Alfatihah untuk mereka

CikguZue said...

al-Fatihah.
salam kak,
setiap insan Allah SWT telah beri akal, daya kemampuan dan juga panduan drpd-Nya...cikgu2, ibubapa, malah rakan2 pun ramai boleh memberi nasihat dan dorongan yg baik. tapi jika mrk masih memilih yg salah malah merosakkan, maka apalah daya kita...hanya doa semoga mrk dan kita sentiasa dilindungi Allah drpd perkara2 yg merosakkan. Biarlah mati dlm iman. (sedih sbb teringat juga kat anak2 murid lelaki yg ditinggalkan...)

Makcik Runner said...

al-fatihah buat mereka yg telah pergi meninggalkan kita yg masih hidup ni. sedih gak baca entri camni

err, kat sekolah dulu garang tak masa jadik cikgu?? hee, takut lah saya ngan cikgu garang ni...hehe

Mulan said...

tu la dia.. budak2 musang kat sini pon, mencuri sebab nak beli benda tu la. mak bapak depa ni tak tau keje anak2 depa ke?? mostly tengah sekolah lagi..

fsj said...

al fatihah bat arwah.
saye rase sayu bile bace entry ni makcik and indirectly buat saye makin terpikir, betape beratnye nak jadi cikgu.. besar tanggungjawab ..

silversarina said...

cikmilah,

Sedih bila kenangkan berapa ramai yang mati sia-sia semoga kita diselamatkan dari segala keburukan.




zareda,

Penyakit dari dadah ni amat memeritkan, sayang segala kehidupan yang ada.




neeza,

Macam2 akak fikirkan , kenapa jalan yang salah yang mereka pilih :(

silversarina said...

maklang,

Doa buat mereka semua.



azwa,

Harapan kita semua agar keluarga kita tidak terjebak dalam ketagihan dadah, InsyaAllah.



pp,

Betul tu,selagi ada pengedardadah selagi itu ada penagih dadah , dunia yang penuh cabaran buat kita semua terutama golongan muda.

silversarina said...

zino,

Angah pergi negeri mana kat US ?? Bestnya dapat ke US :)



kamato,


Mula2 mungkin atas pujukan rakan2 bila dah ketagih semua tak ingat dah, penyakit yang bahaya pun tak jadi hal bila dah ketagih.... sayang sekali :(



cikguzue,

Guru2 sentiasa doakan agar anak murid semuanya selamat dan baik dalam kehidupan, namun apa daya kita . Semoag cikguzue dapat menabur bakti bila balik nanti.

silversarina said...

kc,

Akak guru yang tak garang dan sayang pada anak murid semua, masa berenti keje dulu airmata ni tak tertahan mengalir nak tinggalkan anak murid tersayang , semua tinggal kenangan.



mulan,

Memang pelik bila makbapak taktau anak mereka ada kat mana, tengah malam tak balik rumah pun diaorang buat selamba je. BIla dah jadi teruk, baru salahkan kawanlah, persekitaranlah.



khazinatulasrar,

Sekarang bidang pendidikan memang lagi mencabar dan peranan guru bertambah berkali ganda dari dulu, kena banyak berdoa agar dimudahkan segala urusan masa mengajar kelak, InsyaAllah.