Saturday, November 22, 2008

Pentingkah Harta Pusaka ?

Semalam saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan , M kawan Sofie dan Maya masa kecik-kecik dulu. Cantik dia dalam pakaian pengantin...temanya.... PURPLE.... cantik serba serbi, sepupu M seorang mak andam ,so semuanya cantik . Itu tentang majlis kahwin.

M punya 13 adik beradik dan baru 3 orang termasuk dia yang sudah berkahwin , bermakna ada lagi 10 orang yang masih muda dan masih bersekolah. Bapa M telah meninggal dunia dan ibu M bekerja sebagai janitor di sebuah syarikat swasta di Kemaman. Kak T mak M yang saya kenal sejak lama dulu merupakan seorang yang amat cantik, kulit putih berseri dan saya terkejut bila tahun lalu saya sempat bertemu nya, saya lihat dia sudah dimamah usia tapi masih tetap kaya dengan senyuman walaupun terpaksa mengerah keringat bagi membesarkan anak-anak yang masih kecil . bekas arwah suaminya bukanlah seorang yang berharta , hanya anak-anak serta sebuah rumah papan yang ditinggalkan . Bayangkan dari 13 orang anak , 11 adalah perempuan dan abang yang kedua masih belum berumahtangga sebab berkorban menjadi abang dan 'bapa' kepada adik-adik yang lain.





Bercakap pasal harta pusaka , saya masih ingat kami berenam termasuk emak ke mahkamah magistrate di Ipoh untuk selesaikan pembahagian harta pusaka arwah abah melalui Amanah Raya . Bila di declarekan harta yang abah tinggalkan, peguam tu siap tanya lagi , ada lagi harta lain sebab sikit sangat harta yang abah tinggalkan dan tengok kami ramai, 5 beradik dan jugak emak. Dapatlah sedikit sebanyak RM sebagai harta pusaka, tak sampai hati saya nak mengambilnya, saya hadiahkan bahagian saya kepada emak kerana saya rasa emak lebih memerlukan RM tersebut . Syukur Alhamdulillah arwah abah telah membesarkan saya dengan penuh kasih sayang dan pendidkan yang cukup, itu sudah lebih besar jasanya daripada harta peninggalannya. Itu kisah saya.

Satu lagi kisah , kisah sahabat saya yang bapanya meninggal dunia dan harta pusaka arwah bapanya RM40 juta dan dia ada 7 beradik dan seorang ibu tiri, setiap sorang dapat juta-juta RM . Kawan saya ni jenis humble, kalau tengok dia tak nampak macam jutawan, tapi kereta2 memang mewah tapi kehidupan seharian dan cara dia berbelanja sederhana sahaja dan dia tidak mewahkan anak-anaknya walaupun tanpa duit pusaka dia juga sudah kaya dengan jawatan tinggi yang dipegangnya .

Bagi saya harta peninggalan ibubapa bukanlah perkara utama , namun ada ketikanya ianya perlu bagi keluarga yang masih hidup bagi meneruskan kehidupan dalam keadaan sedikit selesa .


Itu kisah pagi Sabtu...... hari ni nak outing ke Kuantan sebab Izzat dah habis kelas tambahan......

Selamat berhujung minggu !!

19 comments:

Shah CJ said...

kdg2 terfikir juga kak. abah ada tanah dn kebun utk diwariskan kpd anak2nya. aku pula ada tanah sekampit dua utk tanam bunga..

tanpa tanah, duit dn harta kdg2 terfikir juga apa yg aku nk beri utk anak aku.. huhu

sbb tu kan kak. setiap bulan aku buat potongan gaji utk anak aku. terus masuk akaun bank dia. :)

harap2 aku betul utk masa depan dia.

silversarina said...

CJ,

Dah nak jadi cikgu Russian ni..hehehe.

Betul tu, rasa risau jugak kalau anak-anak nanti hidup serba susah, bagus sekali beringat macam yang CJ buat . InsyaAllah diberkati.

CJ ada juga tanah sekampit dua, akak setengah kampit pun takde :(

Kak Elle said...

N3 yang sgt bermakna tentang harta puan rina...skg kami adik beradik pun dlm memprocess peninggalan harta bukan berjuta2 $$ tapi ada lah sikit dr arwah bapak...untuk saya $$ bukan segala nya tapi apa yg arwah dah bagi pada saya sebelum pemergian nya itu lah harta dunia akhirat... mendidik saya dr kecik hingga saya sampai ke tahap skg...syukur kepada Nya.

Sastri said...

harta pusaka... mak ayah saya mungkin tidak punya apa yang besar untuk ditinggalkan buat kami tapi bagi saya itu tak penting... yang penting ialah bagaimana mereka membesarkan dan mendidik kami... saya sudah sangat bersyukur...

salam kak... :D

Sue.Aleen said...

pembahagian harta pusaka walau pun nampak remeh tapi dapat memelihara waris terutamanya yang masih kecil. sungguhpun kita mengatakan "tak naklah", tapi ada hikmah mengapa hukum faraid itu diwujudkan.

sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
- memakan harta anak yatim
- memakan harta saudara-mara
- memakan harta Baitulmal

sabda Rasulullah saw:
"Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku. - Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah

Tepi Sungai Batu said...

Bagi Pak Man, kalau ada Alhamdulillah!.....kalau tak ada jangan merungut. Mereka dah besarkan kita, dah bagi kita pelajaran....itu pun dah seribu rahmat.
Tapi bagi Pak Man , memang Pak Man ada merancang nak tinggalkan sedikit harta untuk anak-anak Pak Man nanti.

Neeza Shahril said...

sedih bila tengok adik beradik gaduh sebab harta pusaka.. neeza tak pernah ambik tahu tentang harta mak ayah neeza.. itu pun kalau ada. sebab tak nak nanti adik beradik gaduh. Lagipun, rasanya biarlah yang lelaki uruskan sebab mereka lebih berhak. lagipun neeza ada adik istimewa yang tentunya lebih memerlukan semua tu...

kita cari sendiri je lah kan Kak RIna.. ;)

D said...

hmmm... saya pernah menulis satu entry mengenai seseorang yang gilakan harta; walaupun hanya anak angkat, duit aruah ayah angkatnya sibuk dituntut dari ibu angkat, walaupun diri dah berkeluarga - punya suami yang berpangkat tinggi dan umur pun dalam 40an. pelik, ada yang walaupun punya hak, tak berkira sangat, tapi yang sebenarnya TAK berhak, berlagak seperti semua haknya. wallahu'alam...

Anonymous said...

Bagi mereka yg datangdari keluarga yang bahagia, pembahagian harta pusaka tak berapa penting..tapi yg datang dari keluarga yg berantakan, mmg faraid ni sgt penting untuk mengelakkan pergaduhan...that's why islam letakkkan pusaka di bawah konsep musyawarah, maknanya di bolehkan pembahagian harta tanpa mengikut mengikut hukum faraid...contohnya kalau nk bg sama banyak antara lelaki dan pompuan...syarat mesti redha.

Bercakap ttg harta pusaka ni, banya cerita yg saya dengar dan saya sendiri alami.

silversarina said...

kak elle,

Itulah yang saya rasakan, cukuplah jasa ayah selama ini, berkorban apa saja demi kami semua.Lagipun cukuplah dengan apa yang kami ada, walaupun saya sudah tidak bekerja namun rezeki tetap ada, InsyaAllah.




sastri,

Happy akak nampak sastri ada di sini .

Sudah tentu kita semua bersyukur dikurniakan kehidupan yang tak pernah hilang punca pendapatan, harta pusaka hanyalah tinggalan yang jika diterima patut dijaga kerana bukan mudah untuk yang telah pergi berusaha memiliki harta tersebut.

silversarina said...

suealeen,

Bagi anak-anak yatim memang pembahagian harta mengikut faraid dapat membela nasib mereka. Arwah abah akak sendiri menjadi mangsa penipuan dalam pembahagian harta atok akak bila masa tu abah masih kecil dan harta pusaka dikebas oleh mereka yang rakus dan tamak walaupun keluarga sendiri.




manlaksam,

Bagus macam tu, ada rexeki lebih apa salahnya diperuntukkan untuk anak-anak, demi kesenangan mereka juga, Alhamdulillah.



neeza,

akak setuju tu, kita cari sendiri harta , lagi mudah dan tak mengganggu sesiapa, InsyaAllah ada rezeki lebih kita tinggalkan buat anak-anak pulak.

silversarina said...

D,

Manusia ni macam2 ragam , mungkin sebab dia anak angkat dia tak terasa ada pertalian darah , jadi bagi dia harta tu dia nak miliki sedangkan kita yang anak kandung tak tergamak nak ambil harta pusaka melainkan ibu dan paling memerlukan tiada . Bila harta tu lagi banyak lagilah nak berebut sesama sendiri.




suweileh family,

Sebelah hunny akak ada jugak bab harta pusaka ni tak selesai lagi dah berpuluh tahun sebab penamanya banyak sangat dan harta bukannya banyak mana, akak kata pada hubby just buat taktau je, lantaklah orang lain nak berebut.Memang ada ketika harta pusaka punca perbalahan sesama keluarga.

zura aini said...

salam kenal kak,
saya pun nak komen tentang harta pusaka ni. adanya harta pusaka satu kelebihan kak, kalau ibu bapa tak dapat tinggalkan pun tak apa, yang penting anak-anak ada pelajaran, ada kerja yang baik dan ibubapa dapat hidup senang di hari tua. saya sendiri tak suka lihat ibubapa saya terlebih bekerja di usia tua ni untuk kumpul harta kepada anak-anak KALAU anak-anak tak sesungguh ibu bapa mencari rezeki.

arsaili said...

salam..sebaiknya cari la harta sendiri dan anggapla harta pusaka itu bonus..ramai yg sanggup buang emak buang saudara kerna berebut harta pusaka..

Anonymous said...

pasal harta adik beradik boleh berbunuh..

zar suami isteri, kami tak de anak lelaki dan hubby ramai adik lelaki so sendiri mau ingatler kan so kami dah prepare untuk buat wasiat, sedikit sebanyak bekalan untuk Zulaika..

maklang said...

memang betul kata kawan2 lain tu...kadang2 salah seorang dari ibubapa masih ada lagi, ada yang dah berkira siap nak ambik apa bila kedua2 nya telah pergi...hmmm..malu mendengarnyalaa...kita yang masih hidup ini berusaha ajela selagi terdaya...kalau diberi harta , Alhamdulillah...kalau tidak, bersyukur dengan apa yang ada..bergaduh rebut barang gelang emas 2-3 urat, buat malu keluarga aje bila orang sekeliling tahu!

zino said...

kepada setengah orang harta pusaka ni terlalu sensitif ada yg sanggup bergaduh sesama sedara pasal harta pusaka ni..sedangkan dalam islam telah ada peraturan bagaimana membahagi harta tersebut..

sebaik2 nya semasa orang tua masih hidup perkara ni di selesaikan kalau tak memang satu masaalah besar.. kalau harta cuma wang ringgit mungkin mudah sikit tapi kalau tanah kebun mungkin ada masaalah kalau tak di tetapkan terlebih awal..

teringat kisah mak zino dulu.. dia selalu mengalah tentang pembahagian harta ni..

cikdinz said...

pelik lah kan. sampai bergaduh adek-beradek pasal harta pusaka...
kenapa jadi tamak?

silversarina said...

zany,

Sekarang ramai dah yang sedar harta pusaka bukan lah yang dinanti2 kan kerana kita semua boleh berusaha mencari harta sendiri .





arsaili,

Bagi yang ada harta lebih akan jadi rebutan pulak, baiklah sederhana aje agar tak menjadi perbalahan anak2 bila ibubapa telah pergi.





zareda,

Beringat masa masih muda ada baiknya, yelah kalau harta yang ditinggalkan untuk anak sendiri adalah lebih baik sebab nanti dia pun akan membesar dan pasti harta tu nanti akan memudahkan kehidupan dia jugak di masa depan.




maklang,

Rebut barang kemas , memang pernah berlaku depan mata I, padahal masa orang tu hidup tak de sapa pedulikan dia, bila dah mati, emas yang jadi rebutan, rasa macam muka tak malu , orang2 tua dah tu berebut emas .




zino,

Kalau N9 memang banyak juga kes tanah pusaka yang tak habis selesai , mak mertua I pun sama , kitaorang malas nak campur tangan . Besan saya kerja pejabat tanah Rembau dan dia ada bagitau ada setengah kes tu samapi ada 60 penama , bayangkan tanah puuaka nak dibahagikan kepada 60 orang , bukan mudah nak selesai.





cikdinz,

Manussia cikdinz, rambut sama hitam , hati dan perangai lain-lain.