Friday, July 31, 2009

Besar nilainya .... keluar masuk freezer

Terlalu banyak yang Queen L hadiahkan buat kami sekeluarga yang dikirimkan melalui Sofie dan Maya . Tak sempat nak ambil gambar semua hadiah tu sebab busy berjalan aje kisahnya .Apapun semalam saya sempat tangkap gambar hadiah di bawah ini yang pada saya paling bernilai sebab ianya bukan mudah untuk dijaga dalam perjalanan pulang anak2 dara saya termasuk transit 2 malam di 2 buah rumah yang berbeza di KL , rumah kakak saya dan rumah adik saya . Keluar masuk freezer hadiah ni dan akhirnya setelah masuk freezer di rumah saya selama 2 malam, semalam saya keluarkannya dan rasmikannya ...hehehe.

Termos bag yang cantik .....



Ini di dalam beg termos tu....




Setelah dikeluarkan dari plastiknya ...keluar dari freezer .


Setelah digoreng..malangnya agak kuat apinya semasa menggoreng dan jadi agak gelap rupanya.



Sedapnya ...begedil yang datang khas dari Pulau Merlion tu... Saya masak 6 keping je , yang lain masuk balik freezer sebab nak masak soto hari Ahad/ Isnin ini InsyaAllah........

Thanks a lot akak ...I luv you lah akak .

Wednesday, July 29, 2009

Party Spirit....

The birthday celebration went on and on......





A small party was held at home this evening . The party guests were... Izzat, Maya, Sofie, Ayah and Mama ..... hahahaha .



















Let the pictures speak for the joyful party spirit ..............

It's 29th July again....

It's 29th July again .



It's another day to celebrate .



Mimi with her birthday cake which will be cut at school this morning .



It's Mimi's birthday.





Cupcakes specially baked and decorated by Sofie . These cupcakes will be distributed to Mimi's classmates. These packets of goodies will also be distributed to her friends at school.


It's her 7th birthday .




It's my hope to see her grow up with blessing from Allah , InsyaAllah.

Friday, July 24, 2009

Penawar Diabetes Ku...

Panjang betul rasa malam tadi , asyik terjaga untuk ke toilet , sakit perut. Duk fikir apa yang saya makan . Tak de apa yang pelik, dinner pukul 6.15 petang cuma makan SR cappucino cheese cake satu slice dan minum air mineral . Tu aje .

Fikir lagi tengah malam tadi..... baru teringat ...

Pagi semalam saya merayau ke Kerteh dan selepas makan banyak juga rambutan dan manggis yang baru dipetik dari pokok2 kawan saya tu , kawan saya bagi saya minum jus kulit buah binjai yang dibuatnya . Saya minum satu cawan. Ya Allah.... punyalah kelat dan pahitnya . Saya habiskan jugak jus tu .




Pagi ni saya bangun terus cek diabetes saya ... sukanya....Alhamdulillah..... 6.3 sahaja . Tak sangka berjaya sudah saya turunkan diabetes saya . Pagi semalam dengan tak makan dinnernya bacaannya adalah 11.2 .

Pagi ni nak hantar Izzat ke TATIUC ada seminar Dididk PMR selama 2 hari dan ingat nak terus ke Kerteh semula nak ambik jus kulit binjai tu lagi dari kawan saya. Semalam dia nak bagi saya bawak balik saya menolak takut tak terminum sebab rasanya yang amat menyiksakan, tapi bila ia terbukti mujarab, saya tak ragu-ragu untuk meminumnya lagi ( macam ayat iklan ubat je....hehe.)

Salam hari Jumaat buat semua.

Thursday, July 23, 2009

Umair rindu WM & TD......


Umair nak layan gambar Wanmommy dan Tokdaddy ... Umair rindu Wanmommy dan Tokdaddy....hihihi.



Sekuntum mawar merah.....



Saat ini hati ini amat teruja jika daku diberi sebuah jambangan bunga mawar merah yang segar baru turun dari Cameron Highlands .......





Jika bukan sejambangan bunga mawar merah , sekuntum mawar merah hampir kembang juga akan menceriakan hati ini .....




Ingin ku beli sendiri mawar merah.... hampa.... yang ada di pasar hanyalah jambangan keembong ..... di kedai bunga yang ada hanyalah mawar merah plastik ......



Kalau darling bawak balik mawar merah, bestnya .... agaknya kalau sampai sini mesti mawar merah telah bertukar warna... dek debu padang pasir....


Hanya wanita yang tahu betapa bermaknanya sekuntum mawar merah buat mengubat rindu di hati ..... itu jika sekuntum....jika sejambangan.....




( Sapa nak layan makcik silver ni pun entah..tak pe tak layan pun ...... )

Tuesday, July 21, 2009

Sunyi sementara ....

Sunyi balik rumah ni .... anak2 dara berdua tu dah ke KL pagi tadi dan esok ke Singapura , jalan-jalan . Isnin nanti baru balik ke Kemaman semula bersama ayah mereka yang balik cuti InsyaAllah.

Monday, July 20, 2009

Peeping thru the Future Wall........

Salam and good morning to all my fan club members !!





It's still early in the morning and I'm still dreaming .. dream of me being surrounded by thousands of "silversarina fan club members " ..... any new fan club members out there .... come let's join the club......hahaha.


Let's forget about my crazy dream that I had last night .

Let's get back to my present life, the real life of me.


This is what I want to share.......

Having 3 daughters and two sons is a bless from The Al Mighty Allah. Zaid and Safiyyah are already above 20 and Sumayyyah is going to be 20 this September . Those three diamonds of mine are no longer my little babies . They are now adults , just like me and most of other bloggers. Izzat is 15 and Mimi is going to be 7 end of this month. So there I go.... 3 adults, 1 teenager and 1 small girl , all wonderful children granted by The Most Gracious Allah.

When you have 3 big grown up kids , that's when you start thinking abouit their future life more seriously.

Zaid ... got married 2 years ago at the age at 21 ( Darling and I got married at the age of 19 ) . Zaid is now 23 and blessed with a son ,Umair ( at 23, both darling and I already had 2 kids !) . Zaid's ambition is to be a businessman . Alhamdulillah . this is what he is doing right now. No matter how small his business loooks like, I always pray for his fruitful business journey... in order to have big business, one has to start with a small one, right ???

Safiyyah .... going to be a 5th year medical students this September . Doctor Safiyyah is what she wants to be since she's little . 2 more years to go and InsyaAllah she'll be a qualified doctor in town . She's going to be 22 early August , still single (ye ke ni ???) . I consider her to be single since so far I have yet to approve any boy ' coming ' in . As a mother I have my right to accept/reject any incoming candidates of my future son-in laws . I'm serious about this since I don't want my daughters to fall in love with any man whom I don't favour/like . So far , no yes/no answer for her present status ( ?????? ) .


Sumayyah..... 3rd year chemical engineering student . InsyaAllah she'll graduate in 1 1/2 years time. As far as I know , she doesn't really have any ambition . She chooses her career line solely based on her SPM result . Being a DOCTOR or a TEACHER is absolutely NO NO NO for her. Future husband ???? Not in her mind at this moment . She adores her single and happy life now . Last week Mimi told me Maya has her boyfriend's picture in her purse. I told Mimi how come I didn't know about Maya having a steady boyfriend. Mimi insisted that I look for the picture in Maya's purse and ............. it was........ Lee Min Ho , a famous Korean actor .... hahahahaha.







Enough story for today ... see you soon .

Salam Isra' Mikraj to all muslims.

Wednesday, July 15, 2009

Silence is Silver .....

Beberapa hari tak memblog ... terbaca blog akak di Singapore yang tajuknya ....

" Silence is Golden"....

Saya pun nak nak bagitau...

" Silence is Silver " ..........

Silversarina is now silent ...... at least for a week .........


Gotta go .... take care !!

Saturday, July 11, 2009

Letih berjalan gamaknya..

Sunrise dilihat dari di Rhu Muda Beach Motel .... Pulau Kapas di seberang ...



Hari ni rasa kurang sihat. Pagi lepas mandi , baring dan terus terlelap hampir 2 jam jugak, cek suhu tak tinggi pun, tapi badan rasa letih dan hidung berair . Tengahari rasa dah ok sikit, pergi dengan Mimi ke majlis kawin cikgu tadika dia . Terus ke farmasi beli ubat selsema, demam dan sakit tekak. Maya dari pagi terbaring dan letih sangat . Petang ni baru nampak dia segar sikit .




Khamis dan Jumaat kami berempat ke KT ( Izzat tak ikut sebab dia ke KL bertanding debat antara sekolah ) . Booking hotel hari Khamis jugak, habis semua hotel yang kami called semuanya penuh. Akhirnya dapat Rhu Muda Beach Motel, ok jugaklah , motel kecil di Marang yang betul2 tepi laut dan betul2 mengadap Pulau Kapas .



Saja bawak Maya dan Sofie jalan2 KT sebab memang mereka dah lama tak ke sana.





Kami sempat melawat Arfa Batik Komplek , Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, sekolah Sofie MRSMKT, stadium atap runtuh dan shopping di kompleks Mydin . Cadang nak ambik river cruise lepas Jumaat ( pagi tutup awal sebab solat Jumaat ), tapi bila dah leka shopping dan makan2, memang tak sempat nak kejar kembali ke Taman Tamadun Islam untuk naik bot sebab kena sampai Kemaman before gelap sebab makcik drebar tak boleh drive malam dan anak dara 2 orang tu tak de lesen memandu lagi sebab tak sempat nak ambik , masa tunggu SPM memasing tak cukup umur lagi sebab ambik SPM umur muda dari pelajar biasa dan bila balik cuti memang tak sempat nak ambik . Mula ingat sempat singgah rumah maklang dan maklang pun dah siap kata nak hidangkan ayam bbq kira early dinner. Saya sms maklang balik dari KT dan minta maaf sebab memang tak sempat nak singgah sebab jadual dah sedikit lari kerana Jumaat. Kami tiba di Kemaman ngam2 dekat maghrib .



Oklah , nak baring semula sebab badan masih rasa kurang sihat , malam ni lepas Isyak memang tidolah jawabnya .




Letih berjalan gamaknya ..........

Wednesday, July 8, 2009

bertemu kembali .....

Outing kami bertiga masih berterusan ... happynya rasa bila dapat keluar jalan-jalan bertiga ... yang tak bestnya gang 2 orang tu asyik ' pau ' pitih ladyboss...huhuhu.

Sumayyah besar degan Sumeyyah kecik ...


Kami sempat ke rumah mak Neeza yang buat jamuan pagi Isnin dan dapatlah kami bertemu baby baru Sumeyyah yang comel. Kat situ jugak dapat jumpa Mulan yang juga hadir bersama Zharif. Makanan kat rumah Neeza sedap belaka, macam2 ada termasuk nasi dagang, nasi impit, ketupat palas, cheesecake yang special dari Neeza dan macam2 lagi . Kenyang betul perut. thnaks Neeza for inviting dan tak lupa thanks a lot for the gifts from Saudi.


Semalam ke Kerteh bawak anak2 ni jumpa kawan2 lama saya di sana . On the way back sempat ke rumah Chef Hanieliza sebab memang nak beli buku2 masakan b


eliau. Beli 4 set dan sempat bersembang sekejap dengan kakliza yang peramah . Nanti kalau dah keluar buku2 yang lain kami nak beli lagi InsyaAllah.


Hari ni kami plan nak duduk rumah sebab ada projek masak-memasak pulak ... tengah rajin lah tu .

Monday, July 6, 2009

Mari pakat bantu

Mari pakat bantu ..........


Hari ni nak tolong iklankan beberapa websites yang boleh kita sama2 membantu tuan punya websites untuk memajukan perniagaan mereka.

1/ http://www.zanuara.com/ .... website kepunyaan anak saya Zaid yang berkaitan dengan memesan/menyewa domain website untuk kegunaan individu mahupun sebarang perniagaan secara online di samping barangan lain termasuk sabun habbatus sawda' + minyak zaitun yang asli yang amat baik untuk kulit dan rempah ratus untuk menu masakan timur tengah.



2/ http://pcislam.com/ .............. juga website anak saya Zaid yang berkaitan dengan ilmu komputer . Boleh pelajari pelbagai ilmu berkaitan komputer di website ini.




3/ http://mycharisma2u.blogspot.com .... blog adik ipar saya Linda , yang menetap di Shah Alam . Beliau menjalankan bisnes part time menjual imitation handbags yang kualitinya amat bagus dengan harga yang amat berpatutan . Nak dekat raya nanti bolehlah sahabat2 pilih handbags mana yang berkenan .




4/ http://partimefitrahcleaningservice.blogspot.com ......... ni bisnes seorang sahabat blogger yang menawarkan perkhidmatan pembersihan dan pencucian rumah kediaman/pejabat atau sebarang bangunan di sekitar Shah Alam dan Klang . Pakej boleh diambil mengikut keperluan masing2 , secara mingguan/bulanan dan sebagainya . Senang lah sahabat2 yang tinggal di kawasan berkenaan untuk mencuci rumah hingga ke tip-top jadinya kediaman anda dengan harga yang amat amat berpatutan sekali.



Edit at 10.20am....


5/ http://buttonplanetent.blogspot.com ..... bisnes salah seorang anak blogger Nurazzah yang menawarkan pelbagai jenis butang yang comel-comel dan pelbagai designs ... memang sungguh menarik bagi yang rajin menjahit dan penuh seni jahitan....


Saya doakan agar kesemua mereka di atas terus maju dalam perniagaan masing-masing.... InsyaAAllah.

Friday, July 3, 2009

Puas hati babe!!

Puas hati !!!!!

Makan jugak sudahnya !!

9 ulas babe , tak jadi seulas !!!


Makan kat dapur je, tak jadi ke pantai sebab Maya balik outing lambat sangat !!!

Petang cek sugar level....LARIIIIIIIIIIIII !!!!!!

WWWWaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!

Walaupun begitu , bacaan paras gula tidaklah exteremely high , tapi high jugak lah !!!!


+++++++++++++++++++++++++


Maaf ye Raja Sarinah , Silversarina ni yang jahat tak nak dengar cakap Maya yang hanya bagi makan seulas je durian tu .



++++++++++++++++++++++++++++++


Sofie outing dengan anak tokeh Rayhar Travels petang semalam, balik bawak durian 4 biji yang di insist kan oleh tokeh jutawan tu agar bawak balik 4 biji durian yang baru luruh dari kebun beliau . Sofie balik letak dalam baldi kat luar rumah.



+++++++++++++++++++




Ni tengah teringat-ingat durian kat dalam baldi tu..... Maya dah pesan selang 2 hari baru boleh makan balik....huhuhu.

Guane Silversarina..... kita nak goda Raja Sarinah agar makan durian lagi tak hari ni ???????

Raja Sarinah terkebil-kebil sambil hatinya menjerit-jerit seperti hilang akal.... " Nak lagi, nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!! " .



++++++++++++++++++++++++



Pagi ni jaga je terus tanak pulut sebab Maya nak makan pulut cicah kuah durian .... yummmyyyyyyyyyyy ( tumpang makan kuah durianlah jawabnya si Raja Sarinah tu !!! ).


Silversarina tersengih puas hati ....godaaannya berjaya !!!!!!!


Thursday, July 2, 2009

Ceria berganda..........

Kat rumah ada 4 dari 5 anak saya......alangkah gembiranya hati ini . Walaupun Zaid, Azra dan Umair masih belum pasti bila pulangnya ke Malaysia namun saya syukur sangat sebab semua anak menantu dan cucu saya sihat Allhamdulillah.


Semalam 'Angels' semua pergi makan sata dan otak2 , Maya juga makan nasi air dan kepok lekor ( saya dah tak berapa lau makan , jemu ) . Sofie nak makan sotong goreng celup tepung tapi semalam tak de .

Hari ni angels ada tugasan masing2. Maya akan ke sekolah lamanya nak jumpa kawan lama dan guru2 . Sofie nak outing dengan kawan lama dan nak ziarah best friend dia yang baru bersalin anak pertama. Saya pulak akan 'melawat' pelbagai pejabat dan bank untuk urusan bayar bil dan hutang . Cuma nya dah janji dengan Maya hari ini saya akan langgar pantang....nak makan duriannnnnnnn kat pantai ( takleh bawak balik umah, nanti mengamuk 3 orang yang tak makan durian...2 makan , 3 tak makan, so yang tak makan menang ), dah tak tahan dah..Maya kata mama makan seulas je...huhuhu.



Umair dan baba serta mama baru balik dari Turki (baba bawak pelancong ke sana ) . Semalam baru dapat gambar baru Umair .Bila dapat tatap gambar2 Umair memang hilang sikit rindu walaupun pada hakikatnya rindu di hati kian mendalam , tak sabar nak peluk dan cium si kecil tu.

Ceria saya berganda bila dapat tatap wajah cucu tersayang .

Umair bersama kawan2 Malay+Turkish di Istanbul..Hatice dan Baddin ( anak blogger Simah ) .



Pada semua saya doakan agar bertambah ceria hidup kita dari hari ke hari....

Umair baru balik dari his Turkey trip :)




Senyum sokmo buat semua !