Saturday, July 11, 2009

Letih berjalan gamaknya..

Sunrise dilihat dari di Rhu Muda Beach Motel .... Pulau Kapas di seberang ...



Hari ni rasa kurang sihat. Pagi lepas mandi , baring dan terus terlelap hampir 2 jam jugak, cek suhu tak tinggi pun, tapi badan rasa letih dan hidung berair . Tengahari rasa dah ok sikit, pergi dengan Mimi ke majlis kawin cikgu tadika dia . Terus ke farmasi beli ubat selsema, demam dan sakit tekak. Maya dari pagi terbaring dan letih sangat . Petang ni baru nampak dia segar sikit .




Khamis dan Jumaat kami berempat ke KT ( Izzat tak ikut sebab dia ke KL bertanding debat antara sekolah ) . Booking hotel hari Khamis jugak, habis semua hotel yang kami called semuanya penuh. Akhirnya dapat Rhu Muda Beach Motel, ok jugaklah , motel kecil di Marang yang betul2 tepi laut dan betul2 mengadap Pulau Kapas .



Saja bawak Maya dan Sofie jalan2 KT sebab memang mereka dah lama tak ke sana.





Kami sempat melawat Arfa Batik Komplek , Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, sekolah Sofie MRSMKT, stadium atap runtuh dan shopping di kompleks Mydin . Cadang nak ambik river cruise lepas Jumaat ( pagi tutup awal sebab solat Jumaat ), tapi bila dah leka shopping dan makan2, memang tak sempat nak kejar kembali ke Taman Tamadun Islam untuk naik bot sebab kena sampai Kemaman before gelap sebab makcik drebar tak boleh drive malam dan anak dara 2 orang tu tak de lesen memandu lagi sebab tak sempat nak ambik , masa tunggu SPM memasing tak cukup umur lagi sebab ambik SPM umur muda dari pelajar biasa dan bila balik cuti memang tak sempat nak ambik . Mula ingat sempat singgah rumah maklang dan maklang pun dah siap kata nak hidangkan ayam bbq kira early dinner. Saya sms maklang balik dari KT dan minta maaf sebab memang tak sempat nak singgah sebab jadual dah sedikit lari kerana Jumaat. Kami tiba di Kemaman ngam2 dekat maghrib .



Oklah , nak baring semula sebab badan masih rasa kurang sihat , malam ni lepas Isyak memang tidolah jawabnya .




Letih berjalan gamaknya ..........

24 comments:

ain'tSUPERwoman said...

Masa kat rumah mike hari tu pun teman dah rasa tak sihat, selsema batuk sakit kepala...rasa libang libu, lepas balik shopping baru sihat sikit! heheheh

Cat Cat said...

Pandai Mimi berposing... :)

Kak Elle said...

di bawa berehat esok biar sihat sikit lepas tu bolih berjalan2 lagi ngan angels2 tu.

zino said...

macam dah pernah tengok gambar2 ni hehe... seronok nya jalan jalan... bila lah nak visit ganu lagi...

ruz said...

Wah! Mimi kecik-kecik lagi dah buka butik kecantikan yerkk...

mama said...

salam kak...
seronok anak2 balik kan.. darling tak balik ke?

maklang said...

Harap dah segar kembali...

Sebenarnya semalam ada dinner kat Awana...Terlupa betul...memang berkejar2 semalam...

Tak apa, ada rezeki nanti datanglah ye..tapi kalau nak makan ayam BBQ beritau one day early ye...

take care!

zany said...

bbukan main bergaya lagi si mimi ni

arsaili said...

salam..get well soon ya...minum air banyak...n enough rest

tulipurple said...

penat ek sis...take a rest k..
wahhh..saper ler tukang pukul gambo yg rajin dan kreatip itew ye..sakan angels berposing..hehe

CikguZue said...

tengok gambar2 tu, byk perubahan yg ada...yg runtuh pun ade. hihi. tak sabar nak balik ronda2 jugak ke sana nanti,insya-Allah.

dah penat ronda, rehat2la badan,yea. ok take care.

SoFie NuR said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SoFie NuR said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SoFie NuR said...
This comment has been removed by a blog administrator.
silversarina said...

arsaili,

Dah ok dah, bila dah rehat memang segar balik .



tulipurple,

Photographers diaorang bertiga,akak tak pegang langsung camera , Mimi yang kecik pun dah jadi gang diaorang tukang tangkap gambar.

silversarina said...

ain'tSUPERwoman,

Nak kena pegi merayau shopping mesti hilang letih jugak ni.... hihihi.




cath,

Dia yang nampak butik dia tu :)



kak elle,

Pagi ni dah okay dah , boleh teruskan JJ ..hahaha.

silversarina said...

ain'tSUPERwoman,

Nak kena pegi merayau shopping mesti hilang letih jugak ni.... hihihi.




cath,

Dia yang nampak butik dia tu :)



kak elle,

Pagi ni dah okay dah , boleh teruskan JJ ..hahaha.

silversarina said...

zino,

Tuan camera nya sama , gambo2 pun samalah :)

Datanglah Ganu , kita kumpul ramai2 kat sini pulak .




ruz,

Tulah...kamis meua kata Mimi cantik ke sebab dah ada butik kecantikan ...hehehe.

silversarina said...

mama,

Ni jalan2 dengan anak2 dulu, darling hujung bulan ni, sambung lagi JJ..hihih.




maklang,

Ni ok dah, banyak dah rehat semalam . Nanti tengok jadual camne,kita JJ rumah maklang pulak.





zany,

Dia nampak butik tu terus suruh Maya snap gambo dia.

silversarina said...

cikguzue,

Mesti kena JJ sakan nanti bila balik Malaysia , memang banyak dah berubah .

Mak Teh said...

Letih sikit tak apa. Selagi terdaya pergilah berjalan dengan anak-anak. Ianya akan menjadi kenangan manis sehingga akhir hayat!

suweileh family said...

hebat betul mimi, kecik2 dah buka butik.

KAMATO said...

kena banyak berehat

kakyong said...

kak rina,
wow.. mimi dah ade pusat kecantikan... !! cute jer....

kakyong dulu amik exam utk ke mrsm di mrsm KT lah... balai pelajar MRSM KT sama dgn Terendak, gitu juga Kulim...