Friday, July 24, 2009

Penawar Diabetes Ku...

Panjang betul rasa malam tadi , asyik terjaga untuk ke toilet , sakit perut. Duk fikir apa yang saya makan . Tak de apa yang pelik, dinner pukul 6.15 petang cuma makan SR cappucino cheese cake satu slice dan minum air mineral . Tu aje .

Fikir lagi tengah malam tadi..... baru teringat ...

Pagi semalam saya merayau ke Kerteh dan selepas makan banyak juga rambutan dan manggis yang baru dipetik dari pokok2 kawan saya tu , kawan saya bagi saya minum jus kulit buah binjai yang dibuatnya . Saya minum satu cawan. Ya Allah.... punyalah kelat dan pahitnya . Saya habiskan jugak jus tu .




Pagi ni saya bangun terus cek diabetes saya ... sukanya....Alhamdulillah..... 6.3 sahaja . Tak sangka berjaya sudah saya turunkan diabetes saya . Pagi semalam dengan tak makan dinnernya bacaannya adalah 11.2 .

Pagi ni nak hantar Izzat ke TATIUC ada seminar Dididk PMR selama 2 hari dan ingat nak terus ke Kerteh semula nak ambik jus kulit binjai tu lagi dari kawan saya. Semalam dia nak bagi saya bawak balik saya menolak takut tak terminum sebab rasanya yang amat menyiksakan, tapi bila ia terbukti mujarab, saya tak ragu-ragu untuk meminumnya lagi ( macam ayat iklan ubat je....hehe.)

Salam hari Jumaat buat semua.

19 comments:

SoFie NuR said...

waaa...asyik update aje keje...
ni nanti toksah nak minum lebih2..kang overdose lak...x pasal2 hypoglycemia...

Cat Cat said...

Teringin pulak Cath nak makan cheesecake... Aduhai - rosak le diet ku...

Kak Elle said...

baru nak tulis pasal takut nnt hypoglycemia tapi Sofie dah warning pun...jaga2 ye?

zareda said...

kak rina

ubat memanglah pahit dan kelat.. tapi betul mujarab berbaloi lah meminumnya

arsaili said...

salam...kena manage dengan baik tu dan moga sihat selalu

Neeza Shahril said...

haaa... Kak Rina, tu doctor Sofie dah bagi professional advice tu hehee..
Alhamdulillah kalau ianya berkesan.. teruskan ya kak tapi ikut sukatan harian lah.. macam kata Dr Sofie tu :)

silversarina said...

sofie,

Yes doctor ... doctor ni macam tau je perangai 'baik 'saya :P






cath,

Kalau ke secret recipe macam2 cheesecake ada, memang sedap .





kak elle,

Kakak nurse dah pakat dengan doctor sofie tak aci..hihi.

silversarina said...

zareda,

Baru balik ambik jus tu lagi dan pesan kat kawan akak tu kalau jumpa buah binjai tu tolong belikan untuk akak, nak rebus ambik jusnya , susah nak cari buah binjai sekarang ni, ni kira buah klasik.





arsaili,

Nak tengok sehari dua ni, kena pantau level diabetes . Thanks.




neeza,

Payah nak cari binjai tu kat kemaman. Kawan akak beli kat Kelantan baru ni. Kalau elok betul untuk kencing manis akak, bestnya . Tolong doa sama ye.

sya said...

Bapak sya selalu buat jeruk binjai. Tak tau lak kulitnya boleh dijadikan ubat diabetik. Nanti nak bg tau bapak supaya makcik leh minum.. thanks

silversarina said...

sya,

Kawan saya tu bapak dia yang bagitau, dia rebus kulit dan biji binjai tu sampai pekat dan minum airnya. Kat sini susah nak jumpa binjai tu. Dia kata isinya boleh dimakan tapi saya takleh telan buah tu , memang tak mau masuk tekak ni bila dia hidang kat saya semalam.

Abang Long said...

Syukur Alhamdulillah.

Alangkah BAHAGIA nya bila berjumpa dengan penawar kepada kesakitan yang ditanggung.

TOLONGLAH doakan semoga saya juga mendapat rezeki yang sama. (Ini ayat pujuk rayu:)

DaliaLiyana said...

akak sakit diabetis ke?
try akak g kat my blog yang dalia home...myb it help...
take care ya...

maklang said...

alhamdulillah...moga ianya benar2 jadi penawar, InsyaAllah...

maklang said...
This comment has been removed by the author.
kakyong said...

baru tau kulit buah binjai boleh ubat kencing manis.. boleh lah bgtau sepupu, utk ubat makngah...

cikMilah said...

Ya, saya pun pernah dengar; tapi tak boleh minum selalu..

Dijamin tak overdose; sbb rasanya tu....:)))

fazdila said...

Rina......
Cubala jus manggis Vemma,produk US.Boleh berubat sambil buat duit dirumah...daftar percuma.testimoni feedback yg berkesan.Klik je link ni utk maklumat

http://www.incomemingguan.com/fazdi/

fazdila said...

Rina,Boleh je contact saya,

skype:fazdielektra
ym:fazdila
email:fazdilaku@gmail.com
tel no:0124396010.

KAMATO said...

Kak Rina pernah dengar ke susu alpha lipid, cubala mana tau serasi, ramai yg guna hilang diabetes