Saturday, September 26, 2009

Sedapnya haiwan bakarr

Pagi ni baru dapat guna Celcom Broadband , malam raya, pagi raya hingga malam tadi langsung tak boleh dapat connection, geram betul, dalam hati dah ingat nak tukar service dah.

Pagi semalam plan nak merayau ke pasar pagi Jumaat di Kemaman tapi nak tau sudahnya kami ke mana ????

Kuantan jugak sudahnya kami merayau. Mula2 ke East Coast Mall, jeling2 Parkson , masuk dan beli ... beli apa ????

Apalagi kalau bukan handbags ( 2 lagi tu ) dan sandal (lagi ???? ) ...spare untuk berJJ nanti ..hihi.

Darling dan Izzat pergi solat Jumaat saya temankan Mimi makan KFC sebab lama tak makan , dia tanya tak boikot dah ke, saya kata tak pelah bukan hari2 makan .

Lepas tu cek in Hotel GC yang dekat Mega Mall (memang dah booking sebelum datang ) , saja nak lepak2 kat hotel , malas nak balik Kemaman ...nak sambung cuti ....

Petang 6.30 kami ke Tanjung Lumpur nak buka puasa di restoran ikan bakar . banyak restoran masih tutup , kami pilih Restoran Ikan Bakar Bambu. Order ikan bakar, ketam bakar, sotong bakar, kerang bakar, tomyam campur , saya dan mimi nasi goreng pattaya, izzat nasi goreng paprik, darling nasi goreng kampung . Kami bertiga puasa 6 . Makcik tokeh kedai siap pasang radio kuantan untuk dengar azan, masa azan haiwan2 yang dibakar belum masak. Kami solat dulu (bilik solat amat bersih di sini ) , lepas tu baru sambung makan dan ratah semua makanan. Saya dan Mimi sudah awal, dah terlalu penuh, Izzat dan darling yang slow-slow habiskan haiwan2 yang dibakar. Alhamdulillah semua seafood tu terlalulah amatnya segar, memang berbaloi .

Malam balik hotel masing2 dah keletihan dan tak pasang TV pun sebab bagi laluan untuk Izzat study , ambik family room so Izzat adalah katil sendiri untuk dia selesa study . Saya yang tido awal sekali ....... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz .

Pagi tadi sahur makan baulu cicah nescafe (semalam konon berangan nak makan malam tadi tapi dah kekenyangan ) , buah kiwi dan guava yogurt .

Guess what.... dah dapat berbuka puasa bersama Darling ... macam komen bloggers hari tu, nanti dapatlah kami berbuka bersama bila puasa sunat ..Alhamdulillah.

13 comments:

Kak Elle said...

makoi jln2 cari makan lagi ye?alamak ketam bakar tu mesti sedap kan?nanti nak singgah lah kat gerai tu:)

SoFie NuR said...

amboiii..handbags lagi...sandals?!! memang nak kene jentik tangan ni...hihihi...

bestnye seafood...yummyyyyy...

sakan tul tido kat hotel..macam la jauh beno kemaman tu...
[dengan nada penuh jeles]

silversarina said...

kak elle,

Mailah, kalau akak ke sini kita pegi makan seafood kat Tanjung Lumpur memang terkenal sedap dan freshnya .




sofie,

We all tolong makan untuk you all jugak, nanti ada rezeki tahun depan kita makan, bukan kat Phuket kurang enak, ni restoran lain, sedap betul, bab hotel tu biasalah buat style lama balik, boring je cek in , relax dan rehat ..hehehe.

cikMilah said...

Beraya makan haiwan bakar!!.. best ni..ada kelainan. Selaamt berpuasa 6 sambil berhariraya..

silversarina said...

cikmilah,

memang bedal betul makan macam posa seminggu tak jumpa makan ..hehehe.

Nak habiskan posa 6 sebelum Izzat start PMR InsyaAllah.

Zareda Norman said...

kak rina...

tajuk tak boleh tahan tu.. ekkeke..

Tanjung Lumpur?? besnyer....

Abang Long said...

Salam Lebaran.

SELAMAT HARI RAYA.

Jangan lupa malam ini ... di Blog Abang Long :)

ummu said...

bestnyer dah start poser dah. tahniah tahniah

Helena said...

wah bestnyer makan... meriah! :p

All the best to Izzat for his PMR. TV kat rumah ni 24/7 terpasang. But i hantar Mia balik rumah Wan dia for some peace and quiet...... dapatla belajar kan....

Zaitun said...

Sedapnya makan haiwan2 bakar,kalau ke Melaka tu selalu juga singgah ke Umbai atau ke Serkam kalau tak pun ke Muara Pelabuhan Klang ajela tapi sekarang macam rasa tak berapa sedap.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Maaf banyak-banyak. Kerana kemungkinan Sarina datang ke rumah di Meru Heights, rumah nampak tertutup. Kami mungkin keluar beraya ketika itu.

Apapun, emel saya di umikalth@yahoo.co.uk sekiranya sampai ke Meru Heights pada detik lain, ya?

Wasalam..

~UmiKalthumNgah~
PS. Saya sempat beraya ke rumah Nurazzah8 semasa berkunjung ke rumah adik ipar dan keluarga di Shah Alam, Sekyen 7. Kebetulan Nurazzah8 adalah sahabat se jabatan dengan biras di UiTM Shah Alam. Seronok berjumpa anak-anak perempuannya yang comel-comel dan petah dan peramah itu..

mommy said...

sedapkan haiwan2 bakar..
malam tadi puas makan sampai dah x lalu nak sumbat..hehe

Mama Rock said...

alamak, bila baca haiwan bakar tadi ingat kan apa lah jenis haiwannya...rupa2nya seafood yang sungguh lah menggiurkan (???) err macam tak kena la perkataaan ni...dah jadi blur la ni!