Semalam berlangsung pertemuan alumni Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman dan sebagai bekas guru di situ saya juga dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Ia berlangsung di pusat pengajian tersebut .
ada yang masih single, ada yang dah berderet anak , inilah wajah2 kesayangan hamba 
Gembiranya hati saya bila dapat bertemu ramai anak murid yang ada antaranya telah berbelas tahun tidak bersua muka . Sekolah ini adalah sekolah agama swasta yang saya curahkan bakti selama 6 tahun( 93-98 ) iaitu setelah saya berhenti bekerja sepenuh masa di sekolah kerajaan . Ramai pelajar di sekolah ini tinggal di asrama kerana datang dari seluruh pelusuk negara .
mak2 dan anak2Saya memang rapat dengan pelajar dan selalu merindui mereka . Setelah seorang demi seorang menamatkan pengajian dan ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara , suasana semakin berubah. Saya berhenti mengajar dan kami jarang bertemu kerana masing2 sibuk dengan urusan belajar dan ramai yang sudah berumahtangga.
bekas murid ... dah jadi bapak orang Semalam bila saya diminta berucap , saya tidak bersedia sebenarnya , namun saya gagahkan jua dan menahan sebak di dada kerana memang saya sayang dan rindu pada mereka semua. Saya rindu saat di mana mula mengenali mereka, sekolah mereka (pondok moden yang terlalu asing bagi saya ) , adakala saya belai mereka adakala saya herdik mereka , semua itu buatkan saya sebak, kenangan yang tidak mungkin berulang .
antara ustaz-ustaz glamour yang hadir

Semalam saya amat berbangga kerana ramai antara anak murid saya telah menjadi ustaz yang ada di kalangan mereka yang sampai ke tahap yang saya boleh beri gelaran ulama kepada mereka . Beberapa orang menjadi Pengetua sekolah agama di tempat mereka dan juga menjadi pendakwah bebas yang semakin terkenal . Tak kurang juga ada yang telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya , muda lagi dah jadi usahawan dan punya syarikat sendiri yang berkembang maju .
wajah2 yang kurindui dan kusayangi 
Apa yang cukup menceriakan saya ialah bila dapat bertemu puluhan cucu yang turut hadir. Ada yang 1 anak, 2, 3,3 4, 5, 6... setakat tu aje yang saya tahu, dah potong cikgu ye , cikgu ada 5 anak, anak murid ada 6 anak , syabas !
tengoklah cucu-cucu Wanmommy..... berderet 

Tahniah buat pihak penganjur yang berjaya mengumpulkan bekas2 pelajar , semoga lebih ramai lagi bekas pelajar akan menyertai majlis sebegini di masa akan datang, InsyaAllah.
Semoga bertemu lagi... kalau lalu di Kemaman silalah singgah rumah Teacher ye ...
( pesanan dibuat kerana ada yang bagitau semalam yang mereka baca blog teacher ...hihi...malu I )