Wednesday, November 11, 2009

RISAU

Dua hari lalu bekas jiran saya diberitakan menghidap kanser payudara stage 2 . Terdiam saya seketika kerana tidak menyangka sama sekali bahawa dia juga kini salah seorang penghidap kanser . Menurut kata kawan2 bekas jiran saya ni tidak pernah alpa membuat annual medical cek up namun kali ini jawapan yang diterima amat memeranjatlan bukan sahaja buat dirinya malah kami juga di sekelilingnya.

Kesan dari berita sedih tersebut saya jadi hilang mood untuk bersosial seketika . 2 hari saya tidak keluar rumah kecuali menghantar dan mengambil anak2 pergi dan balik dari sekolah. FB saya on tapi saya sekadar membaca tanpa meninggalkan apa2 komen ke atas status rakan2 . Saya mahu bersendirian dan memikirkan apa yang patut saya lakukan .

Saya mesti mulakan langkah pertama ..... melakukan mammogram .

Telah lama saya tangguhkan untuk melakukan mammogram .

Fikir punya fikir saya akhirnya telah membuat temujanji melakukan mammogram di salah sebuah pusat payudara di Kuantan dalam minggu ini juga .

Kini hati semakin risau . Memang cukup risau dan bertambah risau menjelang hari temujanji tersebut.

Doakanlah agar saya mendapat berita gembira pada hari tersebut InsyaAllah .

13 comments:

Kak Elle said...

jgn risau wanmommy insya'allah ok ye?saya pun patut dah ulang buat mammo tapi malas sangat nak pergi...di sini rakyat wanita umur 50tahun ke atas di beri bayaran separuh harga...nanti tunggu surat dtg lagi saya akan timbangkan:)

JHaZKiTaRo said...

dont worry makcik.. u believe u takde byk risk factors.. insyaAllah takde ape2..

JHaZKiTaRo said...

eh pembetulan.. "i believe"

pB said...

moga Allah jauhkan kita semua dari semua jenis penyakit kronik

Abang Long said...

Bukan setakat berdoa. Wajib berusaha dan memeriksa status kesihatan sendiri.

# Tahun ini sahaja sudah lebih 20 kali keluar masuk hospital. Anak sakit. Isteri sakit. Sendiri sakit. Dan cari penyakit. Hahahaha .....

silversarina said...

kak elle,

tempat yang saya nak pegi ni murah je RM150 tapi debar nya , takut .




jhaz,

Doakan ye, thanks.





pB,

Betul tu memang kena doa sentiasa . Amin.

silversarina said...

abang long,

Bab nak cek kesihatan diri sendiri lah yang paling payah , nak2 masa tengah sihat , takut nak hadapi kenyataan .

Harap abang long dan family terus tabah dengan dugaan dariNYA.

um. masyitah said...

Salam kak,
Semoga takde apa-apa yang berlaku. Memang selalu kena chek,kita ni orang perempuan, macam2 jenis penyakit menjenguk.
Saya sering bertemu insan penghidap kanser even stage 4 yang tabah dan menjalani kehidupan seperti biasa.Sokongan moral memang perlu.

are you said...

salam kak...

semoga segalanya baik. saya pun rasa nk buat jugak lah. risau jugak.

take care ye kak.

silversarina said...

um.masyitah,

Sedih sebab baru bulan lepas kami kehilangan seorang sahabat akibat kanser payudara , tu yang bila dapat berita terbaru ni hati jadi begitu sayu.




are you,

kawan 2 akak ramai yang takut nak buat mammogram ni, akak beranikan diri sebab risau apa2 yang tak kena kalau terkena pada akak tapi akak doa agar tidk .Amin.

suweileh family said...

Insya Allah bikhair.

Syabas akak, tak takut nak pergi buat mamo. Nanti akak ceritalah sikit camner buat mamo tu. Sakit ke tak, ngeri ker. Serius nak tahu ni.

silversarina said...

suweileh family,

akak tengok kat youtube caranya , dan tanya kawan2 yang dah pegi buat ,diaorang kata sakit sikit je . harap2nya macam tu lah .

armouris said...

info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara