Sunday, November 1, 2009

Kemaman Terkepung

Semalam sempat bersembang dengan sahabat saya yang datang bertandang dan kami sempat bercakap pasal penyakit kanser . Sahabat saya tu baru lagi buat mammogram dan setakat ini tiada apa masalah berkaitan barah payu dara . Kami baru lagi kehilangan seorang sahabat yang meninggal dunia akibat barah ( mula2 dia diserang barah payu dara dan kali kedua dia serang barah hati ) . Buat masa ni ada seorang sahabat lagi di sini yang sedang berusaha untuk malawan barah payu dara yang dialaminya.

Saya dan sahabat saya tu telah mendaftarkan diri menjadi ahli MAKNA tapi saya tidak berpeluang lagi menghadiri sebarang pertemuan kerana pertemuan baru2 ni saya tidak sihat. Saya amat berharap dapat menambah ilmu pengetahuan tentang barah dan dapat membantu setakat terdaya .

Menurut sahabat saya (seorang isteri doktor ) semalam doktor di Kemaman beritahu di sini boleh dikatakan kes barah meningkat dari sehari ke sehari . Puncanya adalah udara yang kurang bersih .Kemaman sebenarnya terkepung di antara beberapa pusat industri yang juga melibatkan industri gas, petrolium yang hampir semua melibatkan bahan kimia . Pusat industri Telok Kalong, Kerteh, Paka dan tak lupa juga Gebeng sudah cukup buatkan Kemaman terkepung . Lihatlah indeks kualiti udara ketika jerebu, Kemaman biasanya termasuk dalam ketegori kualiti udara yang tinggi indeksnya pencemarannya.




Sahabat saya cadangkan kalau boleh berpindah , pindahlah dari Kemaman , demi kesihatan diri .... saya suka Kemaman dan telah lebih 16 tahun saya tinggal di sini , dah rasa macam kampung saya . Sebenarnya nak berpindah tak de masalah sebab suami saya bukan bekerja di sini lagi dan sekolah anak2 boleh dicari di tempat lain ..... tapi.... entahlah ......

Pagi ni saya soal diri saya , kalaulah saya nak berpindah... bandar manakah yang masih selamat dari segala macam pencemaran .... sukar untuk mencari jawapan.

11 comments:

maklang said...

kerteh lagi teruk...

bagi maklang yang kadang2 kena masuk site ni, lagilah terdedah kepada pencemaran ni semua...

tapi berserah pada Allah ajelaa..

sekarang kat mana2 pun serupa...:(

zany said...

mana2 tempat pun dah tercemar kak. asap kenderaan pun puncanya.
tempat akak ni mengingatkkan saya Pasir Gudang, kawasan perumahan sana pun terperangkap.

suweileh family said...

Kat kg ina (Marang) pun dah 2 orang meningggal kena kanser payu dara.

Kat mana-mana pun rasanya dah tercemar sekarang ni.

Akak...Ina dah tanya brg yang kirim tu, ada kat rumah parents dia lagi...huhuhu. Takde sape nak pi Bukit Montok sekarang ni sebab dah tercemar kot!

Nanti kalau ada yg singgah, sampai ler barang tu.

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

betul tu mak cik...skrg terpulang pd mak cik cuma kene fikir tmpt paling best..hehehe...mcm PD jer..hahaha

klakar tgk animasi kartun tuh..

Zareda Norman said...

saya suka Taiping sebab bandarnya sejuk (kadar purata hujan paling tinggi) heritage yang masih ada dan terpelihara, makan minum murah, seafood fresh dekat ngan kuala sepetang dan kalau nak sopping masih lagi ada banyak pilihan..

silversarina said...

maklang,

takut kan bilas emu tempat hampir serupa,tercemar ... kenalah duduk kemamn juga buat masa ni .




zany,

Ha ah kan kat KL lagilah pencemaran paling teruk , sampai bangunan pun selalu kabur sebab udara sangatlah kotor .

Hubby saya pernah di Pasir Gudang sekejap , anak kawan kami sakit kulit sebab menetap lama di situ, memang teruk betul udara di sana.





suweileh family,

Tak pelah barang tu, kena tunggu Ina balik baru dapat kot barang tu ... take care .




adam,

PD pun ada depot minyak , bahaya tu :)




zar,

EEmmmm, Taiping nampak aman je ,pernah duduk situ masa kecik dulu, tapi sekarang tak berapa minat nak balik ke pantai barat .Pantai Timur masih pilihan utama .

IMJ_sensei said...

salam aunty..
erm..
dok kat pulau y terpencil je kot..
tade asap2 ni..hehe..

lg 1 punca barah n y paling bahaya is gelombang telefon..
tu juga kne berhati2..

~mencegah lebih baik dr berubat~

Kak Elle said...

RINA...

JOM KITA PINDAH KE ATAS GUNUNG:)

aintsuperwoman said...

kalau gitu, i kena balik Bagan Datok le...tapi neighbour kat kampung pun dah meninggal pasal kanser payudara jugak!!!!

KAMATO said...

mana2 pun pencemaran, bukannya kemaman je dan tempat lain pun ramai yg kena barah, arwah ayah saya meninggal pun sebab cancer.....apa pun perlu jaga kesihatan dan buat rutin check up

silversarina said...

IMJ,

Nak beli pulau mahal sangat , duduklah jugak kat atas tanah besar .




kak elle,

atas gunung susah nak panjat lah pulak :)




asw ,

Nampaknya barah ni dah jadi igauan ngeri, doalah agar kita tidak menghidapinya InsyaAllah.Amin.




kamato,

betul tu,kena jugak buat rutin cek up .