Friday, October 30, 2009

Apa nak jadi........

Waktu darling tak de , saya akan menghantar Izzat solat Jumaat . Saya akan tunggu sehingga dia selesai solat sebab nak balik rumah pun alang-alang je , sekejap je , dapat jugak tumpang dengar khutbah Jumaat .

Tengahari tadi saya dan Mimi tunggu Izzat di luar pagar masjid . Kali ni kami ke masjid yang baru lagi beroperasi, parking space yang luas di dalam pagar , sengaja saya letak di luar pagar sebab senang nak bergerak pulang .

Sambil mimi buat latihan BM dalam buku kerja (Ahad start final exam ) saya mendengar khitbah dan perhati orang2 lelaki yang datang untuk solat Jumaat . Pelik tu , Imam dah baca separuh khutbah ada lagi yang naik motor bersama isteri dan anak balik dari bandar . relax je cara bawak motor , macam tak nak solat je .Nampak gaya memang tak sempat nak solat Jumaat .

Dah start solat , beberapa motor dan kereta baru terhegeh2 nak masuk pagar masjid. Dah tahiyat akhir pun ada lagi yang bercadang nak masuk pagar masjid tapi berpatah balik .

Bila Imam habis bagi salam , dah ada yang keluar dari pagar masjid, heran betul , cepat dan cekapnya makmum .

Apa nak jadi.... lelaki yang sepatutnya jadi pemimpin di muka bumi.. kalaulah macam ni , memang akan hancur muka bumi ini, tengoklah nanti .

Tak cerita lagi bab gang yang datang masjid tapi tak solat Jumaat...merayau 'periksa' kereta orang .. .... tadi tak nampak gang ni sebab saya parking luar pagar .....

16 comments:

Zareda Norman said...

Kak rina
sebelum ni tak pernah tahu keadaan org solat Jumaat ni.. bagus juga kak rina jadi observer, boleh nampak macam macam ragam yg kita patut jadikan iktibar.. terutama dalam mendidik anak anak lelaki kita

silversarina said...

zar,

Macam2 gelagat tau, tapi yang pasti setiap masjid memang ada gang datang masjid tapi tak solat, orang besar tu bukan budak2.

CikguZue said...

saya pun pernah juga duk dlm kreta. mcm2 gelagat yg ada. kadang yg kesiannya mak ayah ingat anak2 rajinla gi solat...tapi ada gak yg pergi solat sama2...tp lps tu senyap2 duduk belakang masjid...'berasap' ramai2 dgn anak2 muda lain...then, dgn selambanya balik rumah macam org2 lain2 jugak...
kalau kat sekolah pulak, ada juga bebudak pakai baju melayu waktu solat Jumaat tapi selamba tak gi masjid...yg ni kalau saya nampak, mmg kena 'hambat' la.
bukan ape, sedih,kan. dah macam2 kita didik, tp begitulah jika kekuatan iman masih kurang...

AyunasiA said...

sblm raya aritu pon saya ada buat observation cenggitu. mmg mcm2 gelagat. yang masuk time dah tahiyat akhir lakonan cemerlang, selamba kuar sama2 ngan yg lain. mcm kiter tak cam dia.

zany said...

saya dah lama beraktiviti menunggu anak solat jumaat, dah masak dengan perangai org macam ni kak, tempat saya tunggu dekat kawasan rumah, ada restoran, 3, 4 meja penuh para lelaki, selamba slow je makan2, ada juga taman di hadapan masjid negeri, budak2 sekolah agama berdekatan ni sekumpulan monteng, dok kat taman. Pernah sekali tu saya keluar kereta dan saja je pergi dekat2 taman, berterabur lari, diorg ingat org jabatan pendidikan ke apa agaknya. Biasanya budak2 ni akan ikut jalan balik, bila selesai yang lain bersolat.

apa nak jadi kak? susah nak jawabkan. Nauzubillah, jangan jadi kepada keluarga kita dan mereka yang asyik monteng tu harap bawa sedar, mereka tu bakal pemimpin, anak isteri.

maklang said...

biasanya kalau kami dalam perjalanan kemana2 cik abang pasti berenti untuk solat jumaat. Kita yang pompuan duduk dalam kete tumpang dengar khutbah. Tapi dalam hati selalu berkata2...ramainya anak2 muda main2 kat luar masjid, siap berbaju melayu dan bersongkok. Sedih tengok sebab mereka tak sedar tanggungjawab.

tadi kat ECM, waktu cik abang dan hakim ke masjid, bukan main ramai lagi lelaki islam yang tak bersolat jumaat. uzur agaknya, tak leh solat!

silversarina said...

cikguzue,

Agaknya kalau dikumpulkan satu negara entahlah,memang ramai yang ponteng solat Jumaat ..apa nak jadi .





AyunasiA,

Itu memang jenis pelawak, macam2 perangai hodoh .




zany,

Jenis hati hitam ni, masjid depan mata boleh buat selamba .. apa lah kena dengan orang2 jenis ni .




maklang,

Setiap masjid ada je gang ni, pelik tu entah buat apa datang masjid entah .

aintsuperwoman said...

fenomena ni everywhere. Masalahnya tak de org nak buat pemantauan. Dulu pernah on the way ke Dungun, berhenti sembhyang jumaat. Bila tengok budak2 dok lepak kat luar, memang rasa panas hati, I pergi kat depa suruh masuk masjid !! I siap berleter lagi !! hehehe

Zaitun said...

Kak Zai pernah ikut hubby pergi masjid Negara,macam kata Rinalah imam tengah baca kuthbah jumaat ramai yang masih makan mee sup(kat luar pagar masjid ada gerai makan)macam tak ada rasa salah apa2 aje.

mrs insanfakir said...

Kak Rina
sedih kan tengok masyarkat yang mengambil sambil lewa tentang Solat Jumaat ni.Dulu,masa saya selalu berulang alik dari M.Shah atau kadang2 dari Bandar T ke Bandar K atas urusan hospital,suami gi singgah solat Jumaat, saya duduk dalam kereta,selalu nampak situasi yang macam Kak Rina cerita. Nak sedapkan ati,Suami cakap,mungkin mereka pun musafir juga kot.

NBK466 said...

Tah ler Rina...moga2 dibuka pintu hati mereka...

SoFie NuR said...

tu la kan...tak tau ape yg diorang fikir...pelik pun ada gak...

cikdinz said...

malas nak dengar khutbah lah tu.

babazahra' said...

makcik nasi beriyani masjid Sri Petaling paling terbaik, sapa datang nak senduk nasi time orang dah azan dengan selamba aje dia halau suh pegi dengar khutbah n solat dulu. yang dihalau bapak2 budak pulak tu hehe

silversarina said...

asw,

Bagus macam tu, I ni jenis malas nak keluar kereta tapi budak tu pun tak berani duduk dekat2 , yang geram tu orang tua yang ada jugak datang masjid tapi tak solat.





kak zaitun,

Lagi teruk,sini masjid tak de gerai atau kedai2 yang dekat masjid .. apa lah kena nya orang2 lelaki ni :(





mrs insanfakir,

Saya pun kalau musafir selalu kata mungkin diaorang pun musafir tapi kalau dah datang naik motor tak pakai topi keledar takkan musafir kot :)

silversarina said...

nbk466 ,

Harap2nya .




sofie,

Kita yang pelik, diorang tu selamba je .





cikdinz,

Tak nak dengar khutbah ok lagilah , tapi orang solat dia duk sembang dan merayau2 ...apalah kena nya .




babazahra' ,

bagus penjual macam tu tapi memang susah nak cari yang tak mata duitan macam tu , semoga biznes kakak tu diberkati dan murah rezki dia .