Wednesday, October 7, 2009

PMR.... Birthday party

Pagi ni hantar Izzat ke dewan peperiksaan di sekolah kerajaan berdekatan sekolah Al Amin kerana Al Amin sekolah swasta yang masih baru (sekolah rendah dah lama tapi menengah baru didaftar ) dan pelajarnya tumpang pusat peperiksaan di sekolah lain . Kami doakan agar Izzat beroleh kejayaan cemerlang dalam PMR nya Amin.

Izzat pagi tadi sebelum ke sekolah..good luck !! ( kad raya kat belakang tu Mimi yang punya, gang sekelas bagi, kami semua tak de pun dapat kad raya ...huhu )




+++++++++++++++++++++++++++++++++



Tengahari semalam saya dan darling ke MM nak beli kek dan hadiah harijadi Umair . Sempat lunch mee bandung di MM tapi memang dah kurang selera, separuh je saya makan , rasa macam dah tak berapa sihat je . Lepas beli hadiah Umair di Popular (buku dan flash cards le apa lagi ) , singgah beli kek , singgah burger king beli chicken fiesta set dan 2 lagi chicken sandwich, sambil tu badan saya dah rasa nak tumbang , memang dah tak sihat sangat . Balik Kemaman terus singgah farmasi (memang plan nak beli ubat diabetes saya yang dah nak kehabisan , terus beli jugak ubat demam dan ubat gastrik .

tak perasan, tulisan kek tak mengadap Umair, sian dia , mentang2 lah taktau baca..hihi .






Sampai rumah makan ubat terus melepek dah tak larat nak bangun , lepas dah berpeluh baru rasa segar sikit . Buatlah birthday party untuk Umair . Apalah yang dia tau ... berdiri depan kek dia marah orang pakaikan dia topi party, menangis depan kek, belum apa2 jari dia dah calit icing kat kek tu . Lepas potong kek dia terus main bola , naik kereta , orang2 besar yang makan kek dan burger . Birthday boy hanya makan french fries....hihi.




Pagi ni rasa dah fresh balik sebab dah tido awal dan makan ubat sebelum tido..... harini nak ke Kerteh .... ada adik blogger tu yang pandai speaking Vietnam tu jemput raya kat rumah dia ... pegi dengan aint-super-woman , kawan baru dalam alam maya (blog ) tapi kawan lama di alam realiti .


Semoga ceria di hari ini buat semua .

14 comments:

sya said...

Sempat amik gambar sebelum pi exam.. amik berkat.. he he he.. he is one handsome boy.

Sian bd boy nangis..

aintsuperwoman said...

hehe...sian umair makan french fries je....yg besor2 bukan main menjamu selera ye!!!! Alamak! Tu kek Secret Recipe ke?

silversarina said...

sya,

saja saya tangkap gambar hari pertama PMR , buat kenangan.





asw,

ha ah kek SR, ada lagi dalam fridge, mailah makan :P

Ilyana Ar Razi said...

kak raja!

selamat hari raya! masih belum lewat rasanya.

kpd izat, smg dapat menjawab dengan cemerlang utk PMR.

utk baby umair, boleh geng dengan abg isyraf bulat! :)

selamat hari lahir umair!

ummu Masyitah said...

salam,semoga izat berjaya dalam PMR.wah Izat amik 9 paper termasuk Bahasa Arab ke?

Selamat hari lahir untuk Umair..

Kak Elle said...

Good luck Izzat semoga berjaya dgn cemerlang..

Umair aunty nak kek sikit bolih?

JHaZKiTaRo said...

wishing all the best to izzat from Dublin..

Zaitun said...

Semuga Izat beroleh kejayaan.

Nangis2 tapi Umair tetap nak potong cake.Tukang potong ajela ya yang makan orang lain.

aintsuperwoman said...

Ada lagi kek? mmmm....aaaa....hmmm...tu ajak betul ke ajak2 ayam....hehehehe....segan tapi mahu...hehehehee......

Cat Cat said...

Cute sangat birthday boy... ngapa tak suapkan birthday cake kat dia...? Sian.....!!!!

Zareda Norman said...

kak rina, seronok merai besday boy umur setahun kan.. dia tak kisah apa pun hehhehe...

Abang Long said...

Sambut hari jadi anak, ada kek, tapi orang tuanya yang banyak makan ... hehehehe ...

keri said...

waa burger king bestnye.
rindu yg ade mushroom sauce ngan black pepper tuh.
kim salam kat Izzat.
insya Allah dapat 9A tu.

err, selamat hari raye buat seisi keluarga.

silversarina said...

Terimakasih kepada semua yang meninggalkan komen.Izzat juga ucapkan terimakasih atas ucapan selamat berjaya dan doa kalian .