Thursday, October 22, 2009

pisang berbuah sekali je .....

Malu,malu... tapi nak cerita jugak, mungkin ada jugak yang sama' pandai' macam kami....... ke..kami je yang 'pandai ' .

Alkisah sebatang pokok pisang yang ditanam oleh pemotong rumput halaman kami , suami blogger asw ( part time je keje potong rumput, nak keluarkan peluh sebab deme ni dah ada steady bisnes ) . Tumbuh subur pokok tu sebab dijaga rapi (oleh si pemotong rumput ) dan telah mengeluarkan buah . Yang pelik tu dah beberapa bulan buah tu tak jugak masak2. selalu jugak bila saya jemur kain, saya pegang2 buah pisang tu tapi tak juga lembik dan kuning. Darling pun sama jugak berasa pelik sebab buah tu tak masak2.





Minggu lepas asw called tanya kenapa tak ambik pisang tu. Saya pun dengan selamba nya menjawab sebab buah tu tak masak2 dah berbulan2 . Terus dia kata kalau ambik pagi tu petang tu pisang tu akan masak sebab dah lama beno atas pokok. Ooooo begitu kaedahnya , kena potong dan turunkan buahnya barulah cepat ianya masak . Saya pun ambik parang dan potong tandan pisang tu.... betul pun ...petang tu pisang dah start tukar warna kuning. Lupa nak tanya pisang jenis apa tapi memang sedap....semalam dah selamat saya buat pengat pisang semasa jamuan kelas zzat . Separuh bagi pada asw .

2 hari lepas si pemotong rumput macam biasa datang potong rumput dan anak dia mintak parang .... tengahari tu saya dapat sms dari asw... " At** ( nama si pemotong rumput aka suami asw ) pesan, pisang berbuah sekali je , patutnya masa ambik ari tu, tebang le pokoknya sekali, bior tumbuh yg baru, yong oi ! .....Hehehe ."

Hahahahahaha........ mana lah teman tau ..... bab pokok2 ni saya memang kantoi ..... tak pandai langsung .

Bila petang tu chat dengan darling, saya bagitau hal pokok pisang tu dan tanya dia kenapa dia pun taktau sebab dia kampung boy ...... dia pun sama.. balik kampung hanya setelah ayah dia pencen polis dan saya balik kampung setelah abah pencen askar , manalah nak cari pokok pisang atas flat . Seingat saya pokok pisang kat rumah mak saya di Ipoh hanya berbuah setelah saya balik oversea dan bab tebang menebang memang saya tak pernah tau dan ambik tau .

Ijazah dalam genggaman tak semestinya pandai segalanya .... ilmu di mana saja .. hidup ini tak dapat lari dari belajar ...... carilah ilmu hingga ke liang lahad .. pesanan khas buat diri sendiri .

12 comments:

tulipurple said...

hehe...teringat pepatah 'pisang x berbuah 2kali'.wat cake pisang pun sodap tu sis.pehtu anta kat sy skit ek..huhu.

AyunasiA said...

kihkihkih memang betul bukan orang kampung. tak sangka, ada gak yang tak tau hihihi.

maklang said...

kita tau pisang tak berbuah 2 kali, tapi tak tahu kalau potong tandan tu, baru dia jadik kuning...he..he..

kat rumah nama aje ada pokok pisang banyak, bibik dan pak omar yang jaga..he..he..

aintsuperwoman said...

hehehe.....atip pesan lagi, kalau tandan pisang dah diambik, tapi tak tebang pokoknya pun tak apa, tapi bila tunas baru naik, this pokok asal akan ambik banyak khasiat so, kesian la pokok yang baru nak naik itewwwwww.......hehehe

cikMilah said...

hihihi,, gelinya ati..Nasib baik la pisang tu tak abis di makan burung ...Pisang tanaman sendiri.. manisnya lainkan.. lebih sedap....

KakRina, ada tak anak pokok pisang tumbuh kat sebelah tunggul induk pisang tu? Kalau ada, korek denagn akar sekali, gi tanam jauh sikit dari induk...next time pokok baru ni berbuah, dah pandai dah nak tebang.. hehehe

Abang Long said...

Satu hari anak saya berkata "kenapa orang malu kalau pisang berbuah dua kali ... biarlah dia nak berbuah berapa kalipun ... kata nak produktif ?"


Saya hanya terdiam, dan isteri hanya tersenyum ...

silversarina said...

tulipurple,

Lain kali bilabila pokok pisang lain berbuah buat pertama kali dalam hidupnya akak akan buat kek pisang ..hihi.




ayunasia,

Rasanya ada ;agi orang lain yang taktau kot...kanak2 kecik ...hehehe.

silversarina said...

maklang,

anuar pun kata camtu, dia tau yang pokok tu kena tebang lepas dah ambik buahnya, dia taktau yang kena tebang buah tu baru cepat masak kuning :)




asw,

Ate kome tak pesan awal2 masa dah berbuah pokok tu, teman ni memang lah tak berapa cerdik bab pokok ni ... hihi...anyhow sedap pisang tu, pandai kome pilih bakanya :)

silversarina said...

cikmilah,

Si pemotong rumput dah clearkan pokok tu dan tebang pokok lama dan nampak macam dah ok je kalau ada pokok baru yang nak tumbuh :)





abang long,

Ha ah kenapa tebang ,biar jelah pokok tu nak berbuah lagi..hehehe.

D said...

hehe... saya ni memang budak bandar - dilahirkan di KL, tinggal di PJ. Tapi, alhamdulillah ayah suka berkebun belakang rumah dan dia pun dari kitorang kecik, dok 'menyemai' kami dgn ilmu gini. Sikit2 boleh la pass kot... ;) Tak pe, kak Rina, belajar dari pengalaman kan?

silversarina said...

D,

Arwah abah akak memang feveret dia pisang , selalunya dia beli pisang setandan dan sangkut kat dapur macam kedai jual pisang tapi dia memang tak pernah cerita pada kami bab pokok dan buah pisang dan akak pulak tak pernah minat nak tau... tulah jadi jakun bab pisang dan pokok2 lain...hihi.

Anonymous said...

Salam,

Nampak kejujuran hati akak.
Mana ada manusia .....semua hal dia tahu.

TQ.