Sunday, October 4, 2009

Kemesraan


Banyaknya makan 2 /3 hari ni... nasi dagang, lontong, nasi lemak, nasi impit, laksa, ketupat palas, mee goreng , bihun goreng , sate dan serba macam kuih-muih dan kek . 7 buah open houses dalam masa 2 hari , itupun saya tak makan semua makanan semasa ke jamuan2 tersebut . Kalau tak hadir rugilah bukan sebab makanan tapi sebab bukan mudah nak jumpa dan bermesra dengan jiran-jiran dan rakan-rakan kalau bukan di majlis2 seperti ini memang takkan mudah bertemu. Sudah 11 tahun kami menetap di kawasan kejiranan ini , namun cuma tak lebih dari 15 buah rumah yang kami pernah kunjungi ( more than 80% masa open house masa raya ) daripada lebih 60 buah rumah di kejiranan yang sama .Jadi peluang bertemu masa -masa raya begini memang seronok atau ketika ada majlis di surau dekat rumah saya barulah dapat bertemu kawan2 lain (bagi lelaki mereka selalu bertemu di surau waktu solat 5 waktu ) . Bagi masyarakat di sini kalau saja-saja nak bertandang tanpa sebab memang bukan budayanya .

Kemesraan sesama jiran walaupun jarang bertemu namun pertautan hati itu masih segar . Alhamdulillah.



Harini kami tak ke mana , Izzat demam tak ke sekolah dan mimi sakit gigi geraham,dentist kata tunggu kurang sakit baru boleh cabut gigi tu, dia cuma bagi ubat saja. Izzat hampir seharian tido lepas makan ubat . Ni stress nak PMR , harap dia ok hari exam nanti , InsyaAllah .



Hari ni jugak pagi lagi saya dah masak nasi impit dan sup soto ayam , bubur chacha dan agar-agar coklat . Lepas tu beli ketam dan buat sup ketam untuk Izzat agar cepat kebah demamnya ( sup yang paling sedap bagi saya adalah sup ketam , memang sedap dan sebagai penawar demam juga ) .



Petang tadi Izzat dah agak sembuh sebab dia kembali memegang buku dan membuat ulangkaji pelajaran , Alhamdulillah .


( * gambar-gambar izzat dan mimi masa pagi raya sebelum berita pemergian mak mertua tersayang diterima. )

15 comments:

PINATBATE said...

Izzah sokmo ambil gambar tak na pandang camera...

cikMilah said...

Teringat lagu raya Hail Amir & Uji Rashid tengok kemesraan 2 neradik ni...
ALhamdulillah, dah sihat pun Izat.. yes.. saya pun asal demam buat sup ketam

Kak Elle said...

wah bukan main lagi berdua tu mcm ngam aje...ada gaduh tak?mcm tom and jerry....hehee

Zaitun said...

Seronok tengok Izat n Mimi mesra sekali,gaduh2 sikit biasalah.

Buat Izat good luck for PMR.

Ainul Arina Madhiah said...

Selamat hari raya makcik~ Maaf zahir batin ya. ^_^

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

mesra nyer 2 beradik nih..

SoFie NuR said...

izzat sokmo ngarut2...hihi...

silversarina said...

pinatbate ,

Izzat memang macam tu, ada je yang dibuatnya sengaja tak nak tengok camera .




cikmilah,

izat ok dah tapi pegi sekolah bawak bekal ubat demam.




kak elle,

gaduh tahun ni dah kurang , sekali-sekala je tom tu nak nyakat jerry .




kak zaitun,

Kalau tak gaduh sunyi betul lah rumah jadinya .

Thanks .

silversarina said...

ainul,

Selamat hari raya kembali buat anak2 makcik di jordan juga.




adam,

sekali-sekala mengamuk juga bergaduh :P




sofie,

taulah izat memang kalau bergambar entah apa2 action dia buat ...hihi.

Zareda Norman said...

kak rina

memang betul kata kak rina, kejiranan sekarang ni bukan budaya suka bertandang tanpa sebab. Sebab tu zar aggahkan jugak pi open house, bukan nak makan sangat pun tapi lebih nak mengeratkan silatulrahim

Helena said...

suka tgh gambar izzat n adik macam tu... nice.

Hope izzat is getting much2 better utk menghadapi PMR. Best of Luck to him....

manlaksam said...

Semoga Izzat cepat baik dan cemerlang dalam PMR.

Abang Long said...

Belum berjumpa lagi dengan gambar raya adik beradik BERGOMOL dipagi raya. Hehehehe ....

Abang long pernah bergomol dengan adik beradik sepupu sepapat di pagi raya 30 tahun lalu ... bukan bergaduh, tapi bergurau ... waktu itu tak ada kamera ... hmmm

silversarina said...

zar,

lain masa memang susah nak bertemu, jumpa pulak raya nanti , itulah yang kebiasaannya masyarakat kita .




helena,

izzat dah ok, dah kes ekolah harini... thanks..kita yang berdebar2 bila anak2 exam :)

silversarina said...

pakman,

InsyaAllah kami juga harap dia dapat keputusan cemerlang . Amin.





abang long,


bergomol tu tak boleh lama2 mulalah ada yang cari gaduh ...pagi raya tengah mood baik semua senyum2 aje gomol2 ..hihi.