Monday, October 26, 2009

Rasul umat Melayu

Malam tadi tertengok TV1 rancangan Ekslusif ( tertekan channel 101 , baru tau ada rancangan ni ) ...eeeemmm... bagus jugak ... malam tadi tentang "Rasul Melayu" .

Krew Ekslusif masuk hutan berjalan kaki 1 jam ke markaz Rasul Melayu tapi yang tinggal hanya bilik air yang separuh roboh dan tapak markaz yang telah ranap dirobohkan . Mereka terjumpa sebuah rumah kayu usang dan salam tidak bersambut . Tiba2 ada seorang lelaki muncul ( perbualan dan wajah dirakamkan melalui kamera tersembunyi ) dan dia dipercayai pengikut si Rasul Melayu .

Pelik betul .......

1 / Mereka tidak solat sebab tidak jumpa ayat Quran yang menyuruh solat.

2/ Mereka minun arak tapi tidak sampai mabuk (memang banyak botol pelbagai jenis arak dalam rumah tersebut ) .

3/ Mereka yakin mereka masuk syurga sebab mereka melakukan perkara baik dalam hidup .

4/ Mereka percaya dia si Kahar tu Rasul untuk umat Melayu .



Rasul Melayu berubah menjadi 'Rasul' setelah balik dari menunaikan haji sekitar 88/89 (menurut kata lelaki dalam Ekslusif ) .

Apa nak jadi ... memang saya begitu pelik .. mengaku Rasul satu hal, menerima kerasulannya satu hal ..... harap mereka bertaubat dan kembali kepada Islam . Amin.



(minggu depan Ekslusif kisah ayah pin pulak ! )

10 comments:

hanieliza said...

Salam..
kkliza pun tenguk juga..
nampak bagus rencana ini..

MATQI said...

Inilah akhir zaman. Maka dekatkan diri kita dengan Al Quran dan sentiasalah memohon petunjuk dan bimbingan dari Allah.

Salam persaudaraan.

silversarina said...

kakliza,

Tulah, ok rencana tu, dapat tau lebih mendalam kisah rasul melayu tu .



MATQI,

Takut dengan apa yang sedang berlaku zaman ini.

Terimakasih atas kunjungan ke mari .

aintsuperwoman said...

itu baru satu kes...berpuluh kes lagi ada...nauzubillah, moga Allah pelihara keluarga dan sahabat2 kita semua...

Zaitun said...

Akhir zaman macam2 berlaku semoga Allah jauhkan kita dari terpengaruh dengan ajaran yang sesat.

silversarina said...

asw,

Ramai pulak tu yang percaya ...memang pelik .




kak zaitun,

Ha ah semoga kita dan keluarga terpelihara dari segala kemungkaran.Amin.

PINATBATE said...

Kadang-kadang saya terfikir kenapalah jahil sangat manusia ni dengan mudah percaya pada perkara sebegitu..sudahlah sesat..lagi menyesatkan orang lain
tapi ialah..hidayah tu milik Allah..

silversarina said...

pinatbate,

Orang2 tu macam tak pernah belajar agama sebelum ni, terima je apa yang dikatakan , sampai rasul melayu pun dia ikut jugak .

KAMATO said...

harap2 tak ada lagi la rakyat negara kita yg terpesong begitu

silversarina said...

kamato,

Dah berkali-kali diingatkan tentang ajaran sesat, ada je yang muncul dengan pengikut2nya yang taksub :(