Tuesday, October 27, 2009

Cakap.??? .OK !! ...... OTAK???


Ada orang bab cakap tersangatlah fasihnya dan otak pulak geliga .


Ada orang pulak bab cakap macam ada emas dalam mulut..nak kata ..ekkk... pun payah , macam sakit je bila nak sebut apa-apa tapi otak ligat , bagi apa saja persoalan teori semua dapat diselesaikan.


Ada orang bab bercakap nombor 1 satu siap dengan gaya lagi macam seorang pendebat hebat , bab otak , jarang dapat dipakai apa yang dia cakap .


Ada orang pulak cakap dahlah tak berapa pandai, otak pulak memang tak boleh pakai .



Bukan apa.... masa tunggu Mimi balik sekolah tadi, ada bapak budak yang parking kereta depan saya rancak berbual dengan makcik kantin . Bapak budak tu duduk dalam kereta dan makcik tu berdiri dekat basikal dia bawah pokok betul2 depan saya (saya duduk dalam kereta ). Saya lihat perbualan mereka berdua begitu rancak. Makcik tu siap dengn gaya2 yang pada saya seorang pendebat hebat saja yang dapat buat macam tu . Tak berhenti dia bercakap ( taktaulah apa topiknya ) . Bapak budak tu jugak saya nampak tangan dia kejap2 keluar dari tingkap kereta dan rancak berbalas bualan.


Saya beri lebih perhatian pada makcik kantin dan terfikir..hebat makcik ni. Siapa kata orang jaga kantin tak pandai berbicara . Dalam hati saya kata mesti makcik ni dulu masa sekolah dia seorang yang aktif, mungkin jugak dia seorang pengawas atau ketua kelas atau pemimipin persatuan ....

eemmmm .....

Kalau cakap ok, otak pun ok...Alhamdulillah.

15 comments:

aNIe said...

Itu yang penting Rina...cakap okay...otak pun okay...jgn cakap okay...otak ko...atau otak okay...cakap KO...hahaha...jadi tak betul nanti..

silversarina said...

kak anie,

Susahnya ramai yang cakap OK,otak KO.

Abang Long said...

Hahahaha ... tiba - tiba teringat cerita dalam Majalah 3, tentang Istana Bahagia .... hihihi

Tabib Haji Norjae said...

Lebih dahsyat kalau ada pemimpin yang ber otak KO

Kak Elle said...

sambil duduk dlm kete menunggu anak2 cik rina sempat memerhatikan keadaan di keliling ye?hehehe

aintsuperwoman said...

Ingat tak I cerita kat you dulu, masa dalam bas, I jumpa orang yang cakapnya OK tapi rupa2 otaknya KO !! Hahahahaha.....

`makcik ni sebenornya dulu nak dikawinkan dgn anak Sultan Perak!!!'

`duit makcik ratus2 ribu kat dalam akaun, makcik tak ambik sesen pun lagi'

`sshhhh....adik jangan bagitau orang ye...makcik ni sebenornya anak angkat Sultan Kedah!!!'

Adoii, I will never forget this happening......

Zaitun said...

Kalau dah bercakap pun ko selalunya otak pun ko.Kak Zai rimas dengan orang yang kononnya pandai bercakap tapi bila ditanya lebih lanjut tersipu2 (banyak yg tak tahu).

babazahra' said...

saya tahu pakcik ngan makcik tu tengah cerita pasal budak jatuh jambatan gantung. confirm punya. kena pulak pakcik tu x suka dengan 1Malaya, makcik tu pulak satu parti dengan Haji Hadi. Meletup lah. tak percaya cuba tanya kt diorang esok.

sya said...

Kalau otak ok.. cakap ok.. yg cakap tak ok bila otak tak ok gak.. tapi adakala otak ok.. ckp lak tak ok.. bila otak tak ok semestinya cakap tak ok..

apapun.. jgn KO dah

CikguZue said...

dlm dunia ni ramai yg pandai cakap. yg otak tak ok, lagiiii byk cakap. tak caya, jom ke tjg Rambutan. hihi...

Helena said...

hehe.... maybe betul ckp babazahra....

helena suka dgn budak2 yang pandai cakap. Selalu Helena perati kan esp budak2 tadika. dalam hati helena mesti nanti dia power bila masuk sekolah.

Tapi sayang tak semua macam tu. Ada jugak yg masuk sekolah, dan menonjol. Tapi mostly, setakat pandai cakap kosong. Duduk pun kelas belakang. Mana silapnya kan? Mungkin parents tak dedahkan pada positive environment? Sayang sangat, keperibadian tu dah ada.

Helena teringin nak anak2 berani dan pandai cakap mcm tu, tapi sorang pun anak helena tak macam tu.

Tapi Helena perasan sgt one girl ni, pandai sangat bercakap. Tapi duduk kelas belakang la. Gaya dia sebijik macam mak dia yg memang terkenal suka pot pet and anyam ketupat.... hehe

zino said...

ada yg cakap tak serupa bikin hehe

silversarina said...

abang long,

Akak tak tengoklah kisah tu , nanti nak cuba tengok dalam tv3 online .




THN,

Memang ramai pun :)




kak elle,

Tunggu awal jugak sebab parking limited, tu yang perati je gelagat orang

silversarina said...

asw,

Ha ah cerita tu... memang KO lah makcik tu ye ...hihi.





kak zaitun,

Itu lagi bengang,nak tunjuk pandai , yang taunya berlagak masa bercakap .





babazahra',

Memang berapi perbualan makcik dan pakcik , sah menyalahkan pihak timbang kati ...hihi.

silversarina said...

sya,

akhir zaman ni makin ramai yang otak KO ..hahah.





cikguzue,

Dulu uncle akak keje kat hospital bahagia TR , kami selalu jugak ziarah pesakit2 tu, ramai jugak yang bijak bercakap macam orang betul ...kesian pulak tengok.





helena,

Budak kecik memang kita galakkan untuk berani ke hadapan tapi bila dah banyak cakap otak kurang mulalah naik geram kita dibuatnya (akaklah ).

helena bertuah punya anak2 yang berani ke hadapan, kecik2 lagi dah ke hadapan dan otak semuanya ok, Alhamdulillah . Semoga mereka semua cakap ok dan otak terus kekal ok InsyaAllah..