Thursday, November 19, 2009

titis-titis hujan & senyuman

Walaupun hujan tak berhenti sejak semalam, hati ni rasa happy je sebab hari ni hari terakhir sekolah bagi tahun ini. Ini juga bermakna bukan saja anak2 bercuti , saya juga bercuti dari menjadi drebar menghantar dan mengambil anak2 pergi dan balik sekolah. Begitu juga dengan anak2 , belajar hampir setahun , memang kena cuti dan rehatkan minda buat seketika .

Walaupun begitu esok kena ke sekolah lagi sebab ada Hari Anugerah Cemerlang dan Mimi terlibat . Final exam baru ni dia dapat no 3 . Memang bukan rezeki dia untuk dapat no 1 / no 2 , dia pun kata dah tak de rezeki. Kena cuba lagi tahun hadapan .




Lagi satu buat saya happy sebab minggu depan dah nak raya haji. Walaupun darling tak balik masa raya tapi yang buat saya gembira ialah Zaid dan family akan merayakan raya haji bersama kami di sini. Rindu pada cucuku akan terubat jua InsyaAllah , tak sabar dah rasanya , dah beberapa kali mimpi tentang Umair .

Semua yang dinyatakan di atas buat saya tersenyum sendirian .... titis-titis hujan terus membasahi laman rumah ku ..... sejukkkkkkkkkk .



10 comments:

Zaitun said...

Tahniah buat MImi itu dah kira bagus.

Kak Zai pun suka bila cuti sekolah ada assistant buat kerja rumah.

Hari raya sakanlah Rina kali ni ada cucu pengubat rindu.

FaAtip said...

teman baru nak baca chatbox. hehehe

silversarina said...

kak zaitun,

Semoga Umair mahu dengan wanmommy ..hihi.




asw,

technician kat obersee tu tolong selesaikan masalah tu.

FaAtip said...

technician mana yang terror tu? ukraine, korea or abu dhabi? boleh le kongsi ilmu tu, kang kot2 i pun kena! hehehehe

maklang said...

seronokkan hujan hujan ni...cuma jangan banjir harap2nya...

zue said...

tahniah buat mimi...wah cuti pjg jadi driver.

Zareda Norman said...

tahniah buat mimi

dah cuti sekolah ni nak eksport Zulaika ke kampung ler.. ehheheh

kak anie said...

Salam Rina...alhamdulillah tahniah buat mimi...takpe nanti tahun depan boleh berusaha lagik...

Semoga hujan takkan berlarutan hingga menyebabkan banjir...

Amboi!! Seronok ye...zaid nak balik...

silversarina said...

asw,

adalah, dia dah ajar I pun .





maklang,


kami memang suspen kalau hujan tak henti .




zue,

TQ. drebar cuti tapi merayau ke tempat lain boleh on lagi :)

silversarina said...

zareda,

Selamat bercuti buat Ika, dia nak tak pe, ni anak2 akak memang takkan nak nya duk kampung tanpa akak ada .... kampung pun dah tak de sebenarnya .





kak anie,

tak sabar nak tunngu minggu depan nak kerjekan cucu ..hehehe.