Tuesday, November 24, 2009

bagi peluang enjoy puas-puas .





Kejap dia baring atas sofa tonton cartoon " word world " lepas tu "Shaun the sheep " lepas tu " Higgly town heroes " lepas tu " The Mickey Mouse Club " lepas tu tu, lepas tu, lepas tu all cartoons di disney channel .......


Lepas tu main art class pulak , cari gambar dalam majalah "ana muslim " dan "sayang muslim " start melukis wajah2 dan gambar2 dalam tu , lepas tu colour , lepas tu buat kad untuk sesiapa yang dia suka , hampir tiap hari saya dapat kad " I love u " dan yang paling besar adalah bersaiz manila kad . Jemu atas kertas, dia ke pc pulak , lukis lah, edit gambar lah , tonton upin ipin kat youtube lah .





Kadang2 main "Dress up Dolls " hadiah birthday dari Maya dan solve puzzle " Princess" hadiah birthday dari Sofie . Lepas tu main "Tumbling Tower " sorang-sorang .Nak main kat luar hujan dan lagi satu tak de kawan , yang ramai di sini kanak2 lelaki . Memang dia tak de kawan .






Kesian pun ada kat Maksu Mimi ni .

Pagi ni nak keluar beli mainan baru . Biarlah macam kanak2 pun mainan ni (memang dia kanak2 !! ) tapi dia nak main building bricks pulak ( dulu masa kecik main dah , ni dah hilang ke mana ) . Tanya dia nak hadiah exam ap , dia kata taktau nak apa, kiranya mainan ni nanti sebagai hadiah exam dia .


Buat masa ni saya biarkan aje dia enjoy main sepuas-puasnya , tak nak bagi dia tengok buku belajar lagi , biar dia rasa cuti ni dia happy .

10 comments:

Zareda Norman said...

kak rina

anak dara saya pun gitu, tidur larut malam main games main sms. Belikans egala majalah yang dia nak dan paling bes akan eksport dia ke kg seminggu..

Fuh.. cuti sakan dorang

Mak Su said...

yeah! enjoy :)

zany said...

kak rina, bukan anak kecik macam mimi je dengan kartun, anak bujang saya pun masih dengan kartun2 semua tu. ni PS2 dia kong, lagilah mati kutu. bola futsal pun pecah, macam tau-tau tahun depan nak exam. kena kerah buka buku je, budak rajinlah katakan.

Zaitun said...

Samalah macam yang kat rumah ni tv,laptop lepastu tidur.Makan nasi kena paksa jawabnya segala apa yang ada kat McD,7eleven baba dia angkut.

silversarina said...

zar,

hujung tahun yang sejuk , bagilah mereka lakukan apa yang diingini ...apalagi kalau tak....main :)




Mak Su,

Hoorayyyy !!




zany,

Rasanya kalau cuti tak main puas2 mesti rasa terkilan nanti . Izzat tahun lepas memang hantar dia tuition untuk lesson tg 3 tapi sebelum tu round JJ dulu , baru boleh masuk gear study musim holiday :)





kak zaitun,

Amboi.. lagi sakan manja ye , cuti nilah masa nak layan anak2 , biar mereka puas hati sewaktu cuti.

Mama Rock said...

especially untuk mimi...rehatkan mida, enjoy your holidays!

aintsuperwoman said...

nanti kalau mimi dah boring buat benda2 tu semua...i syorkan, ajak mimi main masak2 kat dapur !! hehehehe......potong sayur, tumbuk bawang, basuh beras, cuci ikan...hehehe

PINATBATE said...

seronok kan jadi kanak-kanak zaman sekarang..masa saya kecik dulu, asal cuti jer mak suruh tolong dia masak,jaga adik,sapu sampah..alahai!
paling best pun kalau dpt pancing ikan atau main pengantin-pengantin dgn sepupu..hahah!

Abang Long said...

Tok budak - budak belanja main futsal. Dengan anak - anak dan dengan bapa - bapa masuk gelanggang, puas hati dapat sepak bola ... tok jadi penjaga gol .... hahahahaha ....

silversarina said...

mama rock,

Mimi kata thank you .Mimi happy sangat cuti .






asw,

Main masak2 dia kurang minat sejak kecik , dia amat minta kertas dan kaler :)




pinatbate,

Akak pernah jaga adik (sorang je adik ) dan adik jatuh bawak basikal kecil , akak yang kena marah teruk dengan abah . mana lah nak tengok adik sebab akak pun kecik lagi tengah nak main masak2 dengan kawan2 :)






abang long,

hebat tok budak2 tu, siap jadi goalkeeper lagi tu... cuti ni memang best sebab dapat buat macam2 ... salam aidil adha buat abang long dan family.