Tuesday, November 17, 2009

KUCING

Harini cerita pasal kucing sebab ramai juga bloggers yang bela kucing .

Walaupun masa darjah 1 dulu saya pernah masuk radio Sarawak dalam rancangan kanak2 , saya nyanyi lagu "Kucingku Belang Tiga " , tapi hakikatnya saya tak pernah suka kucing .

Saya tak gemar kucing, geli dan kadang2 takut kucing . Kira macam kami sekeluarga geli kucing kecuali Zaid yang pernah bela kucing masa di Jordan . Arwah abah saya dulu memang tak suka kucing tapi kucing tersangatlah suka datang rumah , entah dari mana . Abah akan bagi makan dan akan 'ekspot' kucing tu ke pasar2 yang berdekatan sebab memang kami takut kucing .




Entah macamana pada awal tahun 80an dulu abah tergerak hati untuk membela seekor kucing berwarna perang yang dibawa balik oleh kakak sulong saya dari kolej dalam keadaan lemah dan kurus kering . Kami namakannya blue/biru sebab matanya biru . Sayang sekali Blue mati semasa saya berada di US. Lepas tu kami tidak pernah membela kucing lagi hingga kini.

Semasa tinggal di Bakau Tinggi di Kemaman ni memang kucing selalu jugak bertandang ke rumah kami . Pernah sekali kami juga 'ekspot' kucing ke pasar kemaman tapi amazingly kucing tu balik semula ke rumah kami selang sehari lepas tu. Entah macamana ia tau jalan pulang. Entah2 ada yang 'ekspot' balik kucing tu rumah kami .

Semalam lepas ambik anak2 balik sekolah kami ke pasar Binjai untuk beli sedikit makanan dan kuih-muih untuk minum petang . Biasalah pasar memang ada kucing. Masa nak beli kuih adalah seekor anak kucing berwarna perang+putih yang gesel2 di kaki Mimi.Mimi dah lari ke kiri kucing tu ikut ke kiri , saja macam nak main sedangkan Mimi teramatlah takutnya kucing . Lepas tu kucing tu lari kepada pelanggan lain. Masa masuk kereta untuk pulang ada seorang wanita ni yang kereta dia parking sebelah kereta kami tiba2 turun dan menuju ke arah pasar tadi yang hanya beberapa meter dari kereta . Dia balik semula membawa anak kucing perang+putih tadi , terus masuk kereta dan berlalu pulang .

Saya bagitau Mimi lain kali kita ke pasar Binjai tak de dah kucing kenit tu untuk gesel2 Mimi lagi dan untunglah kucing tu sebab ada yang sudi mengambilnya tinggal bersama .

Sesuatu yang kita tidak suka tidak bermakna orang lain juga tidak suka . Allah jadikan manusia ini berbeza-beza dari pelbagai sudut . Walaupun begitu dalam bab kucing ini walaupun saya tidak suka kucing tapi kalau kucing datang rumah saya akan bagi juga makanan tapi nak jemput masuk rumah ....sorrylah ye ......

16 comments:

AyunasiA said...

saya pon tak suka kucing. tapi, kan kucing ni haiwan kesayangan Rasulullah. jadi, rasa macam bersalah pulak. tapi, nak buat macamana? nak paksa diri suka kucing memang tak boleh lorrr...

maklang said...

maklang pun tak suka kucing...tapi dulu2 pernah bela kucing parsi...sampai menangis bila dia mati..

bila dah bersuami dan suami geli kucing, kita pun ikut geli dah sekarang ni...

tapi yang pelik nya, tiap tahun, pasti ada kucing beranak kat rumah ni..kadang sampai 2-3 kali. Tak tahu kucing dari mana. Infact, last week pun ada kucing beranak..maklang tak tengok pun sebab lagilah geli tgk anak kucing!

aintsuperwoman said...

oo..kucing ni sebenarnya cute tau. I suka kucing (walaupun dah lama tak bela kucing). Dekat Taman Islam, ada kucing we all bela namanya Fox. Tapi mati sebab ada kucing jahat kacau. Masa kecik dulu nama kucing I, Fetzi, Panjang, Pendek, Jahat, Grik (sbb apak ambik dalam hutan Grik).

Sekarang nak bela kucing boleh tapi :-

1. jantan
2. kulit tak meremang
3. tak pancut sana sini, berak sana sini
4. tak suka kais2 bulu, tak rosakkan kusyen.
4. aktif bukan jenis lembabbbbbb...

heheheh

Zareda Norman said...

sekarang ni zar bela dua anak kucing, comot dan blackie. Blackie ni hitam pekat bulu dia, tapi gebu.. paling nakal, paling suka buat kita marah tapi paling kami sayang sebab dia pandai amik hati zar.. dah kita marah marah dia akan datang gesel gesel dan pandang kita dengan penuh perhatian... sayangnya kat dia.. ehhehhe

cikMilah said...

saya & anak-anak suka kucing tapi tinggal di sarang merpati ni tak sesuai nak bela..:)

um. masyitah said...

Salam Kak rina;
Terkejut jua saya baca tajuk entry akak kali ni yang terpapar kat rumah saya.
Kucing suka datang rumah akak mungkin sebab kucing ni tahu kot tuan rumah ni berjiwa penyayang walaupun tak suka kucing.
Kami baru berpindah di Kuantan ni. Saya terkejutlah amat bila ada kucing-kucing dah tunggu dah balkoni belakang.Suami dah warning awal2 jangan bagi kucing masuk,sebab dia tak suka kucing.Hu huu

SoFie NuR said...

tu laa..nak bela kucing idak laa...kat sini ramai yg bela kucing..sekadar main2 ok la...hihi

silversarina said...

AyunasiA,

kak memang gli dan takut, nak2 yang suka cakar2 dan gesel2 :)



maklang,

Anak kucing boleh demam saya sebab takut , lagi kecik lagi geli.

Kena buat rumah kucing tu sebab senang mana2 kucing nak beranak boleh beranak kat rumah maklang , kucing pun tau nak tumpang beranak kat rumah besar ..hehe.




asw,

EEii tak le , lagi banyak kucing lai takut, nak buang tahi lagi ... memang takkan bela kucing .

silversarina said...

zar,

syukur , zar suka kucing , kalus emua macam akak memang kesian betul lah kucing2 kat dunia ni .





cikmilah,

Ingat masa kat US, da kawan kami sorok2 bela kucing dalam apartment, nasib dia baik sebab tak de siapa komplen kat landlord dan nasib dia bukan roommate saya :)





um. masyitah,

Memang kucing2 tu tunggu tuan baru kot .. tak boleh masuk rumah bagi makan jelah kat luar... hihi.

Dah pindah Kuantan, mungkin satu hari nanti kita dapat bertemu InsyaAllah.

Zaitun said...

Saya pun tak suka kucing tapi hubby dan anak2 minat sesangat,Sanggup buat banglo untuk kucing(pondok)beli bakul untuk tempat tidur dan macam2 lagi.Kalau Mimi ada siap rebuskan ikan katanya kucing pun teringin nak makan makanan lain selain friskies.

silversarina said...

kak zaitun,

Oooo sure kucing kat banglo kucing tu paling bahagia ,kalau ada yang membelai dan menjaganya tak pe walaupun kita tak suka . eeemmm siap rebus ikan lagi tu , pumyalah sayangnya , bagus, bagus.

Kak Elle said...

rina saya dr dulu mmg geli dgn kucing juga tapi bila berjumpa grapy hati ni terbuka dan terus menjadi berani memegang dan membelai nya....

meowwwwwwwww

silversarina said...

kak elle,

maknanya perasaan boleh berubah bila kena pada tempat dan ketikanya , entah bilaakan tiba masa untuk saya suka kucing tapi rasa tak nak lah , eeeiii geli lah .

zany said...

kami sekeluarga memang suka kucing. paling ketara anak saya, di mana pun dia jumpa dia akan stop dan tengok kucing tu seolah2 tegur kawan dia. tak kiralah comot ke apa. saya pilih juga sebab2 kesihatan dan kebersihan tapi dari satu sudut kucing ni boleh jadikan anak kita penyabar dan lebih lembut tingkah laku (tak kasar)

en_me said...

me teringat ada orang melayu ponn bela anjingg ghitewww.. uhuhu

silversarina said...

zany,

Entahlah, kami ni semua penakut kucing , it's actually lebih kepada geli dari si ayah , emak sampailah ke anak .





en_me,

Itu mungkin ada pendapat sendiri tentang bela anjing tapi akak kalau nampak anjing jauh lagi dah kencang je jantung berdegup .