Friday, January 29, 2010

semoga dijaring erat

Selepas SPM masing2 membawa diri ke alam IPT samada di dalam mau pun di luar negeri , perhubungan bersama rakan-rakan seakan-akan padam ditelan arus masa, suasana serta lokasi yang sukar ditagih kembali hingga kini .....

Waktu persekolahan di peringkat menengah adalah saat terindah yang sukar saya padamkan dari ingatan walau telah berlalu hampir 28 tahun lamanya . Di sana kami bebas beraktiviti tanpa hadirnya pelajar berlainan jantina (all girls school ) . Saat paling manis bila sambutan hari guru terutamanya kami hadiahkan persembahan pentas yang terbaik pernah kami jalankan , khas buat guru2 tersayang . Tarian adalah kegemaran saya . Saya selalunya sebagai penari wanita dan partner saya H akan jadi 'lelaki' .... sungguh seronok bila dapat bergerak mengikut rentak joget, zapin dan inang tanpa gusar akan bersentuh dengan lelaki sebenar kerana kami semua perempuan . Bahagian lakonan pula saya selalunya lebih suka jadi pengarah sebab bab nak berlakon saya kurang jadi tapi bab menunjukkan aksi lakonan , itu bidang saya ....

Masa PJ / PE paling tidak digemari .. kena pakai shorts hitam , itu satu hal ... T-shirt putih yang tak tebal mana, itu satu lagi hal ... hal paling besar sebab apa tak suka PJ ialah gurunya yang teramat garang macam singa lapar ... tiap kali PJ memang rasa nak ponteng aje , I never enjoyed my PE lesson .

Masa berlalu .. setahun, 2 tahun .. 10 tahun ... masuk 28 tahun sudah ianya berlalu... walau ada yang sekampung , namun sukar mencari ruang dan ketika untuk bertanya kabar .....


Facebook telah menemukan kami rakan sepermainan , sekelas, se sekolah .... betapa ku rindu wajah2 ceria itu dan bila dapat tahu status mereka kini , hati melonjak-lonjak untuk bersua muka kembali ...

Semoga persahabatan yang terputus angkara tidak ambil berat dari diri saya sendiri dapat dijalin semula , dapat dijaring erat semula InsyaAllah .

7 comments:

tajnur said...

Salam Yong!
Bagi mengkome ompuan mmglah saat yang paling seronok adalah alam persekolahan tetapi bg kami lelaki lambat sikit dewasa dan kematangan baru merasa seronok wkt diIPT. Disekolah kami merasa mcm budak2sikit lgpun rata2 org2 dulu lambat sikit kematangan akalnya! DiIPTlah tempat nak tunjuk kedewasaan dan ketokohan sbg `gentleman and hero in everything` Sayangnya masa berlalu dgn begitu pantas sinonim dgn zmn kanak2! Apakandaya masa tak akan kembali....

Hajah Zainab bt Abdullah said...

sarina,

nostalgia! kak nab pun tak suka PE. have to wear shorts! PE teacher tu...mrs chadwick...garang yang amat!!

SoFie NuR said...

kejap je kan masa berlalu...bila la ade kesempatan nak jumpa kawan2 lame lagi...

purpleyats said...

Salam Sarina....
Saya lebih nostalgia dgn kawan-kawan dan pengalaman di US. Yelah, masa tu terasa masa yg mendewasakan..hidup sendiri, pengalaman baru, cuaca baru, tempat yg totally new, travel across US sesama students....memang seronokkk !!kalau le boleh go back to Sept 1983..hehe...memang nostalgic bila kenang balik..sebab tu bile ter"find out" yg you ni pun sama batch, pas tu dah ada cucu lak...terasa sayu le pulak, it has been so long, my batch (walaupu tak satu U) dah ada third generation(cucu)....my group pun pun ada some yg masih contact and some dah lost contact terus...
Eh panjang lak tulis ni..
BTW do you happen to know Pon bt Ishak? Quite popular masa orientation kat UM dulu....kot-kot ingat le..

maklang said...

memang seronok kalau ingat masa sekolah..Alhamdulillah buat saya kerana kami masih kontact mengcontact..bila jumpa memang gamat sekampung!

silversarina said...

tajnur ,

kalau nak banding sekolah menengah dengan IPT memang I lebih suka sekolah sebab everything was fun .... bila masuk IPT kita mula nak dewasa dan kena lalui pelbagai rintangan dan kena deal segalanya atas diri sendiri, dah tak de mak dan abah tempat mengadu sebab jah (US ) , tapi saat manis di US memanglah teramat banyak .. kalau boleh nak duduk sana samapi bila2 :)





hajah zainab,

kenapa lah ramai jugak cikgu PE yang garang , sepatutnya itulah period untuk hilangkan tension belajar !

silversarina said...

sofie,

kalau balik cuti ada peluang jumpalah sahabat2 lama agar hubungan tidak terputus .





purpleyats,

Betul tu , tatkala tiba di US semuanya indah ... tapi ada jugak yang pedih dan pahit di sana yang mendewasakan saya sendiri .. yelah di sana saya bertemu teman sahabat2 baru , teman karib, teman istimewa, suami dan lain-lain . Tapi kalau boleh saya nak zaman sekolah diulang kembali...

pon ... macam pernah dengar nama tu .... lama sangat dah ...

thanx sebab rajin menjengok saya di sini .





maklang,

saya yang tak endah sebab balik kampung selalunya sekajap dan tergesa-gesa, ke sana ke mari , jumpa sedara-mara dan memang tak sempat nak melencong bertanya kabar beriaa rakan2 lama.