Wednesday, December 31, 2008

Entah mengapa ............

Dah 2 hari mood blogging agak kurang , entah mengapa dan kenapa .............

Hari ni darling balik ke UAE dan akan jumpa lagi hujung January, InsyaAllah.

Buat masa ni tinggal berdua dengan Mimi sebab Izzat ke group study di Kerteh. Petang baru balik. Masing-masing bersemangat untuk meraih keputusan cemerlang dalam PMR tahun depan sebagaimana sahabat-sahabat mereka yang baru dapat keputusan semalam. Tahniah buat mereka yang cemerlang dan bagi yang kurang cemerlang cuba pertingkatkan usaha dalam mencapai kecemerlangan di peringkat SPM kelak.

Petang kelmarin malas nak keluar ke mana-mana sebab hujan dan sebab lama dah tak berchatting di YM saya sempat bersembang dengan beberapa orang yang sudah lama saya tidak berhubung. Bila dah berchatting memang selalunya da je perkara lucu yang diceritakan > Mulalah saya tersenyum sorang-sorang dan darling I pun agak 'jeles' bila dia cakap I masih senyum sorang-sorang sebab I tak beri perhatian apa yang dia cakap. tak pelah bukan nya selalu pun I chat online . Masuk tahun baru mungkin kekerapan beronline bertambah sebab darling dah balik dan saya tinggal sorang sebelah pagi . tapi memang saya tak berapa rajijn chat mengechat ni .

Apapun, selamat mengharungi tahun mendatang dengan semangat lebih kental untuk menjadi manusia yang lebih berwibawa dan cemerlang dunia akhirat, InsyaAllah.

Monday, December 29, 2008

Air mata Palestin di ambang 1430 ...........

Tahun Baru 1430 Hijrah disambut dengan bedilan roket dan peluru berpandu dari pihakIsrael ke atas Semenanjung Gaza Palestin . Sejak pagi lagi air mata saya mengalir tatkala membaca berita kekejaman tentera zionis meratah tubuh umat Palestin tanpa mengira usia dan jantina.

Sampai bila mereka terus diperlakukan sebegitu dan selama manakah mereka terpaksa berjuang berseorangan mengambil kembali tanahair mereka yang dirampas sejak sekian lama.

Video di bawah walaupun bukan dari serangan yang berlaku kelmarin namun cukup menggambarkan betapa tersiksa rakyat Pelestin ditindas sebegitu kejam.





Marilah kita doakan agar rakyat Palestin dimerdekakan kembali dan sinar Islam terus menerangi bumi suci itu. AMIN.

Sunday, December 28, 2008

Hijrah itu Pengorbanan

SELAMAT MAAL HIJRAH


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

( lirik dari lagu tema maal hijrah )

Saturday, December 27, 2008

winter sonata menggamit rindu

Petang yang suram dengan awan yang mendung menggamit rasa rindu pada pelbagai kenangan tatkala musim salju ketika mahligai bahagia dimeterai puluhan tahuh lampau . Walaupun hari ini bukanlah hari ulangtahun perkahwinan kami, namun cuaca dan musim sebegini membawa saya kembali mengimbau saat-saat kami meniti kehidupan dalam suasana sejuk dan salji memutih.

1. Malam kami membina sebuah rumahtangga , salji turun di seluruh bandar . Kami berbulan madu ketika suhu di luar di bawah paras beku dan salji turun tanpa henti. Saya yang amat gemar kepada cuaca sejuk serta salji mengucap syukur kerana malam itu saya rasakan seolah-olah salji turut merestui perkahwinan kami .



2. Anak pertama kami lahir ketika penghujung musim sejuk dan kelahiran yang belum cukup bulan diiringi dengan titisan salji di luar tingkap hospital. Betapa sedih hati saya terpaksa meninggalkannya di hospital sedikit terubat bilasaja terlihat terdampar hamparan putih salji di luar hospital dan di halaman rumah .



3. Hari kepulangan kami ke tanahair bersama dua anak kecil di bulan Januari juga diiringi titisan salji . Tak henti saya melihat dan melihat hamparan salji buat kali terakhir dan tanpa saya sedari airmata menitis sebak dan terharu kerana entah bila saya dapat ke sana semula . Entah bila saya dapat menyentuh salji memutih .

Itu kisah winter sonata puluhan tahun lampau ......

Alhamdulillah kami dapat menyentuh salji lagi selepas itu di negara berlainan . walau tidak sehebat dan selebat salji di masa lampau namun, syukur kerana masih diberikan peluang untuk saya merasai kesejukan dan nikmatnya salji . Ramai yang tidak gemar salji namun bagi saya salji adalah satu dari kurniaan Ilahi yang dapat menenangkan jiwa saya , cukup sekadar melihat ianya turun membuatkan saya puas dan ceria.

Salam winter sonata dari saya petang ini..... bestnya dapat pegang salji ketika ini ....


Ruang solat dan sifat pengotor

Pernah tak rasa geram dalam bilik sembahyang awam ?

Contoh tempat solat awam adalah di hentian rehat di highway , di komplek membeli-belah dan lain-lain tempat awam yang tersedia ruang solat.

Saya nak sentuh berkenaan ruang dan sifat pengotor pengguna ruang solat wanita .

Setengah ruang solat yang disediakan teramatlah kecilnya, hanya muat 3 orang dan berlaga punggung untuk memakai dan menanggalkan telekung . Bangunannya punya besar tapi ruang solat diberi ruang yang paling sempit . Contohnya di Giant Kuantan. Ruang kecil dan kain sembahyang bersepah dan disepahkan oleh pengguna. Minggu lepas saya dan mimi singgah solat di sini dan adalah this girl lepas solat terus tinggalkan kain telekung atas lantai dan mak dia buat taktau aje terus keluar dari bilik tu. Ada orang gaji ke nak lipat / sangkutkan telekung tu ? Dahlah tak bawak telekung sendiri telekung yang disediakan disepahkan aja atas lantai yang separuh basah di depan pintu masuk.

GERAM.....

Di atas highway pantai timur ruang solat amat selesa , besar dan bersih terjaga sentiasa. Pernah suatu masa ada sebuah bas singgah dan makcik-makcik dari Kelantan ( saya tau melalui percakapan mereka ) singgah solat . Ada yang bawa telekung ada yang menggunakan telekung yang tersedia. Lepas solat selamba je di 'perap' di 'peruk ' (bahasa perak ) tanpa dilipat dan disangkut di tempat yang disediakan .Apa salahnya sangkut semula telekung tu kan nampak kemas bilik solat tu.


GERAM..


Balik dari Kelantan baru ni singgah di sebuah masjid di area Setiu, saya tak ingat nama tempat tu. Ruang solat bersih dan besar. Ruang kosong sebelum ke ruang solat amatlah kotor, kitab lama dan frame ayat quran lama yang terperap atas almari kayu suang dipenuhi tahi cicak dan tingkap masjid penuh tahi cicak. Saya lama di ruang tu sebab tunggu mimi solat sebab saya cuti . Surah yaasin bersepah dipenuhi tahi cicak . Pelik betul , ruang dalam masjid kotor.

GERAM....

Paling kemas setakat ni yang saya jumpa adalah di Masjid Kristal KT . Walaupun tempat wuduknya 'sebatu' jauh dari ruang solat namun riangnya selesa dan bersih . Telekung semuanya disangkut dengan hangers dan telekungnya juga cantik dan bersih. Pandai pulak pengguna sangkut balik telekung tu di tempat yang disediakan . Rasanya kalau ada sorang yang lipat dan perap telekung nanti ramailah yang ikut. Setakat yang saya singgah hari tu telekung masih disangkut dengan baik dan kemas. Semoga masjid ini terus kekal cantik dan bersih, InsyaAllah.


Belum masuk bab tandas ......... tak payah ceriat semua dah tau ...bertambah geram....

Friday, December 26, 2008

Indahnya ciptaan TUHAN.

Entry ke 2 buat hari ini..... saat ni tinggal berdua dengan mimi . Izzat ke futsal court selepas solat Jumaat tadi dan darling ada di surau tolong ahli surau sembelih dan masak kambing untuk kenduri doa selamat malam ni di surau . Ingat nak bawak mimi ke swimming pool di kelab tapi hari gelap macam nak hujan ....tengok kalau kejap lagi masih tak hujan bolehlah pergi sekejap.


Masa cuti baru ni ada juga klik sana klik sini dengan klik-klik baru yang darling hadiahkan tu, bila balik tengok semula terasa betapa amat indah ciptaan Allah Maha Esa .

Antara gambar yang jadi feveret saya seperti di bawah... di Butterfly Farm, Penang ...











Nak kena ke kelab kejap... ada peluang hari cerah ... mimi nak berenang dan berendam.. kelas berenang start minggu depan, semangat dia nak belajar berenang .

Tudung Comel

Semalam ke Al Amin daftar Mimi dan Izzat . Macam biasa sekolah swasta bila mendaftar memanglah banyak kena keluarkan $$$$ tapi semuanya disediakan di sana termasuk baju seragam (sebab lain dari sekolah biasa ) dan buku teks. Pendaftaran kali ni mudah dan cepat, guna counter ikut nama keluarga, Anuar kena uruskan di kaunter A , selesai bayar yuran, baju dan buku, hanya pergi ke kaunter baju dan buku bagi resit tak lama lepas tu semuanya dah selesai .

Al Amin Kemaman

Balik semalam Mimi mula menggayakan baju sekolah siap dengan kasut sekolah sekali serta jam tangan biru muda sama warna baju sekolah . Tak sabar lagi dah dia nak masuk tahun 1 . Dah besar rupanya baby saya yang baru je rasa saya melahirkannya 6 tahun lalu.








Cakap pasal Mimi , memang dia suka bergaya, pakai baju kena match dengan tudung . Masa balik raya dan JJCM baru ni ramai yang suka dengan tudung Mimi yang menurut mereka comel dipakai oleh kanak-kanak sebab nampak ceria . Kakak ipar saya siap tanya kat mana beli tudung sebab dia nak belikan untuk cucu dia yang selalu merengek nak tudung cantik. Saya bagitau nanti saya balik Kemaman saya akan beli dan poskan pada kakak ipar saya tu.








Masa kami breakfast di hotel di KL , tiba-tiba datang seorang lelaki yang lebih kurang usia kami ke meja kami. Saya ingatkan kawan hubby sebab kalau pergi jalan ke mana sekalipun ada saja kawan hubby yang akan tegur ( famous jugak darling I ni ) . Tengok hubby pun tak kenal aje. Rupanya lelaki tu dari Singapura dan hanya bertanya di mana kami beli tudung yang Mimi pakai . Kami kata di Kemaman . Dia kata cantik dan dia pun nak cari tudung untuk cucu-cucunya di sana. Saya kata tak pe , nanti balik Kemaman saya belikan sebab murah aja . Bagi alamat saya akan poskan. Terus dia keluarkan RM20 untuk kami belikan tudung tu. Saya kata tak pe, tak payah kira saya hadiahkan aje tudung tu nanti sebab memang murah je. Dia beria-ia suruh ambil jugak wang tu dan dia kata kalau tak nak ambik duit tu untuk beli tudung bagi je pada Izzat dan Mimi. Dalam hati saya baru kenal terus dah keluarkan wang , memang dia ni percaya betul kat kami . Dia terus tinggalkan wang tu atas meja kami.



2 hari lepas tiba di Kemaman saya ke Centre Point dan beli 10 helai tudung kecil pelbagai warna untuk diposkan kepada kakak ipar saya dan juga encik dari Singapura itu. Semoga cucu-cucu mereka gembira dapat pakai tudung comel tersebut.

Wednesday, December 24, 2008

Kelantan Menawan



Berada di Kelantan tak kira samada di zon Kg Tok Sangkut atau zon tak sangkut memang sentiasa menyeronokkan . Rasa macam nak pindah duduk di sana , saya dah book tempat tinggal yang amat selesa sekiramya saya berpindah ke sana , di atas bangunan yang tertinggi di KB yang di bawahnya siap ada shopping arcade termasuk kedai makan yang pelbagai. Senangnya, tekan lift turun bawah terus jumpa tempat makan dan shopping. Saya bagitau darling tiap minggu boleh pergi kuliah Tok Guru Nik Aziz. Darling saya kata nanti bukan kuliah yang diikuti, Pengkalan Kubor yang diulang setiap minggu . Jadinya bab pindah randah ni hanyalah angan-angan saya , huhuhu.



Kami mula berulang-alik ke Kelantan sejak December 1995 iaitu sejak mula Zaid masuk sekolah Tahfiz Al Imam International Institute . Oleh kerana Zaid masa tu masih di sekolah rendah kami berulang-alik setiap hujung minggu dari kemaman ke KB. Bila dia dah besar sikit kami ulang jengok dia 2 minggu sekali dan bila dia lagi besar kami ke sana 3/4 minggu sekali sehinggalah dia habis belajar . Rasanya kalau nak kata kami kenal orang Kelantan memang kami kenal banyak budaya dan sifat mereka melalui pengamatan dan juga rakan-rakan yang kami dampingi.



Rata-rata saya dapati orang Kelantan rajin berniaga, mereka menjadi kaya hasil sumber dari perniagaan yang juga sunnah Nabi Muhammad saw . Ke mana saja kita pergi di Kelantan ada saja yang mereka jual . Wanita mereka lebih advance , masing-masing suka berniaga dan kalau ke Pasar Khadijah atau ke pusat jualan yang lain , rata-rata penjualnya adalah wanita. Mereka pula berani menzahirkan koleksi barangan kemas yang memangnya banyak yang boleh dilihat di pergelangan tangan dan juga rantai leher yang kelihatan juga di bawah tudung.


Sahabat kami yang tinggal dalam zon Kg Tok Sangkut juga adalah dari keluarga yang berniaga sejak sekian lama. Mereka merupakan pembekal barangan kepada peruncit-peruncit di sekitar zon tersebut, emak dan kakaknya ada restoran yang tak pernah lekang dari pelanggan kerana tempatnya amat strategik. Bapa saudaranya adalah tuan tanah kepada deretan kedai di sekitar zon tersebut.

Hari tu ada saya sebut saya nak ada beli buku bertajuk " Jutawan Senyap " , saya rumuskan di Kelantan memang terdapat ramai jutawan senyap hasil perniagaan masing-masing.



Saya juga amati sejak sekian lama wanita Kelantan kebanyakannya cantik-cantik belaka tetapi tidak kaum lelakinya ( maaf ye , bukan tak lawa tapi kurang lawa ) , tapi itu yang saya rumuskan. Saya kata pada darling datang Kelantan saya rasa saya yang paling hodoh sebab dikelilingi ratu-ratu Kelantan. Memang mereka cantik-cantik , kulit halus dan wajah putih gebu.

Akhirnya saya rumuskan kalau saya nak jadi ratu saya rasa saya kena pergi ke Kenya atau Ethiopia ...gamaknya bolehlah kot saya jadi 1st / 2nd runner up, johan kekal milik orang sanalah ...hehehehe.

Kelantan tetap Menawan sejak sekian lama.

Tuesday, December 23, 2008

Zooommmm ke zon ini....

Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen berkenaan "Anak Lelaki Derhaka".. semoga kita dijauhkan dari sifat tersebut dan menghargai ibu dan bapa yang tiada sempadan jasa mereka dunia dan akhirat.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Alhamdulillah...best dapat JJCM tiga hari ...... kami berJJCM di zon di bawah...




Semasa berada di zon di atas kami sempat merasa makanan-makanan di bawah....








Dalam zon ini juga kami sempat menghadiri Wacana Perdana di bawah....










Kami juga sempat melakukan aktiviti seperti di bawah...











Sebelum pulang kami sempat ziarah masjid di bawah.....










Itulah antara JJCM kami ke zon Kg. Tok Sangkut... kat mana tu ?????

Saturday, December 20, 2008

Anak lelaki derhaka .....

Pagi ni bangun awal sebab tido awal. INgat nak update lepas JJCM nanti tapi bangun pagi tadi rasa nak tulis sesuatu yang boleh dikongsi bersama dan difikirkan bersama sementara saya ber JJCM mulai jam 8 pagi nanti.

Malam tadi sebelum tido adalah satu panggilan talipon dan dia mengadu kisah yang menyakitkan hati ini :

Ada kakak ni yang kematian suami dan kini menjaga ibunya di samping seorang bibik yang tinggal bersama. Baru-baru ni bibiknya demam teruk dan kakak ni nak bawak bibik ke klinik. Masalahnya ibunya yang telah uzur amat sukar untuk bergerak dan tidak wajar ditinggalkan berseorangan. Rumahnya pulak tiada jiran yang dekat. Kakak ni called adik lelaki dia yang tinggal 40minit dari rumahnya untuk meminta bantuan menemankan ibunya di rumah sementara dia membawa bibik ke klinik . Tau apa jawapan yang diterima oleh kakak ni dari adik lelakinya ???

"That's not my responsibility . "

Kakak ni jadi hangin dengan sikap adik lelakinya yang sememangnya tak pernah berubah dari muda . Saya yang kenal dia pun memang menyampah dengan perangainya .Macam-macam kakak tu marah pada dia . Dia pernah kata yang maknya hanyalah seperti orang gaji. Dahlah dia tak pernah nak offer jaga maknya yang uzur, wang pun tak pernah sesen sampai pada maknya. Entah apa punya anak lelaki. Saya kata bukan anak lelaki , anak durhaka sebab tu hidup tak pernah tenang dan senang. Kakak tu bagitau lagi kalau sebelah isteri dia sanggup dia berulang-alik sejauh 3 jam perjalanan sehala .

Akhirnya kakak tu called sorang lagi adik lelakinya yang sangat sibuk di akhir tahun atas bidang tugasnya yang juga tinggal 40 minit dari situ, datanglah adik ini menemankan ibu yang uzur sementara kakak ni bawa bibik ke klinik.

Panas telinga saya bila tau hal macam ni berlaku . Kalaulah saya jadi kakak ni memang mengamuk sakan saya .................





salam cuti-cuti malaysia buat semua.....jumpa lagi....








Friday, December 19, 2008

Ole-ole dari Singapura

Salam pagi Jumaat yang penuh berkat InsyaAllah.

Ramai yang nak resipi maqlubah , nanti next entry saya tulis tapi rempahnya memang tak de di Malaysia . Sapa-sapa yang benar-benar nak cuba resipi ni saya boleh kirimkan sedikit rempah , ....emel nama dan alamat ke ....silversarina@yahoo.com ...free of charge...dapat kita kongsi masak dan makan, Alhamdulillah.









Sebagaimana yang dijanji semalam saya nak tulis tentang hadiah yang saya terima dari kakak nurse dari Singapura. Memang umum tau kakak kita ni suka mengait, serba serbi dikaitnya bila ada kelapangan dan hasil kerjanya memang penuh seni. Disebabkan saya juga ada cucu, maka cucu saya lah yang paling beruntung sebab ini kali ke dua Umair terima hadiah dari groovygrandma.



Umair dan ibubapanya masih lagi di Rembau dan KL jumpa moyang, nenek, datok, pakcik makcik....sebelum balik ke Jordan tak lama lagi...rindunya kat si kecik tu...


Terimakasih banyak-banyak ye Queen L ..nanti pi cuti ke US bawak ole-ole lagi ye.....akak baik , akak cantik ( nak bodek ..hehehe ).




Semalam kami ke Kuantan, darling ada hal sikit dan kami sempat merayau lama juga . Malam nanti Izzat balik dari kem Juasseh dan pagi esok hingga Isnin kami akan JJCM lagi ...rahsia tempatnya tapi menurut rakan kami di negeri itu ada banyak tempat dia nak bawa kami lawati yang katanya pasti tak ramai yang tahu tempat-tempat yang patut dilawati tiu....

Bye... nak gi jalan lagi.............jumpa lagi .

Thursday, December 18, 2008

malam indah bersama .....

Pagi yang indah bermula dari malam yang pastinya indah diulit mimpi indah . Apa yang lagi indah sekiranya sebelum beradu diselimuti comforter dari Pengkalan Kubor , dikunjungi sahabat handai yang meriuh dan memanaskan suasana malam yang sedikit dingin. Itulah yang kami lalui malam tadi . Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke rumah .



mula-mula plan makan berhidang sebab hanya satu family kecil yang akan hadir..... tukar kepada buffet bila bertambah tetamu.......( memang tabiat saya akan set meja dengan pinggan kosong nak pastikan supaya cukup ruang dan peralatannya )



Mula-mula hanya sebuah keluarga yang menjadi tetamu , tapi last minit kami dapat tau sahabat yang sorang lagi juga ada meeting di Awana Kijal dan terus darling jemput mereka . Saya tak kisah sebab memang saya masak maklubah banyak sikit sebab nak bagi jiran. Jadi petang semalam plan nak bagi jiran ditangguh ke lain .


maklubah dalam periuk


maklubah dituang ke dalam dulang besar




maklubah dihidangkan atas dulang, cuma kami tak makan dalam dulang , makan atas pinggan masing-masing


Tiga keluarga bertemu , actually kali pertama buat saya bertemu mereka semua tapi buat darling memang kenal mereka yang hadir kerana pernah bersama bekerja di UAE . Jadi rancaklah mereka berbual dan saya pula dapat berkenalan dengan isteri-isteri mereka serta anak-anak. Darling saya sempat juga menambah juadah malam tadi iaitu satay ayam yang dibeli di warung satay berdekatan . Memang itulah menu segera setiap kali ada tetamu yang hadir sebab senang diperolehi dan sedap untuk dihidangkan. Kalau di KL memang kami akan order satay Kajang lah jawabnya.



Bagi yang tak pernah makan nasi maklubah , ianya memang mengenyangkan sebab dah lengkap di dalam nya dengan pelbagai sayuran dan ayam serta daging .Saya belajar masak maklubah tahun 1990an lagi dari seorang pelajar yang ketika itu belajar di Jordan dan waktu memang rajin buat , selalunya bila melawat zaid di sekolahnya di kelantan saya akan bawa rice cooker yang dah siap dengan maklubah untuk dimakan bersama di sana. Lepas tu masa di Jordan memang saya tak pernah masak nasi ni sebab senang diperolehi di restoran .






Begitulah meriahnya rumah kami malam tadi ..... best dapat bertemu kalian , macam raya pulak rasa....



next entry ada cute little gifts from ...oh uniknya singapura ....



Wednesday, December 17, 2008

Baru lega.....

Hari ni baru lega sebab selesai bab pakaian dan kemas mengemas selepas pulang bercuti. 2 hari menghantar pakaian untuk dikeringkan di kedai dobi kerana kurang cahaya matahari dua tiga hari ini.


Sejak semalam kami tinggal bertiga kerana Izzat telah pun berada di kem Juasseh sejak pagi semalam . Harap dia happy berada di sana bersama sahabat-sahabat dari seluruh Malaysia.







Malam ini ada sahabat darling nak datang rumah. Kebetulan anak kawan saya pulang bercuti dari Jordan dan bawa pulang rempah Maqlubah ( selain nasi mandi , nasi maqlubah juga terkenal di Jordan, mudah juga dimasak ) . Jadi saya bercadang untuk memasak nasi Maqlubah buat tetamu yang dulu pernah bekerja di Abu Dhabi bersama darling saya . Petang nanti baru nak start masak , bahan-bahan yang perlu digoreng telah saya goreng sebentar tadi . Nanti saya tunjukkan hasilnya dalam entry akan datang , InsyaAllah.







Buat sementara waktu saya nak tunjukkan gambar-gambar pemandangan di dalam feri dan luar feri semasa ke Penang serta makanan dan minuman yang sempat dirasai sepanjang JJCM baru-baru ni di Penang.











gambar 1- 4 makanan di Gurney Mall


hidangan special di Kebun Sireh, Bukit Mertajam di rumah senior Maya, puan rumah memang pakar masak, sedap betul masakannya, ayam goreng berempah cicah ayaq asam..nyum, nyum.