Wednesday, December 3, 2008

Mata

Saya pakai kacamata sejak di tingkatan 3 dan semasa di US saya guna kanta lekap dan bila asyik terkoyak saja kanta lekap saya ( ganasnya ...heheh ) saya guna kacamata semula sehingga kini . Masalahnya kini saya rabun jauh dan juga dekat . Kacamata saya hanya untuk rabun jauh . Bila nak membaca , nak masuk benang dalam lubang jarum saya kena kenyitkan mata sebelah kanan tanpa pakai cermin mata baru boleh nampak jelas. Selalunya minta Izzat tolong masukkan benang bila saya nak menjahit. Bila membaca kena adjust jarak mata . Teruk juga rabun dekat ni rupanya.

Semalam kami ke MM lagi untuk hantar brochure HZ Travel & Tours untuk Spa Mayang di Ulit edarkan di MM . Sempat beli kuih raya, donut di Big Apple dan beberapa buah buku termasuk novel Camar Yang Pergi . Balik dari MM hujan tak berhenti hingga petang. Saya keluar juga ke pejabat pos dalam hujan lebat sebab nak pos parcel untuk maya yang teringin nak makan acar buah saya lagi , darling kata laku acar buah saya , sapa2 yang teringin nak rasa bagitaulah boleh saya bagi rasa . Sempat saya masukkan quran terjemahan, buku travelog haji dan travelog dakwah tulisan Prof Kamil serta buah prune ( yang mahal di Korea katanya ) . Nasib baik tak basah lencun kotak parcel tersebut .


Lepas tu balik dalam jam 4 petang terus lepak atas sofa dan mula baca Camar Yang Pergi (CYP) dengan mata sebelah dikenyit . Tahan sejam mata mula sakit sebab kena kenyit lama. Saya bangun dan ambik cekak rambut mimi dan tutup kan mata sebelah dengan cekak rambut dan sambung baca, jadi macam pirate pulak , sakitlah pulak bulu mata sebab kena buka mata yang sebelah kanan jugak.Akhirnya guna selotep dan tapekan mata kanan biar tertutup dan lega sambung baca .Tak lama lepas tu rasa takut kot bulu mata tercabut sebab selotep kuat jugak saya pun buka tape tu dan Sofie call pulak dan kami sembang lama jugak sebab dia masa tu sedang berjalan pulang ke asrama dan katanya hari ni ada surgery yang dia akan observe dan dia menahan ketawa bila saya kata saya baru cabut selotep di mata . Lepas call tu saya sambung baca dengan kenyit mata sebelah dan hanya berenti sebentar untuk urusan personal .




Jam 10.35 malam saya tamat baca CYP dan nak tau.....sebak dan tak sedar air mata mengalir , sedih kisahnya . Saya tak henti baca CYP sebab satunya ia kisah di Istanbul dan tempat2 yang dinyatakan dalam novel tersebut masih jelas dalam ingatan saya dan saya dapat menjiwai watak2 dan lokasi dalam novel itu . Sedap ceritanya.

Sebelum tido saya sms pada Sofie .." rekod. hbs bca novel Camar yang Pergi dlm msa 5 jam, nangis sbb sedap dan sedih ."

Sofie balas sms saya....." haha, dgn mata sebelah pun boleh nangis .. "


Harini nak pergi buat cermin mata baru, buat yang 2 rabun, jauh dan dekat... tua dah rupanya silversarina ni....huhuhu.




Harini jugak nak baca buku " Menjejaki Jutawan Senyap " juga yang dibeli semalam..harap dah tak payah kenyit mata masa baca buku ni.


32 comments:

Kak Elle said...

haha ketawa saya ada sorang tu baca dgn celotape satu mata....bila kita dah masuk 40carat ni rina kena lah buat progress lens btw kat sana mahal tak buat progress lens di sini saya bayar S300 plus ...saya dah baca cerita tu mmg sedih saya menangis juga ..tau2 air mata dah jatuh sungguh tersentuh kan?

silversarina said...

kak elle,

Taktau harga berapa , kalau cerminnya mahal nak cari frame murah kali ni :)


Syahdu cerita tu .

Anonymous said...

aku juga rabun jauh. dn rasanya makin rabun sejak akhir2 ni. hingga memandu mlm pun terkial2. :)

kena tukar spek lagi le gamaknya..

silversarina said...

CJ,

Akak memang dah 4 tahun pencen memandu malam , silau teruk sangat .

Elok tukar spek tu nanti tak nampak anak murid payah jugak :)

KAMATO said...

dah sampai masa la tu untuk buat spek untuk rabun keduanya sekali

NURAZZAH8 said...

silver sarina,
I dah beberapa tahun buat cermin mata multi focal - utk rabun jauh dan dekat... akibat terlalu banyak membaca dan merenung skrin komputer...
I memang minat menjahit dan kraf tangan, tapi semenjak dua menjak ni nak cucuk benang selalu tersasar..hehehe ... selalu suruh anak2 yg tolong cucuk kan... akhirnya give u p menjahit... skrg ni tempah aje semua baju ... tak larat dah nak menjahit..walaupun kadang-kadang rasa tak puas hati tgk tailor tu jahit tak macam apa yg kita hendak... I ni memang cerewwet sikit... tapi buat tak nampak aje... nasib lah ...nak jahit sendiri dah tak larat dan tak cukup masa...

eh..lupa nak tanya... berapa hari you nak datang SA? dri hari apa hingga bila? sebab I kemungkinan besar kena balik kampung masa Raya haji, Sabtu - Isnin ... petang isnin tu kena balik juga sbb my hubby kena kerja hari Selasa... dia cuti satu hari sahaja .... kalau you ada sampai lepas Raya boleh lah jumpa, datang rumah I. ... sebab I ada buah tangan sikit utk cucu WanMommy ni...Umair..

silversarina said...

kamato,

Patutnya lama dah buat saja tanguh, kena jugak buat hari ni, dah semakin parah.




nurazzah,

Raya 1 je di SA lepas tu ke Perak dan 12-14hb ada di KL balik , mungkin waktu tu kalau you free sebelah malam bolehlah bertemu, apapun nanti I bagitau balik . Thanks.

Tepi Sungai Batu said...

Hebat tu, dengan sebelah mata boleh habis baca satu novel. Respek! Respek!

Sya said...

Rina cam Pirate of the Carribean versi Melayu.. rasanya kena tukar kepada bifocal cermin mata tu. Saya aritu optician kata dah ada rabun dekat so bila nak baca dekat kena bukak contact lens.. leceh sungguh sbb tak nak pakai spec

silversarina said...

manlaksam,

Kena habiskan jugak baca, kalau tak termimpi pulak :)



sya,

I dah lama memang tak nak pakai contact lense, lebih senang guna spek.

IKHWANI said...

kak rina, mata saya pun dah sampai masa rasanya untuk check up tapi kena kumpul budget dulu sebab easily beratus-ratus close to ribu punyalah. Hai, mata saya ni memang "makan duit".

dah lama tak baca novel..huhuhuhuhu..

p/s: mintak sikit donut big apple tu! saya minat duren-duren dan the alien!

Mama Rock said...

kak rina, welcome to the club. mama dah start multifocal since early of the year...siksa nak membaca, tapi sentiasa in denial :)

Kak Elle said...

cita tu mmg sedih sekali esp masa dia sakit tenat tu kan?
yg kaya baik hati akhir nya juga kan? hati terbuka sebab walaupun menantu miskin tapi kaya dgn hati mulia.

aNIe said...

Hahaha...rina akak ketawa membayangkan rina kejap2 kenyit mata...

Akak ni dulu lah...memang rabun jauh...tapi bila dah ada rabun dekat...rabun jauh dah takde...jadi guna satu cermin mata je...

Rina kene buat cermin mata yang ada 2 function tu...cik abang akak buat tapi tak pakai2...pening katanya...

Neeza Shahril said...

hehehee!!! lawak betul kak Rina.. boleh pergi selotep mata tu.. sakit perut neeza gelak..
neeza pun rabun gak Kak.. Rabun jauh.. kadang pakai disposable contact lense.. kadang pakai spec.. kat sini spec dengan contact lense mahal sangat. Nak beli kena balik malaysia baru lah murah.. :))

Anonymous said...

salam kak

hehe berssh payah ye akak membaca ngan mata cam gitu... huhu bersemangat betul... cepat2 buat cermin mata baru kak... nati lagi pening...

> manje pun rabun jauh... dan baru2 ni baru sedar silau yg agak teruk juge...

The.Libyaman said...

hehe memacam perangai lah pulak sejak jadik grandma nie.

pemantauan satelit mendapati ada ura-ura berhari raya di Lembah Klang nampak, boleh jalan rumah. Kitorang x balik kampung ni.

mommy said...
This comment has been removed by the author.
mommy said...

haha sakit perut gelakkan makcik silversarina..camne la agaknye rupe bile mata diselotape..hehe
lambat pulak cermin mata siap ek..
terpaksa jadi pirate lagi la nampaknye ek....
p/s : gelakkan orang, mata sendiri pun rabun teruk..x sedar diri..:)

mama said...

hhahah kenyit ada makna tu...
yup kak ina jemput datang ke rumah kami ye raya haji nnt. boleh borak panjang2.

zura aini said...

bersemangat tu kak, dengan sebelah mata, boleh habiskan buku in one day. kalau saya mesti sakit mata, lepas tu lelap terus, ha, ha....

drNO said...

hehheheh...ye lah kan...saya ni pun rabun jugak...huhuuhuu....

Anonymous said...

hoho... teringat cerita the cutthroat island tu.. tapi geena davis tak tutup sebelah matalah....

tak tergambar akak menyelotep mata... kehkehkeh.. boleh gelak guling² sampai sok pagi (atas tilam sambil mimpilah, dah nama pun berguling).

Cat Cat said...

Kak Rina,
Bulu mata tercabut - no hal... Boleh pakai bulu mata palsu - tu yang panjang2 tu.. Cantik apa... Haha!!!

RozIlah Kamarudin said...

kelakar Kak rina baca buku sebelah mata..

kalau Olie tak tahan la...

silversarina said...

Ondeonde,

Memang kena buat jugak spek tu, kalau tak hidup dalam kekaburan :)




mama rock,

Sabtu baru siap spek I tu, buat masa tak nak baca yang dekat-dekat, tunggu spek siap.





kak elle ,

Kisah novel ni memang macam tak logik tapi itulah kehidupan, tiada yang mustahil.




anie,

Sakit mata tau lama-lama kenyit mata ...hehehe.

silversarina said...

neeza,

Kat malaysia memang murah spek dan contact lense, akak dulu pun tunggu balik malaysia baru buat spek baru.



manje,

punyalah nak habiskan jugak novel tu, sampai sakit mata mengenyit , wanmommy boleh !!




babazahra',

Nanti kita contact ye , nak jugak jumpa baba dan mama dan anak2, InsyaAllah.

silversarina said...

princess,

ha ah pandai ketawa kan orang, dia lagi teruk ...hehehe.




mama,

InsyaAllah akak cuba cakap sama bos besar nak jumpa rakan blogger :)




zany,

Pelik tu tahan pulak mata akak kenyit lama-lama, semangat kental nak habiskan novel .





drNO,

Keluarga akak dan hubby semua rabun ,anak-anak setakat ni 2 dah rabun, 3 masih ok.




suealeen,

Tulah tak ingat nak tangkap gambar mata sebelah selotep, budak2 ni smeua ketawakan akak :P




cat cat,

Tak ori tak nak lah bulu mata palsu ...hehehe.





olie,


Bila semangat nak baca mengusasai diri sanggup sakit mata .

Anonymous said...

salam sarina....kak Iris teruja dgn semangat kental sarina mengharungi kasih Dilara dan cinta Orhan dalam CYP dalam masa 5 jam dengan mata yg sakit...terharu gitu.. bila senang2 emel kak iris ya...

mama said...

orait...

Zareda Norman said...

sedang cuba membayangkan kak rina dengan mengenyit sebelah mata baca buku cerita.. hehhehe

silversarina said...

iris ixora,

Memang saya menghayati CYP ni, sedap kisahnya , harap dapat baca kisah berlatarbelakangkan Turki lagi.


Salam dari kami di Malaysia buat puan sekeluarga.




mama,


dah bagitau abe, dia no komen, maknanya yes lah tu :P



zareda,

nak tau camne cubalah ..hehehe.