Friday, December 26, 2008

Tudung Comel

Semalam ke Al Amin daftar Mimi dan Izzat . Macam biasa sekolah swasta bila mendaftar memanglah banyak kena keluarkan $$$$ tapi semuanya disediakan di sana termasuk baju seragam (sebab lain dari sekolah biasa ) dan buku teks. Pendaftaran kali ni mudah dan cepat, guna counter ikut nama keluarga, Anuar kena uruskan di kaunter A , selesai bayar yuran, baju dan buku, hanya pergi ke kaunter baju dan buku bagi resit tak lama lepas tu semuanya dah selesai .

Al Amin Kemaman

Balik semalam Mimi mula menggayakan baju sekolah siap dengan kasut sekolah sekali serta jam tangan biru muda sama warna baju sekolah . Tak sabar lagi dah dia nak masuk tahun 1 . Dah besar rupanya baby saya yang baru je rasa saya melahirkannya 6 tahun lalu.








Cakap pasal Mimi , memang dia suka bergaya, pakai baju kena match dengan tudung . Masa balik raya dan JJCM baru ni ramai yang suka dengan tudung Mimi yang menurut mereka comel dipakai oleh kanak-kanak sebab nampak ceria . Kakak ipar saya siap tanya kat mana beli tudung sebab dia nak belikan untuk cucu dia yang selalu merengek nak tudung cantik. Saya bagitau nanti saya balik Kemaman saya akan beli dan poskan pada kakak ipar saya tu.








Masa kami breakfast di hotel di KL , tiba-tiba datang seorang lelaki yang lebih kurang usia kami ke meja kami. Saya ingatkan kawan hubby sebab kalau pergi jalan ke mana sekalipun ada saja kawan hubby yang akan tegur ( famous jugak darling I ni ) . Tengok hubby pun tak kenal aje. Rupanya lelaki tu dari Singapura dan hanya bertanya di mana kami beli tudung yang Mimi pakai . Kami kata di Kemaman . Dia kata cantik dan dia pun nak cari tudung untuk cucu-cucunya di sana. Saya kata tak pe , nanti balik Kemaman saya belikan sebab murah aja . Bagi alamat saya akan poskan. Terus dia keluarkan RM20 untuk kami belikan tudung tu. Saya kata tak pe, tak payah kira saya hadiahkan aje tudung tu nanti sebab memang murah je. Dia beria-ia suruh ambil jugak wang tu dan dia kata kalau tak nak ambik duit tu untuk beli tudung bagi je pada Izzat dan Mimi. Dalam hati saya baru kenal terus dah keluarkan wang , memang dia ni percaya betul kat kami . Dia terus tinggalkan wang tu atas meja kami.



2 hari lepas tiba di Kemaman saya ke Centre Point dan beli 10 helai tudung kecil pelbagai warna untuk diposkan kepada kakak ipar saya dan juga encik dari Singapura itu. Semoga cucu-cucu mereka gembira dapat pakai tudung comel tersebut.

22 comments:

Ummi365 said...

kak rina,

memang comellah mimi pakai tudung tu. ummi suka tenguk. pandai dia bergaya kan. ummi memang suka dresskan budak kecik especially kalau perempuan..

mama said...

bertuah kak ina mimi suka bertudung.. semoga mimi membesar menjadi anak yang solehah.
memang comel mimi tu kak.. pandai bergaya pulak saya tengok.
di kemaman berapa harga tudung tu?

silversarina said...

ummi365,

I pun bila tengok gown yang boleh mimi pakai dengan tudung memang beli , nak jahit sendiri tak pandai:)




mama,

dia sendiri yang nak pakai, ada hari dia tak nak pakai tudung akak tak paksa pun sebab budak kecik lagi, kalau nak swimming memang tanggal tudunglah jawabnya.

kat sini RM5 je sehelai.

Kiah Kardashian said...

salam kak rina...comel tudung2 tu...lpeas ni boleh buat bisnes tudung comey...murah pulak tu kan. kat rumah ni takder ahli yang bleh pakai tudung comel..hihihi

Sue.Aleen said...

tu dia la.. mungkin boleh buat biz jual tudung pulak la kalo gitu.

btw, syafiah dah discharged ari isnin.

mommy said...

makin lentok2 gayenye..amboi
geram tgk..hehe

cikMilah said...

dapat pahala Mimi dan mamanya galakkan orang lain bertudung. Memang cantik dan comel Mimi bertudung. Matching baju dan dia pun pandai bergaya.
Raya baru ni pun nekMilah borong tudung tu bagi kat cucu-cucu saudara.Kat Penang $5 harganya.

are said...

kl dk dkt...nak jer beli utk anak buah...anak sendri kecik lg..hehehe!!

NURAZZAH8 said...

Ina,
anak I yang sebaya dengan Mimi, Hana ni dulu tak suka pakai tudung, sebab dia kata panas lah, rimas lah... puas I pujuk.. pergi sekolah tadika pakailah tudung, bila habis sekolah terus bukak... pastu I tunjuk dia blog you, suruh dia tengok gambar Mimi pakai tudung cantik-cantik.... bila dia tengok Mimi pakai tudung cantik terus dia nak pakai tudung. So, semalam masa pergi beli kasut sekolah, carilah tudung macam Mimi, tapi tak jumpa yang cantik macam Mimi pakai... beli lah 2 helai jek dulu...
kalau you boleh tolong belikan kat Kemaman utk Hana ni boleh juga... Hana ni pun macam Mimi..semua nak matching... nanti you beli aje lah semua color yang ada... nanti I bayar melalui Maybank2u ke?

PINATBATE said...

kalau kat Jln TAR banyak tudung macam ni...saya belikan untuk anak raya hari tu RM5-RM10..kalau fesyen ada manik-manik sikit,riben atau bunga tampal..mahal sikitlah..sekurang-kurangnya anak yg bertudung pun masih boleh bergaya..

Kak Elle said...

Salam dr US wah by nya tudung mimi beli satu kedai.

SoFie NuR said...

Memang comey tudung budak2 skrg..variety..

Mimi tu sume pun nak matching..huhu

mama said...

aduhh kak ina murahnya... tak dapat kat KL harga macamtu. biasanya sekali ganda lagi ada la.

silversarina said...

zakiah,

amboi lamanya 'hilang'... welcome back !

hero dua orang tu memang takyah pakai tudung, kena tunggu adik-adiknya yang lain kot pompuan :)




suealeen,

nak bisnes tu taklah rasanya, tolong belikan aje .

akak nak masuk blog sue tadi pastu internet problem pulak , nanti nak tengok si comel tu lagi dalm blog dia.




princess,

mimi bab bergaya memang johan :)

silversarina said...

cikmilah,

ramai beno 'nenek' yang belikan tudung untuk cucunya dan bila cucu dah besar diaorang pulak belikan tudung yang cantik buat nenek semua .





are,

kanak-kanak sure suka dapat hadiah tudung comel :)




nurazzah,

Orait, nanti I poskan hadiah buat hana comel tu .

silversarina said...

pinatbate,

Masa 2/3 bulan lalu macam2 warna boleh didapati tapi lepas raya dah tak berapa ada, kena belek lama-lama baru jumpa yang cantik siap bermanik tu .





kak elle,

Dah sampai dah, alhamdulillah , jetlag pula 2/3 hari ni, jadi burung hantu lah ye ..hehehe.

koleksi tudung comel mimi dah semakin pelbagai warna .




sofie,

mesti matching baru dia pakai, memang pandai dia tu :)




mama,

kalau labuh sikit RM10 , buat masa ni pakai yang pendek aje sebab masih kecik lagi :)

Sue.Aleen said...

anak bongsu memang high taste kan... tu sebab dia reti bergaya...

silversarina said...

suealeen,

agaknya lah nak-nak yang pompuan :)

Cat Cat said...

kak Rina,
Comelny Mimi... Pandai bergaya pulak tu... Posing perrrhhhgg.... Kau kau cun... :)

silversarina said...

cat cat,

macam anak-anak cath jugak, pandai bergaya :)

D said...

RM5 je? Saya balik hari tu, ada la belikan untuk anak dara yang sorang ni, tapi harganya RM10/15 di Shah Alam /KL... cuma nak cari semua plain (satu colour) agak susah. yang besar sikit (size dewasa) banyak tapi terlalu besar size mukanya dan sponge pun tebal sangat. kalau saya ke sana, memang saya borong dan bawa jual kat UK ni - ramai anak pakistan dan afrika yang pakai tudung!

Unknown said...

Comel tudung cantik huhu