Saturday, August 29, 2009

Ceria bersama anak2, menantu dan cucu

Meriahnya buka puasa semalam dengan kesemua anak , menantu dan cucu ada di samping saya. Walaupun darling tak de tapi nikmat berbuka bersama ahli keluarga yang lain tak dapat nak saya gambarkan, syukur Alhamdulillah.



Selepas 5 tahun , inilah kali pertama kami dapat berpuasa dan berbuka bersama .Kali ni juga ahli keluarga kami bertambah masa buka puasa , Umair kenit tu kali pertama merasai Ramadan (tahun lalu belum lahir lagi ) . Dia pun makan 2 biji kurma masa kami berbuka . Dia makan nasi dengan ayam goreng special yang saya masak. Bagi orang besar saya masakkan gulai lemak ketam+nenas sebab saya tau Zaid dan Azra mesti dah lama tak makan ketam ( Jordan kalau ada ketam pun hanya di Safeway/Car4 dan harganya memang amat mahal ) .Kebetulan masa berbuka Zaid bagitau malam semalam dia mimpi makan ketam dan kebetulan memang saya dah plan nak beli dan masak ketam semalam, itulah rezeki ibu dan anak namanya.




Umair kenit tu masih belum friendly dengan saya tapi dah mula kenyit-kenyit mata bila saya tegur. Asyik nak melekap dengan mama dia tapi kalau tak sedar saya pimpin tangan dia bawa berjalan dia ok je, bila dia sedar memang merengek nak kat mama dia balik.Dengan maksu Mimi dah mula main bersama , dengan makngah sofie dan makteh maya dia kadang2 nak , kadang2 tak nak . dengan Uncle Izzat memang dia masih tak nak, dia intai Izzat lepas tu nangis , dari kecik dulu memang dia tak pernah gang dengan Izzat,pelik betul, budak2 kecik bila nampak Izzat kebanyakan nya tak suka Izzat ,entah kenapa ye....




Mimi dan saya dah sihat tapi masih ambil ubat sebelah malam dan sahur. Mimi dah tak komplen sakit dan gastrik saya ada rasa sakit sikit-sikit aje , Alhamdulillah.

Terimakasih kepada semua yang mendoakan kami semua .Syukran .

Thursday, August 27, 2009

Alhamdulillah

Doktor bagitau Mimi hanya mengalami jangkitan di sendi dan telah diberi antibiotik melalui suntikan . Mimi pun dah tak rasa sakit di perut dan sendi. Alhamdulillah.

Mula2 doktor kata esok baru mimi boleh discharge dari wad sebab kena habiskan cycle suntikan antibiotik setiap 8 jam sekali cucuk. Saya tanya doktor kalau saya sambung cucuk di klinik di Kemaman boleh tak, sebab saya nak balik hari ni, tak selesa duduk bilik sempit dan hanya duduk wad untuk disuntik je , Nasib baik doktor diam sekejap dan kata dia boleh uruskan dengan doktor di Kemaman.

Jadi, hari ni Mimi akan keluar wad tapi doktor kata sebelah petang baru boleh selepas suntikan seterusnya. Petang pun petanglah janji dapat balik .

Alhamdulillah.

Selain sebab kurang selesa tido di wad , sebab bulan puasa , saya jugak masih lagi belum pulih sepenuhnya, gastrik saya masih terasa dan saya juga tak nak terlepas menyambut kepulangan Zaid, Azra dan Umair malam nanti InsyaAllah.

Dalam pada Mimi bersemangat untuk berpuasa 30 hari tahun ini namun kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Saya kata pada Mimi tak pe tak cukup puasa sebab bukan Mimi sengaja tapi mimi sakit dan kena makan ubat........

Wednesday, August 26, 2009

Mimi sakit ..

Saya di dalam wad di KMC Kuantan. Mimi masuk wad kerana sakit sendi celah kangkang dan perut. Ni tengah tunggu untuk jumpa surgeon untuk pastikan apa sebenar penyakitnya . X-ray dan ultrasound dah buat tapi tak de kesan apa2 yang meragukan.

Dia mengadu sakit sejak 2 hari lalu dan pagi tadi memang dia nangis sakit. Pergi klinik di Kemaman doktor refer ke KMC . First time tunggu selesai urusan pemeriksaan 4 jam setengah dan tunggu bilik kosong 4jam setengah dan dapat bilik double dan waiting bilik single dan malam ni memang kena duduk bilik double ni sebab single full .

Harap dia tak hidapi sebarang penyakit . InsyaAllah.

Spek , ketam giant dan air kelapa muda

Berselera saya makan semalam , Alhamdulillah selera dah kembali setelah demam dan kurang selera sebab gastrik jugak . Semalam saya makan nasi dengan sup ketam . Masa pegi beli ketam di pasar borong penjual ketam tu tunjukkan seekor ketam besar...memang besar betul, seekorharganya RM22 .. seekor tu sekilo lebih (sekilo RM18 ) . Penjual (saya dah kenal lama ) tu kata pada saya , " Kak Ina, beli ketam ni , sedap ni . " Saya jawab pulak , " Tunggu orang bagi saya hamper ketam dalam plastik dan buh riben jelah . " Gelak semua yang dengar .Memang saya takkan beli seekor ketam RM22 walaupun ia besar . Saya beli 3 ekor ketam (bulan posa tak leh banyak sebab ada lauk lain lagi ) yang beratnya sama dengan ketam giant tadi RM22. Memang berbaloi , isinya banyak dan amatlah manis rasa nya , memang fresh.


Lepas zohor saya baring dan tidokan Mimi (saja baring sebelah dia ) , saya sembang dengan Maya ( Sofie duk lepak kat ruang depan dengan lappy baru dia tu , busy bercucuk tanam macam gang FB yang lain. ) . Bincang dengan Maya pilihan yang saya ada petang semalam berdasarkan kesihatan badan sebelah petang ...

A. Masak ketam dan ayam percik dan tak jadi keluar cari kuih dan air kelapa.
B. Keluar dulu cari air kelapa dan balik sure letih tak payah masak dah (orang lain masak ).
C. Keluar cari air kelapa dan balik masak pulak .

Saya pilih.......... B ........ Maya dah offer nak masak ayam percik dan sup ketam jugak . Sofie masak nasi dan buat acar sayur (mula2 sofie akan masak sup tapi maya terajinlah pulak masak sup sekali ) .

Untung ada 2 pembantu kat rumah kan....

Pusing keliling ( Bazar ramadan saya tak nak pegi sebab ramai orang ) cari air kelapa fresh , selalunya ada dijual di SMC, sampai habis tak jumpa . Jadinya singgah beli ais blended cccoa
untuk Mimi dan soursop untuk saya dan juga beli kuih tepung pelita.

Hari ni pulak sambung mission cari kelapa muda....di mana yer......


Hantar gambar ni pada ayahnya , ayah komen mimi comel dan nampak macam orang besar pakai spek (kena puji sikit sebab kalau kata tak cantik nanti dia merajuk tak nak pakai ) .



Sebelum tu masa tengahari tu ambik spek Mimi . Dia dah pakai spek dan kami panggil dia Prof. , mula2 dia marah, tapi saya kata Prof seorang yang banyak ilmu dan eloklah dipanggil dia Prof agar dia belajar sehingga tahap tertinggi dan bergelar Prof (dia kan nak jadi cikgu jadi memang line dialah Prof tu ) .

Saya jugak sedang cuba kaedah alternatif untuk rawat mata mimi InsyaAllah lepas 5-6 bulan nanti doktor akan lihat kembali mata mimi tu, harapnya tak rabun dah.

Tuesday, August 25, 2009

Luahan rasa pagi ini...

Alhamdulillah pagi ni rasa berbeza dari semalam. Pagi ni rasa sihat dan dah tak rasa gastrik . Syukur badan dah kembali kuat . Saya telan 5 jenis ubat yang diberi doktor semalam dan berkat rahmat dariNYA terasa ada perbezaan kesihatan saya pagi ni Alhamdulillah.

Masa saya terpaksa buka puasa sebab demam mula2 Mimi taktau , bila Maya sebut bab makan ubat dia terdengar , nasib baik dia jenis tak kisah , saya risau takut dia nak buka puasa jugak. Kuat rupanya dia walaupun badannya kurus, dia tak letih pun, cuma lepas zohor saya paksa dia tido sebab dia tak tido sejak bangun sahur. Dia siap pesan pada Sofie, Maya dan Izzat yang tido lepas subuh tak baik nanti sakit kepala . Harap Mimi terus sihat dan dapat berpuasa sebulan Ramadan tahun ini ( tahun lepas menangis terpaksa berbuka 3 hari sebab demam suhu tinggi , sian dia ) .

Pagi semalam sempat lalu di pasar besar Cukai... pelik betul... turun-temurun ... entah bila nak berubah, dari zaman BN, zaman PAS, zaman BN balik tetap sama..... MAKCIK2 MENJUAL NASI LEMAK , PULUT KUNING DAN PELBAGAI KUIH MUIH DI AWAL PAGI .... nak kata jual untuk bukan Islam, gerai kaum tionghua banyak je kat Kemaman ni ... yang saya nampak orang2 lelaki melayu yang balik keje shif malam di kilang2 berdekatan singgah membeli sarapan pagi...apa nak jadi.. geram je bila lalu depan pasar tu, agaknya kalau tak jual tak de income langsung ke, tak boleh tunggu ke sebelah petang untuk menjual.... MPK tak de kuasa ke nak sekat penjualan tu ???

Itulah luahan rasa saya pagi ini. Nak keluar kejap lagi hantar Izzat gunting rambut dan cari bahan mentah nak masak petang...taktau lagi apa nak masak...... awal lagi ni...........

Monday, August 24, 2009

Ramadan & Demam

Terpaksa jugak buka puasa awal semalam sebab suhu naik hingga 38.8 C . Dah tak keruan saya sebab saya memang jarang demam, jadi bila suhu tinggi je memang rasa nak tumbang . Pukul 4 pagi tadi makan ubat demam lagi sebab rasa panas balik, masa sahur jam 5 peluh basah baju saya dan kejap tadi saya ke klinik jumpa doktor dan ambik ubat. Suhu dah turun tapi masih ada demam sikit lagi 37.7 C dan doktor kata mungkin naik balik suhu tu. Doktor bagi ubat gastrik dan antibiotik dan minta saya sambung makan ubat ulcer perut. Buat masa ni saya masih segar dan masih berpuasa. Harap2 tak naik lah suhu saya dan kalau naik pun harap saya taklah lembek macam semalam . Ni first time kena demam di bulan Ramadan, memang mencabar betul . Doktor pesan jangan makan pedas dan hanya boleh makan bubur dan cereal aje buat beberapa hari supaya perut tak upset.

Semoga rakan2 semua sihat di bulan Ramadan yang mulia ini InsyaAllah.

Sunday, August 23, 2009

Cereal dan susu

Pagi semalam selepas hantar Darling ke Kuantan Airport saya dah rasa tak sedap badan. tengahari dah rasa lembik dah, petang cek suhu 37.9 C dan malam tadi tido awal selepas ambil ubat demam. Sahur rasa ok sikit tapi saya tetap makan ubat demam . 9 pagi cepat2 bergegas ke Tunas Manja beli barang keperluan untuk sahur ( susu, yogurt, cereal. nutrigen, biskut lexus yang mimi teringin ) . Masa kat kaunter bayaran saya dah rasa macam nak tumbang. Balik rumah terus masuk rumah dan minta anak2 ambik barang dalam kereta. Terus baring dan jam 11 pagi cek suhu dah 38.4 C , sejam lepas tu masih sama suhu , letak air asam jawa dan mula berpeluh tapi suhu masih sama . Ni rasa dah ok sikit sebab berpeluh banyak.

Saya risau takut ulcer menyerang kembali sebab sakit pinggang dan gastrik kuat sangat si samping naik suhu badan. Memang kena pantang semula, kena makan cereal dan susu balik ni.

Doakan saya sihat ye.

Friday, August 21, 2009

Meriah rumah Ramadan kali ini




Malam tadi masing2 tunggu pengumuman puasa dalam TV . Maya kata dah bertahun dia tak tengok pakcik tu isytiharkan nampak /tak nampak anak bulan ( tak ingat bila kali terakhir nampak anak bulan ) .

Keputusannya.... esok baru mula puasa. Tak berpeluanglah nak berbuka puasa bersama2 Darling di hari pertama dan sebulan Ramadan kerana lepas sahur pagi esok darling akan kembali bertugas di kampung arabnya.

Apapun saya bersyukur sangat ada anak2 dara saya di bulan Ramadan ini kerana telah lama kami tidak dapat berpuasa bersama. Buat Sofie ini adalah kali pertama dapat berpuasa dengan saya setelah 5 kali Ramadan dia berpuasa di perantauan ( sejak 2004 ) . Maya pulak sejak 2006 ...maknanya dia berpuasa di negara orang selama 3 tahun baru kali ini dapat bersama kami di sini. InsyaAllah Maya akan berpuasa bersama kami selama 2 minggu dan Sofie 3 minggu sebelum masing2 balik ke negara masing2.


Zaid , Azra dan Umair ( puasa ke si kenit ni...hehehe ) pulak InsyaAllah dapat bersama kami berpuasa mulai 27 Ogos ni ......

Bayangkan betapa seronok dan meriahnya rumah kami bila nanti hampir 90% ada di rumah tahun ini bersama berpuasa..... Alhamdulillah.

Syawal/Raya pulak ....... tak nak citer masa ni.... nak citer kisah Ramadan dulu.. lambat lagi Syawal, puasa pun belum start.

Selamat berpuasa buat semua rakan di luar sana... semoga Ramadan kita adalah yang terbaik tahun ini InsyaAllah.

Wednesday, August 19, 2009

Roundabout

Nak cerita kisah roundabout je hari ni ........





Dulu-dulu ada sebuah roundabout di Kemaman tapi saya dah lupa kat area mana, ada memang ada.... sekarang dah tak de .






Kalau ke Shah Alam memang kami selalunya mengira berapa roundabout untuk ke rumah adik .



Semasa di Sabah baru2 ni , saya rasa macam pelik bila jalanraya penuh dengan roundabout . Kat mana saja ada je roundabout, yang kecil yang besar, yang kosong yang penuh hiasan di tengahnya , macam2.



Saya sempat tangkap gambar beberapa roundabout di antara puluhan yang kami lalu sepanjang 5 hari di sana.

Mungkin 5-10 tahun akan datang roundabout sudah tidak wujud lagi..............

Tuesday, August 18, 2009

Green Tea Pancake ...sedap !

Tinggal berdua dengan Mimi hari ni. Dia dapat cuti sakit sebab sakit tekak dan kepala. Lepas ke klinik rawat sakit tekak doktor cadangkan agar cek mata Mimi sebab sakit kepala tanpa demam mungkin disebabkan masalah penglihatan. Confirm dia kena pakai kacamata. Nak nangis dia sebab tak nak pakai cermin mata. Minggu depan baru siap spek dia sebab silau lebih , cermin kena order yang special punya.

Green tea pancake yang kami makan di Sabah Tea Plantation , Ranau.. sedap pancake tu.



Petang /malam nanti Darling , Maya dan Sofie akan balik dari Ipoh setelah 3 hari di sana jumpa nenek2 , mak2 dan pak2 sedara sebelah saya dan darling .

Butter Prawn di restoran gayang KK, memang sedap betul dan udangnya buatkan gang resdung ( kecuali saya je tak de resdung ) tak bersin pun .


Umair , Mama dan Baba dia akan pulang ke tanahair minggu depan. Tak sabar dah nak peluk dan gomol dia. Tadi Zaid sms bagitau diaorang harini ada di Rome, akan ke Milan dan esok ke Paris . Mereka bertiga round Europe 14 hari sebelum berlepas pulang ke Malaysia dari London . Ni yang buat Wanmommy tak senang duduk, Umair yang kenit tu dah round Europe...tak boleh jadi ni, kena tour Europe jugak satu hari nanti InsyaAllah.

Ayam penyek yang dimakan bersama nasi lalapan yang Maya makan di KK.


Jumaat lepas kami dinner di rumah sifu RE di Kerteh, sempat jugak kami ke sana sebelum puasa mula. Ayam panggang dan pasta yang disediakan memang sungguh menyelerakan .Thanks a lot maklang ye .






Semua makanan di atas dihidangkan oleh maklang kerteh..yummy.



Harini letak gambo makanan je .... kat rumah hari ni cuma masak bubur nasi dan sup ayam untuk Mimi dan bubur jagung untuk saya .

Friday, August 14, 2009

Great moment continues....

Our visit to Manukan Island was indeed a great pleasure to all of us .

Located just 15 minutes away by boat from the city of Kota Kinabalu, Manukan is the second largest island of Tunku Abdul Rahman Marine National Park. For the avid diver, the reefs at Manukan Island offer excellent crystal water and beautiful corals. For those who want to enjoy the scenery, take a leisurely stroll along the nature trail or simply laze by the long stretch of beautiful beach.


Jesselton Point KK

Manukan Island




On our way back to the mainland, the guide took us to Kg Air Pulau Gaya . Those shabby houses have been there for ages . Most of the residents are fishermen .


Manukan Island


Izzat as the boat operator .............. what an experience








Kg Air Pulau Gaya

A boy in his 'see-thru' attire was flying his kite from the rooftop at Kg Air


A mosque in Kg Air Pulau Gaya


Hoping to visit the island again InsyaAllah.........

Suka dan Duka

2 hari ni teramatlah busy walaupun badan masih terasa letih balik JJ . Rabu sempat ke majlis pertunangan bekas anak2 murid saya yang jugak rakan sekelas Sofie . Asma' dan Khair selamat ditunangkan dalam majlis yang meriah dihadiri oleh rombongan kedua-dua belah pihak yang tinggal dalam satu penempatan , Taman Islam . Asma dan Khair merupakan rakan anak2 saya sejak kecil dan tak sangka jodoh mereka berdua kian hampir menjadi kenyataan . Sejak kecil kawan2 di sekolah biasa usik dan padankan mereka berdua . Mereka mula rapat bila kedua-duanya menyambung pengajian di Damascus Syria ( mereka sempat ke rumah saya di Amman , Jordan ) . Kini keduanya telah bertugas sebagai ustaz dan ustazah di sebuah sekolah swasta di Kemaman ni. Buat pertama kalinya dalam sejarah Taman Islam pasangan yang bertunang datang dari satu taman . Majlis memang meriah sebab semuanya telah kenal satu sama lain , belah besan dan ipar duai rata-rata semua tinggal di taman yang sama. Kalau nak nikah terus pun dah kira boleh dah sebab majlis memang meriah sangat.


Khamis pagi kami ke Masjid Sultan Ahmad di Kemaman untuk menyaksikan majlis pernikahan anak rakan saya yang juga rakan sekelas Sofie dari Tg 1-3 di SMA Al Falah . Puteri Hanisah selamat diijab kabul dengan Dr Ibrahim yang kami kenal semasa tinggal di Jordan. Puteri yang ada lagi 2 tahun untuk bergelar doktor berkahwin dengan Ibrahim yang telah tamat belajar dari JUST Jordan dan kini telah bertugas di HKB. Kemudian kami terus ke rumah Puteri untuk majlis kenduri kahwin . Kakak puteri juga kawin pada hari yang sama, jadi majlis memang meriah sebab ada 2 pasang pengantin . Tak henti2 tetamu hadir ke majlis tersebut .

Sedang sibuk bermesra dengan kawan2 yang hadir saya dapat sms dari darling ( dia balik awal sebab saya nak lama sikit busy body kat majlis tu) ....sedihnya bila baca sms tu... Asri vokalis Rabbani telah pergi buat selama-lamanya . Walaupun saya bukanlah peminat utama Rabbani namun permergiannya sungguh terasa kerana Rabbani memang telah banyak jasa dalam berdakwah menerusi cabang seni suara. Semoga rohmu dirahmati Allah dan ditempatkan si syurga . Amin.


Balik rumah lepas zohor , mekanik call pulak kata spare-part untuk keta yang dah dibaiki dua kali tu dah tiba. Kena pulak hantar keta dan hubby pergi ambik anak dengan keta satu lagi dan kemudian singgah ambik saya di workshop sebab keta nak kena repair lama jugak. Sebelum ke majlis kawin tu saya dah keluarkan ikan kerapu yang dihadiahkan oleh ipar saya di KK untuk kami bawak balik ke Kemaman beserta udang besar yang fresh . Balik dari workshop saya masak pulak ikan tu sebab dah plan nak masak petang tu. Sayur pulak tertinggal dalam boot keta yang ada di workshop. Terbantutlah bab masak-memasak ni sekejap. sempat masak ikan je . Pukul 6 lebih mekanik call kata keta dah siap. Pergilah dengan hubby untuk ambik keta dan saya balik dengan keta yang dah siap dibaiki..melayang banyak jugak RM ....huhuh. Balik saya dah tak larat dah nak ke dapur, Maya ambik alih masak tomyam sayur+udang dan Sofie set table for dinner. Lepas maghrib semua dapat nyam-nyam ramai-ramai.

Pagi ni cadang nak breakfast kat Pantai Mak Nik dan lepas zohor nak busy body lagi ke Bukit Kuang Kemaman pulak untuk menghantar pasangan pengantin ( kakak puteri ) ke rumah pengantin lelaki. Ahad majlis sambut menantu bagi pasangan Puteri Hanisah dan Ibrahim di KL kami tak dapat hadir sebab darling, sofie dan maya akan ke Ipoh jumpa sanak-sedara sebelum darling balik ke Abu Dhabi minggu depan . Saya tak ikut sebab Izzat dan Mimi sekolah .

Sabtu ni ada majlis di surau dekat rumah iaitu majlis Isra Mikraj serta solat hajat buat semua anak2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di sekitar kawasan perumahan kami . Tak pasti peperiksaan tersebut dapat berjalan sebagaimana yang dijadulakan atau tidak sebab H1N1 . Peperiksaan percubaan PMR Izzat yang sepatutnya bermula Ahad ini ditangguhlan oleh PPD ke suatu tarikh yang belum ditetapkan sebab beberapa sekolah di Dungun dan Kemaman cuti H1N1 ( soalan sama satu negeri ) .

Nak bersiap-siap ke pantai , pantai sini tak ramai orang ....kalau boleh nak cuba elakkan berada dalam kelompok manusia yang ramai sebagai lanmgkah berjaga-jaga ........... semoga kita semua dijauhkan dari terkena H1N1 InsyaAllah.

Wednesday, August 12, 2009

gayatnyaaaaaaaaaaaa........

Hari ni nak cerita pengalaman gayat semasa ziarah Kinabalu Park dan Pulau Manukan baru-baru ini. Memang saya cuba untuk tidak gayat tapi itulah hakikatnya , memang saya masih gayat.

Gambar atas, penuh semangat dan bergaya mendaki nak ke Canopy Walk... gambar bawah... goodbye...saya nak turun...gayat beb :)




Kinabalu Park yang terkenal dengan alam semulajadi dan trail mendaki ke beberapa lokasi termasuklah ke Poring Hot Spring, Butterfly Farm, Canopy Walk / Jambatan Gantung , Air terjun (tak ingat namanya ) . Saya sempat mendaki ke Poring Hot Spring dan lalu Butterfly Farm dan tak singgah pun sebab semua tak nak dah tengok butterfly . Kemudian kami bayar tiket untuk terus mendaki ke Canopy Walk . Penuh semangat saya mendaki dengan sorakan kata-kata semangat dari anak-anak. samapi suku jalan saya dah rasa tak sedap, semput pun ada , gayat tinggi pun ada, teringat pengalaman di Tangkuban Perahu di Bandung tahun lalu yang saya menangis takut tak larat nak jalan balik nanti.... saya stop suku jalan dan kata pada hubby saya nak tunggu kat bawah aje, nak patah balik turun bukit tu. Maka sampai di situlah sajalah iaitu trail sepanjang 900m saja yang saya mampu daki dari kaki Kinabalu Park . Saya turun bukit dengan menggigil lutut terasa gayat tapi saya teruskan jugak dan sampai kat Hot Spring saya berhenti rehat di pondok rehat menanti hingga anak2 dan hubby kembali dari Canopy walk. Makanya saya tidaklah dapat merasa melihat dan melalui jambatan gantung yang diikat antara pokok ke pokok....tengok gambar ajelah...huhuhu.


Inilah saya terlepas ..Canopy Walk ..jambatan gantung dari pokok ke pokok ...huhu...gayat ....




Pulau Manukan hanya 15 minit dari Jesselton Point/Port di KK. Penuh semangat saya duduk di bahagian hadapan bot , konon jadi protector pada anak2 . Sebelum tu pemandu bot dah suruh saya ke dalam sikit, namun saya masih orang pertama yang kira di bahagian hadapan bot. Bila bot bergerak semakin laju, saya dah mula gayat dan nampak ombak turun naik . Tangan sebelah kiri dah pegang tepi bot dan saya luruskan kaki ( bot tak penuh hanya 13 orang aje hari tu ) sebelah dan pegang kerusi bot dengan tangan sebelah lagi . Tambah parah bila rasa teramat gayat saya pejamkan mata sepanjang jalan ke Pulau Membutik bila bot tu turunkan 2 mat saleh di pulau tu, saya pun cepat2 tukar tempat duduk sebelah hubby yang setentang dengan saya tapi di bahagian dalam sikit . Barulah lega tak gayat dah hingga ke Pulau Manukan dan dalam perjalanan balik kami di bawa pula ke Pulau Gaya dan saya duduk di bahagian dalam , memang tak gayat langsung . Anak2 semua ketawakan saya dan sempat tangkap gambar saya gayat ... terik betul rupanya....hehehe. Memang saya rasa macam nak ter terjun ke dalam air masa gayat tu ........

Warning...dilarang letawa ... teruk betul muka orang tu gayat ombakkkk........


lega....dah dapat duduk sebelah darling dan di bahagian dalam sikit.... tak nak dah duduk depan bot ...gayat....


Arwah abah saya juga gayat...saya ikut abah lah ni.... gayattttttttttttt.....

Tuesday, August 11, 2009

Sabah is Amazing !!

Alhamdulillah . Percutian ke Sabah memang amat amat memuaskan hati kami semua . Sememangnya Sabah satu negeri yang penuh dengan pelbagai lokasi pelancongan yang tidak terdapat di negeri lain. 5 hari kami hanya sempat melawat beberapa pusat pelancongan di sekitar Kota Kinabalu, Tamparuli, Ranau dan Kundasang.

Sudah lebih 12 tahun kami tidak bertemu Fauziah, adik darling berlainan ibu yang menetap di Sabah setelah berkahwin dengan orang Sabah dan bekerja di sana. Lepas rasa rindu kami padanya dan keluarga. Selalunya kalau Fauziah balik ke Semenanjung kami memang tak sempat bertemu sebab masalah masa dan kelapangan . Kami sempat lunch di rumah mereka dan dinner di Gayang Seafood Restaurant bersama-sama . Semoga dapat bertemu lagi InsyaAllah.




Antara tempat yang kami lawati :



Kota Kinabalu :

Kami menginap di Marina Court kondo 3 bilik untuk 4 malam, Dapat condo yang betul2 mengadap laut .

1. SK Tanjung Aru , sekolah saya semasa darjah 4-6 , tak banyak berubah.





2. Lok Kawi Wildlife Park.




3. Pasar malam Kg. Air .

4. Pasar Kraftangan (Pasar Filipina ) .

5. Muzium Sabah.




6. Heritage Village.




7. Bukit Bendera , boleh nampak KK dari atas bukit ini.

8. Clock Tower KK.

9. 1 Borneo .. shopping complex terbesar di Borneo .

10. Gayang Seafood restaurant ... sedapnyaaaaaaaaa.



11. Pulau Gaya .

12. Pulau Manukan...teramatlah cantiknya.







Tamparuli :

1. Jambatan Gantung Tamparuli .




Ranau :

1. Kinabalu Park .



2. Poring Hot Spring.





3. Refflesia Blooming ...kebetulan ada sekuntum yang sudah 5 hari kembang , dapat jugak tengok 'live' .




4. Sabah Tea Plantation.







Kundasang :

1. Kinabalu Park dan kaki Gunung Kinabalu...sungguh kagum .




2. Kundasang War Memorial ... lebih dari 2000 Australian dan British terbunuh semasa zaman Jepun.




Perjalanan dari KK ke Kundasang amatlah cantik denagn gunung ganang di kiri kanan jalan . Kami bermalam di Mount Kinabalu Heritage Hotel yang terletak betul2 di puncak bukit yang setentang dengan Gunung Kinabalu. Sayalah yang paling teruja bila lihat puncak gunung di depan mata ... memang sungguh AMAZING !!



Lebih dari 1200 keping gambar kami sempat ambil ..... saya letakkan beberapa keping buat kali ini.

Thank you Darling for sponsoring this vacation . Semoga murah rezeki dan dapat bawak kami melancong lagi InsyaAllah.