Tuesday, August 11, 2009

Sabah is Amazing !!

Alhamdulillah . Percutian ke Sabah memang amat amat memuaskan hati kami semua . Sememangnya Sabah satu negeri yang penuh dengan pelbagai lokasi pelancongan yang tidak terdapat di negeri lain. 5 hari kami hanya sempat melawat beberapa pusat pelancongan di sekitar Kota Kinabalu, Tamparuli, Ranau dan Kundasang.

Sudah lebih 12 tahun kami tidak bertemu Fauziah, adik darling berlainan ibu yang menetap di Sabah setelah berkahwin dengan orang Sabah dan bekerja di sana. Lepas rasa rindu kami padanya dan keluarga. Selalunya kalau Fauziah balik ke Semenanjung kami memang tak sempat bertemu sebab masalah masa dan kelapangan . Kami sempat lunch di rumah mereka dan dinner di Gayang Seafood Restaurant bersama-sama . Semoga dapat bertemu lagi InsyaAllah.




Antara tempat yang kami lawati :



Kota Kinabalu :

Kami menginap di Marina Court kondo 3 bilik untuk 4 malam, Dapat condo yang betul2 mengadap laut .

1. SK Tanjung Aru , sekolah saya semasa darjah 4-6 , tak banyak berubah.





2. Lok Kawi Wildlife Park.




3. Pasar malam Kg. Air .

4. Pasar Kraftangan (Pasar Filipina ) .

5. Muzium Sabah.




6. Heritage Village.




7. Bukit Bendera , boleh nampak KK dari atas bukit ini.

8. Clock Tower KK.

9. 1 Borneo .. shopping complex terbesar di Borneo .

10. Gayang Seafood restaurant ... sedapnyaaaaaaaaa.



11. Pulau Gaya .

12. Pulau Manukan...teramatlah cantiknya.







Tamparuli :

1. Jambatan Gantung Tamparuli .




Ranau :

1. Kinabalu Park .



2. Poring Hot Spring.





3. Refflesia Blooming ...kebetulan ada sekuntum yang sudah 5 hari kembang , dapat jugak tengok 'live' .




4. Sabah Tea Plantation.







Kundasang :

1. Kinabalu Park dan kaki Gunung Kinabalu...sungguh kagum .




2. Kundasang War Memorial ... lebih dari 2000 Australian dan British terbunuh semasa zaman Jepun.




Perjalanan dari KK ke Kundasang amatlah cantik denagn gunung ganang di kiri kanan jalan . Kami bermalam di Mount Kinabalu Heritage Hotel yang terletak betul2 di puncak bukit yang setentang dengan Gunung Kinabalu. Sayalah yang paling teruja bila lihat puncak gunung di depan mata ... memang sungguh AMAZING !!



Lebih dari 1200 keping gambar kami sempat ambil ..... saya letakkan beberapa keping buat kali ini.

Thank you Darling for sponsoring this vacation . Semoga murah rezeki dan dapat bawak kami melancong lagi InsyaAllah.

26 comments:

ntahsapentahni said...

seronoknye dieeeee. bila la saya dpt ke msia timur

silversarina said...

ntahsapentahni,

Pergilah honeymoon kat sana, duk di kaki gunung ,memang best :)

Lama tak dengar kabar berita, harap wife sihat .

moon said...

Kak Rina,

Cantiknya pemandangan.....

cikMilah said...

Best nyer.....

maklang said...

kita yang tengok pun teruja..nak kompol Rm laa...nak pi gak...

Zaitun said...

Seronoknya...last year keKucing lepas ni turn Sabahla pula.

cikMilah said...

Like yr entry, siap dengan gambar dan agenda - senang nak buat reference...

Kak Elle said...

Selamat pulang dan thank you dgn berita bergambar tu ... mmg cantik pandangan di sana.

KAMATO said...

bestnya... saya tak habis lagi jelajah sabah

Neeza Shahril said...

neeza terasa macam neeza pulak yang bercuti di Sabah.. menarik sungguh gambar2 yang Kak Rina snap..

pergi sana tu memang Kak Rina dah tahu ke nak visit mana? Kalau neeza, sure mati kutu tak tahu nak pergi mana.. heheh..

zany said...

bestnya, hari tu tak sempat nak ke manukan, kesian satu family lagi yang join, mereka teringin sangat nak ke pulau, tapi kesuntukan masa.

kaki gunung kinabalu memang mendamaikan.

SoFie NuR said...
This comment has been removed by the author.
silversarina said...

moon,

Memang cantik tak terkata, MasyaAllah, Subhanallah.




cikmilah,

Sememangnya best !



maklang,

Cukup RM boleh pergi lama sikit , bagi chance yang nak daki gunung :)

silversarina said...

zaitun,

Akak suka KK lebih sikit dari Kuching , apapun dapat berjalan tempat orang tak kira di mana, mesti dapat pengalaman best .

Selamat menerokai KK.




cikmilah,

Banayk lagi tempat yang kecik2 yang kami lawati dan siap gambarnya . Pergilah bawak anak2 ke sana, pasti menarik !

silversarina said...

kak elle,

Cantik,cantik ...pergi mana2 pun memang pasti ada tempat cantik untuk dilawati , memang kami suka .





kamato,

Kena lawat lagi sabah sebab negerinya luas dan banyak tempat menarik . Akak pun kata pada hubby kalau ada peluang nak ke Sabah lagi, Sandakan dan Tawau, KUdat dan Lahad Datu....bestnya.

silversarina said...

neeza,

Kami explore tempat2 lawatan dengan berpandukan peta pelancongan , booking hotel dan kenderaan 4WD malalui internet dan adik ipar di sana. Memang kalau tak explore sure rasa macam tak de apa, bila dah merayap ikut peta, rasa tak cukup masa pulak.






zany,

Kami dah setkan memang nak ke pulau, masa laluan balik ke KK, pakcik bot lencong sikit bawak kami ke Pulau Gaya dan dapat lihat kampung air di sana . Cuma Labuan je taks empat sebab fikir balik Labuan pun tak ada apa sangat ( orang kata ) so, kami tak jadi ke sana.

MULAN said...

oohhh indahnya sabah.. syookkk nyaa...

aint-super-woman said...

Ha! Ingat apa yang I pesan tak? Teman nak masak lemak nenas + ikan masin ni......

PINATBATE said...

seronoknya family kakRina ni..selalu dapat holiday sana-sini..anak-anak pun dapat berbagai pengalaman baru kan..

Zaitun said...
This comment has been removed by the author.
Zaitun said...
This comment has been removed by the author.
Zaitun said...

Pembetulan...

Saya kakak,Rina jauh lebih muda dari saya.Hehe...

Cat Cat said...

Oooh patut le lama tak update blog... Rupa2nya jalan2 ke Sabah... Seronoknnnnnya...

Anuar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anuar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
silversarina said...

mulan,

Macam pergi negara lain bila pergi Sabah :)




aint-super-woman,

Beres bos, ikan masin udah dipos ke lot 144 ..hehehe.





pinatbate,

Beli tiket masa promotion memang mampu, kalau mahal memanglah tak berjalan jugak kami :)




zaitun,

Ooo ye ke, bila tengok kat profile memang nampak 52 tapi rasanya itu bukan umur akak kan... anyhow saya dah terbiasa bahasakan diri akak .







cat cat,

Cuti-cuti Malaysia..tapi cuti masa budak sekolah,pontenglah dua tu sebab nak ikiut jugak ..heheh.