Wednesday, August 26, 2009

Spek , ketam giant dan air kelapa muda

Berselera saya makan semalam , Alhamdulillah selera dah kembali setelah demam dan kurang selera sebab gastrik jugak . Semalam saya makan nasi dengan sup ketam . Masa pegi beli ketam di pasar borong penjual ketam tu tunjukkan seekor ketam besar...memang besar betul, seekorharganya RM22 .. seekor tu sekilo lebih (sekilo RM18 ) . Penjual (saya dah kenal lama ) tu kata pada saya , " Kak Ina, beli ketam ni , sedap ni . " Saya jawab pulak , " Tunggu orang bagi saya hamper ketam dalam plastik dan buh riben jelah . " Gelak semua yang dengar .Memang saya takkan beli seekor ketam RM22 walaupun ia besar . Saya beli 3 ekor ketam (bulan posa tak leh banyak sebab ada lauk lain lagi ) yang beratnya sama dengan ketam giant tadi RM22. Memang berbaloi , isinya banyak dan amatlah manis rasa nya , memang fresh.


Lepas zohor saya baring dan tidokan Mimi (saja baring sebelah dia ) , saya sembang dengan Maya ( Sofie duk lepak kat ruang depan dengan lappy baru dia tu , busy bercucuk tanam macam gang FB yang lain. ) . Bincang dengan Maya pilihan yang saya ada petang semalam berdasarkan kesihatan badan sebelah petang ...

A. Masak ketam dan ayam percik dan tak jadi keluar cari kuih dan air kelapa.
B. Keluar dulu cari air kelapa dan balik sure letih tak payah masak dah (orang lain masak ).
C. Keluar cari air kelapa dan balik masak pulak .

Saya pilih.......... B ........ Maya dah offer nak masak ayam percik dan sup ketam jugak . Sofie masak nasi dan buat acar sayur (mula2 sofie akan masak sup tapi maya terajinlah pulak masak sup sekali ) .

Untung ada 2 pembantu kat rumah kan....

Pusing keliling ( Bazar ramadan saya tak nak pegi sebab ramai orang ) cari air kelapa fresh , selalunya ada dijual di SMC, sampai habis tak jumpa . Jadinya singgah beli ais blended cccoa
untuk Mimi dan soursop untuk saya dan juga beli kuih tepung pelita.

Hari ni pulak sambung mission cari kelapa muda....di mana yer......


Hantar gambar ni pada ayahnya , ayah komen mimi comel dan nampak macam orang besar pakai spek (kena puji sikit sebab kalau kata tak cantik nanti dia merajuk tak nak pakai ) .



Sebelum tu masa tengahari tu ambik spek Mimi . Dia dah pakai spek dan kami panggil dia Prof. , mula2 dia marah, tapi saya kata Prof seorang yang banyak ilmu dan eloklah dipanggil dia Prof agar dia belajar sehingga tahap tertinggi dan bergelar Prof (dia kan nak jadi cikgu jadi memang line dialah Prof tu ) .

Saya jugak sedang cuba kaedah alternatif untuk rawat mata mimi InsyaAllah lepas 5-6 bulan nanti doktor akan lihat kembali mata mimi tu, harapnya tak rabun dah.

13 comments:

aint-super-woman said...

Lawa Mimi pakai spek mata.

Selagi anak2 dara tu ada kat rumah, awak duduk rehat je.....masa ni la nak test masakan diorang....sebagai orang yang dah banyak pengalaman (ewah!) kita cuma bagi komen je, apa yang tak cukup, apa yang nak ditambah...hehehe

Megat Amir Danish said...

kena puji mimi uh..,

cumel n cantik.

hehe..

pB said...

ayam percik..

best tuuuuuuu .....


biasanya kalau percik percik ni , hujung minggu baru boleh buat.

Kak Elle said...

nak ketam jugakkkkkkk.....hahaha nak cari ketam ahad ni:)

wah cantik nya nona manis pakai spec..mmg macam prof cilik:)

cikMilah said...

Kata orang sup ketam mmg bagus untuk orang yg baru sembuh dr demam.....awal bulan gini ketam mmg penuh isinya kan..

mmg nampak macam budak besar cikMimi kita tu.. errmmmm.. orangnya mmg dah comel...:)

Zareda Norman said...

alalalla.. comelnya mimi pakai spek.. memag nampak cam dewasa sikit tapi tetap comel.

bes ada anak dara di rumah kan kak rina.. zar ni kena tunggu 4-5 tahun lagi.. baru boleh lepaskan anak dara tu masak di dapur

moon said...

Sedapnya sup ketam....kena cari jugaklah..

MULAN said...

macam prof betol la mimi tu..

kesian kak rina demam, moga dah baik..!! ada puteri2 kat rumah, lepak je la dulu.. he he..

zany said...

memang comel pun bila pakai spek

orangkayabertaqwa said...

Kak dah cuba tonik permata hijrah? banyak testimoni masalah mata yang berjaya diubati..dgn izin Allah jua.. Cubalah.

Dari KT..

suweileh family said...

Comel mimi dengan spek baru. Ada iras sorang pengacara TV, Ina lupa namanya.:)

zino said...

macam fizah memula dapat spek la hehe..

Zaitun said...

Sedapnya sup ketam dan ayam percik.
Sampai ke Kl baunya.


comel Mimi pakai spek,memang ada gaya prof.