Wednesday, August 19, 2009

Roundabout

Nak cerita kisah roundabout je hari ni ........





Dulu-dulu ada sebuah roundabout di Kemaman tapi saya dah lupa kat area mana, ada memang ada.... sekarang dah tak de .






Kalau ke Shah Alam memang kami selalunya mengira berapa roundabout untuk ke rumah adik .



Semasa di Sabah baru2 ni , saya rasa macam pelik bila jalanraya penuh dengan roundabout . Kat mana saja ada je roundabout, yang kecil yang besar, yang kosong yang penuh hiasan di tengahnya , macam2.



Saya sempat tangkap gambar beberapa roundabout di antara puluhan yang kami lalu sepanjang 5 hari di sana.

Mungkin 5-10 tahun akan datang roundabout sudah tidak wujud lagi..............

13 comments:

Kak Elle said...

roundabout semua dah di ubah suai ngan traffic light di sini.

Zaitun said...

Kalau dulu memang banyak roundabout ditempat saya tapi sekarang dah digantikan dengan flyover[jejantas]yang bertingkat2.

cikMilah said...

KakRina, musim demam pilihanraya la ni, roundabout kat sini, yang dah ada traffic light pun, ada polis kawal lalu lintas..round about yg selalu smooth tak pernah jammed pun dah jammed terok la ni..see my entry.

silversarina said...

kak elle,

Kebanyakan tempat memang dah tukar pada traffic lights. Tu yang rasa pelik bila kat Sabah masih banyak roundabouts even di jalanraya yang baru dibina masih lagi dibina roundabout.

silversarina said...

kak zaitun,

Ha ah ye, kat KL memang tak nampak dah roundabout, jalan pun banyak yang di udara je , agaknya kalau ada roundabout memang lagi jem teruklah, tak bergerak langsung keta lah jawabnya.

silversarina said...

cikmilah,

Itu ceritanya, rasanya dah banyak kali dah p/raya berhampiran cikmilah , memang jam lah jawabnya , roundabout pun dah tak pakai dah, kalau tak de polis gamaknya lagi teruk keadaan ...gang akak ada dah yang ke Permatang pasir bantu kempen di sana....akak je dah pencen lama .

Mak Teh said...

Landmark untuk ke rumah kami ialah rounabout yang ada mc donald besar tu dar arah masjid negri ambil pukul 3. Bila nak datang saya bagi arah seterusnya. Hehehe

Selamat menyambut ramadhan al mubarak!

aint-super-woman said...

Ye ke ada round about dulu kat Kemaman...
Eeeee....tak ingatnya I...kat mana, ye......

AyunasiA said...

kat shah alam tu, kat roundabout pon letak traffic light. pelik jugak. pastu asik tukar lanskap je keje nyer. tak sempat pokok nak besar dah tukar lain.

Laracroft74 said...

salam silversarina...
nak mencelah sikit citer pasal roundabout ni... kat Shah Alam sesiapa yang perasan, mana2 pegi pun mesti jumpa roundabout .. tapi rasanya pasal roundabout tu la yang buat tak ada jammed macam tempat2 lain..

zany said...

saya stay kat shah alam, masa mula-mula dapat lesen dulu, tiap kali nak tempuh roundabout punyalah susah hati, ngeri, kereta manual masa tu. masa tu juga roundabout depan istana tu takde traffic lght lagi.

silversarina said...

mak teh,

Nanti kalau ke sana kami calling2 makteh, sekarang adik saya dah pindah ke area subang, so memang tak shah alam dah lepas ni.




aint-super-woman,

Roundabout dulu lat trafik light di Tunas Manja tu, jalan pun masa tu kecik aje .. kenangan lama tu.

silversarina said...

ayunasia,

Ooo ada roundabaout pun ada trafik light..peliknya..kadang2 pokok2 tu buat mengacau pandangan je .





laracroft74,

Adik saya ajar kalau kat roundabout shah alam terus je jalan tak usah berhenti sebab memang orang akan bagi laluan, memang betulpun , smoooth je kat roundabout, kira kereta tak de yang berhenti tu yang tak jam jalannya, saya rasalah.




zany,

Dulu test keta memang kena lalu roundabout , bila baru2 bawak keta memang rasa ketor sikit bila sampai roundabout, akak pernah kena hon dengan lori sebab berhenti lama kat roundabout :)