Friday, August 14, 2009

Suka dan Duka

2 hari ni teramatlah busy walaupun badan masih terasa letih balik JJ . Rabu sempat ke majlis pertunangan bekas anak2 murid saya yang jugak rakan sekelas Sofie . Asma' dan Khair selamat ditunangkan dalam majlis yang meriah dihadiri oleh rombongan kedua-dua belah pihak yang tinggal dalam satu penempatan , Taman Islam . Asma dan Khair merupakan rakan anak2 saya sejak kecil dan tak sangka jodoh mereka berdua kian hampir menjadi kenyataan . Sejak kecil kawan2 di sekolah biasa usik dan padankan mereka berdua . Mereka mula rapat bila kedua-duanya menyambung pengajian di Damascus Syria ( mereka sempat ke rumah saya di Amman , Jordan ) . Kini keduanya telah bertugas sebagai ustaz dan ustazah di sebuah sekolah swasta di Kemaman ni. Buat pertama kalinya dalam sejarah Taman Islam pasangan yang bertunang datang dari satu taman . Majlis memang meriah sebab semuanya telah kenal satu sama lain , belah besan dan ipar duai rata-rata semua tinggal di taman yang sama. Kalau nak nikah terus pun dah kira boleh dah sebab majlis memang meriah sangat.


Khamis pagi kami ke Masjid Sultan Ahmad di Kemaman untuk menyaksikan majlis pernikahan anak rakan saya yang juga rakan sekelas Sofie dari Tg 1-3 di SMA Al Falah . Puteri Hanisah selamat diijab kabul dengan Dr Ibrahim yang kami kenal semasa tinggal di Jordan. Puteri yang ada lagi 2 tahun untuk bergelar doktor berkahwin dengan Ibrahim yang telah tamat belajar dari JUST Jordan dan kini telah bertugas di HKB. Kemudian kami terus ke rumah Puteri untuk majlis kenduri kahwin . Kakak puteri juga kawin pada hari yang sama, jadi majlis memang meriah sebab ada 2 pasang pengantin . Tak henti2 tetamu hadir ke majlis tersebut .

Sedang sibuk bermesra dengan kawan2 yang hadir saya dapat sms dari darling ( dia balik awal sebab saya nak lama sikit busy body kat majlis tu) ....sedihnya bila baca sms tu... Asri vokalis Rabbani telah pergi buat selama-lamanya . Walaupun saya bukanlah peminat utama Rabbani namun permergiannya sungguh terasa kerana Rabbani memang telah banyak jasa dalam berdakwah menerusi cabang seni suara. Semoga rohmu dirahmati Allah dan ditempatkan si syurga . Amin.


Balik rumah lepas zohor , mekanik call pulak kata spare-part untuk keta yang dah dibaiki dua kali tu dah tiba. Kena pulak hantar keta dan hubby pergi ambik anak dengan keta satu lagi dan kemudian singgah ambik saya di workshop sebab keta nak kena repair lama jugak. Sebelum ke majlis kawin tu saya dah keluarkan ikan kerapu yang dihadiahkan oleh ipar saya di KK untuk kami bawak balik ke Kemaman beserta udang besar yang fresh . Balik dari workshop saya masak pulak ikan tu sebab dah plan nak masak petang tu. Sayur pulak tertinggal dalam boot keta yang ada di workshop. Terbantutlah bab masak-memasak ni sekejap. sempat masak ikan je . Pukul 6 lebih mekanik call kata keta dah siap. Pergilah dengan hubby untuk ambik keta dan saya balik dengan keta yang dah siap dibaiki..melayang banyak jugak RM ....huhuh. Balik saya dah tak larat dah nak ke dapur, Maya ambik alih masak tomyam sayur+udang dan Sofie set table for dinner. Lepas maghrib semua dapat nyam-nyam ramai-ramai.

Pagi ni cadang nak breakfast kat Pantai Mak Nik dan lepas zohor nak busy body lagi ke Bukit Kuang Kemaman pulak untuk menghantar pasangan pengantin ( kakak puteri ) ke rumah pengantin lelaki. Ahad majlis sambut menantu bagi pasangan Puteri Hanisah dan Ibrahim di KL kami tak dapat hadir sebab darling, sofie dan maya akan ke Ipoh jumpa sanak-sedara sebelum darling balik ke Abu Dhabi minggu depan . Saya tak ikut sebab Izzat dan Mimi sekolah .

Sabtu ni ada majlis di surau dekat rumah iaitu majlis Isra Mikraj serta solat hajat buat semua anak2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di sekitar kawasan perumahan kami . Tak pasti peperiksaan tersebut dapat berjalan sebagaimana yang dijadulakan atau tidak sebab H1N1 . Peperiksaan percubaan PMR Izzat yang sepatutnya bermula Ahad ini ditangguhlan oleh PPD ke suatu tarikh yang belum ditetapkan sebab beberapa sekolah di Dungun dan Kemaman cuti H1N1 ( soalan sama satu negeri ) .

Nak bersiap-siap ke pantai , pantai sini tak ramai orang ....kalau boleh nak cuba elakkan berada dalam kelompok manusia yang ramai sebagai lanmgkah berjaga-jaga ........... semoga kita semua dijauhkan dari terkena H1N1 InsyaAllah.

16 comments:

Mama Rock said...

wah, busy sungguh kak rina.

yes, kak rina...semoga kita dilindungi dari di jangkiti virus. sekolah anak saya ditutup seminggu kerana students ramai yang demam dan ada kes +ve disekolhanya.

Kak Elle said...

Jadual yg padat sekali sibuk hari2 ye?

Best nya berkelah ramai2 dah lama tak buat mcm tu.

Abang Long said...

Bayangkan ... barang hantaran hanya dibawa dengan berjalan kaki sahaja ... tidak perlu berkonvoi dengan kereta ...

suealeen said...

saya memang peminat ustaz Asri... dan sangat terasa dengan kehilangannya. al-Fatihah...

aint-super-woman said...

Masa pegi bekelah tu, duduk jauh2 sikit dari orang ramai.....

Jangan berjemur kat panas.

Bila batuk tutup mulut.

Tisu jangan lupa bawak, kot2 nanti nak bersin.

Bawak pencuci tangan Dettol sekali.

Sebelum balik jangan lupa mop kat sekeliling tempat duduk tu, takut orang lain pulak nak duduk situ.

Sampai rumah terus mandi. Guna sabun Dettol jugak....

:)

silversarina said...

mama rock,

Dah tambah lagi program, malam ni ada jemputan dinner di Kerteh .

Banyak sangat dah sekolah yang dah ditutup , harap anak2 tak apa2.




kak elle,

Berkelah sekejap aje, lepas makan2 terus balik, tak de orang pun kat pantai tadi.

silversarina said...

abang long,

Macam tu saya tak nak ikut , tak larat jalan bawah matahari , nak2 bawak kek hantaran , mau cair sampai rumah pengantin ..hihi.





suealeen,

walau bukan peminat utama akak tetap sedih . Rasa macam tak percata dia dah tak de.





aint-super-woman,

Pegi kat pondok pantai mak nik sekejap aje, setakat makan pagi dan bawak air horlicks panas. Sanitizer memang dah berbotol bawak berjalan, mimi dan izat pergi sekolah pakai masks, semalam dah beli sekotak masks ( 50 keping ) , tengok keadaan , kalau ke kewasan ramai orang memang akan pakai mask tu.

maklang said...

Alfatihah buat beliau...moga dirahmati Allah sentiasa...Amin...

Wah sibuk betul tu...kalau ke pantai kena kat tempat redup2...sekarang musim demam..panas pun satu macam aje..

Kita panjatkan doa pada Allah moga kita semua dijauhkan dari penyakit menular ni...Amin..

Zaitun said...

Alfatihah buat ustaz Asri dan takziah buat keluarganya.

Banyak sangat majlis dihadiri tapi hati2 kat luar sana.

Zaitun said...

Alfatihah buat ustaz Asri dan takziah buat keluarganya.

Banyak sangat majlis dihadiri tapi hati2 kat luar sana.

CikguZue said...

betul ke hingga kena pakai mask dan bawa dettol?....dah sampai tahap macam tu ke bahana H1N1 kat sana? takut lar...
semoga Allah melindungi semua.

silversarina said...

maklang,

Macam arwah Asri dah boleh tau mana tempat abadi untuknya , insyaAllah syurga buatnya. Amin.

Pantai Mak Nik tak panas sebab ada banyak pokok dan pondok rehat, pergi pun kejap je pagi tadi.




zaitun,

Nak buat camne kan, memang banyak majlis diadakan , memang kalau nak keluar shopping kami akan keluar jika keadaan memaksa aje. izzat nak jogging di taman pun akak tak benarkan , bukan apa sebagai langkah berjaga2 .

silversarina said...

cikguzue,

Amat digalakkan memakai mask bila keluar ke tempat awam. Anak2 ke sekolah pun dah pakai mask. Makin ramai dah sedar akan kepentingan menjaga diri daripada terdedah dengan virus ini . Ada kedai yang dah kehabisan mask dan sanitizer.

ntahsapentahni said...

alfatihah buat ustaz asri. takziah buat keluarga yg ditinggalkan. saya akui, saya memang minat ustaz asri. ni pun tengah layan lagu dia

juwaidah said...

Alhamdulillah.. Puteri dah selamat diijabkabulkan... Buat majlis sekali dgn kakak dia rupanya..

*teringat time dia mintak borang nak kawin drp hubby hari tu.. :)

Zareda Norman said...

kak rina

busynya...

zar pun kuarantin kan diri sendiri dan keluarga. ika demma panas so kami berkurung aje dalam rumah, ikutkan hati memang nak pi shoopingm tengok wayang tapi sabarr... ada hikmahnya tu