Monday, August 3, 2009

2009 - 1977 = 32 tahun ... , rasa baru sangat






1977 kali terakhir saya berada di Kota Kinabalu... 32 tahun lalu...rasa macam baru je tinggalkan bumi negeri di bawah bayu ni. Hampir 3 tahun kami sekeluarga tinggal di Kem Lok Kawi, KK kerana arwah abah seorang askar pada masa itu. Saya sempat bersekolah di 2 buah sekolah di sana iaitu SK Kem Lok Kawi selama satu penggal semasa darjah 4 dan kemudian bertukar ke SK Tanjung Aru ( dekat dengan airport KK ) . Saya sempat di sekolah ini penggal ke 3 darjah 4 hingga penggal ke 2 darjah 6 . Dulu perpindahan askar ke tempat lain tak kira penggal ke hujung tahun ke tengah tahun ke , kalau arahan pindah terus je pindah atau stand by untuk pindah . Arwah abah pulak jenis takkan tinggalkan kami di kampung dengan dia sahaja yang pindah ( memang ada jugak askar yang buat macam tu , tinggal anak bini di kampung, mereka aje yang pindah randah atas alasan susah nak tukar2 sekolah anak2 ) . Cuma masa di KK, bunyi2 nak kena pindah ke semenanjung dah lama bunyinya , abah buat keputusan hantar kakak saya yang sulong dan yang ke 2 sambung belajar di semenanjung terlebih dahulu iaitu awal tahun itu bertukar sekolah di semenanjung kerana kakak sulong saya masa tu nak ambik SPM dan kakak kedua saya nak ambik LCE .


Dari kem saya hanya nampak puncak je , bukan nampak pokok2 jugak sebab jauh .... sekadar gambar hiasan.



Dulu pagi2 masa tunggu trak askar datang ambil kami ke sekolah , memang saya selalu kagum bila nampak puncak Gunung Kinabalu, dari rumah kami di kem kalau cuaca cerah memang boleh nampak puncak gunung sayup2 . Kami tak berkesempatan ke kaki gunung ( 108km from KK ) kerana dulu jalanraya memang tak de, yang ada hanyalah jalan batu2 besar yang jeep aje yang boleh lalu. Kakak sulong saya je yang sempat mendaki hingga ke puncak gunung semasa dia mengikut ekspidisi sekolah mendaki gunung di Tg. 4. Bagi kami paling jauh yang abah pernah bawak adalah ke Kota Belud (75km from KK ) . Hujung2 minggu memang abah akan bawak kami berjalan ke Tuaran, Papar, Kota Belud atau paling tidak kami akan ke pantai yang hanya depan kem saja .

Kini selepas 32 tahun saya akan kembali ke bumi indah itu . Memang saya suka sangat nak pergi KK Rabu ini .Kenangan lama bersama kawan2 Sabahan dan beberapa orang dari Semenanjung ( my best friends were Sabahan ) benar2 buat saya amat teruja ke sana lagi.

Jumpa lagi nanti bersama bingkisan dari Sabah....

18 comments:

Kak Elle said...

Lama tu 32 tahun...tapi rezeki ada untuk kesana alhamdulillah:)

Have a nice trip wanmommy saya tunggu kepulangan dr sana dgn cerita2 pasal KK pulak.

cikMilah said...

Have a nice vacation. Kalau ke Sepilok, ambil gambar "kawan" kat sana banyak-banyak ya...I love orangutan!

Zareda Norman said...

kak rina

enjoy the travel ok..

zar pun suka pi KK, seafodd bes dan suka kristal

Neeza Shahril said...

tak pernah pergi sabah.. nak jugak neeza pergi tapi tunggu lah balik duduk malaysia lah kot hehee..

selamat bercuti2 ya kak rina.. kat sana ikan bilis murah hahaha!!

maklang said...

selamat bercuti...:)

MULAN said...

oohh have fun in kk..

Abang Long said...

Sebelum nak tulis, sudah rasa nak gelak, walaupun entri cuma kisah sejarah ... sebab teringat pelawaan seorang sahabt penulis tersohor ... dia ajak Abang long pergi ke kampong dia, ... masalahnya Abang long tak sihat dan tak boleh berada ditempat sesak ... jadi Abang long tanya ... boleh tak pergi dengan kapal ?

Dia jawab ... "2 minggu baru sampai"


Abang long jawab ... "kalau macam tu ... saya naik bot."

Abang Long said...

Sebelum nak tulis, sudah rasa nak gelak, walaupun entri cuma kisah sejarah ... sebab teringat pelawaan seorang sahabt penulis tersohor ... dia ajak Abang long pergi ke kampong dia, ... masalahnya Abang long tak sihat dan tak boleh berada ditempat sesak ... jadi Abang long tanya ... boleh tak pergi dengan kapal ?

Dia jawab ... "2 minggu baru sampai"


Abang long jawab ... "kalau macam tu ... saya naik bot."

aint-super-woman said...

You buatkan I teringat zaman kecik2 I masa kat Kuching. Masa tu umur baru 4,5 tahun. Duduk dekat flat. Masa pindah ke Semenanjung naik kapal namanya Kapal Kota Raja....Nampaknya kita ni sama le... anak askar!

Zaitun said...

Salam,Wah seronokya... dalam setahun banyak kali pergi holiday.

selamat bercuti.

zany said...

akak, kalau rajin lepaklah kat kinabalu dua malam ke, baru best, nyaman je suasana. bukan senang nak mendaki ke sana tau.saya tak suka KK tapi sangat suka di gunung kinabalu

silversarina said...

kak elle,

Tulah ada rezeki nak jejak kaki ke sana lagi, Alhamdulillah.





cikmilah ,

Tak pegi sepilok sebab jauh sangat di sandakan, kami sekitar KK dan kaki gunung je.Next trip pulak kot baru ke bandar2 lain yang jauh.

silversarina said...

zar,

kawan2 kata kristal cantik dan murah, nak jengok2 lah jugak :)





neeza,

Ikan bilis dan udang kering serta ikan kurau masin memang murah kat sana .

Nanti anak2 dah besar bolehlah ber travel merata :)

silversarina said...

maklang,


Thanks !!






mulan,

InsyaAllah kami akan berseronok mengadap gunung ...hihi.

silversarina said...

abang long,

Dulu masa pergi Sabah dan Sarawak kami memang naik kapal askar yang agal besar tapi memang puas saya mabuk laut , ke Kuching 4 hari , ke KK 7 hari , rasa macam tak nak naik dah kapal, masa balik dari KK barulah family askar dapat gunakan kapalterbang askar Charlie, tu pun bunyi kuat betul dalamnya ..

Agaknya kalau naik bot berapa hari ekkk dan mungkin sampai KK dah tinggal tulang sebab habis isi perut keluar ....hehehe.

silversarina said...

aint-super-woman,

Agaknya duduk sama kem tak, kami duduk rumah sarjan mejar , rumah kembar tak jauh dari flat 4 tingkat. I pernah naik KOta Raja 3 kali, pergi Kuching , balik dari Kuching (darjah 1 & 2 ) dan pergi KK,balik dari KK naik Charlie , memang sah kita ni sama , sebab anak askar :)






Zaitun,

tiap tahun paling tidak sekali mesti nak jalan satu keluarga ramai2 , itupun tak pernah lagi dapat penuh sekeluarga, so tahun ni berjalan berenam jugak .




zany,

Kami tempah semalam je kat kaki gunung dan 4 malam di KK sebab jadual padat , nak tengok tempat2 lama akak dan kalau sempat nak ke Labuan jugak , mungkin kena datang lagi kot :)

CikguZue said...

wauu lama tu...mmg tentunya byk dah byk berubah.
saya pernah sampai KK dan Tenom, ada abang yg berkahwin di sana. cantik kawasannya dan nyaman...

Mama Rock said...

kak rina, saya hanya berkesempatan ke KK dan sandakan saja. have fun!