Friday, August 21, 2009

Meriah rumah Ramadan kali ini




Malam tadi masing2 tunggu pengumuman puasa dalam TV . Maya kata dah bertahun dia tak tengok pakcik tu isytiharkan nampak /tak nampak anak bulan ( tak ingat bila kali terakhir nampak anak bulan ) .

Keputusannya.... esok baru mula puasa. Tak berpeluanglah nak berbuka puasa bersama2 Darling di hari pertama dan sebulan Ramadan kerana lepas sahur pagi esok darling akan kembali bertugas di kampung arabnya.

Apapun saya bersyukur sangat ada anak2 dara saya di bulan Ramadan ini kerana telah lama kami tidak dapat berpuasa bersama. Buat Sofie ini adalah kali pertama dapat berpuasa dengan saya setelah 5 kali Ramadan dia berpuasa di perantauan ( sejak 2004 ) . Maya pulak sejak 2006 ...maknanya dia berpuasa di negara orang selama 3 tahun baru kali ini dapat bersama kami di sini. InsyaAllah Maya akan berpuasa bersama kami selama 2 minggu dan Sofie 3 minggu sebelum masing2 balik ke negara masing2.


Zaid , Azra dan Umair ( puasa ke si kenit ni...hehehe ) pulak InsyaAllah dapat bersama kami berpuasa mulai 27 Ogos ni ......

Bayangkan betapa seronok dan meriahnya rumah kami bila nanti hampir 90% ada di rumah tahun ini bersama berpuasa..... Alhamdulillah.

Syawal/Raya pulak ....... tak nak citer masa ni.... nak citer kisah Ramadan dulu.. lambat lagi Syawal, puasa pun belum start.

Selamat berpuasa buat semua rakan di luar sana... semoga Ramadan kita adalah yang terbaik tahun ini InsyaAllah.

14 comments:

aint-super-woman said...

Kami sekeluarga pun mengucapkan Selamat Berpuasa dan mohon maaf atas segala kesilapan yang ada.

Walaupun sedih darling nak balik, tak apa, anak2 dara tu semua ada...waaaaa....mesti masa berbuka nanti lauk macam2 ye!

Umair pulak dah nak balik...mesti wanmommy belikan banyak baju raya untuk cucu kesayangan!

Anuar said...

aint-super-woman,

Memang ye... dah siap belikan baju melayu dan samping untuk umair dan beberapa baju yang dibeli semasa pergi bercuti , semuanya tengah menanti Umair ku sayang.

Bab makanan tu taktaulah , ikut apa dema tu nak makan, I sediakan/belikan saja, asalkan makan dan tak membazir .

Selamat puasa buat semua.

silversarina said...

anuar tu I, tau ...silap lagi guna id dia..hihi.

aint-super-woman said...

heheheh....mujur bagi tau, kita dah tak sabar nak bukak kot2 darling pun ada blog sendiri.....

Zaitun said...

Meriah memang meriah tak apalah kasi chance.Tapi raya nanti jangan nangis ya.Umair mungkin puasa yang yok [puasa time tidur]hehehe...

JHaZKiTaRo said...

selamat berpuasa makcik ina.. kirim salam kat ahli2 rumah yg lain..

Kak Elle said...

rina....

sayang lat satu hari je tokdaddy dah terbang...apa2 pun ramai nanti bila si comei sampai tu mesti meriah.

maklang said...
This comment has been removed by the author.
silversarina said...

zaitun,

Syukur sebab dapat bersama anak2 di Ramadan kali ini...bab raya tak pe, Umair ada macam kata akak..hihi.






jhaz,

Selamat berpuasa buat jhaz juga.. sure best dapat berpuasa bersama mak ayah kali ni, Alhamdulillah.






kak elle,


Jadual keje takleh ubah dah sebab memasing dah siap rotation keje yang tetap... memang tak de rezeki nak puasa sama kali ni .

ZLAA said...

Salam Ramadhan Kak Rina. Have a blessed one.

kakyong said...

kak.. selamat berpuasa.. selamat meraikan ramadhan..
sonok lah anak2 ada, walau darling jauh di mata....

kakyong said...
This comment has been removed by the author.
My Life said...

selamat berpuasa untuk makcik ina sekeluarga...

KAMATO said...

Selamat berpuasa, semuga dikurniakan kesihan sepenuhnya untuk beribadat di bulan yang mulia ini