Wednesday, August 12, 2009

gayatnyaaaaaaaaaaaa........

Hari ni nak cerita pengalaman gayat semasa ziarah Kinabalu Park dan Pulau Manukan baru-baru ini. Memang saya cuba untuk tidak gayat tapi itulah hakikatnya , memang saya masih gayat.

Gambar atas, penuh semangat dan bergaya mendaki nak ke Canopy Walk... gambar bawah... goodbye...saya nak turun...gayat beb :)




Kinabalu Park yang terkenal dengan alam semulajadi dan trail mendaki ke beberapa lokasi termasuklah ke Poring Hot Spring, Butterfly Farm, Canopy Walk / Jambatan Gantung , Air terjun (tak ingat namanya ) . Saya sempat mendaki ke Poring Hot Spring dan lalu Butterfly Farm dan tak singgah pun sebab semua tak nak dah tengok butterfly . Kemudian kami bayar tiket untuk terus mendaki ke Canopy Walk . Penuh semangat saya mendaki dengan sorakan kata-kata semangat dari anak-anak. samapi suku jalan saya dah rasa tak sedap, semput pun ada , gayat tinggi pun ada, teringat pengalaman di Tangkuban Perahu di Bandung tahun lalu yang saya menangis takut tak larat nak jalan balik nanti.... saya stop suku jalan dan kata pada hubby saya nak tunggu kat bawah aje, nak patah balik turun bukit tu. Maka sampai di situlah sajalah iaitu trail sepanjang 900m saja yang saya mampu daki dari kaki Kinabalu Park . Saya turun bukit dengan menggigil lutut terasa gayat tapi saya teruskan jugak dan sampai kat Hot Spring saya berhenti rehat di pondok rehat menanti hingga anak2 dan hubby kembali dari Canopy walk. Makanya saya tidaklah dapat merasa melihat dan melalui jambatan gantung yang diikat antara pokok ke pokok....tengok gambar ajelah...huhuhu.


Inilah saya terlepas ..Canopy Walk ..jambatan gantung dari pokok ke pokok ...huhu...gayat ....




Pulau Manukan hanya 15 minit dari Jesselton Point/Port di KK. Penuh semangat saya duduk di bahagian hadapan bot , konon jadi protector pada anak2 . Sebelum tu pemandu bot dah suruh saya ke dalam sikit, namun saya masih orang pertama yang kira di bahagian hadapan bot. Bila bot bergerak semakin laju, saya dah mula gayat dan nampak ombak turun naik . Tangan sebelah kiri dah pegang tepi bot dan saya luruskan kaki ( bot tak penuh hanya 13 orang aje hari tu ) sebelah dan pegang kerusi bot dengan tangan sebelah lagi . Tambah parah bila rasa teramat gayat saya pejamkan mata sepanjang jalan ke Pulau Membutik bila bot tu turunkan 2 mat saleh di pulau tu, saya pun cepat2 tukar tempat duduk sebelah hubby yang setentang dengan saya tapi di bahagian dalam sikit . Barulah lega tak gayat dah hingga ke Pulau Manukan dan dalam perjalanan balik kami di bawa pula ke Pulau Gaya dan saya duduk di bahagian dalam , memang tak gayat langsung . Anak2 semua ketawakan saya dan sempat tangkap gambar saya gayat ... terik betul rupanya....hehehe. Memang saya rasa macam nak ter terjun ke dalam air masa gayat tu ........

Warning...dilarang letawa ... teruk betul muka orang tu gayat ombakkkk........


lega....dah dapat duduk sebelah darling dan di bahagian dalam sikit.... tak nak dah duduk depan bot ...gayat....


Arwah abah saya juga gayat...saya ikut abah lah ni.... gayattttttttttttt.....

20 comments:

aint-super-woman said...

I pun gayaaattttt.....eeee....berani nya depa gi seberang titi tu. Tak rasa nak pengsan ke? I boleh kalau menyeberang tapi kena ada superman kat sebelah.......hehehehe.....

Kelakornya muka org yang gayat tu......lain kali bawak le penutup mata.....hihi

nurazzah8 said...

Ina...sorry..tak nak ketawa tapi tersenyum aje...boleh?

Abang Long said...

Bab ini memang tidak ada ubat atau penawarnya ... :(

Zaitun said...

Ketawa pun tak nak ,senyum pun tak nak sebab dah ada pengalaman semasa naik cable car di Langkawi.Anak kata mama jadi Tok Batin sebab mulut terkumat-kamit.Hehehe...

zany said...

berani tu kak duduk depan sekali dalam bot, kalau saya cari tempat paling tengah, ha, ha....

kat canopy walk tak sanggup naik, kata pengetip tiket kat kaunter, jantung dup dap kencang kalau jalan atas tu sambil tengok ke tanah.

cikMilah said...

sorry kaRina,
dari gambar kedua saya ketawa sampai habis....it's not yr fault, though...

en_me said...

gayat kannns.. ehehe

Neeza Shahril said...

hehe.. kelakar tengok Kak Rina gayat.. memang nampak kat muka pulak tu..
setakat ni Neeza tak gayat lagi.. agaknya masa kecik biasa panjat pokok tinggi kot.. :D

Kak Elle said...

hahaha....cute pe?takpe lah gayat bersama2 tokdaddy dan anak2.

silversarina said...

aint-super-woman,

Sama gang ... ish ish, mike muda lagi dah gayat ...hehehe.





nurazzah,

Kami dah puas ketawa...hahahahha.





abang long,

Betul tu, rak dapat control, memang gayat :)

silversarina said...

zaitun,


zaitun,

Hahahaha, sama gang jugak, saya memang pejam rapat mata sebab nak hilangkan gayat rugi tak dapat lihat pemandangan laut yang cantik :(




zany,

Mula ingat dah tak gayats ebab dah tukar glasses hari tu memang kurang rasa gayat, rupanya bila dilambung ombak rasa macam nak terjun je sebab tak tahan gayat .





cikmliah,

ketawalah, memang anak2 semua ketawa dan akak pun bila ingat memang ketawa jugak...hihi.

silversarina said...

en_me,

Memang tak tahan tau gayatnyaaa :)





neeza,

Masa kecik kalau naik merry go round memang satu taman dengar akak menjerit gayat, rupanya dah tua ni lagi teruk :)





kak elle,

Kelakar sangat masa tu, sampai tukar tempat duduk nak hilangkan gayat .

maklang said...

kalau saya pun takut jugak kot, naik jambatan gantung tu..

tapi kalau naik bot suka duduk kat tepi tu dapat pegang air!:)

PINATBATE said...

HAHAHAHAAHAHAHAHAHAHA!!!





Maafkan saya kakRina..
tak boleh tahan lah...nak gelak jugak..cumil jer tengok gambar tu...

MULAN said...

saya pon gayat.. tapi kenkadang teruja jgk nak try semua tu..

Mak Teh said...

Saya semasa kanak-kanak ada sedikit rasa gayat apabila memanjat menar masjid di kampung tempat orang laungkan azan. Lepas tu rasanya rasanya dah kurang gayat. Ni dah lama tak mencuba memanjat kerana lutut pula buat hal.

zino said...

best nya bila nak sampai sana tu..

Cat Cat said...

Kak Rina,
Gayat tu apa eh...?? (in English)
Cath pun cam nurazzah8 - tersenyum aje tengok muka Kak Rina yang cute mute tu... Hehe.

silversarina said...

maklang ,

Memang tinggi jambatn gantung tu, nak ke kaki pokok tu pun kena mendaki tinggi dah , memang tak larat I :)





pinatbate,

Gelaklah, akak tak kisah, merah padam muka tahan ketor tau ...hehehehe.






mulan,

Kalau gayat sikit boleh tahan lagi sebab memang sayang miss all those excitement , tapi akak memang gayat tahap teruk punya, tak dapat tahan .




mak teh,

Saya pun lutut ada problem jugak, kat peha pun sakit bila mendaki tinggi .

silversarina said...

zino,

Plan jangka panjang dapatlah ke sana nanti :)




catcat,

Gayat = feeling dizzy looking down from a high place.