Salam Tahun Baru Hijrah 1429 kepada semua bloggers and sahabat di serata dunia. Semoga Allah memberi kita semua kehidupan yang lebih bermakna dan menjadikan kita semua hambaNYA yang cemerlang InsyaAllah.
Sebenarnya bila melihat kepada senario terkini dalam dan luar negara saya berasa sedikit gusar terhadap keselesaan dan keharmonian dalam hidup ini kerana ianya nampak begitu rapuh dan kurang stabil.
Pelbagai isu dan skandal yang berlaku dalam masa tiga bulan saya berada di tanahair membuatkan diri ini meronta-ronta untuk kembali berada di luar negara yang kurang sikit isu yang 'pelik-pelik' dan jika ada isu panas pun agak kurang impak kepada diri seorang perantau.
Cakap pasal benda pelik-pelik ni, beberapa perkara lucu dan pelik yang ingin saya kongsikan bersama perihal anak bongsu saya Mimi yang mendapati banyak benda pelik yang sebelum ini tidak dijumpai semasa berada di Jordan dan sudah tidak diingati lagi keran dia masih kecil semasa kami terbang ke JOrdan. Jadi padanya banyak benda baru dan pelik di malaysia.
Antaranya :
* Hari pertama kami tiba di KLIA hujan agak lebat dan semasa berada di dalam kenderaan menuju ke Kemaman, Mimi kata hujan lebatnya dan saya suruh Mimi sentuh hujan dan spontan kata-kata ini keluar dari mulutnya... : "Oh, hujan ni air... "
* Tak lama selepas itu dia berkata lagi.." Tu bendera Malaysia ke ?? Kenapa banyak sangat ?? "...dia pelik sebab di Jordan taklah sebanyak itu...( kami pulang awal september, so masih dalam sambutan merdeka.
* Hari ke 2.. dia kata pulak..." Bila nak balik Amman ? " ... dia tak faham yang kami balik untuk menetap bukan bercuti...kesian dia.
* Dia terlalu excited bila ternampak ayam berlari-lari dan dia kata..." Itu ayam hidup ke ? " . dia pernah lihat ayam hidup warna putih yang di dalam reban/kandang untuk disembelih di kedai sekitar Mutah .Jordan tapi tak pernah lihat ayam hidup berkeliaran happy ke sana ke mari.
* Suatu hari semasa dia nak pergi ikut Izzat bermain di padang saya ingatkan dia agar berhati-hati langkah longkang.. katanya..." Longkang tu apa ???" Jordan tak de longkang...
* Semasa menanti Izzat keluar dari kelas tuition tiba-tiba ada biawak lalu dan dia tanya apa itu , saya jawab biawak...katanya.." macam dinosaur ." tak lama lepas tu dia kata lagi.." Apa binatang yang kat belakang kereta kita ni ?? " saya jawab biawak tadilah ( saya tengah baca paper )... " Mama apa binatang yang kat belakang kereta kita ni...??" lebih cemas dari tadi... saya tak hiraukan sebab masih ingat biawak tadi... bila tengok kat cermin belakang...." Ohhh ni binatang LEMBU ..mimi tak kenal lembu ? "... katanya " Mana mimi kenal lembu, unta dan donkey mimi taulah... ". Masa raya korban dia langsung tak nak melihat lembu yang tersedia untuk dikorbankan.....
* Hari yang lain katanya.. " Ni binatang apa ?"... "Ini goat, kambing ..takkan mimi tak ingat kat jordan kat banyak. " kata saya. Dia jawab kembali..." Mana mimi kenal goat , mimi kenal sheep."
Selain dari itu mimi juga tidak makan pelbagai makanan , buah-buahan dan kuih-muih di sini yang padanya begitu asing tapi sejak akhir ini dia mahu mencuba sedikit sebanyak makanan yang saya makan kecuali durian (busuk ), rambutan ( geli bulunya ) , ABC ( rasa pelik katanya )... dan macam-macam makanan lagi yang begitu tidak menyelerakan pada nya.
Oklah... saya kena bersiap-siap kerana mahu bercuti di hujung minggu yang panjang ini ke Bandaraya Pesisir Pantai Kuala Terengganu ( 2 1/2 jam dari kemaman ) .. nak lihat masjid kristal kesayangan ganu kite, nak jengok pasar payang dan sebagainya yang dikatakan bertambah maju ...sejauh mana majunya ??????
Sabtu ada temujanji makan malam dengan rakan blogger di Kerteh... saya dah bertemu dua kali tapi belum pernah ke rumahnya..... I'll be there
maklang ku sayang.... ( terbayang makanan yang super duper yummyyyyyyyyyy.... I selalu kata pada my darling , maklang ni seorang yang rajin dan pandai masak....)