Monday, March 31, 2008

Akibat Tamak.....

Petikan berita dari Utusan malaysia online .



Polis rampas dadah RM48j

Oleh HAMDAN TAWADI

JOHOR BAHRU 30 Mac – Polis menahan 12 suspek dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM48 juta dipercayai milik satu sindiket antarabangsa dalam tiga serbuan berasingan di sini, awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk ZulHasnan Najib Baharudin berkata, kejayaan itu hasil serbuan di tiga premis di Taman Tampoi Jaya, Permas Jaya dan Taman Pelangi daripada pukul 3 pagi hingga 5.30 pagi.

Polis juga ujarnya, turut berjaya membongkar operasi makmal memproses dan rampasan heroin terbesar di negara ini yang beroperasi di sebuah premis di Permas Jaya.

Katanya, dadah yang dirampas adalah jenis heroin no. 4 seberat 17.38 kilogram (kg), heroin no. 3 (29.835kg), heroin base (55 ketul), syabu (20.9kg), ketamine (5.54kg), pil eramin 5 (102,980 biji) dan ekstasi (22,316 biji)

Turut ditemui cecair pelbagai warna dan peralatan memproses dadah di makmal tersebut.
Tambahnya, wang tunai bernilai RM1.1 juta bersama enam buah kenderaan iaitu tiga Toyota Wish dan masing-masing satu Toyota Harier, Toyota Altis serta Honda Accord turut dirampas dalam serbuan itu.


“Serbuan ketiga-tiga lokasi itu dijalankan secara bersepadu antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Zul Hasnan berkata, pada 4 Mac lalu, polis berjaya merampas 45.8kg dadah jenis ketamin dan 215kg syabu bernilai RM44 juta pada pukul 3.10 petang di Taman Pelangi di sini.
Katanya, ia menjadikan jumlah rampasan besar-besaran yang berjaya dilakukan di bandar raya ini hanya dalam dua bulan bermula Mac lalu adalah sebanyak RM92 juta.


Bagaimanapun beliau berkata, kedua-dua kes itu tidak berkaitan kerana kes pada 4 Mac lebih kepada dadah jenis syabu manakala rampasan terbaru ini lebih kepada dadah jenis heroin.

Menurutnya, 12 suspek yang berusia antara 20 hingga 70-an itu dipercayai merupakan ahli satu sindiket dadah antarabangsa yang memasarkan dadah itu untuk kegunaan tempatan dan luar negara.

Katanya, suspek warga tempatan adalah seramai lapan orang iaitu lima perempuan dan tiga lelaki.

“Rakyat asing pula ialah dua lelaki dan perempuan rakyat Singapura serta seorang wanita Thailand,“ jelasnya.

Beliau berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB
) 1952 dan Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985.



***************************************

Sampai begitu banyak dadah yang dirampas... penjenayah tidak pernah rasa takut dalam perbuatannya walaupun tahu akibat yang bakal ditanggung sekiranya tertangkap. kalau dah sebanyak itu dadah yang dirampas, pada saya memang amat wajar dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Dengan jumlah dadah sebanyak itu, beratus ribu penagih boleh berkenduri dadah, anak bangsa bertambah rosak .....

Saya pernah diceritakan oleh mertua saya yang suatu masa dulu ada seorang lelaki yang tinggal tidak jauh dari rumah mertua saya ditangkap atas pengedaran dadah dan dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Isteri serta 5 anak yang masih menjadi mangsa kepada kerakusan dan ketamakan suami dan bapa yang sanggup melakukan jenayah berat ini. Anak-anak yang tidak mengerti apa terpaksa berdepan dengan masa depan yang gelap, hilang tempat bergantung dan yang lebih parah kerana terpaksa menerima cemuhan dan penghinaan dari rakan-rakan di sekolah . Mereka akhirnya berpindah ke tempat lain dan terpaksa memulakan penghidupan baru dalam serba kekurangan.



Semasa baru pulang dari Jordan Ramadan tahun lalu saya dikejutkan dengan penangkapan sepasang suami isteri di kemaman atas dakwaan mengedar dadah. Si isteri adalah kenalan saya yang tinggal tak jauh dari kawasan perumahan saya, cuma saya tidak begitu rapat tapi kenal akan sifatnya yang peramah dan baik. Rupanya si suami adalah pengedar dadah walaupun mempunyai jawatan tetap di sebuah syarikat swasta yang mantap dari segi pendapatan dan careernya. Polis menjumpai dadah di bawah katil di dalam bilik tidur mereka dan si suami mulanya mensabitkan isterinya juga terlibat. Sahabat-sahabat yang rapat dengan si isteri melakukan solat hajat agar dia terlepas dari dakwaan tersebut. Entah macamana semasa hari bicara pembukaan kes, si suami menukar pengakuan dan menyatakan yang iserinya tidak terlibat, hanya dia seorang yang terbabit dalam jenayah itu... si isteri terlepas tapi suaminya masih lagi menanti untuk dibicarakan dan jika sabit kesalahan dia akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati...


begitu banyak laluan dan kaedah menambah pendapatan ( jika amat memerlukan lebihan wang !!! ), namun megedar dadah bukanlah caranya... mungkin habuan yang teramat lumayan menjadikan manusia 'buta' dalam tindakan mereka...

Sunday, March 30, 2008

Kenali Rakan Bloggers........

Pagi Ahad selepas siap kerja-kerja rumah ( taklah habis semuanya.. mana ada istilah habis kerja di rumah !! ) , saya tiba-tiba terfikir pasal rakan dan taulan .... lebih tepat lagi rakan alam maya....

Saya menyoal diri dan mencari jawapannya..( semua jawapan tidak termasuk anak-anak sendiri )


1. Berapa ramai blogger yang saya pernah bercakap secara berdepan dan berjumpa muka ?
11 orang .


2. Berapa ramai blogger yang saya ada telefon nombor nya ?
12 orang.


3. Berapa ramai blogger yang saya pernah berhubung melalui talipon..call/ sms ?
12 orang .


4. Berapa ramai yang berhubung melalui chatting /YM ?
9 orang.


5. Berapa ramai blogger yang berhubung melalui emel ?
7 orang.


Pendek kata majoriti rakan blogger saya adalah rakan alam maya yang sebenarnya.... masih ramai yang tidak saya kenali atau saling berhubung kecuali di alam blogging ....


walau tak sampai 15 orang yang saya kenali secara 'live'....Itulah nikmatnya blogging... bermula dari kenal di alam maya.


Saturday, March 29, 2008

NGAIL...best ke ????????


Setelah puas mimi bermain di padang permainan dan lepas breakfast roti canai juga di tempat yang sama saya bawa mimi ke pantai teluk mak nik yang agak lama tidak dikunjungi. Izzat pula ke stadium mini untuk melihat adik-adik sekolah rendah al amin bersukan hari ini.


Setiba di teluk mak nik ( ingat lagi Monica Bay ??? ), banyak kereta di tepi pantai . Rupanya hari ini berlangsung "Cabaran Ngail Zuln 2008 ", saya taktau apa/siapa itu Zuln , namun peminat /kaki pancing nampaknya tak melepaskan peluang bertanding di pagi ini.Berderet pemancing dan joran masing-masing terpacak di atas pasir. Saya dan mimi mengambil tempat di tebing pasir sebab memang tujuan kami nak lepak di tepi pantai.


Saya mula mengamati tabiat/kelakuan kaki pancing... sebab pantai ni memanjang dan peserta rasanya taklah sampai seribu pun, setiap pemancing punya ' petak pasir' tersendiri, agak jauh dari petak orang lain.


Saya rasa pemancing adalah bersifat selfish kerana dahlah duduk jauh-jauh , dah tu tak bercakap pun, asyik merenung laut dan ada yang mengunyah kuaci, goreng kepok tanpa berinteraksi sesama sendiri. Saya pernah dengar bila memancing tak digalakkan bercakap takut ikan takkan dekat , namun bila di pantai pada saya deruan ombak memukul pantai adalah lebih kuat dari suara/bisikan manusia...tak gitu... ??? saya siap minta mimi yang kuat bercakap agar jangan cakap kuat-kuat takut pemancing marah. Selfishnya pemancing ni adalah kerana saya lihat pemancing yang berhampiran saya tak de sorang pun yang membawa anak dan isteri bersama. Dia duduk mengadap laut sorang-sorang di hujung minggu...


Selama setengah jam saya duduk dia sana tak de sorang pemancing pun yang dekat dengan saya yang mendapat ikan, hanya yang ada telah beberapa kali memasang umpan baru dan dengan penuh gaya melemparkan joran kembali ke dalam air.


Saya mungkin memandang serong kepada golongan kaki pancing, mungkin si suami memerlukan 'time out' di hujung minggu atau mungkin mereka suka 'melarikan ' diri dari anak-anak dan isteri di hujung minggu yang terlalu banyak aktiviti bersama keluarga dapat dilakukan... entahlah...suami saya bukan kaki pancing......

Friday, March 28, 2008

Let's compare .......

Thank God It's Friday... here in Kemaman Friday denotes a weekend holiday....

Have nothing actually to blog except for this shopping map.... let's compare !!



Thursday, March 27, 2008

Bila Rindu

Semasa di Jordan saya kenal seorang pemuda Malaysia yang dulunya bekerja di Jordan dan hingga kini masih lagi di sana setelah masuk 10 tahun tidak pernah pulang menjengok keluarga di tanahair. Bukan dia tidak rindu kembali ke Malaysia tapi disebabkan beberapa masalah besar yang bersangkut paut dengan visa di sana dia tidak boleh kembali ke sini selagi segala urusan visa belum selesai...kasihan melihat dia tak kenal jemu berusaha agar masalahnya selesai , namun hingga kini tiada berita gembira yang diterima.

Di pasar borong kemaman sebelum saya ke Jordan saya baisa membeli sayuran kampung dan ulam-ulam dari 2 buah gerai yang pada mulanya saya sangkakan penjualnya adalah anak beranak. Rupanya penjual yang lebih muda adalah warga Indonesia yang telah menetap di Malaysia selama 13 tahun . Bila saya bertanyakan adakah dia pernah pulang ke kampung halaman selama itu, dia nampak sedih dan katanya dia tidak pernah kembali ke sana kerana dia , suami dan anak-anaknya tidak mampu untuk kembali ke sana buat masa itu. Bila saya kembali ke pasar itu bulan lalu saya dapati hanya makcik yang lebih tua sahaja yang masih berniaga di situ. Saya tanyakan makcik tu di mana kakak Indonesia tu, makcik itu menjawab yang kakak itu telah pulang ke Indonesia bersama suami dan anak-anaknya.

Rakan saya juga dari Perak pelajar TKC telah tinggal di US sejak tahun kami melangkah kaki ke sana dahulu , 1983 .. bermakna 25 tahun telah berlalu dan dia masih lagi di sana, berkahwin dengan lelaki mat saleh dan bekerja di sana. dalam kes dia ni saya rasa memang dia sendiri yang tidak mahu kembali menetap di malaysia kerana memang cita-citanya sejak dari mula lagi mahu berboyfriendkan mat saleh ( dan dia dapat suami mat saleh ) dan mahu menetap di sana. Saya dengar dia ada kembali 3 kali sahaja ke kampungnya dan ketika saya ke DC tahun 2001 saya ada menaliponnya dari hotel di Alexandria yang keluarganya bagitau adalah tempat dia tinggal, namun voicemail yang saya tinggalkan tidak berjawab hingga akhir.

Saya paparkan 3 kisah di perantauan yang pada saya satu perasaan yang berbelah bagi..saya suka tinggal di luar negara namun untuk terus menetap hingga ke akhir hayat jawapannya adalah TIDAK... perasaan rindu bukan sahaja dengan manusianya, saya juga rindu pada alam semulajadinya ... Saya pasti dalam ketiga-tiga kisah di atas pasti ada terselit perasaan RINDU untuk kembali ke tanahair yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.....

zwani.com myspace graphic comments
Funny Picture Graphic Comments

Wednesday, March 26, 2008

Kasih melimpah .......

Mengapa lelaki ingin kahwin lebih dari satu ???

Rakan saya yang sama-sama kahwin pada majlis dan hari yang sama ( kami kahwin 3 pasang sekaligus ) baru-baru ini menyatakan suaminya yang juga rakan saya semasa anak dara akan berkahwin buat kali keduanya dan ini juga bermakna rakan saya ini akan bermadu .

Alasan yang diberikan oleh suaminya adalah kerana kasih sayang yang dicurahkannya kepada isteri dan anak-anaknya telah melimpah , jadi tidak salah jika dia alirkan limpahan kasih sayang itu kepada insan lain pula.... siap dia ambil contoh seperti air yang melimpah keluar dari cawan akibat air yang sentiasa mengalir tidak putus-putus....

Pertama kali dalam sejarah saya mendengar ada manusia yang mengaku kasih sayang yang diberikannya telah melimpah ruah... pada saya tak mungkin itu benar...


Wajar atau tidak setelah 23 tahun berumahtangga dan anak-anak juga telah ada yang ke IPT, si suami ingin kahwin lagi atas alasan kasih melimpah ?????


Sayang saya pada rakan bloggers telah melimpah ruah , so saya berikan kisses seperti di bawah..... ( tak keluar gambar cute tu.. ni tukar yang lain....... )




Tuesday, March 25, 2008

Selamat Bertugas Datuk !!

Alhamdulillah Mimi dah sihat sepenuhnya tapi Izzat baru mula demam sewaktu pulang dari sekolah semalam. Izzat jarang demam tapi kalau dia demam memang dia akan lembik terbaring . Semasa kecil jika dia demam dia akan merengek dan mendengus sehingga pernah kena marah sebab asyik mendengus macam sakitnya terlalu amat sakit....kini kontrol macho, suara tak berbunyi dah.. kesian pulak terpaksa mengambil ujian yang sedang dijalankan di sekolah apabila telah sembuh kelak.....



Petang semalam selepas mengambil mimi dari kelas al quran saya ke farmasi di bandar untuk membeli ubat demam orang dewasa yang telah kehabisan sebab telah lama tiada orang demam di rumah. Sampai di lampu isyarat di bandar saya ternampak banner tergantung yang menyokong perlantikan YB Md Said sebagai MB dan banner itu adalah dari UMNO bahagian Kemaman yang Md Said sendiri adalah ketuanya. Kemudian tak jauh dari situ satu lagi banner yang menyokong perlantikan tersebut dan kali ini banner itu adalah dari MCA bahagian kemaman. Rugi saya tidak membawa kamera untuk merakam gambar-gambar banner tersebut. Dalam perjalanan pulang, mimi bagitau ada helikopter berlegar , helikopter polis di raja yang membuat rondaan.




Malamnya sewaktu menonton TV baru saya tau rupanya orangramai menyambut Md Said di sempadan Pahang/ Terengganu dan mengiringi beliau pulang ke rumahnya di Teluk Kalong. Saya cuma berada beberapa minit di hadapan 'perarakan' tersebut. Terlepas 'keseronokan' itu.

Penduduk Kemaman sememangnya telah lama menanti peluang untuk ber MB kan orang Kemaman sendiri dan saya dapat bayangkan betapa terujanya mereka kerana kini impian menjadi nyata. Tidak kira apa yang dilakukan oleh Md Said sebelum ini harapan mereka sekarang adalah agar MB baru ini akan membangunkan kemaman dan menjadikan negeri ini menjadi negeri yang aman dan makmur dan tiada lagi penyelewengan dan penindasan .

Hari ini YB Md Said dikatakan akan mula bertugas...

SELAMAT BERTUGAS DATUK !!!

Monday, March 24, 2008

Kelihatan tak berapa kena.....

Dalam perjalanan menghantar mimi pagi tadi kereta saya berada di belakang sebuah kereta kancil belajar memandu dari sekolah memandu berdekatan rumah saya. Pelatih atau muridnya seorang gadis ( saya nampak melalui cermin sisi kancil tersebut ) dan cikgunya seorang lelaki dalam linkungan 40an umurnya.

Satu yang tidak berapa kena pada pandangan saya atau rasa tak sedap hati sebab tangan cikgu tersebut sentiasa diletakkan di atas tempat penyandar kerusi pemandu , maknanya tangannya betul-betul di atas kepala gadis itu dan kancil yang kecil sudah tentu tangan cikgu tersebut seolah-olah bergesel dengan bahu gadis tersebut. Semasa kereta berhenti di lampu isyarat jelas kelihatan tangan cikgu tersebut yang agak besar masih lagi diletakkan 'di atas ' kepala pelajar tersebut.

Saya musykil kenapa dia harus meletakkan tangannya di situ, nampak tidak sopan dan di dalam kereta yang hanya mereka berdua di dalamnya macam tak berapa kena. Saya tidak memandang serong kepada cikgu memandu kerana memang mereka mencari rezeki dengan mengajar, arwah ayah saya juga pernah menjadi guru memandu dan tidak pernah sekalipun pelajar perempuan komplen tentang sebarang salah laku arwah abah. Namun yang penting bagi saya adalah guru memandu perlu menjaga tingkah laku agar tidak nampak janggal dan tak kena pada pandangan umum.

Saya hormat sekolah memandu di Jordan yang dimestikan ada waris si perempuan duduk bersama di dalam kereta belajar memandu sekiranya yang belajar memandu adalah wanita. Tak kira waris itu samada ibu, kakak, abang, ayah atau sapa saja asalkan peneman adalah muhrim si wanita. Tak pernah pulak saya lihat ada gurunya yang wanita tak macam di negara kita yang sudah ramai wanita yang menjadi guru memandu.


Itulah sedikit renungan buat hari yang semakin serabut di negeri darul iman ini.......

Sunday, March 23, 2008

MBMBMBMBMBMB ??????????

"Tulah , cepat sangat Abang Nuar ( darling saya ) lari balik Abu Dhabi , kalau tak lantik dia je jadi MB dan kak Ina jadi mak datinlah , " kawan saya , kak long mengusik saya semasa saya singgah di sebuah gerai makan di Bakau Tinggi pagi semalam .





" Kalau abang nuar tu orang teganu, memang dah layak dah ... kak ina kalau jadi mak datin tak singgah dah kat gerai ni, tak kenal dah kak long......hahahaha , " balas saya dan kami semua ketawa.





Itulah isu hangat ke mana saja orang di terengganu berjumpa dan berkumpul..... MBMBMBMBMBMBMBMB.

bakal Mb berbaju biru... macam tak jadi je....



Tup-tup malam tadi sewaktu menonton berita di TV3 suku , naik nama ADUN Kijal MAD Said diperkenan Tuanku Sultan menjadi MB yang baru ganti Pak Deris Jusoh . MAD Said yang saya sempat rakamkan gambarnya semasa melawat pusat undi yang saya bertugas pada hari mengundi tak pasal-pasal naik namanya. MAD Said terkenal dengan his bad reputation and behaviour......





Apapun pagi ni dia hanya diberikan surat /watikah pelantikan dan masih belum mengangkat sumpah dan dia telah dipecat dari UMNO........ oleh itu jawatan MB Terengganu masih kosong......

Saturday, March 22, 2008

Birthday & Kalut Etihad...........

HAPPY 22ND BIRTHDAY TO MY DEAREST DAUGHTER-IN-LAW... AZRA...


zwani.com myspace graphic comments


(Baru diedit part birthday ni jam 7pm...mak mertua pelupa, nak buat camne..menantu pertama lah katakan...sorry ye azra dear !! )

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Kisah perjalanan pulang dari Jordan ke tanahair September lalu adalah satu perjalanan yang penuh kekalutan yang menampakkan ketidakprofesionalnya syarikat penerbangan antarabangsa Etihad Airways , satu syarikat dari United Arab Emirates . Saya sempat menaiki pesawat sulung ini ke Malaysia pada bulan Januari 2007 semasa pulang di musim sejuk tahun lalu. Waltu itu semuanya nampak teratur walaupun saya terpaksa berkongsi kapalaterbang dengan sekumpulan remaja emirates yang 'jakun' yang menjadi tetamu kehormat tahun melawat malaysia 2007 . Sungguh meluat dengan kebisingan mereka di dalam pesawat sehingga pramugari terpaksa beberapa kali menyuruh mereka agar jangan membuat bising ... itu januari tahun lepas.





September 2007.... Pesawat kami delayed dari Amman ke Abu Dhabi dari jam 4 petang ke 11.30 malam dan saya hanya diberitahu tentang kelewatan pesawat ini setelah saya tiba di Alia international Airport. Nak tak nak saya terpaksa menunggu sahaja di airport dan ini juga bermakna saya terlepas kapalterbang dari abu dhabi ke klia yang berlepas jam 2.40am waktu uae. Kakitangan di alia airport telah memberi jaminan yang saya akan ditempatkan di hotel malam itu kerana pesawat saya adalah 2.40 pagi esok hari pula( lusa ). OKlah nak buat macamana. Saya terus menalipon suami yang sepatutnya akan menanti saya di abu dhabi dan kami akan sama-sama menaiki pesawat itu malam nanti ke klia. Alhamdulillah suami sempat menukar pesawatnya ke malam esok juga ( lusa). Ramai yang bersama yang terpaksa menaiki pesawat lain dari abu dhabi kerana terlepas malam itu.





Setiba di abu dhabi kekecohan berlaku kerana ground staff di sana tidak membuat sebarang persiapan untuk menempatkan kami di mana=mana hotel . Lebih parah bukan pesawat kami sahaja yang delayed, beberapa pesawat lain juga delayed , boleh kata hampir kesemua pesawat Etihad delayed. Dahlah dekat jam 2 pagi waktu , kebetulan semua hotel di bandar abu dhabi dikatakan fully booked.





Tiba-tiba ada this one Jordanian menjerkah petugas Etihad sebab marah dengan apa yang berlaku....





" Hey look !! Because of this f**king etihad, I lost 4000 US dollars... now you don't even get me into my hotel . "





" Please don't shout sir, " jawab ground hostess etihad yang bebangsa India dan hampir kesemua staffnya Indian dan seorang filipino.





" Who are you telling me not to shout , F*c* you , " balas this guy..I tau namanya sebab dia ada bagi business kad dia pada I masa kami berborak di Alia airport dan dia jugak akan ke KLIA esoknya.





" Look, if you don't stop shouting and yelling I'll call the security to get you out of here , " ugut staff etihad lagi.





" I don't care. You can call your f*cking president or king , I'm not scared. I will never fly with this airline anymore, " balas that pakcik again. Saya yang berdiri sebelah pakcik ni naik kecut dibuatnya.





"Mind your words please!! I'm trying my best to get you into one of these hotels !! " jawab staff itu kembali dan that jordanian senyap seketika.Tak lama leaps tu dia dapat bilik di hotel.





" Madam, can you fly with Emirates from Dubai and it will be this morning, you don't have to stay overnight here in Abu dhabi. We'll take you to Dubai ( lebih kurang 150km from Abu Dhabi ) ," staff etihad menawarkan itu kepada saya.





" NO, I don't want. My husband is waiting for me here and we'll take etihad from here to malaysia. I promise to meet him here and my baggages are all in etihad airways , not emirates ." balas saya dan saya dapat bayangkan betapa kalutnya nanti nak cari beg saya 9 buah semuanya dan tak logik dia sempat membawa beg saya dari amman ke abu dhabi ke dubai dalam masa singkat..tak logik.





" Please, I just need a room for me and my 2 kids, that's all. You know that we're delayed , you should've ready with the room, " saya dah mula nak panas tapi taklah sampai nak guna that F word.





Dulu saya ditempatkan di Golden Tulip Hotel di tengah-tengah bandar abu dhabi , sekejap saja urusannya, kali ni kalut sekali, orangramai dah mula panas.





Akhirnya saya dapat juga hotel dan kami menaiki coaster bersama sekumpulam pelancong kaya dari Indonesia dan juga pakcik jordan tu. Di pertengahan jalan baru saya sedar hotel yang diberikan kepada kami bukanlah dekat bandar abu dhabi tapi di Grand Continental Resort ( tengah padang pasir ) di Al Ain, dekat 2 jam lebih perjalanan dari airport. Dalam hati saya habislah plan saya nak jumpa suami yang tinggal di hotel di abu dhabi. Tak kira badan dah letih, kami solat, sarapan dan tidur sehingga jam 10 pagi dan saya ke lobi hotel untuk meminta limo etihad airways hantar saya dan anak-anak ke abu dhabi sebab saya tak nak duduk di hotel ni sampai tengah malam baru dibawa ke airport. Saya bagitau ini semua bukan salah saya, flight etihad yang lewat dan segalanya adalah berpunca dari etihad. Alasan saya diterima. Kami bertiga dihantar dengan limo mercedes ke hotel suami di abu dhabi dan di sebelah malam sekali lagi dihantar ke airport didalam limo merz free of charge kerana hubby fly business class. Kalau saya tau dari awal lagi saya dah mintak etihad hantar saya ke hotel suami di abu dhabi sebab saya ingatkan hotel saya juga di abdu dhabi..kalutnya.





Jadinya kami tiba di KLIA lewat sehari dari plan asalnya......





Pelik sebab dengan IT terkini digunapakai urusan transit yang mudah pun tak dapat diselesaikan , padahal tau dah flights banyak yang delay dan pastinya ramai penumpang yang terpaksa bermalam..... kami pulak yang kena lalui itu semua.... kebaikannya ... dapat kami berjalan pusing-pusing bandar abu dhabi walaupun dalam kepanasan yang melampau....

Friday, March 21, 2008

Panas oh panasnya.......

Dua tiga hari ni terasa panas labih dari biasa,mungkin dah di penghujung musim winter (tengkujuh) kat pantai timur ni. Langsir tingkap yang biasanya berbuai ditiup angin, saya lihat tidak bergerak lagi..emmm tiada angin bertiup , patutlah makin panas dibuatnya.


Saya baru lepas membaca entry baru sifu sulam yang kata Jakarta begitu panas dan humid yang menjadikan badan cepat letih. Agaknya memang global warming semakin memamah bumi dan usia bumi ini pun dah semakin hampir kepada penghujungnya .


Cakap pasal panas memang terdapat perbezaan di antara pantai barat dan pantai timur.Di pantai timur panasnya masih lagi kurang melekit. Kalau saya ke KL dan balik Ipoh memang sekejap sahaja badan dah melekit dengan peluh dan cepat letih . Mungkin kerana kedua-daunya adalah terletak di lembah yang menyebabkan haba panas tidak beredar dari persekitarannya dan ditambah lagi dengan kepadatan penduduknya serta banyaknya kenderaan yang menambahkan pencemaran udaranya ( KL terutamanya). Suami saya serta anak-anak yang mengikut gene bapanya yang resdung pasti akan bersin setiap kali masuk sahaja Kuala Lumpur , itulah tandanya udara di KL sudah teruk tercemar dan panas tak terkata.




Semasa dalam perjalanan pulang dari Jordan ke Malaysia September tahun lalu saya, mimi dan izzat transit bermalam di Abu Dhabi . Untuk ke hotel transit ( macam-macam terjadi nanti kalau lapang saya ceritakan kekalutan perjalanan itu !! ) , kami kena ambil bas di luar terminal . September di Jordans udah agak nyaman dan musim panas di Jordan pun tidaklah panas tahap ekstrim sebab ianya negara 4 musim . Apa yang saya alami di Abu Dhabi sesuatu yang di luar jangkaan.




Sambil menarik hand luggage saya bertanya kepada security arab yang bertugas di dalam terminal di mana patut saya tunggu bas untuk ke transit hotel. Dia sambil memegang slip info bas menuju ke arah pintu automatik terminal dan saya mengikutnya dari belakang dan sebaik pintu itu terbuka.....




" Wahhhhhhh , " saya secara spontan menyebut perkataan wah dengan kuatnya dan serta-merta spek mata saya berasap dan saya tak nampak apa-apa .




" What's wrong , Madam ? " pak arab itu seolah-olah terkejut dengan 'jeritan' saya.




" It's so hot !! , " jawab saya terkejut dengan tahap kepanasan yang melampau .




" Okay, you can wait inside ," pak arab tu berkata kepada saya dengan wajahnya yang agak kehairanan.




Memang saya begitu terkejut dengan betapa panasnya Abu Dhabi yang pada ketika itu baru jam 2 pagi . T-shirt yang saya pakai di dalam jubah pada ketika saya sampai di dalam bas ( satu minit berjalan je ) basah lencun dengan peluh dan muka usah kiralah punyalah berminyak. Begitulah panasnya di bulan September dan suami pernah bagitau musim panas di Abu Dhabi suhu sampai 50 darjah celcius atau lebih lagi ( kalau declare lebih dari itu kilang terpaksa ditutup sebab dikira darurat panas !! ) .




Saya pernah berkata kepada suami kenapalah agaknya masih ada manusia yang nak menghuni kawasan yang begitu panas .... manusia akan tinggal di mana sahaja asalkan boleh menampung kehidupan dan manusia adalah species yang boleh adapt dengan persekitaran walau di mana... sejuk atau panas......

Wednesday, March 19, 2008

Salam Maulidur Rasul....

Salam Maulidur Rasul .........

Sebelum kelahiran Baginda saw lagi sudah terdapat tanda-tanda kenabiannya. Semasa ibunya Aminah binti Wahab mengandungkannya, beliau bermimpi melihat cahaya keluar daripada dirinya lalu menerangi jarak antara timur dan barat. Sehinggakan beliau dapat melihat mahligai-mahligai di negeri Syam begitu terangnya cahaya itu.

Pada saat semasa kelahiran baginda saw yakni semasa kelahiran baginda , di negeri parsi, api sembahan orang majusi yang telah menyala tanpa padam selama seribu tahun telah padam dengan tiba-tiba.

Kelahiran nabi Muhammad saw telah membawa kebenaran ke seluruh alam . Al Quran dan sunnah nabi merupakan ajaran yang ditinggalkan buat umatnya agar segala urusan kehidupan tersusun atur mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah Rabbul Alamin.

Sama-samalah kita berusaha ke arah mendapat keberkatan dalam kehidupan dengan berpandukan kepada sirah rasulullah saw dan mengamalkannya hanya kerana Allah taala.

Sempat lagi tu..........

Petang Isnin lalu saya sempat ke pasar malam kerana mencari ayam percik sebab mimi yang demam ingin sangat nak makan ayam percik dari pasar malam. Saya tinggalkan mimi sebentar dengan izzat dan terus ke sana.

Setelah membeli nasi minyak untuk Izzat dan kuehteow goreng untuk saya , terus saya ke gerai ayam percik yang terletak paling akhir dan paling dekat dengan parking lot. Selain ayam percik gerai ini juga menjual satay, ayam tandoori dan ayam goreng . Si bapa sedang menggoreng ayam, si emaknya pula sedang membakar ayam percik dan ayam tandoori manakala 2 orang adik lelakinya sedang membakar satay. Ketika itu hanya anak perempuannya , seorang gadis yang agak manis menjadi pelayan pelanggan. Kebetulan hanya saya dan seorang pemuda yang menjadi pelanggan ketika itu dan si gadis sedang mengisikan satay yang dibeli oleh pemuda itu. Saya lihat si gadis tersenyum sambil mulutnya menuturkan kata-kata yang agak perlahan menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh pemuda itu. Saya yang berdiri di s ebelah pemuda itu 'terpaksa' juga mendengar perbualan mereka . Rupanya pemuda itu sedang mengorat si gadis penjual.

Antara soalannya dan kata-kata pemuda itu yang saya dengar.....

" Saya kerja di KSB, tau ke KSB tu kat mana? "

" Tau lah , " kata si gadis.

" Rumah awak kat mana ? " tanya pemuda itu lagi.

" Taktaulah..."
jawab gadis itu cuba mengelak untuk memberi jawapan dengan senyuman yang meleret serta tangan yang ketika itu mengisikan kuah satay di dalam plastik, sedikit tertumpah, mungkin panik atau malu atau teruja...

" Boleh bagi nombor telefon .... bolehlah ye ..saya selalu datang beli kat sini " kata pemuda itu lagi..

" No telefon...yelah... (*&^%^&*() , " gadis itu memberikan nombor hp nya kepada pemuda itu...


"Bagi saya ayam percik 4 ye, " saya memotong perbualan mengorat pemuda dan gadis penjual kerana saya lihat perbualan dan perlakuan membungkus satay seolah-olah takkan tamat dalam masa singkat .

" Oo0 berapa akak nak, 4 ye... " gadis tu macam baru tersedar dari lamunan indah di orat oleh pemuda dari KSB itu.

Saya terus beredar setelah membeli ayam percik dan pemuda KSB yang berpakaian coverall masih lagi di gerai itu .....

Itulah , dalam pada ibu, bapa dan adik-beradik ada di sekeliling dan berhampiran pun masih lagi sempat si gadis berkenalan dengan pelanggan...... atau... pelangan masih lagi berani mengambil kesempatan berkenalan dengan si gadis..... macam-macam cara nak mengorat....

Tuesday, March 18, 2008

Syahdunya tiada bandingan.....

Setelah membaca buku Travelog Haji tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim saya telah dua kali bermimpi mengunjungi Baitullah di Mekah . Malam Ahad lalu kisah Prof Kamil ini disiarkan dalam saluran astro oasis ,Iktibar dari Tanah Suci, sekali lagi hati saya terharu dan perasaan rindu tidak terkata untuk kembali ke sana. Kemudian semalam semasa berchatting dengan anak saya Sofea, dia juga mengatakan dia bermimpi ke Mekah dan nampak Kaabah....

Bukit Uhud....




Bukit Rahmah





Izzat dari atas Jabal Rahmah...




Perjalanan ke tanah suci adalah satu perjalanan yang mempunyai tarikan dan pautan hati yang amat kuat yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata . Ianya semua datang dari hati yang sukar dimengertikan, hatta kanak-kanak yang berusia 3 tahun ingin kembali ke sana jika ditanyakan samada dia gembira ke sana lagi. Perjalanan yang amat berkait dengan iman dan ibadah , satu perasaan yang tidak diperolehi di mana-mana di atas muka bumi ini. kalau boleh ingin rasanya tinggal beribadah di situ selama-lamanya.


Di Jamrah..tempat melontar...


hadapan Makam syuhada' perang Uhud




sofie bersama opahnya....tengah jalan masa tayar pancit si salah satu bas ....




Hairan pun ada kerana di sana kerajinan beribadat melampaui kemampuan saya sendiri, amat rugi jika tidak berjemaah di masjidil haram dan masjid nabawi.Setiap detik ketika di sana hanya khusus kerana Allah swt.



masjid Qibalatain/dua kiblat


zaid dan rakan-rakan... dalam ihram semasa perjalanan dari madinah ke mekah



Bila kembali ke tanahair, sifat rajin itu semakin pudar dan pudar. Pernah saya memberi alasan bahawa semasa berkunjung ke tanah suci , tumpuan boleh diberikan sepenuhnya kepada ibadat khusus kerana segala keperluan harian yang lain tidak perlu dilakukan , semuanya telah tersedia.



Sebenarnya apa sahaja yang dilakukan di mana sahaja sekiranya dengan niat ikhlas hanya kerana NYA, semuanya dikira sebagai ibadah.



Walaupun darling saya telah lama digelar Haji oleh rakan sekerjanya (??? ) namun hakikatnya hati saya masih mengharapkan agar kami semua berpeluang mengerjakan haji ke baitullah satu hari nanti, InsyaAllah.


(semua gambar diambil semasa umrah 1997 )

Monday, March 17, 2008

Tapak Generasi Berkulat.....

Kemaman telah menjadi tempat tinggal saya selama 15 tahun iaitu semenjak 1993 semasa Zaid berusia 7 tahun dan sebelum itu kami menetap di Kerteh selama 4 tahun, juga bermakna telah 19 tahun kami tinggal di Terengganu, hampir separuh dari usia saya Terengganu menjadi seperti kampung saya.

Saya masih ingat mula-mula tinggal di Kerteh, hampir setiap minggu kami akan keluar ke Kemaman/Cukai atau ke Kuantan kerana Kerteh adalah sebuah bandar mati yang tidak punya apa- apa selain kilang minyak / gas dan yang sealiran dengannya. Kerteh hingga kini masih lagi tidak punya apa-apa dan sekiranya sesiapa lalu di bahagian belakang pusat bandar baru kerteh pasti akan hanya dapat melihat deretan bangunan yang kosong yang kelihatan semakin usang. Kerteh merupakan lubuk 'orang kaya/elit ' dari syarikat minyak namun yang banyak hanyalah kedai dan restoran makan .

Cukai atau lebih dikenali Kemaman pula semakin maju degan bertambahnya bangunan walaupun saya juga tidak betah berjalan dan bershopping di sini dan lebih kerap ke Kuantan ( 45 minit dari kemaman ) . Kemaman juga merupakan lubuk golongan elit yang datang dari pelusuk tanahair dan hampir habis tanah-tanah penduduk tempatan terjual kepada golongan profesioanl dari negeri lain dan golongan ini membina istana dan mahligai di tanah yang dulunya adalah paya dan berair.

Centre Point kemaman yang juga merupakan bangunan yang berwarna oren bertapuk hitam yang amat memualkan mata memandang merupakan komplek shopping yang utama di sini . Namun begitu tingkat atas yang kosong tidak disewa sering menjadi tempat remaja lepak dan melakukan maksiat.Pernah sewaktu lepas cuti hariraya rakan saya memberitahu bahawa dia dapat laporan remaja melayu sedang aktif melakukan maksiat di situ dan apabila di laporkan kepada kakitangan pejabat agama, kaitangan itu mengatakan mereka semua masih bercuti dan tiada kakitangan yang dapat ke sana untuk menyelesaikan masalah maksiat itu. Rakan saya serta beberapa orang pemuda lagi terus bergegas ke sana dengan membawa kayu rotan dan menyuraikan remaja-remaja yang sedang kemaruk melakukan maksiat. Lintang pukang mereka melarikan diri sehingga 'pasukan pencegah maksiat' ini terjumpa beberapa helai seluar dalam yang tertinggal dek kerana terpaksa melarikan diri disergah ... saya sungguh meluat untuk ke komplek ini.....

Selain Centre Point, Casa Limbung adalah sebuah lagi komplek perniagaan yang baru dibuka semasa saya di luar negara dan sewaktu maya balik baru ni baru pertama kali saya round di situ dan kami tiba di tingkat atas yang masih kosong dan tiada/ kurang sekali pengunjung/ pelanggan. Setiba di sebuah kedai pakaian seorang makcik yang dulunya menjual di sebuah kedai kayu di tepi sungai kemaman , menawarkan harga yang murah untuk produk batik sutera dengan mengatakan.." mek, ambiklah , mokcik beri mek harga rendah... mokcik jual kat sini tak dok orang naik atas ni, sewa 900(RM) sebulang, hok dulu dok sampai 300(RM), kena pindah sini sebab kena roboh hok kayu dulu...mek ambiklah sutera ni , mokcik beri RM180 sepasang, sekala(biasanya ) RM220-250 "..... kesian saya mendengar keluhan makcik ni , belilah jugak baju batik dan kain sutera tu ....

JIka dikaji agaknya di mana silapnya... bagi saya... bangunan sudah terlebih.... tidak dirancang dengan baik dan akhirnya yang tinggal hanyalah bangunan yang berkulat menjadi tapak penggemar maksiat yang juga bakal menjadi generasi berkulat...

Sunday, March 16, 2008

Ahad pertama....

Pagi Ahad yang paling sibuk dan paling letih yang telah begitu lama tidak dirasai..kalau ikutkan ini adalah hari pertama dalam hidup saya berkejar ke sana- ke mari , kelam kabut di sebelah pagi...oooohhhhhh..... semput rasanya.









mana taknya.............


Darling dah balik Jumaat lalu... darling yang banyak membantu, laundry dan ambik/hantar anak dialah yang lakukan selama 2 bulan persekolahan tahun ini.... tahun lalu selepas balik dari Jordan, Izzat dan mimi tak ke sekolah kerana dah dekat hujung tahun...dulu di Jordan , saya tak perlu hantar anak-anak ke sekolah dan tak perlu basuh baju hari-haru kerana hanya basuh waktu hari air masuk, 2x di kawasan saya, Isnin dan khamis.... masa dulu-dulu, masih ada anak-anak yang lain Maya, sofie dan juga Zaid masa kecil dulu yang sering membantu menyidai/mengangkat pakaian dari ampaian, menyapu /mengemop lantai dan sebagainya.



Hari ini dalam sejarah....saya sendiri yang buat segalanya..yang lebih teruk lagi, Mimi pulak demam sejak semalam dan muntah pulak malam tadi yang juga menganggu tidur saya dan dia... jadi pagi ini Mimi tidak ke sekolah. Izzat pula pakcik van bagitau yang bulan ni drebar yang sorang lagi dah berpindah bekerja di KL, so waktu pagi dia minta ibubapa yang menghantar anak masing-masing ke sekolah dan pulang dengan bas yang satu lagi... berkejarlah saya menghantar izzat ke sekolah... balik terus basuh baju sambil didihkan sup daging/tulang dan tanak nasi untuk mimi pada waktu sama membasuh pinggan-mangkuk, menyapu lantai, mengemop lantai, membasuh lantai luar belakang rumah, menyidai pakaian, mandikan mimi , bagi makan ubat....akhirnya baru saya mandi pada jam 10 pagi... kain sebakul tak berlipat lagi....



perut dah keroncong dah ni, kesian saya tak tak sempat dah nak JJCM.... makan ubat kencing manis dan nak sarapan pagi...... roti bakar.........

Saturday, March 15, 2008

15 Mac....salji & kanak-kanak

15 Mac 2007..... musim bunga kian hampir menjelang..namun.. salji turun dengan lebatnya sepanjang pagi di Amman..... saya memang amat suka kepada salji biarpun sejuk menggigil namun saat itulah yang saya selalu nantikan kerana ianya tidak boleh diperolehi di negara sendiri (salji original !! ).





Kanak-kanak yang paling gembira..... sekolah ditutup awal kerana dikhuatiri salji makin lebat dan boleh mengakibatkan jalanraya ditutup. Kesempatan itu diambil oleh mereka untuk bermain salji.





manal.. saya pernah berangan untuk kembali ke amman 10 tahun akan datang bagi 'menyunting' kanak-kanak ini untuk Izzat...hehehehe...sure izzat marah ni...


Saya rindukan saat itu dan saya juga rindukan anak-anak jiran yang sentiasa memenuhi laman rumah kami yang kecil itu untuk bermain dan bergembira.....







kanak-kanak memang gemarkan keseronokan dan keceriaan...


Friday, March 14, 2008

Belaian Keluarga Paling Istimewa.

Pagi tadi semasa di dalam kereta menanti Izzat membeli peralatan sekolah di Tumas Manja, mata tertumpu kepada sepasang suami isteri yang keluar dari pasaraya itu dan isterinya menolak troli barangan yang dibeli dan suaminya pula menolak kerusi roda yang di naiki oleh seorang kanak-kanak perempuan yang rasanya seusia dengan mimi, 5/6 tahun. Kemudian si suami mendukung kanak-kanak itu dan meletakkannya di tempat duduk belakang di dalam toyota unser . Sementara itu si isteri memasukkan barangan yang dibeli dan kemudian melipat kerusi roda dan dibantu oleh suaminya meletakkan kerusi roda itu di tempat barang. Si suami terus ke kerusi pemandu dan si isteri duduk di kerusi belakang bersama kanak-kanak tersebut.



kasih ibu... gambar hiasan....


Tersentuh hati saya memerhatikan perlakuan pasangan itu yang berlaku tak sampai 5 minit namun punya makna yang amat mendalam pada diri saya.


gambar hiasan... alat ini yang Qusai gunakan semasa terapi


Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya dan apakah saya akan begitu tabah menerima hakikat mempunyai anak yang kurang upaya atau anak istimewa. Bersyukur dengan kurniaaan Ilahi yang memberi rezeki kepada saya yang punya anak-anak yang sempurna sifat fizikal dan mental serta sihat.




Saya kembali teringat kepada Qusai , anak jiran arab saya di Amman yang kembar tapi hanya dia yang OKU dan dengan berkat ketabahan dan kerajinan ibunya yang menjalankan terapi saban hari ( melatihnya berjalan) semasa saya pulang ke tanahair Qusai sudah boleh berjalan tanpa roda sokongan walaupun masih lembik , Alhamdulillah. Saya masih ingat setiap petang bila kanak-kanak arab lain datang bermain dengan mimi, kadangkala Qusai datang sambil merangkak menuruni tangga dari rumahnya turut sama ingin bermain walaupun percakapannya pelat sukar difahami. Jika ingin kembali ke rumah dengan pantas, kadangkala ibu saudaranya mendukung Qusai pulang. Saya lihat kasih dan sayang keluarga itu kepada Qusai tidak pernah berbelah bagi.




Qusai, 2 dari kanan di sebelah kembarnya Sobah, kanan sekali....


Di Kemaman ini saya juga punya sahabat yang punya anak yatim perempuan yang berumur 14 tahun yang sejak berumur setahun mengidap demam panas dan sawan yang akhirnya dia mengalami kecacatan kekal. Bayangkan setiap pagi dia didukung dan dibawa ke gerai nasi lemak yang diusahakan ibunya demi menyara hidup seharian . Dia hanya terbarimg di atas kerusi 'malas' yang disediakan di dalam gerai dan dia tidak boleh bercakap dan bergerak dan hanya boleh makan makanan cecair. Bayangkan dia kini adalah gadis sunti yang perlu penjagaan sebagai anak gadis yang hanya ibunya sahaja yang dapat memberi penjagaan sempurna.




Bagi ibubapa yang punya anak istimewa , berilah perhatian sewajarnya kerana mereka juga seperti anak-anak yang lain malah mereka lebih memerlukan lebih perhatian penjagaan dan semuanya itu adalah dugaan dari Tuhan yang kita hambaNYA tidak dapat menidakkan nya.




Bagi ibibapa yang punya anak-anak yang sempurna sifat fizikal dan mental belailah mereka dengan penuh kasih sayang kerana mereka adalah amanah yang wajib kita jaga dengan sesempurna mungkin.


Iktibar buat kita semua di hari Jumaat yang mulia ini.....

Thursday, March 13, 2008

Projek Cuti....

(Tak nak cakap pasal MB Perak dah... kejap ini kejap itu...... kejap approve kejqp tak.... lantik jelah sapa-sapa pun ,takkanlah MB nak khianat rakyat...... MB Terengganu langsung tak tahu bila nak lantik, nama-nama yang diberi kena reject je katanya.... pelik , pelik )




Cuti ni macam saya bagitau kami tak ke mana kecuali ke Kuantan sahaja semalam , ronda-ronda dan makan-makan serta shopping sikit .


Balik dari Kuantan dengan semangat apron baru saya memasak kuih kasuwi dan acar buah ( gambar yang diambil blur pulak, dekat sangat snap! ).







apron baru yang colourful, yang lama hitam plain...



Mimi pulak balik je terus buat projek topeng devil yang dibantu oleh ayahnya hingga tidur malam tadi dia pakai topeng.





maskgirl........ tido pun pakai topeng..... nak yang custom made, taknak yang ready made.




Izzat bersama rakan-rakan bolanya pulak projek besi buruk untuk kumpul dana membeli bolasepak baru. Penuh besi buruk di belakang rumah. Ada ibu rakan Izzat yang dermakan 6 buah basikal lama dan yang lainnya dikutip dari sekitar perumahan kami. Nasib baik kereta ptoton buruk di sebelah rumah yang ditinggalkan oleh penyewa yang pindah awal Mac baru ni tidak diangkut oleh gang Izzat.Macam-macam projek budak-budak lelaki ni....


gang besi buruk cuti sekolah.... jangan cabut pagar rumah orang dah lah...



Petang tadi cucu saya yang terbaru datang rumah.... sayang opah.... anak kepada anak murid saya yang singgah di rumah yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu baru berusia 24 hari Mohd Mabrur namanya... Kalau nak kira memang ramai dah cucu saya... cucu sendiri pun kalau ada rezeki akan muncul sebelum hujung tahun ini, InsyaAllah.




cucu terbaru..mohd mabrur...semoga mabrur hidup dan hajinya, InsyaAllah.






buku baru beli semalam..baru start baca...




buku yang dibeli darling untuk dibaca dalam flight esok.... balik kampung arab..







Salam cuti lagi buat semua.................. nak sambung baca dari beirut ke jerusalem....

Wednesday, March 12, 2008

MB Perak...Alhamdulillah.

( news from malaysiakini )
PAS' Nizar is new Perak MB
Mar 12, 08 5:49pm

Pasir Panjang state assemblyperson and Perak PAS secretary Mohamad Nizar Jamaludin was today confirmed as the new menteri besar of the state.The decision was reached after the Regent of Perak Raja Nazrin Shah met with the three nominees for the post this evening.



The other two candidates for the post were state DAP chairperson and Sitiawan state assemblyperson Ngeh Khoo Ham and PKR’s Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi.
Also decided today is that Ngeh would be made the deputy menteri besar (1) while an Indian candidate would be made deputy menteri besar (2).Earlier, the Penang state government has announced a similar multiracial arrangement for its top leadership.




The Indian deputy MB will come from one of the five elected assemblypersons - four from PKR and one from PKRThey are DAP’s A Sivanesan (Sungkai), KS Keshvinder Singh (Malim Nawar), VN Sivakumar (Tronoh) and A Sivasubramaniam (Buntong) and PKR’s S Kesavan.



Nizar will be sworn in as the new menteri besar at 4pm tomorrow.Under the state constitution, the menteri besar has to be a Malay Muslim, but there is a provision that allows the sultan to waive the requirement.



Of a total of 59 state seats, DAP controls 18 seats while PKR has seven and PAS six, making a total of 31. The remaining 28 are in the hands of BN.




A down-to-earth guy



Nizar apologised for causing some anxiety among the public in the late announcement of the post.“I would also like to give my assurance that all state decisions will be made collectively,” he told reporters.




Nizar, 51, is one of the professionals who made it to the top echelon of the PAS leadership in the state. An engineer who obtained his degree from United Kingdom’s Aston University of Science and Technology in Birmingham, Nizar was highly respected for being a Quran reading champion.




“He is the religious type and a successful businessman,” said cousin Shuib Hussin, 70.




Meanwhile, close friend Khalilul Rahman Abdul Samah described Nizar as a down-to-earth person.




“He has good rapport with the people. I was with him once when he stopped by the roadside to help some stranger fix his car.”

+++++++++++++++++++++++++++++++


Saya mula mengenali bakal MB ini pada Disember 1995 apabila anak saya yang sulong Zaid mula belajar di Tahfiz Al Imam International Institute, Kubang Kerian , Kelantan di mana 3 orang dari anak YAB sama bersekolah di sana dan pada masa itu beliau menetap di Penang.




Apabila saya ke Jordan, anak-anak YAB juga sama belajar dengan zaid di sana dan saya mula rapat dengan anak sulung YAB . Musim panas 2006 YAB sekeluarga sempat singgah makan malam di rumah saya di Amman semasa mereka sekeluarga bercuti di Jordan ( menziarahi anak-anak ).

mimi dan anak beliau yang bongsu di Amman...

Memang benar apa yang dikatakan mereka sekeluarga merupakan keluarga yang amat merendah diri( mereka adalah rich the riches) . Anak-anak yang hafiz dan hafizah menjadi tulang belakang keluarga dan YAB sendiri amat humble dalam pertuturan dan perbuatan.


saya dan isteri beliau.... terlalu lemah lembut orangnya...



Bila saya dapat tahu beliau menjadi MB Perak, saya bersyukur kerana ditakdirkan Perak mendapat MB yang meletakkan al Quran dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah.




Saya doakan agar beliau dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama kepada semua kaum di Perak .

Tuesday, March 11, 2008

Birthday, Kelab & Kelas

Selamat Harijadi ke 22 buat anakanda Zaid tersayang !!!!



Semoga hidup sentiasa diberkati Allah.Amin.



++++++++++++++++++++++++




Malam tadi diadakan jamuan makan malam dan penyerahan laporan pemerhati MAFREL di sebuah restoran di Kemaman.


Kami semua datang dari pelbagai latarbelakang dan profession termasuk, jurutera, pengurus besar , doktor, pendidik, ahli perniagaan dan surirumah ( saya ).



Pertama kali kami dapat berkenalan antara satu sama lain kerana sebelum ini kami tidak punya masa bertemu sambil beramah mesra. Pengerusi MAFREL terengganu turut hadir dan berkongsi pengalaman bersama ahli MAFREL dalam pemerhatian proses perjalanan pilihanraya baru-baru ini. Saranan kepada SPR akan diutarakan sebaik laporan penuh disiapkan oleh MAFREL. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki walaupun pada dasarnya proses pengundian berjalan lancar .




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dalam kesibukan hari-hari terakhir sebelum hari mengundi saya sempat meluangkan masa bersama anak bongsu saya, mimi ke kelab puteri di kawasan perumahan kami untuk berenang/main air. Walaupun kelab hanya 1 minit dengan kereta dari rumah saya namun saya jarang juga berkunjung ke kelab . Dahulu kelab hanya dibuka kepada penduduk yang mendiami kawasan perumahan kami sahaja namun sekarang dibuka kepada sesiapa sahaja dengan sedikit bayaran .Telah beberapa kali mimi memujuk saya agar temankan dia pergi berenang , saya tunaikan juga permintaannya minggu lalu dan semalam pun pergi lagi sebab cuti ini kami tak berjalan ke mana.









Pagi khamis pula saya sempat ke sekolah tadika awlad sri cemerlang tempat mimi belajar untuk melihat kelas taekwando yang diikuti oleh mimi sejak sebulan lalu . selama ini saya hanya membayangkan bagaimana abang 'sir' yang mengajar anak-anak tadika mengendalikan kelas itu, adakah sir akan mengangkat kaki dengan betul dan tinggi atau sir hanya memanaskan badan sahaja. Bayangan saya silap. Sir dengan penuh tenaga menunjukkan bagaimana kaki harus diangkat dan tangan harus di genggam kemas dalam menyempurnakan bunga-bunga taekwando. Saya lega dengan kemahuan mimi menyertai kelas ini kerana saya mahu dia sedikit 'keras' dan tidak 'lembik' .









Cuti sekolah ini kami hanya bercuti di rumah kerana darling akan terbang pulang ke negara padang pasir minggu ini, InsyaAllah.



Monday, March 10, 2008

The Citizens Have Spoken......

The 12th General Election is already over .....like the game of Survivor, the tribes/citizens have spoken...... some are elected and some are eliminated/rejected... full stop...it's over for now.




Ditulis Oleh Kyodo
Sunday, 09 March 2008
KUALA LUMPUR, March 9 KYODO -



Malaysia's Abdullah posts worst gov't election showing in 40 yrs


Malaysians handed Saturday Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's ruling coalition its worst election showing in nearly 40 years, putting his personal political future in doubt and leaving his National Front coalition with only a simple majority in Parliament.


Before Parliament was dissolved Feb. 13, BN, the popular Malay acronym for the National Front coalition, held 90 percent of the seats in Parliament and control all but one of the 12 state legislative assemblies.

The results have stunned politicians and analysts alike as besides the opposition breaking the National Front's two-thirds majority in Parliament, it also will control the state legislative assemblies in Penang, Kedah, Perak and Selangor and continue its hold over the Kelantan state assembly.







Parlimen/ DUN




140 /305



23 /83




31/ 40



28/ 73


-/2

Malaysia's Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi says he will not resign despite a big setback for his governing coalition in Saturday's election.



News from harakahdaily.net....
Setakat ini, satu-satunya perkara yang dilihat wajar dilakukan oleh Abdullah ialah seperti yang disarankan oleh bapa Mukhriz sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pada pendapat saya, beliau telah merosakkan Umno, memusnahkan BN dan beliau mesti bertanggungjawab," Malaysiakini memetik Dr Mahathir sebagai berkata dalam sidang akhbar selepas keputusan terburuk BN dalam sejarah - empat negeri jatuh di tangan parti-parti pembangkang, tidak termasuk gagal mengambil Kelantan.

Beliau menuntut Abdullah meletakkan jawatan sambil mengakui beliau telah tersilap melantik Abdullah sebagai penggantinya.

"Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," kata bekas Perdana Menteri.

"Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah menggantikannya sebagai Perdana Menteri)."
.................................................

Whatever it is , I firmly believe Pak Lah should step down and if he doesn't , this country will be in big trouble and 4/5 years from now BN might become the opposition party .......
Sad to say the citizens living in Kemaman are still not ready to change the government... BN is still on here....


( sorry, lambang BEBAS tu tak nak duduk kat tempat dia , puas dah alihkan supaya sebaris berbaris...maklumlah Bebas buat apa saja...hihihi !! )

Sunday, March 9, 2008

Sehari Sebagai Petugas MAFREL

Selesai sudah PRU12 dengan BN kembali memerintah negara malaysia... (next entry).



Saya keluar mengundi seawal 8.00 pagi dan menjadi orang ke 4 mencatat undi di saluran 1 di tempat pembuangan undi.


Saya dan Ketua Tempat Mengundi


vest dan kad MAFREL

Saya kemudian bergerak menuju ke tempat saya bertugas sebagai pemerhati pilihanraya di bawah badan bebas ,NGO MAFREL ( malaysian for free and fair election ) . Pusat pengundian yang saya bertugas terletak dalam DUN Kijal , Parlimen Kemaman. Sebuah pusat yang hanya ada satu saluran dengan majoriti pengundinya adalah petani dan bekerja sendiri.










Surat tauliah yang saya terima dari MAFREL dan SPR ( sukarela memohon sendiri untuk menjadi pemerhati mafrel) saya tunjukkan kepada ketua polis yang bertugas dan ketua tempat mengundi (KTM) yang membolehkan saya bergerak bebas di sekitar tempat pembuangan undi dan boleh mengambil gambar di mana sahaja kerana saya perlu menyiapkan laporan pemerhatian untuk di hantar ke ibupejabat MAFREL.



suasana mengundi jam 9- 11 pagi


suasana mengundi jam 3 - 5 pm

Sewaktu saya tiba di situ terdapat perayu undi di dalam kawasan 50m pengundian yang menyalahi peraturan pilihanraya. Tak sampai 5 minit saya di situ, pihak polis, RELA dan SPR mengarahkan semua perayu undi beredar jauh dari pagar sekolah dan kenderaan juga diarahkan mengosongkan kawasan depan pagar sekolah . Pengundi seolah-olah lebih berdisiplin bila melihat kehadiran saya dan ada pemuda-pemuda nakal siap berkata 'orang suratkhabar' dah ada untuk masukkan gambar mereka dalam akhbar. Saya bagitau gambar yang saya ambik ' dok keluar paper' sebab saya hanya memerhati sahaja.

calon PAS DUN KIJAL... YM Ustaz Hazri...





calon BN DUN KIJAL, YB Dato' Ahmad Said...

Dalam jam 11 pagi tiba wakil calon pembangkang melawat pusat undi dan dia memberitahu SPR gambar MB yang ada di banner di luar pagar sekolah sepatutnya ditanggal kerana MB kini adalah care taker dan juga calon. Kecoh seketika bila pihak parti MB /care taker marah dan tidak mahu menurunkan banner tersebut. Begitu juga pasukan RELA dan anggota polis tidak mahu menurunkan banner tersebut dan mengarahkan wakil calon tersebut yang menurunkan benner itu sendiri. Sebuah lagi kereta peronda polis tiba bagi mententeramkan keadaan. Pihak SPR sememangnya tidak dapat keluar dari pusat undi kerana pengundian sedang dijalankan dan kakitangan yang ada hanya cukup untuk bertugas di dalam pusat undi. Akhirmya 'kes' ini terbiar begitu sahaja dan ianya pada saya sebenarnya tidak salah kerana bukan banner yang mempunyai lambang parti dan banner tersebut telah berada di pagar sekolah sejak sekian lama ( banner gambar MB dan gambar pengarah pelajaran negeri Terengganu ).

bangsal panas BN




bangsal panas PAS

Tiada masalah sehingga selesai undi dan di sebelah petang polis dan rela yang bertugas jadi 'gang ' saya kerana pengundi telah tiada dan kami hanya bersembang dan saya sempat bergambar dengan KTM sebelum beredar pulang. Polis yang bertugas siap pesan agar menziarahi beliau bila lapang dan jika ada sebarang masalah keselamatan call sahaja mereka..baiknya pakcik dan abang polis ni .




menanti ' kes' diselesaikan...

suasana di luar pagar sekolah.... RELA membantu


Majoriti pengundi adalah orang yang tinggal di kampung tersebut dan yang keluar mengundi adalah 87.7 % dan unit peti undi ini BN menang besar dan DUN juga dimenangi BN ( BN menang semua 4 DUN di Kemaman).

Saya beredar jam 5 petang dan pengalaman menjadi ahli MAFREL memberi kepuasan dalam diri saya dan Alhamdulillah SPR telah jalankan tugas dengan adil dan saksama ...cuma kurang kakitangan di pusat ini.....